"i'm engaged" kata si gadis kepada teman rapatnya.
"what? apahal aku taktau pun? takde MAJLIS pun???" si teman bertanya separuh terkejut.
"perlu ke majlis? plus parents aku taktau pun sebenarnya...." kata-kata si gadis sambil tersenyum menghangatkan lagi persoalan yg menyerang pemikiran si teman.
"apa ni??" kerutan di dahi mengesahkan bahawa teman benar-benar tidak mengerti maksud si gadis sebentar tadi.
setelah bertanya kepada beberapa orang arif, dan melalui pembacaan ana... isu tunang atau dalam bahasa Arabnya "khitbah" ni ana akan cuba beri pendapat dan pandangan dari kaca mata seorang gadis yg berusia 19 tahun. SEKADAR PENDAPAT DAN PEMAHAMAN ana sahaja. mohon maaf terlebih dahulu andainya ada content yang lemah sepanjang post ini ditulis.
MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isteri. Sebelum urusan peminangan dilakukan ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi supaya tidak menyalahi apa yang ditetapkan Islam dan memudahkan tercapai tujuannya. maksudnya disini, apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk memperisterikan seorang perempuan, dan perempuan tersebut bersetuju maka mereka telah BERTUNANG.
meskipun ibu bapa tidak tahu.
meskipun tidak ada majlis pertunangan.
sekalipun tidak ada cincin pertunangan tanda diri sudah bertunang.
semua itu hanya ADAT.
sekadar pernyataan tersebut ,telah membuatkan seseorang telah bertunang.
namun untuk apa ADAT itu diadakan?
nak mengelakkan fitnah orang?
okay, dari satu sudut mungkin ada betulnya juga...
supaya orang lain takleh masuk 'line'...
Seorang Mukmin adalah saudara bagi Mukmin yang lain. Oleh itu tidak halal dia membeli pembelian saudaranya, dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).
tapi seeloknya diberitahu kepada ibu bapa, meskipun secara samar-samar. sekadar katakan sedang 'serius berkawan dengan seseorang'... itu tanda kita sedang menjalani tempoh pertunangan dengan seseorang. kalau beritahu begini ; "mak, ayah.. saya sudah bertunang..." mahu terkejut kena serangan jantung jugak nanti!
apa hukum BERTUNANG?
Hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat"
kaitan COUPLE dan BERTUNANG?
ana boleh katakan bahawa couple ini sama sahaja dengan bertunang. untuk apa seseorang itu bertunang?
tujuan bertunang = untuk berkenal-kenalan
tujuan bercouple = untuk berkenal-kenalan
bercouple = bertunang????
TAPI!
yang membezakannya adalah perbuatan dalam menjalani hubungan tersebut sebenarnya. mostly yang ana nampak sekarang, bercouple tu dh jadi budaya. keluar sama-sama, makan, movie, bowling, jalan pegang-pegang tangan, peluk-peluk. itu mostly yg ana nampak muda-mudi sekarang buat bila bercouple. taknak lah sebut pasal kes yg dah terlanjur semua tu. lari topik nanti. namun atas alasan apa mereka melakukan semua itu selain dari berseronok2? jawapannya :MAHU BERKENAL-KENALAN. NANTI SENANG KERJA LEPAS KAHWIN. SEBAB DAH KENAL LAMA TIME COUPLE DULU2...
dah tu macam mana pula khitbah yg sebetulnya?Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas.Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim. jadi ana macam tak faham dgn amalan orang sekarang. bila dilihat sekeliling, hubungan pertunangan tu macam tiket untuk mereka yg dh bertunang berjalan ke sana-sini berdua, sedangkan mereka tidak boleh berbuat demikian. kononnya nak sama-sama membeli brg2 kahwin, beli cincin, nak cari katering.. alasan je tu.bincang benda yang perlu sudah. takpayah nak melalut-lalut. kalau nak keluar sekalipun, mesti mahram kena teman. itu basic. paling tidak kalau bukan ayah si perempuan, abang/adik lelaki si perempuan. tapi jangan bawak adik si perempuan yg belum cukup umur pulak. nak buat apa? adeyy~
" Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah / kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk buku Fiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).
sebenarnya kalau dua orang lelaki dan perempuan tu dah bertunang, itu dah kira bercouple lah tu. cuma kena jaga betul2 perhubungan tu supaya tak menyalahi syarak. itu bezanya. couple yang betul-betul ikut syariat = bertunang le tu!
andai couple tu tiba-tiba clash, kira dah putus tunang la tu. berapa ramai dah putus tunang sekarang? baik angkat tangan sekarang!hehe <---- abaikan.
points nak cakap kat sini, andai salah seorang berjumpa dengan orang lain ketika dalam tempoh khtibah, haruslah kedua-dua belah pihak mengetahuinya. supaya khtibah yang telah dibuat itu akan terbatal.
tempoh BERTUNANG?
Tempoh / masa khitbah yang dipersetujui oleh jumhur ulamak (ramai Ulamak) ialah tempoh yang tidak panjang atau lama.sebab apa?
Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
bercakap2 dengan tunang dalam telefon,ym...itu dikira berkhalwat atau tidak?
soalan ni ditanya oleh seorang sahabat ana sewaktu forum Baju Kurung vs Baju Melayu tempohari yang berlangsung di kolej. bercakap mengenai pergaulan lelaki dan perempuan.
jawapannya :
andai diri bersedia di khitbah? orangnye dah ada, cuma masa membataskan?
terbatas oleh sebab umur, mungkin masih study...?
pesan ana,
kalau tak mampu, simpan jelah niat tu dulu dalam hati. yakin andai dia jodohmu. maka kamu akan dapat.
kalau dah terlanjur meluahkan?
ahah, kes ni kena belajar control hati. supaya tak terjadi zina hati. senang kata, cuba lah tidak untuk berhubungan dengannya selalu/ terlalu kerap. bahaya! kalau tak contact langsung secara direct lagi bagus. cuba gunakan orang tengah.hati kena jaga! claim cinta tu suci kan? cinta yang suci takkan dicemari dengan benda2 yang boleh mengotorkan fitrah cinta itu sendiri...
kalau khatib ( tunang lelaki) dan makhtubah( tunang perempuan) bijak menjaga perhubungan, insya Allah perhubungan yang dibina suatu hari nanti andai berjodohan, pastinya yang diberkatiNya.
andai dah berjanji, tapi ditakdirkan si dia bukan milikmu, anggaplah dirimu dan dirinya dah bermujahadah untuk menjadi soleh dan solehah buat diri masing-masing, yang pastinya tidak merugikan, malah menguntungkan tidak kiralah siapapun pasangannya kelak.
penulis dah dikhitbah? hmm~ insyaallah sedang cuba menjaga sehabis baik. sebab belum masanya lagi.
wallahualam~