Pages

Wednesday, March 20, 2013

bijak cari peluang.

esok result SPM keluar. okay, even takde adik ataupun sedara mara yang nak amik result SPM. 
saya cuma nak pesan...

untuk para junior yang bakal ambil keputusan SPM esok.... 

ya, 
anda perlu dapat straight A's untuk tentukan masa depan anda. 
anda perlu risau jika tidak dapat keputusan yang membanggakan. 

sedih, kerana itulah kenyataan. itulah senarionya kita dalam negara demokrasi berparlimen, Malaysia ini. yang berderet A itulah yang dipandang, yang lain dianggap tidak punya masa depan. dipandang lekeh andai tak dapat buat kursus dalam bidang kritikal.

hakikatnya manusia yang paling bijak dan terbaik sekali kalau pandai atas kertas sahaja tak guna, kalau tak pandai cari peluang. jadilah manusia yang bijak mencuri peluang itu, keputusan cemerlang cuma satu tiket. bukan segalanya.



bijak cari peluang. thats the key word. :)

Wednesday, March 13, 2013

post tribute.

salam readers semua.
semalam (11/3/13) kira-kira jam 845 pagi, saya dan rakan-rakan batch MBBS CUCMS Batch 7 dikejutkan dengan pemergian salah seorang dari sahabat kami, Mohd Hazril Haswat b Karsa, akibat kemalangan jalan raya semasa menunggang motosikal dalam perjalanan ke kelas. Allahyarham dipercayai dilanggar oleh lori pasir, dan kejadian tersebut dipercayai merupakan kes kemalangan langgar-lari. mangsa meninggal di tempat kejadian, dipercayai akibat kecederaan dalaman kepala yang teruk.

Haswat, indeed is a very good man. satu perkara yang membuat aku terkesan dengan pemergiannya, kerana arwah merupakan sahabat yang baik dan bertanggungjawab. berita pemergiannya, ternyata berjaya membuatkan air mataku menitis? mengapa? walaupun arwah bukanlah sahabat yang selalu bercakap dengan aku dalam kelas pun, sebab aku segan pada arwah. selama mengenali arwah, dan pernah last case study masa urinary block aku satu group dengan arwah, aku ingat lagi, aku duduk betul-betul opposite dengan arwah. ARWAH SENTIASA TUNDUKKAN PANDANGAN DIA APABILA BERCAKAP DENGAN RAKAN SEKELAS PEREMPUAN. mashaAllah, hebat sungguh, arwah sentiasa menjaga pandangannya.

since aku sama-sama join Wataniah dengan arwah, aku selalu seronok if arwah yang lead kawad/perhimpunan pagi dan bila aku dapat tahu yang dia ketua troop ke kem DRM di Bogor nanti, aku rasa arwah memang orang yang tepat. aku rasa arwah memang seorang ketua yang humble. Arwah selalu mention bab-bab nikah kahwin nih. in fact dia lah paling semangat nak kahwin, pergi kursus la, apa la... selalu dok bahan-bahan arwah dlu pasal kahwin-kahwin ni. Haswat, perancangan Allah tu lebih baik untuk hang. dia amik hang untuk bagi hang kawen dengan bidadari syurga...

semoga yang terbaik untukmu sahabat. meninggal dalam perjalanan ke kelas, sempat baca quran sebelum turun dari rumah untuk ke kelas, insyaAllah... dapat pahala syahid fisabillilah untuk menuntut ilmu. mudah cara hang pergi tinggalkan kami...semoga jumpa lagi kat syurga Firdaus nanti!


Al-Fatihah buat arwah Haswat.

Saturday, March 9, 2013

ponder and wonder.


sometimes you choose not to give up on a person because you are matured enough to accept and bear with someone imperfectness, as well as tolerating his mistake and yours. you solely do not blame him for what he has done wrong, by knowing you might as well has done wrong to him. or sometimes your mistake is even worse.  both are hurt. both starts to rule out the ego. the fact to hold on for someone who is then willing to work that out together, ensure a healthy relationship.


:)

Saturday, March 2, 2013

sebak.filing militeri.

serius tak boleh tengok gambar 2 wira negara yang gugur di Ops Sulu tu.
Allah, moga kuatkan hati balu mereka.

menjadi separuh dari jiwa mereka yang bergelar anggota keselamatan negara bukannya mudah. lihat apa yang ditinggalkan di belakangnya, selangkah mereka mara berjuang untuk pertahankan kedaulatan ibu pertiwi, selangkah mereka meninggalkan amanah Tuhan, selangkah meninggalkan tulang belakang yang menjadi pendukung mereka. aku pasti, sukar. aku yang bergelar anak pernah merasa ditinggalkan. seperti juga Mak. walaupun sekejap. setahun. mungkin sekejap.

tapi, buat ayah mereka yang pergi untuk selamanya memikul amanah kesatria?
sungguh terasa kehilangan.

tolak tepi mainan politik.
tolak tepi isu yang bersangkut.
sejauh mana perwira negara itu kau sanjung?


sebak.
mata basah.
bibir bergetap menahan tangis.
hati terasa disiat-siat.
aku tak boleh terus menulis.


apa mungkin mereka yang lain bisa memahami?

Tuhan, sejahterakanlah Bumi Malaysia ini.

moga tiada lagi isteri yang menjadi balu.
moga tiada lagi anak yang menjadi yatim.


teaser.

mahu mengarang cerpen.
ya bulan depan launch insyaAllah.
nak kasik tone nangis-nangis. hahaha
*insert evil tone here*


ok bye.
menghadap Public Health. 4 minggu.
amaigadddd. I didn't sign up for Medicine to learn Statistic just so you know.
but yeah, hadap jelah.
nak tak nak tetap kena belajar.
epidemiology memerlukan pembelajaran statistic. so lets pray this block will go smoothly.




 
Images by Freepik