Pages

Tuesday, August 3, 2010

mengapa perlu bercouple? part 2

...sambungan dari post yg pertama mengenai mengapa perlu bercouple.

bagi ana sekarang ini...ana bersetuju kaedah yang dianjurkan dalam Islam.
tempoh berkenal-kenalan yang sepatutnya adalah sewaktu BERTUNANG.bukan sewaktu bercouple.
sebab pertama, si dia ketika itu lebih confirm untuk menjadi pasangan hidup anda. insyaallah.

sebab kedua, Islam sendiri melalui sabda nabi SAW : sembunyikanlah pertunangan, khabarkanlah perkahwinan...ada tak Rasullulah SAW sebut pasal bercouple? takde bukan...maksudnya...sewaktu tempoh pertunangan itu lah tempoh yang sebenarnya2 untuk berkenal-kenalan, bukan menggunakan alasan bercouple untuk berkenal-kenalan. banyak sebab lagi kenapa Rasulullah suruh sembunyikan pertunangan tu..mungkin lebih kurang sama sebabnya dengan mengapa couple utuk agak tidak bagus..

islam itu agama yang sangat menitikberatkan kemaslahatan umatnya.
bertunang adalah tempoh yang selamat untuk mengenali pasangan kerana salah satu sebabnya

1) perhubungan diketahui oleh mahram/keluarga.malah kalau nk berjumpa pun..sekurang2nya keluarga tahu anda berjumpa dengan siapa...dan kena bawa seorang mahram wanita tersebut untuk mengelakkan timbulnya fitnah,

2) xsemua orang yang bercouple tu family mereka tahu mengenai hubungan mereka bukan? so ada yang keluar sembunyi2...percayalah..ana rasa lebih ramai yang tergolong dalam golongan couple yang tidak diketahui keluarga berbanding yang sebaliknya.

3) menyembunyikan pertunangan disini maksudnya...kadangkala pertunangan itu boleh jadi perkara yang tidak pasti bagi sesuatu pasangan itu.mungkin putus,mungkin juga ke jinjang perkahwinan. kalau jadi kahwin baguslah...tapi buatnya tiba2 putus tunang?siapa yang nak menanggung malu? itulah salah sebabnya islam tidak menggalakkan kita menghebah2kan sangat mengenai pertunangan ini. apatah lagi bercouple...
same juga hujahnya seperti diatas...kenapa ana kata sama?

bukankah orang sekarang mendefinisikan bercouple= berkenal-kenalan?bertunang pun berkenal-kenalan juga bukan?

bayangkan betapa indahnya..ketika apa yang dilakukan orang yang bercouple dan berkahwin itu sama je boleh buat.tapi hukumnya haram bg yg bercouple sedangkan untuk yang telah berkahwin..jelas dan nyata sekali itu adalah sah dan halal baginya bukan?

sungguh ana katakan,dosa semalam yang menghantui diri ana...masih jelas di sanubari.hati kecil ini sentiasa menangis.mudah-mudahan air mata ini mampu menjadi pendinding ana kelak daripada azab neraka.nauzubillah.

namun tiada apa yang mampu ana lakukan dari terus-terus memohon ampun dan taubat kepadanya.
namun jadikanlah ia sebagai peringatan. supaya tidak terjerumus lagi ke dalam lembah yang menghinakan itu.

wanita...ana tahu, akal kita senipis bilahan rambut kita.
tapi hiasilah dengan ilmu.supaya akal nan satu itu dapat menyeimbangkan nafsu yang berhati sembilan itu.
ana juga akui wahai golongan Hawa, hati kita in ternyata memang rapuh namun..
jangan biarkan ar-rijjal yg tidak kenal apa erti cinta sebenarnya itu memperkotak katikkan perasaan kita.
ana tahu juga wahai an-nisa...kita ini mudah benar mengalirkan air mata..namun jadikan itu senjata halus lagi tajam dalam mendepani segala perkara..sungguhpun kita itu mmg tidak lari dari menjadi fitnah dunia.
al-hayaa' itu (sifat malu) biarlah terus menjadi sebahagian dari dirimu..jika hilang...temukannya semula..bagaimana?carilah allah. bukankah dia itu maha Pemberi?

cukuplah sekarang ini...allah telah membantu ana.mengurniakan ana dengan petunjuk untuk kembali kepada jalan yang betul.kepada fitrah yang sepatutnya.ana akui,hati ana masih berkocak dengan perasaan tarikan terhadap kaum Adam...namun itu fitrah.ana tidak boleh lari dari kenyataan itu. cuma bezanya...ana TIDAK MAHU COUPLE.
perit.sakit.

ana cuba mengawal perasaan ini.doa itu senjata utama.doalah kepada allah.
seorang sahabat pernah berkata...

ANTI, KALAU BENAR ANTI SUKA PADANYA..MINTALAH PADA ALLAH, SUPAYA ALLAH JAGAKAN DIA BUAT DIRI ANTI. DOALAH PADA ALLAH SUPAYA JANGAN BIARKAN DIA TERJERUMUS KELUAR DARI LANDASAN YANG TIDAK SEPATUTNYA. JIKA BENAR DIA JODOH BUAT ANTI, MEMANG ANTI TAKKAN BOLEH LARI.

insyaallah.itu yang sedang ana lakukan. lagipun ana kena berbalik semula kepada fitrah kejadian manusia melalui ayat surah ad-dzaariyaat :56.

ketua naqib ana pernah bertanya dan menyampaikan pesanan,

MENGAPA HATI2 ANAK REMAJA INI SENANG DIJENTIK DENGAN PERASAAN CINTA DAN KEINGINAN UNTUK BERCOUPLE?

jawabnya:

KERANA HATI2 MEREKA TIDAK PERNAH DISIBUKKAN DENGAN PERKARA YANG LEBIH PENTING.MEREKA TIDAK MENELITI SMEULA APA MATLAMAT HIDUP MEREKA BERDIRI DI BUMI ALLAH INI. MELAKSANAKAN AMANAH YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

MANA TIDAKNYA, ORANG YANG BERCOUPLE MENGGUNAKAN ALASAN KEKOSONGAN HATI MEMBUATKAN MEREKA TERDORONG UNTUK BERCINTA.APABILA BERCINTA....LOMPONG2 HATI TERSEBUT TELAH DIISI OLEH SI DIA...SEPARUH HATI TELAH DISERAHKAN KEPADA SI DIA, KONON SEBAGAI TANDA CINTA.

HABIS,KALAU SEPARUH HATI SUDAH DISERAHKAN KEPADA COULE..APA LAGI YANG TINGGAL UNTUK ALLAH? UNTUK AGAMA? UNTUK BEKALAN MASA HIDUP DAN AKHIRAT NANTI?


renungkanlah.....

2 comments:

  1. masyaAllah lisa, mantap sekali!
    maafla kami xpernah sentuh bab couple dlm usrah.
    tp byk jgak benda lain yg kmi xsentuh. hehehe

    ReplyDelete
  2. nurin>> totally agree.. :)

    kak farah >> alhamdulillah..sekadar sedikit pendapat dan perkongsian.. :)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik