Pages

Sunday, January 29, 2012

Commission 2012.

semalam. Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Pentauliahan UPNM 2012.
semalam. 302 pelajar bergelar kadet telah selamat bergelar Kapten dan Leftenan.
semalam juga... mereka bergembira dengan keluarga dan disamping orang tersayang.

serius, rasa bahagia tengok sesetengah dari rakan-rakan Military Girlfriends yang mempunyai Tunang/ Boyfriend yang sudah selamat ditauliahkan semalam. saya tahu betapa mental mereka 'dilatih' bersama pasangan mereka sepanjang mereka bergelar 'Zulu Lovers'. entah bila pula tiba giliran saya bergembira dengan pasangan seperti mereka. entah giliran saya sempat atau tidak untuk berkongsi kegembiraan itu bersama si dia. entah saya tidak tahu. tetapi saya harap saya punya kesempatan itu suatu hari nanti. 2015. insyaAllah.

namun semalam juga,
adalah tahun terakhir pentauliahan sebagai Kapten dan Leftenan.

selepas ini, produk dari UPNM akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda.
rank dah turun dua.

TLDM : Leftenan ---> Leftenan Madya ---> Leftenan Muda.

TUDM/TDM : Kapten ---> Leftenan ---> Leftenan Muda.



isu post?

herm, sejujurnya. ini dari pihak saya. saya tak kisah sebenarnya. soal turun pangkat tak turun pangkat, ini soal kerja si dia, bukan saya. memanglah rank gaji still sama (seperti yang diberitahu) tapi kawan-kawan kadet macam down la sikit, sebab soal senioriti. bila gradute dengan Lt. Muda... perlu lebih masa untuk naik pangkat, then macam tak adil pun ada. sebab ketika mereka ditawarkan untuk belajar di UPNM sebelum tahun 2012 ini, yang diiklankan adalah, lepasan UPNM adalah kapten/leftenan dan setaraf. untuk tahun 2012 sahaja, pengiklanan sudah diupdate menjadi, lepasan UPNM adalah Lt. Muda dan setaraf.

tak kisah lah Lt. Muda pun... saya nak orangnye aje. dah dapat bakal pegawai tu pun dah cukup nasib baik. kalau ada rezeki lalu bawah pedang itu bonus juga. tapi ada juga sesetengah kes, si pegawai kadet tak dapat graduate and tauliah together dengan kawan-kawan satu intake dia... akan jadi junior kepada kawan-kawan sendiri gara-gara beza tauliah pangkat itu.

macam unfair lah pula bunyinya.
mungkin ada sebab jadi macam tu sebab dah terlalu banyak lambakan pegawai (mungkin). setelah Kolej Tentera laut dan Kolet Tentera Darat sudah ditutup, jadi hanya UPNM sahaja pengeluar produk pegawai ATM. dah tak ada junior (mungkin). jadi barisan pelapis Lt. Muda itulah yang mahu di adakan, dan diramaikan semula.

apa pun, saya doakan yang terbaik dalam kerjaya mereka. saya sanjung tinggi orang seperti mereka.

to those Military GF yang sangat disayangi, (esp those their significant other) yang baru ditauliahkan semalam, ini baru perjalanan pertama, untuk yang lebih sukar selepas ini.stay strong, the man needs you, while the nation need them to protect herself. :)
 
Images by Freepik