Pages

Wednesday, February 19, 2014

bacalah kemeroyanan dokter (to-be) ini tanpa sentap.

salam to all readers.
maaflah jarang update blog dah sekarang.
busy lah.ke lebih kepada malas meraban sebenarnya?
kengkonon dulu bajet tiap kali habis satu posting nak update blog cerita pasal posting.
bajet nak buat referral to adik-adik yang bakal melangkah ke alam klinikal.
tapi tak kesampaian hasrat tu.
huwa huwa huwa.
blogwalking blog orang lain pun dah jarang-jarang.
blog gossip sempat pulak blogwalking kan astaghfirullah

i bet everyone does that?
takpayah nak suci sangat okay.
korang mesti ada darkside jugak. hewhewhew

welp, lately memang jarang membebel kat blog. tapi more to status di Facebook.
mentang mentang dah boleh tulis status panjang berjela lalu DokterLisa ini mengambil kesempatan lah kan.
apa lagi?
tak terkecuali pada post-post yang memprovok sikit.
tapi kepada yang terasalah kot. takde niat nak menuju kepada sesiapa.

biasanya status yang aku share tu, mungkin pada aku bawa manfaat pada orang ramai.
niat aku. cuma berkongsi.
pada aku. nikmati persamaan, raikan perbezaan.

doesn't mean dia tak sebulu dengan engkau dia salah. unless dia betul-betul salah lah.
tak payah nak butthurt sangat lah kot kan.

kalau nak menilai aku ni siapa sebelum bercakap, dan melabel aku itu ini.
rasa tercabar walhal aku ni student medik je belajar tak pandai selalu dapat nombor corot-corot tak top student pun yang tak sepatutnya bercakap macam ni sedangkan anda dah HO, MO dan lebih senior dari saya.. mintak maaf lah.
saya hormat stand anda.

saya cuma share apa yang saya tahu.
belajar dan sebarkan.
buat apa belajar setinggi gunung pun tapi secubit pun kau takleh nak share.
apa lagi ilmu tu sahih dan bermanfaat.
rugi weh.
taknak buat pahala mengalir ke?
bukannya kau share benda-benda takde faedah.
kot nak kata benda yang hendak dikongsi tu tahap kesahihannya aku ragu-ragu
kalau tak pasti aku rujuk pada yang pakar.
bukan nak kata aku nih hebat sangat.

faham je, sesetengah tu belajar oversea.
lagi lebat dari aku
result exam lagi gempak dari aku.
rezeki memasing lah wey. ada je benda kau dapat kat sana kau tak dpat kat sini.
same goes to benda-benda yang aku dapat kat sini yang aku takdapat kat sana macam apa yang kau dapat.
macam tak puas hati.
well, haters gonna hate.
asalkan aku boleh justify balik apa stand aku.
there shouldn't be any problem then.

kau tak suka?
hide jelah aku punya post kat newsfeed tu.

pada aku sekarang ni cabaran nak jadi doktor manusia is no longer to treat the diseases alone, but to educate people.
biasalah, nak kena bersaing dengan pesakit-pesakit yang kebanyakkannya lagi pandai dari doktor dorang.
aku tak kata apa doktor cakap tu mandatory.
doktor pun manusia jugak. tapi at least apa dia cakap tu ada source and bukti dari apa dia belajar.
kau ingat belajar kat medical school tu senang?
tak salah kau nak cari optional source. tapi cari yang established la.
ni ntah sapa-sapa punya opinion kau nak refer buat rujukan.
mana doktor rasa tak menyirap?

kalau nak tunggu jadi orang hebat dulu baru boleh menyumbang kat umat manusia.
baik takyah hidup lah wey.
define sikit kat aku apa tu hebat?
it defeat your purpose pun why you should have born at the first place.
you don't need any medium to set an example.
just be yourself.
ask what can you give to the mankind despite the race and the creed?

aku tahu aku tak pandai.
banyak lagi orang lagi pandai.
tapi aku tak malu nak berkongsi apa yang aku tahu.
tu je masalah aku.
asalkan orang lain boleh dapat tahu dengan ilmu yang aku kongsi tu.
bersyarat bahawa benda tu sahih la.
memang aku suka penuhkan wall aku dengan benda-benda perkongsian yang definite.


aku tak pandai nak bahas soal agama.
bukan bidang aku. aku kena belajar lagi.
tapi buat masa ni aku cuma kongsi apa yang aku tahu.
tak suka.. takpayah baca or scroll je laju-laju.


apa-apa aku akan publickan post kalau benda tu bermanfaat. percayalah.


Best regards,
FB Nurlisa Kamal







hahahaha!
sempat lagik.

:P







 
Images by Freepik