Pages

Wednesday, December 19, 2012

post istimewa buat sang doktor pencinta adiwira samudera vs meroyan week

lately, makin dah kenal bakal-bakal doktor yang bercinta dengan tentera, precisely tentera laut.
seronok pula kenal. accidentally while blog walking.
yang paling muda, of course it me lah! hehehe~
dorang pun dah dekat-dekat nak final year and so do their partner... mesti dah commisioned and in service.

dah banyak jumpa blog military partner, but what attract me most is yg of course lah yg 'sekapal' dengan I, ala-ala feeling lebih gitew. not to be biased. it's just a pleasure you feel the same thing when entitiled as a navy partner and medical student at the same time. to know their side of story, their experiences... well of course somehow it differs a lot. p/s: yg military partner yg bukan doctor jangan lah terasa tau. maksud saya, kalau dapat yang sesama nasib, tu lg feeling..macam cikgu dengan cikgu, lebih serasi gitewww hahaah!

*tak habis2 word feeling aku -___-*

sebelum tu, nak share le sikit kisah mak sedara aku yg sorang ni. dia ni bini navy. seboleh-bolehnya aku taknak dia tahu yang aku ni berkawan dengan navy jugak. kang ada je lahhh yang dia nak korek-korek. eh helo..sangatlah tak best okay. tapi ada sekali tu pergi Lumut, (rumah dia lah kat dalam base tu), tetiba terburst la pulak cerita *mulut adik aku la yang tertelan ulat bulu nih, gatal je mulut tu nak bercerita*... and confirm la dia dah tahu!

aku diamkan ajeeeeee. malas ahhh nak melayan. 
pakwe aku bukannya commisioned lagi pun nak bising-bising bagai.

pastu dia cakap

"Kak long, (in which dia adress aku) , kalau kak long xdak calon lg, mau je **** nak kenal-kenalkan kak long dengan ada sorang Lt. Dya ni. dok mencari calon. kot-kot le mahu...tp kalau hendak juge boyfren kak long tu, lambat lagi nak habih belajar...tunggu leeee" *gelak-gelak*

perghhh panas gua dengar. ngalahkan gua ni anak dia pulak lah kannnnn~
sebok jelahhhh. 
haihhh marah beteii beb... naseb baik mak aku counter-attack balik

"nak kalut apaaa la ***** oi... berkurun lagi budak tu nak habis ngaji. biaq lah study dulu bg habih...sok ni kawin juga dengan navy kalau ada rezeki. pangkat pun sama jugak la... doa jelahhh"


dia ingat aku ni hadap pangkat sangat agaknya. tak menyempat nak suruh aku kahwin bagai..eii sumpah menyirapppp~
study anat pun menyemput lagik...sebok nak arrange aku suruh kahwinnnnn~. ergh nyampah iolssss

ok dah, habis.yay! *insert bunyi tepuk tangan here. LOL*

currently tengah menyemput belajar Reproductive block. ohnomnomnom. 
ada mid course assessment this coming Friday. 
si dia kat kem tu pun tengah prepare untuk final sem agaknya...
banyak esaimen, banyak benda kot nak disettlekan..sampai aku dibinitirikan.
wakakaka.
iyer boleh leteww.

eh awak, tahniah yer Eco Challenge hari tu, batalion awak dapat Batalion Diraja and you were a part of the team! yeahhh sooo proud of youuuuu! gagahnyaaaa tengok awak usung tayar Land Rover! rindu pindewww~


to kak Liyana Halim and Jannah the Nanny, cam best lah kenal korang! ehe~. looking forward to meroyan secara berjemaah yer nanti! :P

p/s: ni post vent out jer. nothing else matter.

till then ciao! ti amo arrivederci~ <3>



Friday, December 14, 2012

aku yang tersakiti...

there is a story between a girl and a future air-force officer to-be.

they were in love with each other though they never admit or confess to one another that they were in love. the guy was so caring, and kept accompanying this girl, though sometimes the guy do left her sometimes due to duty calls. and from this guy.. this girl grew to become a strong girl to love a military man. 
just one single thing that makes them cannot keep the love grows..is because family matters. the girl is his mother cousin though they were the same age.

the girl took the courage to tell the boy that she loves him. the guy said so as well.
but...

"Girl... I cannot love you. family bound us together."

"Why? we still can get married though."

" Yes i know that. there's no wrong in marrying you my dear but we must think about our future, what will other family members will say? your parents? my parents? I can't... but keep remember. I'll never valued a girl more than I've valued you. it's just I can't. please understand me."

then the girl went frustrated so much. she was disappointed with that guy so much. she tried to forget that guy, and just considering that the guy is his nephew. but she seems failing to do that. the guy keeps a distance away from her. she's really hurt when the guy did like that.

but... she never stop thinking of that air-force guy.



until about a year later... the girl now found her new love.
a bold soldier.

the soldier love this girl so much. the girl also love this soldier. they're enjoying their happy moment together.
until one day... the girl try to contact the air-force man. just to check out his life.

"Girl... I'm happy my best woman ever is in love and having joy and the soldier could give you the happiness that I couldn't give to you."

"I hope we can still be friend..though after all that happen to us. I don't like us to be apart like this although i have my beloved soldier by my side..."

"No...I need to stay away from you... I hope you'll understand how hurt I am when I cannot bear to see his face while at the same time I am happy to see that you're happy with him. cause I'll never be that guy."


the girl cried. don't know exactly why she should cry when she heard the air-force guy said like that. she just felt crestfallen. being thoughtful of the memories of the air-force guy and presently she already have her soldier...

slowly... she just need to accept the reality.. though it is not easy. her life now is with the soldier.. no matter how deep her love for the air-force guy was.

but it is still hard though...

she just hope that one day.. she could love her soldier the way that she used to love the air-force guy....

THE END.



p/s: just found the idea of writing it, based a true story. :)

Sunday, December 2, 2012

61days of October and November

Assalamualaikum and greetings my dearest blog reader.


It's Sunday. 
1st Sunday in December. date pun cantik haa 02/12/12. 
banyak nyerrrr dua. my favourite number. ehe
wuhoo.
hahah

intro tak berkeyakinan langsung.
ehem.. agakla. dua bulan lebih tak ada masa nak update blog.
sibuk sikit. last 2 months banyak event.
dengan subjek a bit heavy, sampaikan takde masa.
ada juga a few readers entah mana jumpa link FB account aku siap PM suruh update blog. 
alololo...terharu sekejap. ihiks. *insert gediks tone here*
ni pun ikutkan curi curi masa je update haa. minggu ni ada final block Nervous System. 

okay mari kita melirik segala aktiviti Oktober dan November sehingga ke hari ini.

last 2 month merupakan bulan yang sungguh padat dan mencabar minda dan stamina juga kerana terlalu banyak event.
we'll go by months la yer.




O.C.T.O.B.E.R

block pada bulan Oktober merupakan block sangat menarik. Gastrointestinal System a.k.a GIT. selepas Respiration System. 
dalam block ni basically belajar pasal sistem penghadaman manusia. *well obviouslah kan, apa yang kau nak expect lg?

dan dalam block ni la kali pertama terkena gastritis! uwarghh rasa nak berkuntau je bila sakit ni. semua kerja jem tak leh jalan. dah la masa tu nak dekat Midcourse. serius dah risau tak boleh study, makanya boleh jahanamlah carry mark ke final kalau xboleh score betul-betul. tp alhamdulillah, dalam masa 3 hari aku dah okay balik, sempat study sikit je. memang masuk exam habis tawakal lah. tapi alhamdulillah marks okay. syukur. Allah tolong dengan izinNya. 

lepas exam jer, perut pun dah okay sikit, saje memanjakan perut ke Seoul Garden kat IOI Puchong. kekekekeke~

                                           

eat while you can't get fat!!!! LOL

oh ye tahu apa tu gastritis? kalau dalam bahasa yang orang selalu sebut tu..alaaa...yang gastrik gastrik tu laa. asal sakit perut masuk angin sebab skip makan, orang cakap kena gastrik leteww. but to correct, it's not gastric. it's what we call gastritis. gastric dalam medical line tu sebenarnya 'perut.' memang la kan semua orang ada gastrik, tapi tak semua orang ada gastritis. faham?

sama juga macam appendicitis. tu maksudnya dia ada sakit appendiks. ni orang keep cakap "appendik, appendik" salah tu.  appendiks tu semua orang ada, cuma bezanya bila orang yang sakit appendiks tu kita kata dia ada appendicitis.

nak bagitahu...so that korang yang from non medical line boleh berlagak sikit tahu term medical...
kalau ada perkataan yang berakhir dengan "tis", itu bermaksud organ/bahagian tersebut telah terkena inflammation. kalau istilah bahasa melayu baku aku, inflammation ni keradangan. *pejadahnyelah kerengsaan*

so,
bronchitis = radang paru-paru
gingivitis = radang gusi
conjuctivitis = radang mata
rhinitis = radang hidung
arthritis= radang sendi

praktis = ?

jawapannya : makes perfect. wakakakaka. okay taklawak sangat.
tu aku saje nak melawak, tapi tak jadi.

okay, that weekend lepas exam... ada BLS School Tour ke SMK Dengkil. in which depan rumah aku sewa je. macam biasa. this time tak jaga station baby dah, jaga adult CPR. :)


mannequin yang bertuah dapat 1st kiss dari aku pagi itu yer..kehkehkeh~

mannequin yang pasran dicium aku untuk CPR. wakakakak~

demonstration of choking Charlie. they are performing abdominal thrust.

 malam sebelum tu,sempat lagi aku together dengan kakak usrah aku, pergi rumah Dr Fuad untuk hadir kuliah fiqh perubatan dia dengan wife dia. sebelum tu dah grab buku ni kat MPH. serius menarik. banyak topik yang boleh dibincangkan. I think somehow it's good in  preparing me to become a good Muslim medical practitioner soon. bukan apa, study medik is one thing, but at the same time kena sync together dengan keperluan dan selari dengan hukum syarak. takdelah kan jadi doktor yang buta-buta je yang practice tapi kena juga amik tahu pasal perihal fikah yang berkaitan dengan bidang perubatan yang xramai orang tahu/ ambil mudah.

Fikah Perubatan. RM22

bulan ni jugak aku telah menjadi volunteer untuk training Basic Life Support untuk pelajar fakulti perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM).  




at first, I was rasa a bit inferior la kan. sebab diorang ni pelajar dah 4th, 5th year... while me baru 2nd year tapi kena ajar diorang untuk proper asas pertolongan kecemasan. sebelum ni buat dengan budak-budak sekolah je bila ikut BLS School Tour, takpelah. kalau kelentongkeletong pun takde hal. *eh tak tak tak bukan nak kata sebelum ni banyak kelentong, but yeah bila dah deal dengan orang yang lebih berilmu tentang medicine, dah posting dalam pelbagai bidang dalam perubatan, jadi kredibitli a bit tercabar lah. sebab diorang lebih tahu banyak benda.

but it went well and smoothly alhamdulillah. :)




and Allah's miracle... masa ni lah terjumpa semula kawan lama yang hampir 6 tahun tak jumpa sejak pindah MRSM from SMK Sultan Badlishah, Wafiuddin Rujhan. He's a 3rd year medical student of UPM. single or taken taknak amik tahu, tapi dia dah banyak berubah la. badan dah built up sikit. hahaha!
kebetulan dia datang untuk training Sunathon under Sunathon committee.

me and wafi :)


towards the end of October, I attended the Sunathon course. oh buat yang tak tahu, Sunathon refers kepada program berkhatan beramai-ramai. this is CUCMS tradition through a program macam community services every year buat kat seluruh Malaysia in which we Le Tour De..... for my batch, we've done 2 programs so far, Sunatour Senawang (YR1) and Le Tour de Ketereh (YR2)

since nak pergi LTD Ketereh in next November and masa year 1 dulu tak amik course Sunathon ni, saja nak try. bukan apa..dulu i have this kind of fear. takut melihat bendalah tu... erk? pelik kan.. tak kisah la kecik besar ke.. tapi still benda tu memang buat aku fobia. entah kenapa.. 

tapi bila dah naik 2nd year, terfikir pulak macam rugi kalau tak rebut peluang ni. CUCMS student dapat training free, orang lain kena bayar kot. plus, masa ni la nak cari pengalaman baru. tapi serius la, nak follow course ni memang a bit strict. training, theory and practical leads to exam both theory and practical exam.  lagi pulak orang yang ada masalah anxiety macam aku ni, memang problematic lah sket.


me with the kidney dish. kalau terer dalam tu ada apa? cuba teka? hehehe~

time ni tengah buat tyre suture.



basically dalam proses Sunathon training ada Local Anesthesia (bius), Clean and Drape (bersihkan penis dari smegma yang berada pada celahan kulit dan gland using gauze and saline, sterilized by using iodine and drape) , Skin Suture (basic teknik suturing) and Tyre Suture (to mantapkan skill menjahit suture kulit lebihan setelah dipotong) . macam gambar kat atas tu, atas span tu skin suture while another one is tyre suture. 

itu sajaa untuk Oktober. memang dalam masa ni pun sibuk prepare untuk final GIT.




N.O.V.E.M.B.E.R



Finally arrived with Nervous System a.k.a CNS!! trrr~


finally got my lab coat with written name there. :))



oh ye, Dengkil hujan lebat kot. sampai depan rumah banjir. kawasan taman permainan tetiba bertukar jadi tasik. pagi air naik ni, kau ada medical check up program under IKRAM Putrajaya ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. masa ni 1st week CNS. since 2nd week tu takde exam midcourse then terus cuti seminggu lepas cuti baru exam, maka a bit relax lah weekend tu. takde kalut-kalut sangat.

then masa 1week cuti tu, memang tak terasa langsung. nama je seminggu. tapi 2/3 cuti tu dihabiskan untuk travel Cyber-Kelantan. 1/3 cuti je sempat habiskan kat Kedah. and it's my birthday!!! tapi macam sedih lah sebab tak dapat celeb dengan seaman, dia ada kerja. grrr~ padahal dah janji nak pergi jenjalan... geram betul.

tapi takpelah, nasib baik ada cik misi Adila. kehkehkeh... dapat dia belanja BR lagi on my birthday!!!


officially 21!!!





from 13-17 November I was in Ketereh, Kelantan. doing our program.


scenario in the Sunathon Operation Theater. in  this program, 1st time ever in my life, I manage to do complete suture on two boys!!!!! *bunga api letop-letop* and aku berjaya mengatasi perasaan takut aku untuk berdepan dengan benda tu. pegang pun mula-mula rasa takut tapi lama-lama dah okay. :)

all together ada 108 patients yang berjaya dikhatankan on that day.
alhamdulillah, everything running smoothly as planned.



meet my ex-classmate in KMS, Baitul Izzah. :)


all in all it was a success, i really miss my time in Ketereh. this is my CUCMS family. :)


balik dari Ketereh, rush up to Seremban, meeting my Mak... my IB Malay A1 teacher, Ms Azizah. I called her Mak. 


miss her very the muchhhh!!!

 pulang ke Cyberjaya semula, get ready to embrace the Midcourse exam. memang sekali ni all out study, disebabkan cuti yang seminggu tu memang nota langsung tak besentuh ke apa-apa, sampai lepas kelas pun aku stay back kat kolej sampai malam untuk study bermati-matian.
memang bertapa lah kat library tuuu~ 


sepah!


alhamdulillah... all in all the midcourse was fine, though perasan juga a da a few question tu memang silly gila boleh salah, it's okay, i will cover it back during the finall this week.  but this time ada OSCE jugak, for motor and sensory examination, main ketuk-ketuk guna tendon hammer untuk buat reflex!

after the midcourse, the following weekend ada Wataniah.. join flood rescue kat Banting. 



Wataniah CUCMS.


since air banjir dan surut dan dalam rumah kebanyakan rumah dah dibersihkan dari lumpur-lumpur, aku  dengan a few budak wataniah lain just tolong clear compound je


14 Kompeni Medan Perubatan. Kor Kesihatan Diraja.
Lt Muda Dr Nurlisa Kamal.

*ah berangan mungkin? :P


us. CUCMS Wataniah people.


.
.
.
.
.
.


eh?
special thanks buat si dia yang sangat memahami keterujaan aku untuk join segala mak nenek benda kat kampus. mengorbankan masa weekend, sanggup beri keizinan aku mengenepikan dia *hehehehe* 



missing as always. padahnya bila stuck in navy-medical student relationship is not easy.
keep faith. keep strong. as always. chin up,and smile!


jumpa lagi di lain post ya!

buh-byeee~

Monday, September 17, 2012

of 1st OSCE story and coming OSCE exam

Salam Satu Malaysia.
Selamat Hari Malaysia.

weekend yang penuh dengan makan-makan.
tapi tak makin gundu pun.
sedih sikit kat situ.
I need to put some weight.

 hey, it's not that i'm not grateful that I'm skinny. but too skinny tak lawa okay?
*eleh macam la kalau tak skinny kau lawa Lisa oi? Boo besar-besar~

but as a medical student and I wanna practice a good lifestyle...
I want to balance out my BMI.
45kg with 158cm.
my BMI just fairly normal.
need to put more some weight. that's a mission!

tonight macam free sikit, sambil mesin kain (read: basuh kain lorh)
kejap lagi nak cuci lab coat yang berdaki tu.
HAHAHA! mentipu sangat tu berdaki..
takde lah. cuma nak feeling semangat sikit, minggu depan time final Respiratory Block,
I got OSCE.
ha ape tu OSCE?

Objective Structured Clinical Examination. itulah OSCE.
kalau among budak-budak medik mesti tahu.wajib tahu. berdosa kalau tak tahu.
dia macam exam praktikal la. kalau OSPE kena observe model, cadaver or slides microb/patho under microscope dalam lab/dissection hall..
tapi OSCE ni kena examine simulated patient and kena start dari history taking and report along the way you examine.

erm, katanya kali ni OSCE respiratory kena exam buat together with CVS examination and lymph nodes examination along the cervical area.
pehhhhh.
meraba orang lagi lah jawabnya hakuuuu~


nak ceritanya first time meraba dada orang during CVS examination (CVS stands for Cardiovascular Sisytem, which regard your heart mainly), untuk auscultation (checking chest area using stethoscope) and palpate (tekan-tekan dada untuk cari kedudukan jantung) meraba cari tulang rusuk patient, at first was a nightmare for me! hahaha nasib baik dada patient tu tak berbulu okay, kalau tak memang rasa macam bulu-bulu habis keluar tumbuh kat tangan aku nih haaa. <---- okay tak professional betul aku cakap macam ni.

but to tell you the truth, masa dia nak buka baju depan kitorang, which a group of 7-8 people at that time, when our clinical facilitator ask him to expose his chest, aku tunduk bawah.. arghhh aku pulak yang malu? HAHAHA!

session time tu with Dr. Wahid. He even ask each of us to palpate the patients chest, untuk tahu surface anatomy of the heart. okay sumpah malu, sumpah cuak nak pegang dada orang. dada adik lelaki sendiri tak pernah pegang, lagi pulak nak pegang dada lelaki lain. oh wahai encik suami, wahai encik seaman bakal suami, maafkan dinda yer, terpaksa pegang nak buat camne kan sebab nak kena belajar punnn. hahaha! nasib baik tak kantoi dengan patient tu tangan aku ni tak sejuk pun nak pegang dada dia, kalau tak confirm-confirm aku kantoi cuak nak pegang dada dia! HAHAHA

nak pegang patient pun bukan main simply pegang, ada manners. kena introduce diri sendiri dulu. kena minta izin. kena bagitahu dulu kat dia kita nak pegang dia kat bahagian mana, apa pergerakan kita nak minta dia buat so that dia rasa selesa. kalau patient perempuan, make sure kena ada chaperon or seorang perempuan kena temankan kalau yang nak memeriksa tu adalah doktor lelaki. itu basic okay.



me with Fudzail after the CST session, orang Kulim memang awesome. HAHAHA!

overall, the session went well. masa mula-mula je rasa awkward nak pegang, tapi lama-lama dah okay. patient pun dah selesa dengan kita. and I'm having trouble time tu pakai tudung susah nak masukkan stethoscope dalam tudung, terpaksa pinkan tudung ke depan instead of I pinned kat side by side bahu. teringat Prof Latiff cakap dalam kelas,

"budak-budak perempuan lepas ni bila clinical years nanti beli dan pakai tudung Ariani je, senang. tak payah nak cucuk-cucuk pin sana-sini bagai..."

HAHAHAHA! I burst into laugh. indeed, I got his point. memang mudah je kalau pakai tudung sarung nak masukkan stets dalam lubang telinga. doesn't necessary beli yang brand Ariani tu kan. tudung sarung yang biasa pun boleh. kalau tidak, mampus dah beratus-ratus habis la nak beli berhelai-helai.  -_____________-

for respiratory system and lymph nodes examination, takde nak kena raba-raba dada sangat. palpate mana yang patut, do some percussion. and ade la palpate bawah dagu+leher+tengkuk. geli okay. hahahah! tapi best.but of course sebelum buat kat orang, kita kena buat kat diri sendiri dulu.... :)

as a revision, I need to study this for my OSCE preparation.


this is official, I studied this for my CVS examination and I did exactly the same during the CST session .the doc inside the video is my lecturer and also currently is the CUCMS Dean of Faculty of Medicine, Prof 
Abdul Latiff Mohamad.
this is for respiratory examination. and I guess included the lymph nodes examination as well :)
all for now.
need to prepare for class tomorrow.
and oh ya, PBL tomorrow. need to be prepared as well.
wonder whose turn is going to be my group PBL facilitator?
Dear Tuesday, please be nice tomorrow okayh?
ciao~

Sunday, September 9, 2012

Splendid September.

salam people.
hi it's me again hitting the blog update! <---- boring -_______-
yeah people....currently I'm in my 2nd systemic block in 2nd year, Respiratory System.
4weeks course.
I know I should be studying my lung, pleura, larynx anatomy and histology at the moment, cuz I'll be having Mid Course Exam next coming Friday, but I can't resist myself to update my blog.
just a little bit. weee.

hey blog, how are you? weheee~
toek.

done with my PBL and assignments for the whole day, yet I splendidly studied and did the assignment while enjoying myself watching 'The Hunger Games'. noob me. I just downloaded it.ah biarlah. no time to watch it at the cinema cuz at that time I was quite packed. and guess what? I fell in love with Peeta. hidung and bibir dia macam my boy! hahahaha!

at the same time, texting him all the way of course, for the whole week he's having latihan menembak. and sometimes complaining, berdengung telinga dok kat lapang sasar. but entitled as a soldier, you just have to bear with it la kan, sayang?  just face the drama. bukannya tak biasa kan dengar bunyi macam tu time saya membebel? muehehehe~

starting of September onwards, lots of my WAG's sister wedding I've missed. alaa bukan taknak attend walaupun cecantik they posted me the invitation cards.. but I can't really go. starting with Kak Nahaida with Lt. Syafiq, then kak Raja Nur Atiqah with Lt. Afiq. same goes to wedding Kak Leen with her spouse, Kapt Hazwan.

*memang menangis sebenarnya nak tengok Navy sword bearer. 3-4 kali dah miss! dulu masa wedding Kak Afai with Lt. Ikhwan kat Lumut, sampai lewat, just a few minutes and I missed it.... grrrr~

I miss my WAG's sister like .... *insert overreacting, drama queen word here*

I do stressed out lately, dunno why.
and surprisingly my body starting to loose weight.
I need to tighten my belt or else my pants will easily get loosen.
grrrr~

pathetic. I knew that my body is showing reaction that I'm under stress but what really makes me stressed out actually?

studies. yeah. kinda bury me up.


last weekend, I had my best Merdeka celebration with his family.
we had barbeque at his sister house.
I had a lot of fun, awesome BBQ party together served with midnight movie 'Insidious'. I had a lot of fun. 
to Bang Long and family, thank you so much. :)


anak-anak buah yang busy menjadi paparazzi snapping around Mak Su and Pak Su photo. :P

even I got the chance to send him back to the camp, first time of course. *menyibuk nak ikut* :P



*after dah berapa lama together :P. terujalah of course. padahal hantar masuk kem je punnn. hahah! tapi sebab malam kot, thats why aku over. :P*

and last night I found this from Dr. Halina's blog, *a must-stalk blog everyweek and everyday whenever I got time :P*




I'm a soon-enough-an-OB&GYNist- in-the-making.
Insyaallah. :)
which route do i take? dare to guess?
heheheh!

okay, that's all for now.
geared up for study back.

bye people. :)

Saturday, September 1, 2012

pre-peri-post of Raya! :D

salam and greeting people.
I bet it is never too late to wish everyone Happy Eid Mubarak.
guess what, I hate when there too many things too tell yet I'm busy doing lots of thinggggsss??
*why there's so many THINGGS in my previous sentence? HAHAHA!

actually...I'm enjoying my Raya to the fullest, bake some cookies for my dearest family and future in laws...cooking for open house at home, changing my braces band to daring red, *hewhewhew :3, Raya cuti ends, proceed with the classes. the classes were too pack, haematology is getting on my nerves always, never be nice. and the mangsa?
of course my dearest seaman, He's my dearest punching bag. LOL

okay, to begin with.. I'll start chronologically from the Raya night.

#Raya eve
aha, my raya? it was splendid. but the journey to go back to Kedah a day before Raya strikes was entirely full of drama. to conclude, I'm actually almost get a mini heart-attack when there is no radio taxi/public transport i could call for me to go to the bus station from my house and nobody left at home since everyone has going back for raya, I'm the last person to leave the house, empty house side by side, and I'm desperately to look for people who are willing to send me to the bus station! but eventually thanks to my classmate, Hazim Onn who being my Raya savior. kalau tidak, memang bertakbirlahh aku sensorang kat rumah sewa ni tak balik rayaaa.huu sdeyyy~



Alhamdulillah, after 6 hour on the road, the traffic was quite smooth I reached home, safely and still sound at 3pm in the morning, was zombie-ing finding for my bed and sleep like a dead log and when I woke up during Fajr he texted me, as he always did on Raya day..

"Jangan lupa mandi sunat raya tau budak comot. :)"
"Ok la berlemoihhhhhh~"


#1st day of Raya, going back to Perak. 

#2nd day of Raya, dash off to Penang.

#3rd day, went to visit my grand uncle who were warded in Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh :)

#4th day, back to Kedah. this is one of the best thing ever happen this Eid. he came to my house, to meet my dad :)
the moment he came into my house, my dad and him talked bout Navy things. let me remind you, non stop talking and this is the first time they met! and some of the terms that I didn't familiar with, including divers and bla.. bla.. bla.. IDK what it is, but to listen to their conversation just pleased me as it seems. I'm quite surprised cuz Ayah won't simply talk with someone unless they've got something in common to talk with. and I guess, they've found out the similarities and I rate it... NOT BAD.

I saw he flipped through the photo album that Ayah showed him. pictures when he's still in Navy service sailing to Italy about 15 years ago. 
senyum jelah menengok Ayah dengan dia bersembang that day, rasa macam boleh masuk je. dia pun melayannn jerrr~ :P *macam terpaksa sebab ayah macam teruja bersembang. hahaha!

insyaAllah, hopefully, more to come. :)


#5th day, the making of hazelnut buttercookies. 355 pieces! these are for my future in laws family. :) kak long request sebab cakap sedap! hihihi~






#6th day, went back to MRSM Kubang Pasu, looking for beloved and lovely teachers. what a day.

#7th day, cooking for open house. mee kari. heww. and my hazelnut buttercookies are cleared! wuuuu~

#8th day, went to Sg Petani Orthodontic Clinic to see my dentist.
 blue band is transformed to be daring red... andd... ta-daaaa!

then straight away going back to land of Selangor. :)



#a week after raya story
it is not cool to know that 60 out of the 86 students failed the Mid Course Haematology held on the last day before we going back for Raya holiday..indeeeddddddd, this course is a bit challenging * a lottt actuallyyy. ohh nooo Lisa is exaggerating!, packed lecture, hard to understand and I mistakenly take Haematology for granted since its only a 3week course, and phewww...as expected, I'm one of the failure listed. :/ moral down satu hariiiiii. lepastu episod emo dengan seaman pun bermulaaaa~

kesian everytime aku nak emo je mesti dia jadi punching bag. hahaha!
then he said 
" takpaaa, final pulun study sampai lebam okay? kalau boleh buat saya belanja makan aiskrim BR. nak?" hewhewhew :3
okay nak, satu pint punya. boleh?
nak tibai sensoranggg~ kuikuikui tamak.
lepastu gemokkk pun sensoranggg.kbai.


then goes my Final Course Haematology last Thursday.
indeed I hate this week cuz I have to struggle myself studying like the world is going to end tomorrow... okay, exaggerating againnn~ -_____________- cuz usually we'll be having exams on Friday but since the national Day falls on Friday, Friday is off. the exam is on Thursday. totally hate it. 
urghhhh. done.

then last but not least, on 31st of August,
Happy 55th Independence Day of Malaysia! :D

Terima Kasih Perwiraku!

  
let this picture speaks a thousand words. :)

okay, that's all for now. 
gotta geared up soon cuz my seaman is coming to pick me for a family function.
bye peeps!
have a nice weekend people!

Saturday, August 18, 2012

haematology love-hate

salam and greeting readers, I really wanna update my blog since last weekend, but life is just too busy to handle with and to be settled, cuz I just moved into a new house.well aware of it, I'll just briefly write.

my journey as a 2nd year MBBS student of CUCMS has just started last week. Alhamdulillah. starting with Haematology block, in which I'll be dealing stuff regarding blood disorders like leukeamia, thalassemia, haemophilia and anaemia, *just to name a few. since it is only a 3week course, and isn't that easy, the lectures are quite packed. Incoming the Clinical Skills Training, Pengajian Islam as well as I'll be joining Wataniah in this sem as my extra co-curricular activities. herm, still asking for opinion but seems like Wataniah is the only option left, other than joining the Young MERCY *in which i didn't have interest in it that much.

this week is the 2nd week of Haematology, and a mid-course assessment on Friday which is today,*I had my exam this morning before we're going for our Raya break. all I can say.. I've done my best and let God do the rest.

Imagine... I've been spending half of my fasting month at home, and the new semester re-open just in the middle of this Holy month, have to go back to college for two weeks, *in which I'm very half-hearted to come back...sit for the mid-course exam while everyone is busying themselves to prepare for Raya, and I can only go back to my hometown on the Raya eve, a night before Raya strikes. what do you expect?

Pathetic.

being a medical student ain't that easy.
or is it being me ain't that easy?

I guess, I'll go for the second one.


anyhow...
he's back from Alpha Routine.
48 days deployment.
for a starter, for a 1st timer.
I'm proud of myself I've come until this far.
at least, it prepares me for far more worst condition in the future.
yeah.. it awaits me.
I guess he prepares me well not to pampered me too much of lots of spending time together, and thus, when he's away.. I didn't feel lost that much. I survived.
plus I believe in one quote ; distance only makes your heart grow fonder.
hey You, thank you. (:


I had an ifthar with him today. before he goes back to his hometown for Raya break.
just a few hours, and splendidly I treasure and try not to miss out any second or any moment of it.
I miss him so much.
while passing by the PICC (Putrajaya International Convention Centre), I said

- nanti saya grad kat sini la.
- bila?
- somewhere end of 2016.
- nak saya datang ke?
-*nodded*
- saya dah naik kapal mungkin time tu...

herm. what a price to pay.

up until today, I don't know why. sometimes. I just can't have the life like the other normal girls.
especially when I'm already stuck in a Navy-Medical Student relationship.
tough man.
it's been always like

-cuti berselisih.
-dia free, aku pulak exam.
-dia busy training, aku pulak free goyang kaki.
-i don't have much time to bergayut, or borak berjam-jam on the phone like the other always did. cuz sometimes i will feel rasa bersalah bila masa study aku guna untuk bergayut, or masa tu aku boleh buat something yang lebih berfaedah.
- and thank God, he hates Skype soo much! haha! <--- time saver!

even for my Mid-course assessment ni, punya laaa dilemma nak decide, nak keluar dengan dia tu kejappp je. hati malaikat cakap kena balik cepat-cepat sebab aku nak balik study, and even during the iftaar, makan depan dia aku selak notes. macam biasa. hati syaithon cakap, nak stay lama lagi sebab lama tak jumpaaaa.

but I rather choose the first opt. and even he understand me wanna study for the exam. :)

ironically, no matter what happen.I choose to stay. not to leave him.
cuz for me, I'll never give up or surrender until at least my suffering is paid off.
God fate?
yeah I decide, and Allah let it happen.


until when? I don't know. I'll rest my case to God.


I miss home now. seriously.
to all readers, Happy Eidulfitri.
may all of you have the best Eid with your family and your loved ones.

bye peeps.
:)

Friday, August 3, 2012

iftaar recipe- prawn thermidor

salam Ramadhan ke-14.
haa macam I dah janji semalam, today nak bg resipi yang aku dah try sepanjang ramadhan utk berbuka.
semua biasa-biasa je mcm orang lain buat.
but this one, paling ramai orang tanya resipi macam mana nak buat.
actually, tgk rupa mcam kelas kat hotel2 je punya serving, *pehh perasann,hentikan lisa*
HAHAH... ok abaikan ayat itu. takde, nak katanya...
resipi ni kira macam moderned version of tauhu sumbat.
this is tauhu based food.
resipi asal my own aunt yg bagi, 'tauhu tulip' dia letak nama.
but for me myself, since resipe tu aku ubah sikti2 sebab tauhu yang siap digoreng utk letak dlm mee kari tu aku tak beli, sebab Chinese made and I wasn't that sure bout its halal, so aku guna tahu biasa jer ganti tauhu tu.
so dari tauhu tulip dh jadi macam bentuk bunga teratai je. hahah
and aku pun ade buat a few adjustment sikit to the filling, and aku nak patenkan resipi ni dgn nama baru..
PRAWN THERMIDOR.
apesal thermidor?
sebab ni inspirasi dari crab thermidor yang aku makan kt restoren feveret aku kat Cyberjaya yang rupa lebih kurang macam prawn thermidor aku ni.

so here goes the recipe:


PRAWN THERMIDOR

6 biji tauhu 
50g isi ayam-dicincang
50g isi udang-dicincang
lada hitam- dikisar
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1biji telur
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa 
minyak untuk menggoreng


cara-cara membuatnya:

1. panaskan minyak, potong tauhu yang petak tu kepada dua bahagian secara menyilang. (so you'll get bentuk segitiga) goreng tauhu sehingga garing keemasan. angkat, dan sejukkan.
2. tauhu yang dah disejukkan tu, di korek isinya dan himpun dalam satu bekas. jangan buang,sebab nanti akan digunakan untuk buat inti.
3. kulit tauhu yang dah dikorek isinya tu, terbalikkan. (the side yg ada isi tauhu tu kat luar, and the side yg goreng kuning keemasan tu kat dalam). then you'll get bentuk cup.
3.  hancurkan isi tauhu. in this case, saya ramas pakai tangan je.
4.isi udang dan ayam yang dah dicincang sebentar td, cmpurkan dengan isi tauhu tadi.
5. masukkan serbuk kari, serbuk cili, lada hitam dan garam. gaul sebati.
6. inti yang dah sebati digaul tu dimasukkan kedalam kulit tauhu yang dah jadi cup tadi.
7.sumbat padat-padat.
8. panaskan minyak. telangkupkan cup tu semasa masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
9. goreng sehingga warna bertukar menjadi warna keemasan.
10. siap untuk dihidang.




SELAMAT MENCUBA!

Thursday, August 2, 2012

raya cookies fever recipe!

salam peeps.

mesti wondering kan pesal lah doc lisa yg schumel ni buat biskut raya awal sangat, while actually. my class is scheduled to be started on 7/8 and only malam raya nanti baru balik rumah for cuti raya, mana nak sempat buat biskut raya dah kan.so sementara sill ada kt rumah ni, baik gunakan masa yang ada, dari ai membuta xsedar diri sepanjang hari  untuk buat biskut raya. lagi pun kesian lahh kat my Mom yang sensorang bersilat nak buat kuih raya kan. thus, I helped her out to make 2 types of biskut raya. choc-based of course. cuz I am a choc lover!

prinsip aku memasak senang je, asal aku rasa sedap and aku suka makan, I'll do it. tak kiralah sesusah mana pun benda tu nak jadi. complicated ker, rumit ke, letak tepi. asal dapat pe yang aku nak makan! xde nyusah orang and aku puas hati bila buat sendiri dapat makan ulang-ulang kali tambah. haa untungkan bila boleh masak or buat something tu on your own? heheh

so semalam bake out 2 cookies semalaman. Cadburry Chocoflakes and Hazelnut Buttercookies! haa tempted tak dengar nama cookies tu? sila cakap anda TEMPTED.  hahaha! here now, aku nak share recipe how to do these cookies sebab some of my friend do ask bout the recipe :)


HAZELNUT BUTTERCOOKIES

you need:

250g butter (buttercup sebijik tu)
160g brown sugar
340g all purposed flour
70g corn starch (tepung jagung)
100g hazelnut (crashed)
70g chocolate chips
a pinch of salt
a pinch of soda bicarbonate

how to do:
1. mix the butter with the brown sugar
2. put the flour and corn starch
3. put in hazelnut together with chocolate chips, salt and soda bicarbonate
4. shape the cookies by using hands.
5. bake the cookies for 10-15minutes in heated oven 180◦C

*sebenarnya piping choc atas cookies tu sendiri punya materpiece, nak buat takpe, xnak ikut suke..sebab ada choc lebih utk bagi lebih menarik, xde laa dull sangat biskut tu kan..  :)

tapi kalau nak buat mcm resipi sayer nih, tunggu biskut tu dah betul-betul sejuk dulu(semalaman pun takpe) then susun atas redai, pipe la ikut suka hati. hehehe~
estimation : dapat 112 biji utk satu adunan


CADBURRY CHOCOFLAKES

you need:

450g cornflakes
450g cooking chocolate
a bar of Cadburry chocolate (kalau nak tukar pakai coklat lain pun boleh juga)
papercup
colorful beads as decoration (beads? pergh habis tinggi vocab nih LOL)

how to do it:
1. melt the chocolates (Cadburry+cooking choc) using double boil method.
(double boil = masukkan coklat dalam satu periuk, then masukkan periuk tu dalam satu periuk air then heat atas dapur sampailah coklat tu cair)
2. pour in the cornflakes until sebati.
 3.put into the papercup and tabur manik-manik colorful tu.

*note: tak payah bakar sebab nanti choc tu keras and sejuk sendiri. wee~
estimation : dapat 125 biji utk satu adunan

HOYEAH! DAH SIAP DUA JENIS BISKUT RAYA! :D

SELAMAT MENCUBA!



*P/S:  untuk resipi iftaar yang aku dah try sepanjang ramadhan ni (walaupun tak banyak mana), I'll update in next post ya! :D

Saturday, July 28, 2012

tentang post-Electra complex

salam and greeting all readers.


rupanya dari zaman berhingus lagi, I am so fond of man in uniform. don't blame me, cuz according to Sigmund Freud Psychosexual Developmental Theory- Genital Mode (post-Electra complex) , "she will almost always choose a person who reminds them, unconsciously, of the parent."
OMG I studied this for real during my Behavioral Science. -____-



kalau nak tahu lebih lanjut pasal pakcik Sigmund Freud punya Theory ni, silalah baca full dengan Google sendiri. menarik tau. stage-stage development yang dia huraikan sangat menarik walaupun kadang kala susah nak diterima akal dan kedengaran sedikit ntah apa-apa but still itu adalah ilmu yang menarik untuk diambil tahu, and this is regard our development as a human being through pyschosexual aspect.


kenapa since kecil I am sooooo fond of man in uniform? sebab nampak kemas. serius, ini quality yang memang aku sangat jaga, *walaupun kadang-kadang selekeh juga aku ni* baik sesiapa juga yang aku pernah crush zaman kanak-kanak tak matang ni, takde nyer rambut selekeh-selekeh okay, panjang, afro or sebagainya... semua mesti potong pendek kemas. style kesukaan aku, of course cam Ayah selalu potong. crew cut jer.


macam ni.








*hamekau motif sangat letak gambar Channing Tatum yang charming with crew cut style* LOL xD


mak dari kecil ajar, kemas itu satu sifat terpuji *memang lah mak siapa-siapa pun akan cakap camni kan...*
and one thing that  I notice, bila kemas ni pembersih orangnya. and pembersih biasanya takde kotor-kotor selekeh, and another thing biasanya lelaki dalam uniform akan nampak lebih charming *bagi aku la* kalau dia clean shave.


eceh clean shave la plakkksss. tapi kalau berjambang yang neat pun okay.
but err aku tengok lelaki la jugak kot nak suruh berjambang punnn.. :P




especially me and those people yang suka warna putih, only God knows how susah nak jaga pakaian yang putih serlah tanpa cela tu. so kena lah belajar jadi pembersih yang amat, dari handphone ai sampailah ke kasut, mostly baju dalam my wardrobe pun warna putih. sangat susah nak jaga. 




tapi Lab Coat aku selalu jer kotor dengan segala mak nenek ape menatang laa yang aku main kat dalam lab so macam dah tercemar sikit kesuciannya. LOL



teringat masa zaman sekolah, around tahun 2005..time Form Two...this is one of my favourite TV show, The Princess . cuz the hero is a man in the military. LOL *nangis-nangis tengok cerita ni dulu, sungguh beremosi.



seee... that guy, errr igauan zaman remaja ai dedolu. LOL
this is exactly one of the physical aspect yang aku paling concern kalau nk nilai someone.
kemas pembersih and clean shave. but erm rambut dia tak berapa nak crew cut la pulokk. 
ahaks. kisah apa. janji 3/4 criteria dh on. 
*takpe encik baju putih aku 4/4 in this test. kahkahkah. gile unfair bagi full-mark*


clean shave. *aiyokkk Tatum lagi. 


Capt Steven Rogers.  clean shave. hewhewhew


clean shave Lt. Alex Hopper. and dah tentu2 kena pembersih dan cermat. bayangkan kalau nak duduk main taram je lah la baju uniform putih, tuck in luar. kan obvious kalau kotor?
pastu cermat bukan ape.. buatnya pilih nak pakai underwear warna sebarang, tak ke obvious nampak nanti tuuu?
okay bukan nak merapu, but that's a fact whattt. o_O


dah memang askar kena clean shave laaaa.... hahaha!
oh, for general... I love badboys. most of us girls did love badboys, but actually badboys is the one who keep hurting us girls. hahah ironic kn?
 tah hape hape.
-__________-


mungkin ni semua pengaruh dari ayah juga, yang tampak always rapi dan kemas sepanjang masa. so benarlah sedikit sebanyak telahan pakcik Sigmund tu yang anak biasanya akan cenderung untuk memilih karekter yang paling hampir dengan diri mereka untuk dijadikan point of reference.

dari segi Islam pun ada cakap benda yang sama, soal bab didikan anak kena bermula dari sebelum anak tu dilahirkan lagi. which means, sikap dan attitude ibu bapa sendiri yang akan membentuk peribadi anak tersebut. attitude is not simply can be instilled in a person just by a day, a lot of time is consumed. so bila dah terbiasa dengan perangai yang baik, nanti insyaAllah anak-anak pun akan terikut sama. :)


till then, ciao! :D
 
Images by Freepik