Pages

Friday, May 27, 2011

jangan

jangan terlalu mudah mengkonklusi
apabila berada di ambang kejatuhan
segala pandangan tertala pada basahnya tabir mata
harus kau lihat pada hatinya terlebih dahulu
kerana hati yang memejal takkan semudah itu
memecahkan empangan air matanya

jangan terlalu cepat memaksa dalam mengharung fasa transformasi
kerana momentum tiap-tiap orang berlainan sekali
harusnya kaulihat pada usahanya bukan natijahnya
kerana itu hanya menunjukkan kau pengejar entiti sempurna
mencari seseorang yang menurutmu sudah mandiri
ternyata terserlah kebobrokanmu dalam mengeksplisitkan persepsi

jangan terlalu mudah menjadi penghukum
jauh sekali menjadi penilai tabiat manusia
kerana kau tidak pernah dan tidak sesekali punyai hak itu
jangan menafikan, andai tingkahmu sudah cukup bersuara membuktikan dakwaan.

belajarlah lagi tentang erti hidup, dangkalnya ilmu aku atau kamu
bukan terletak pada kita sendiri untuk menaksir.

manusia itu jasad yang yang punyai hati.
usahlah mengggadaikan diri mencanang nama pada agama
andai tingkah dan langkahmu sendiri sahaja masih sumbang.
telunjuk itu usah kau tunjalkan sesuka hati
lihat pada diri 4 jari lagi yang sedang menuju ke arah siapa?



deruan emosi

nurlisa afifah
pasir mas, kelantan.
27 mei 2011.

Monday, May 16, 2011

kebergantungan.



Ya Allah, Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri walaupun  kadar sekelip mata atau kadar yg lebih mudah dan cepat wahai Tuhan yg memperkenankan doa (perkenankanlah)....

Dia Yang Maha Menentukan.

Sunday, May 15, 2011

TRIBUT LAGI.

selamat hari guru buat :

Cikgu tabika KEMAS Sg. Rusa, Balik Pulau Pulau Pinang. (Jan 1997- Sept 1997)
Cikgu tabika KEMAS TLDM, Lumut Perak. (Sept 1997- Nov 1997)
Cikgu SK Pangkalan TLDM II, Lumut Perak. (1998-2000)
Cikgu SK Taman Kenari, Kulim Kedah. (2001-2003)
Cikgu SMK Sultan Badlishah, Kulim Kedah. (2004-2006)
Cikgu MRSM Kubang Pasu, Jitra Kedah. (2007-2008)

Pensyarah Kolej MARA Seremban, Seremban Negeri Sembilan. (2009-2011)


TANPA GURU, SIAPALAH SAYA HARI INI.


Friday, May 13, 2011

aku akan berhenti.

aku akan berhenti menjadi bayang-bayangmu
aku akan berhenti menjadi pelengkap mimpimu
aku akan berhenti mengusung harapan
menggapai awan yang berpapasan
mengejar pelangi yang tidak berkesudahan

aku akan berhenti menagih cita
aku akan berhenti mendayung perahu impian
melunaskan bahagian yang berantakan
hatiku diulit sepi dan renta

aku akan berhenti dan berjeda sendiri
badai semalam yang bersarang pastikan berlalu
hati yang kehujanan pasti sang suria akan kembali
lapanglah dada
tenanglah emosi yang tempang
tujahan sembilu membenamkan keperihan
usah gundah
gula hati kan kembali memanis
dan meladeni landai hati
meski dasarnya bergerigis



muntahan rasa,
nurlisa afifah.
kolej mara seremban.
13 mei 2011.

again. it's future.



we never know what the future hold for us...
mianhae~

Sunday, May 8, 2011

edisi tribut.

semua orang akan cakap mak dia lah yang terpaling best dalam dunia on Mother's Day. ya, semua orang punyai hak untuk dapat mak yang terbaik dalam dunia. takdak mak kita, takdak lah kita dalam dunia ni. mak lah bidadari dunia kita. mak lah yang akan ada dengan kita no matter what happen kat kita.

teringat kisah time interview uni Manipal baru-baru ni. interviewer kerap tanya saya soalan regard mak. 
interviewer tanya, apa yang motherly quality that do you possess from your mom the most?

i said, her charm.
 (hak3...muntah 10 guni!)

tak lah. i said, from her i learn everything.
mak saya superwoman.
mak saya la doraemon saya.
domestic engineer.

mak saya memang cekap. nak-nak pulak married to a navy, memang semua kena survive sendiri. so anak-anak memang dia cekap uruskan.
naik basikal hantar saya p sekolah. turun naik bas kelek adik saya  time balik raya waktu ayah takdak, away to Italy setahun. yes, setahun, ayah n mak away from each other. during that period maklah yang uruskan semua.
mak belajar driving, semua benda dia uruskan. soal bank, bil, lesen, urusan rasmi.mak saya memang cekap!
sebab tu, saya lagi confident bila drift dengan mak naik kereta. memang mak saya bawak kereta stail road bully, but i love her just the way she is.

mak saya bukan streotaip lady driver, memang kaw2 la dia hon orang, lagi pulak kalau pompuan bawak slow. speeding. so kereta yang banyak jahanam sebab eksiden pun gara-gara mak. hehe...

masak? yes mak saya memang best cook. dia ajar anak-anak dia makan semua benda. tolak batu ngn kayu ja. benda-benda eksotik yang tak ramai anak muda makan.... nak tahu, adik bongsu saya since umur dia 5 tahun adalah peminat tegar ulam-ulaman. pucuk janggus.pucuk betik, semua dia sebat. haa yang tulah yang dia ajar anak-anak dia makan. cakap ja dishes from any negeri dalam malaysia, baik nasi dagang, nasi kerabu laksam sampailah soto johor, semua dia terer buat sebab anak-anak dia suka makan. sanggup beli buku masakan sebab nak belajar buat. taktau buat tanya orang camna nak buat. 

dan paling penting, eventho mak suruh saya belajar tinggi-tinggi, skill kat dapur jangan lupa. yes saya memang suka makan dan masak. so saya happy bila dapat mak yang memang rajin turun ke dapur. dia kata, pandai masak tu satu aset yang anak dara mesti kena ada. esok ni kalau kawin, sapa nak tolong masak kat suami? anak-anak jadi ketegaq (degil) sebab xdak air tangan ibu yang masak untuk anak-anak. wow. mak saya sangat advance dalam membentuk kriteria sebegitu. okay, mak saya memang sangat tradisional bab adab-adab anak dara ni. kalau anak dara tak pandai masak, tak pandai kemas rumah, selekeh, penyegan nak mati bila suruh buat kerja....itu memang saja cari pasal. 

tailor? yes. langsir dalam rumah mak yang jahit. tak pernah beli. cadar pun sama. baju uniform sekolah pun sama. alas meja, alas kerusi, sarung kusyen semua benda kalau yang boleh dialas dalam rumah tu memang mak saya punya kerja. baju kami adik beradik semua mak jahit. baju dinner saya time kat maktab yang ada labuci-labuci lip-lap macam lampu kelip-kelip nak raya tu mak yang jahitkan. mak saya yang design baju, cakap ja, okay tahun ni nak baju raya pesen ni, pesen tu. sure. memang jadi. mak saya ni kreatif orangnya. 

bab berniaga? pergh.. mak memang takleh duduk diam. ada ja masuk dealer tu, dealer ni...amik order tu ,order ni. sana sini ligat. tupperware la, rorine la.tah mak nenek apa lagi pun dah taktau, tapi semua benda tu buat dia cekap uruskan financial tiap-tiap bulan. good. mak saya memang superb.

lastly. saya sayang mak sebab mak boleh buat apa saja untuk saya. anything. cakap ja, saya tau dia mesti ada untuk saya.

bukan sebab tu ja.

banyak lagi sebabnya. tak terkata.

saya cuma boleh kata,

Mak, I love you cause you're amazing, just the way you are. 

SELAMAT HARI IBU BUAT MAK, NORAZLIN MD. ISA. 

hadiah hari ibu buat jangka masa ni? 
bagi mak menantu.
hahahah!

(read : mood toek.)


Friday, May 6, 2011

frust.


okay.
perasaan?
sangat frust.
clash dengan tarikh BTN.
ohhhhh BTN....nak skip boleh tak?
aaaa.....sangat ingin pergi ke MPR!



 
Images by Freepik