Aku berkenalan dengan seorang hamba Allah ini sehari sebelum menjelang Ramadhan melalui laman social Facebook. Kukira, perkenalan antara aku dengannya adalah sama seperti aku berkenalan dengan orang lain. Oh ya, aku jarang sekali meng’approve’ orang yang aku tidak kenali. Tetapi setelah melihat page facebook mad’u ku, ternyata dia menarik hatiku untuk meng’approve’ friend requestnya.
Niatku pada awal perkenalan kami, jujur ku katakan. Mungkin sekadar rakan biasa. Namun tidak sampai beberapa jam…beliau bertanya kepadaku…
ANTI, NAQIBAH JUGA KE DULU?
Dari situ segalanya bermula. Aku menceritakan perihal kisahku kepadanya secara terperinci. Hairan sekali, aku begitu mudah menceritakan segala-galanya kepada dia. Ternyata, dia juga membuka kisah silamnya yang ternyata serupa denganku. Titik persamaan antara aku dengannya memudahkan lagi proses perkenalan tersebut. Tanpa aku sedari,hati ini sudah mula berkocak. Namun dia cepat-cepat mengingatkan. Seolah-olah bijak benar dia membaca isi hatiku.
ANTI, BETULKAN NIAT.
Masya Allah. Ku rasakan kehadirannya kali ini benar-benar mempunyai tujuan tertentu yang sudah diaturkan Ya Alim. Semakin hari mengenalinya, semakin dekat dia mendekatkan hatiku untuk mengingati Maha Pencipta. Setiap hari handphoneku tidak pernah sunyi dengan kiriman ayat2 Quranul Karim yang begitu dekat dihatiku daripadanya. Malah, tidak jemu dia mengingatkanku... Antara pengisiannya, betapa dia sangat-sangat menitik beratkan soal aurat,batal pergaulanku serta istiqamahku untuk melakukan perubahan.
Suatu malam, aku bertahajjud dan menangis kepadanya. Ya Rabb, apakah petanda kau mengirimkan dia kepadaku? Jika benar kau menghantarkan kehadirannya kepadaku untuk memberi aku sesuatu, maka ya Allah, kekalkan kehadirannya bersamaku…
Katanya, memang bukan senang mahu berubah. Lagi pula mahu istiqamah melakukan perubahan. Ku katakan, yang aku belum cukup kuat untuk menempuhi ujian dari Tuhan. Namun dia tidak putus-putus memberi kata semangat.
Setiap kata-kata darinya itulah apa yang sekian lama yang aku ingin dengari dari seorang lelaki yang bisa mengajak aku ke jalan Allah. Menyentuh ke tangkai hati, subhanallah. Sedikit sebanyak, kata-katanya bisa membuatkan aku sentiasa merenung tujuan hidupku. Aku tertarik sekali, cara pendekatannya yang mengingatkan aku tentang kesan pada masa akan datang sekiranya aku melakukan benda yang salah.
SAYANGNYA KALAU MUDAH SANGAT KITA JATUH CINTA PADA ORANG SEBARANGAN. SAYANG SANGAT- SANGAT. SEBAB APA? KALAU BOLEH KITA NK BAGI RASA CINTA TU..KAT ORANG YANG DAH CONFIRM JADI PASANGAN HIDUP KITA. YANG SAMA-SAMA AKAN MASUK SYURGA DENGAN KITA NANTI.BUKAN BOYFRIEND, BUKAN GIRLFRIEND. OR BUKAN SIAPA-SIAPA PUN SEBELUM ATAU SELEPASNYA.
Tercari-cari cinta seorang lelaki yang bisa memberiku kebahagiaan, kononnya…ternyata aku salah perkiraan. Hadirnya dia, membetulkan semula fakulti pemikiranku, menafsir semula kemahuan hatiku. Baru kusedari , cinta yang ku cari selama ini bukanlah cinta hakiki. Apalah ertinya aku menyeksa diri, hidup dalam cinta yang penuh perkara yang mengkucar-kacirkan perasaanku, buang masa sahaja! Jiwaku terasa lebih tenang kini. Soal pelajaranku sentiasa diingatkan agar menjadi keutamaan.
ANTI, JADILAH SEORANG DOKTOR YANG JUGA BISA MENJADI SEORANG MUSLIMAH YANG TAAT PADA AGAMANYA. MENCARI MUSLIMAH MEMANG SUKAR, NAMUN UNTUK MEMBENTUK DIRI MENJADI MUSLIMAH ITU TERNYATA LEBIH SUKAR.
Perasaan ku terhadapnya? Biarlah aku dan Allah yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu. Soal itu aku tolak ke tepi. Bukan apa, ku tahu, jika aku terlalu memikirkan soal itu, syaitan aku mudah menghasut nafsu yang sentiasa membolak-balikkan hati ini. Sedangkan selalu sahaja aku mengingatkan diriku tentang niat dan atas dasar apa aku terus berhubungan dengannya.
Soal jodoh? Aku juga tidak mahu berharap. Walaupun sedikit, aku takut sekali…kalau-kalau niatku untuk belajar darinya dan memperbaiki diriku mungkin akan terpesong. Jadi, aku tidak mahu memikirkannya sangat. Walaupun sudah ku ketahui yang aku tidak akan pernah lari dari memikirkan perkara itu.
Ramadhan kali ini benar-benar memberi erti. Terasa sekali, kesegaran aku bangun dan bertahajjud kepadanya. Diserikan dengan tadarus bersama adik-adik usrah yang sentiasa mendamaikan hatiku. Aku tidak menyangka, begitu indah tarbiah islamiah yang terjadi terhadap diriku. Aku benar-benar mencarimu YA ALLAH. Dalam pencarianku ke destinasi rahmatmu ini, kau berikan aku kesempatan untuk kenal dengannya. Terima kasih YA ALLAH kerana menemukan aku dengannya. Mungkin ,inilah hikmah pertemuan aku dengannya.
No comments:
Post a Comment