Pages

Monday, August 9, 2010

all is well... :)

kadangkala apabila ditimpa sesuatu yang tidak menyenangkan dalam hidup.
kita sering mengaitkannya dengan musibah.
MUSIBAH atau UJIAN?

ajarlah hati supaya berhusnuzhon (bersangka baik) dengan-Nya.

pernah tak kita terfikir apabila kita diuji Allah...itu adalah salah satu bentuk ingatan allah terhadap kita?
bayangkan dalam berjuta-juta hambanya..kita insan yg kerdil dan hina ini...
dipilih Allah untuk menerima ujian?
wab beruntungnya kita!
allah ingat kat kita!
tak seronok ke?

namun ramai sering menyalahkan takdir.

KENAPA ALLAH SELALU JE NK SUSAHKAN AKU NI?

masya-Allah.tahu tak apabila kita tidak menerima ketentuan itu...
itu tandanya kita menyalahkan qada dan qadar.
bukankah percaya terhadap qada dan qadar yang terjadi itu sebahagian daripada rukun iman?
maka,apabila kita menyalahkan takdir..kita merosakkan rukun iman kita?
nuazubillah.

ingatlah wahai saudaraku,

bagaimana kita mahu mengatakan diri ini sebahagian daripada golongan yang beriman jika diri tidak diuji?
bukanlah...ujian itu mampu menguatkan iman dan taqwa kita terhadapnya?

renungkan....

"allah tidak membebani seseorang itu melainkan atas kesanggupannya sendiri..." al-Baqarah 286.

dan jika hatimu memberontak lagi...ataupun tertanya2 mengapa allah mengujimu sedemikian rupa?
maka renungkan lah ayat ini :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
al-baqarah 216.

masyaallah.
terbukti disini kalamullah itu jawapan kepada segala persoalan.
ana bercakap ini berdasarkan pengalaman ana juga.
dikala diri sedang dirundung kesedihan tatkala diuji.
hati berkali2 menyangkal ketentuan.
seolah2 tidak redha dengan apa yang berlaku.

ana buka al-quran.
itupun setelah dinasihati sahabat.

AL-QURAN ITU AS-SYIFAA YA UKHTI. BUKALAH.BACALAH SEOLAH2 KAMU DENGAN BERCAKAP DENGAN ALLAH. INSYA-ALLAH...ALLAH AKAN MENJAWAB SEGALA PERSOALANMU.

ana menyelak lembaran al-quran dan terus mata ana tertancap memandang kepada ayat surah al-baqarah ayat 216. menitis air mata ana. ya allah...kau Maha Mengetahui. seolah-olah allah tahu,apa jawapan yang ana perlukan...ketika hati sedang ditinggal kebingungan.mencari arah dan jawapan kepada hati.

kepada yang sering terganggu dengan kejadian yang berlaku dalam hidup anda..

ketahuilah, allah itu maha adil dan maha pemberi. dia berikan segala-galanya buat kita.
MUNGKIN BUKAN SEMUA YANG KITA MAHUKAN,TAPI DIA BERIKAN SEMUA YANG KITA PERLUKAN.

semua itu kerana kasih-Nya pada kita. dan ingatlah segala pemberiannya tehadap kita adalah yang TERBAIK.termasuk juga ujian yang diberikan tehadap kita.ALLAH TAHU ITU YANG TERBAIK UNTUK KITA.
jika kita boleh tersenyum ketika dia memberikan kurniaan yang indah dalam hidup kita...mengapa kita harus bersedih ketika didatangi ujian yang turut merupakan sebahagian daripada kurniaan-Nya?

senyumlah.
senyumlah.
dan yakin..
all is well...insyaallah.


wallahualam.

2 comments:

  1. lisa, me and anis are soooo proud of you! kte doakan lisa kuat mcm wonderwoman ye?
    hehe..

    ReplyDelete
  2. insyaallah kak farah n kak anis.
    setiap pertemuan yg tuhan aturkan tu tetap ada sesuatu yg dia dh janjikan.

    syukur dpt kenal akak berdua n byk tlg bimbing lisa.
    insyaallah terus sokong lisa nk bermujahadah ye?
    :D

    ReplyDelete

 
Images by Freepik