Pages

Friday, May 27, 2011

jangan

jangan terlalu mudah mengkonklusi
apabila berada di ambang kejatuhan
segala pandangan tertala pada basahnya tabir mata
harus kau lihat pada hatinya terlebih dahulu
kerana hati yang memejal takkan semudah itu
memecahkan empangan air matanya

jangan terlalu cepat memaksa dalam mengharung fasa transformasi
kerana momentum tiap-tiap orang berlainan sekali
harusnya kaulihat pada usahanya bukan natijahnya
kerana itu hanya menunjukkan kau pengejar entiti sempurna
mencari seseorang yang menurutmu sudah mandiri
ternyata terserlah kebobrokanmu dalam mengeksplisitkan persepsi

jangan terlalu mudah menjadi penghukum
jauh sekali menjadi penilai tabiat manusia
kerana kau tidak pernah dan tidak sesekali punyai hak itu
jangan menafikan, andai tingkahmu sudah cukup bersuara membuktikan dakwaan.

belajarlah lagi tentang erti hidup, dangkalnya ilmu aku atau kamu
bukan terletak pada kita sendiri untuk menaksir.

manusia itu jasad yang yang punyai hati.
usahlah mengggadaikan diri mencanang nama pada agama
andai tingkah dan langkahmu sendiri sahaja masih sumbang.
telunjuk itu usah kau tunjalkan sesuka hati
lihat pada diri 4 jari lagi yang sedang menuju ke arah siapa?



deruan emosi

nurlisa afifah
pasir mas, kelantan.
27 mei 2011.

3 comments:

 
Images by Freepik