Pages

Friday, June 17, 2011

ibrah buat kita.

Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan meninggalkan dunia ini esok.

Sepotong ayat yang sangat mengesankan saya tatkala mendapat berita tentang kematian yang menimpa salah seorang kenalan di kolej. Meskipun tidaklah begitu mengenali Allahyarham, namun arwah dapat saya sifatkan seorang yang disenangi oleh orang disekelilingnya. Arwah masih muda, usianya baru mencecah 20 tahun dan dipanggil menghadap Rabbnya dalam usia yang cukup muda akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan pendarahan otak. Arwah adalah seorang pelajar yang pintar dan baru sahaja menyelesaikan program persediaan A-Level awal bulan lalu. Siapa sangka, arwah pergi ke rahmatullah tanpa sempat mengetahui keputusan peperiksaan yang baru sahaja selesai didudukinya. Siapa juga sangka sebelum ini, arwah yang kelihatan sihat walafiat boleh didiagnos mengalami kerosakan buah pinggang lalu pergi meninggalkan kita dalam sekelip mata.

Berbalik semula kepada ayat tadi, bukankah ayat tersebut sudah berkali-kali didengari, difahami namun sayangnya tidak betul-betul dihayati dan diambil ibrah (pengajaran) daripadanya.

Benar dunia ini cuma pinjaman. Dunia ini hanya sementara. Dunia ini hanya persinggahan dalam perjalanan yang sangat panjang. Dek kerana perjalanan yang sangat panjang, serta perhentian demi perhentian yang ditempuh terlalu banyak dan lama hingga kadangkala membuatkan kita terlupa ke mana destinasi kita yang sebenarnya…

Ada orang terlalu mengejar kebendaan, terlalu gila akan kemewahan hingga terlupa meniatkan segala usaha, segala apa yang dilakukan itu dilakukan kerana Allah Taala. Terlalu sibuk bekerja hingga lupa langsung kewajipan dalam beragama. Solat hingga kadang terabai. Tidak takutkah mereka andaikata dalam tiba-tiba mereka jatuh tersungkur lalu menghembus nafas terakhir ketika itu juga?

Siapa tahu usaha yang kita lakukan sekarang tidak sempat pun kita jamah hasilnya? Andai maut yang kekal menjadi rahsia Allah itu datang menjemput. Kita tidak akan pernah sesekali tahu bila maut akan datang menghampiri, hatta kadangkala orang yang sihat walafiat itu boleh terlebih dahulu pergi meninggalkan dunia berbanding dengan orang yang sudah bertahun-tahun sakit.

Niatkanlah segala urusan itu dengan niat beribadah kepadaNya, dengan niat mencari keredhaanNya. Itu sahaja amalan yang mampu dibawa andaikata maut datang menjemput kita dengan tiba-tiba. pergunakanlah masa dengan sebaiknya. Usah culas dan mempersiakan masa muda, dan mnganggap kematian itu hanya akan datang apabila usia telah menginjak senja. Harus diingat, kematian itu tidak mengenal masa. Tidak pernah mengira berapa tanggal usia kita.

Al fatihah buat Allahyarham Ahmad Afiq Aiman Zaaba dan juga Allahyarhamah Liya Nordin. Moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh kalian. Amin ya rabbal alamin.

Ahmad Afiq Aiman Zaaba.
(23 Mac 1991-17 Jun 2011)


Liya Nordin.
(6 Ogos 1991 - 5 Ogos 2010)

5 comments:

  1. both from my school, both from my college. al-fatihah for them

    ReplyDelete
  2. alfatihah..moga2 Allah mencucuri rahmat ke atas kedua2nya..

    dan lisa, terima kasih sbb ingatkan, mati boleh di mana2, bila je boleh dtg menjemput.

    ReplyDelete
  3. dapat tau dari kwn2 dari TGB dan KMB ptg tadi, al fatihah buat mereka berdua dan semoga ditempatkan allah dalam kalangan orang2 yg diredhai dan diterima amalannye.

    ReplyDelete
  4. al fatihah. insyaAllah, moga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  5. sedih bila kawan yg kita kenal pergi meninggalkan kita buat selamanya..

    ReplyDelete

 
Images by Freepik