Pages

Tuesday, June 7, 2011

travelog sadis.

nak cerita day by day ke hape ni ye?
oh ya, terlalu banyak nak cerita. takut tangan jadi penat nak menari.
tergeliat pinggang katanya. ah hentikan.
ok mektok nak buka cerita ni.

19 may.
ok hari dah habis exam. meronggeng sakan la cik lisa. xde la ala2 rokiah ronggeng ke hape. kuar seremban je sedangkan ramai la yang turun KL hari tu. habis je paper Biology paper 3 pagi tu.  saya dengan Tshe kuar g Terminal 1 je, g tgk Nur Kasih The Movie dgn semangatnya... hehe.. (taknangis..taknangis... :P). then pulang dgn gumbira ke kolej. serius. malam tu bengong jap taktau nak buat apa. pack barang? oh malas. saya tidur awal malam tu. :P

20-21may
gerak ke daurah intensif di senawang.sehari semalam je. petang dh pulang ke KMS semula sebab nak g dinner. malam g dinner. okay malas nak citer sal dinner. haha! penat. 

22may.
pakai heels 3 inci punya pasal time malam dinner, penangannya =sakit pinggang. nak tunduk time rukuk tu..ahha memang nikmat yang teramat sangat. masa tu baru nak sedar nikmat Allah bagi. ahha..biasalah tu, manusia cliche. saya pun macam anda jugak. tengahari dah gerak naik tren. tinggalkan KMS untuk kali terakhir. ke mana? denstinasi adalah pulau pinang. tema = KEMBARA LIHAT BUMI TUHAN SAMBIL BER'TAARUF SEMULA' DENGAN IRPMATES.

23may.
di jawi. sakit pinggang masih belum lega bahkan bertambah teruk. kurang asam punya heels. huu~
tp gerak juga ke bukit merah laketown resort. bebudak ni nak pegi mandi.haaa mandi lah korang, saya lari g ke ecopark, tempat buat CAS dulu dengan fikri. g melawat memerang yang pernah saya g bg makan dulu, binturung, stony yang pemalas...dapat la bulu burung kakak tua n duri landak tanda kenang-kenangan. :). bukan saya yang drive balik, qilah and bai. 2 kereta. haha! atiqa...jadi tukang tukar gear. yang lelain2 duduk dalam keta tu kena paksa jadi side mirror since si bai tak pernah bawak auto car. :P

24may.
trip yang ditunggu2. ke penang! sasaran awal pada mulanya nak ke bukit bendera, padang kota, tropical farm and pasar chow rasta. kitorang xdrive kali ni, tp mak qilah dah sewakan van sekali dengan driver. so merasa lah jugak jd ala2 pelancong dengan ada tourist giude. g naik jambatan penang, balik baru naik feri. hehe~ okay tempat first ktorang pegi is tropical farm. haha..saya mmg silap besar la datang sini...sebab apa?hehe~ hanya orang2 terapat saya saja yang tau..nak tau? okay bunyi kedengaran agak mengada tapi saya memang tak makan local fruit. :P. MAAF2..HOHO~ 

bella dah siap mabuk jalan kat dalam van, sebab jalan memang bersimpang siur.haha!then ktorang gerak ke penang nantional park. subhanallah.cantik sgt scenery kat sana. cadang tu nak naik boat cruise. tp xjd sebab time tu cuaca xberapa nak elok. huhu~ then dah hujan time ktorang sampai batu feringghi...sedih...xdpt turun pantai miami. huhu~ disebabkan hujan.bukit bendera pun tak dapat naik. padang kota lagi lah harapan nak pergi. masa kuar turun g pasar chow rasta nak g beli jeruk tu pun hujan dh lebat.sian kat she n bai....tak dapat nak naik bukit bendera. then ended up tgk cte pirates of carribean kat gurney plaza..huhu

pinggang? okay even worser on the 3rd day.

25may.
okay pagi2 lagi dh gerak ke rumah syima. makan tengahari kt rumah dia then gerak ke kulim rumah saya. malam tu naik bas ke kelantan from kulim. dalam bas tu, boleh pulak si driver bas tersesat jalan. about 5 pagi dh sampai kt kelantan.

26may.
siang lepak rumah bai. mmg tido tak hingat dunia semua orang. tp pagi lepas subuh tu sempat tolong mak bai bakar ayam nak makan ngn nasik kerabu. fuhh budu mmg best! after makan masuk bilik je terus tertidur. haa bagus punya anak dara. makin berguni la stok lemak lepas ni. okay malam tu ke wakaf che yeh...yeahhhh shopping time! saya borong habis-habisan. well, beg beranak la gak. dari 3 beg saya usung ke kelantan, dh jadi 4 beg.

27may.
siang tu siap2 nak g pengkalan kubor pulak. duty free zone. mmg dh betul2 sempadan thailand. ah sebat je. memborong lagi. petang g pantai. berkelah la gak. well jadi tukang bakar ayam sekali lg.hehe~
malam tu dh ada kat umah she. saya ngn syima je ikut g umh she. sgt suka duduk rumah she.ada telaga. haha jadi peghak boih la sat. lama xmandi telaga. hehe~

alhamdulillah, sakit pinggang dh beransur lega.

28may.
siang still kat umah she. malam je dah nak bertolak balik ke seremban nak attend BTN. ada 8 orang semua sekali .pukul 11 malam bertolak dari kelantan and sampai seremban dalam pukul 6 pagi. stay umah piqa kat TTJ. 

29may.
still lepak kat rumah piqa. xde benda nak buat. habiskan masa untuk khatamkan contengan jalanan-hlovate.

30may.
yeah hari yang ditunggu2. nak pergi BTN! naik KTM dr sg gadut. sampai nilai tenghari tu, kak yah pick up. haha....berusush macam tin sardin dh 6 orang dalam satu kereta. haha. selamat gk smpai kt Kem Kuarters KLIA, Nilai untuk menjalani BTN selama 5 hari.

30may-3jun
BTN. nanti saya cerita dalam part lain.

4jun.
berada di Banting. sempat gk la menjenguk ke laman jiran IB, Kolej Mara Banting. tp dah takdak sapa. semua dah pakat balik cuti.haha. terus gerak ke Rawang pula, rumah pakcik. untuk ambil semula semua barang2 yang ditransitkan sebentar kat rumah dia masa nak check out from KMS that day.

5jun.
berada di Sabak Bernam untuk attend majlis kahwin sepupu. penat2. penat. nak balik rumah dah rasa. dah la baru habis BTN. pinggang? mula nak sakit balik. hati mula rasa nak mengamuk sebab ayah nak overnight di situ and nak join rombongan pengantin ke Kota Tinggi Johor pulak esoknya. setelah beberapa siri psiko telah dilakukan, akhirnya ayah menyerah kalah. petang tu jugak proceed balik ke Kulim.

tapi dekat2 nak maghrib, ayah singgah jap kat Lumut, rumah makcik nk singgah solat2 nak settle2 dinner baru gerak ke Kulim. okay, singgah Lumut kira okay la.lama juga xdatang sini. sampai rumah around 2400hrs.

6jun
selepas subuh tidur yang tak ingat dunia. petang g jumpa intan, budak US yang dh makin gemoooooooookkkk! haha! letih2 pun tolak tepi, nak jumpak intan punya pasal. lunch toghether then ingat nak tengok Karak sekali. alih2 tgk cerita apa ntah. Remember Me. cehhhh macam apa tah cerita dia. 

habis movie. g bookstore jap. borong novel. then balik.





yaahhhhh~ 
habis juga travelog gila ni.
woh, berjalan betul. lembik badan. 
apa pun skrg masih tengah bengong2 taktau nak buat apa cuti sampai raya nanti nih....
sekian.


2 comments:

 
Images by Freepik