Nabi Muhamad(saw) sgt MARAH melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu djwb dgn agk gementar, 'Isteriku sangat KERAS KEPALA! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan ALASANMU,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul TEMAN TIDURMU dan IBU kepada anak-anakmu? '
Mana- mana wanita yang mentaati perintah suaminya….maka masuklah ia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang ia sukai…. (Hadith Nabi)
Lihatlah Hawa, betapa kejadianmu sangat dimuliakan.
Lantas, kenapa kau masih bersedih…kononnya tidak mendapat layanan yang sewajarnya sama seperti Adam?
Jadi perempuan menyusahkan! Kena tutup sana sini..kalau tak pandai tutup, masuk neraka! Free- free je!
Hawa… fitrahmu memang begitu. Namun disyariatkan semua itu bukanlah untuk menghalang kebebasanmu, Cuma harga dirimu itu yang terlalu tinggi. Cukup tinggi. Maka, bukankah barangan yang bernilai tinggi harus dijaga dengan sempurna? Tidakkah orang yang benar-benar layak sahaja yang boleh melihat perhiasan dirimu? Jadi, mengapa harus dipersoalkan lagi?
Tahukah engkau lagi wahai Hawa, jihad untuk melawan nafsumu yang berkepala sembilan itu, jihad yang terbesar buat dirimu. Malah kau tahu bukan apa darjatnya bagi orang-orang yang berjihad di sisi Tuhanmu Yang Maha Menciptakan itu? Subhanallah, fikirkanlah. Nafsu itu mampu ditundukkan, anda kau tahu bagaimana mahu memelihara dirimu.
Janganlah dek kerana terhanyut dengan apa yang kecapi didunia ini, membuatkan dirimu mendustai apa yang telah dijanjikan oleh pencipta-MU di syurga sana.
Untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai,dan membuatkan mu untuk tersenyum kepuasan di sana nanti… Maka, bukankah ianya dari dirimu sendiri untuk menentukan semua itu?
Hawa… tahukah engkau?
Betapa mudahnya Allah itu mahu mengurniakanmu darjat yang sama seperti Adam di sisi Rabbul Izzati mu. Kau tak perlu keluar untuk keluar dari rumahmu untuk mendapat status berjihad di medan perang, kau hanya perlu melayan suamimu dengan penuh kasih sayang dan mendidik zuriatmu dengan sempurna….
Masya –Allah, itukah yang kau katakan menyusahkan dirimu? Kau tak perlu membanting tulang seteruk Adam namun kau punyai kelebihan untuk mencapai status untuk berdiri sebaris dengan para syuhada di sana kelak? Apakah itu yang masih engkau rungutkan?
like! best2!
ReplyDelete