Pages

Sunday, June 26, 2011

Baitul Muslim dan Hakikat Persepsi yang Klise.

siang tadi, ke pejabat IKRAM Penang. ada daurah muayyid.
pertama kali daurah digabung antara ikhwan dan akhwat lebih kurang seramai 100 orang dari seluruh Kedah, Pulau Pinang dan juga Perlis.
masyaAllah.
dan disini juga saya berkesempatan bertemu semula dengan seorang sahabat yang hampir 10 tahun tidak ketemu.
akhirnya jalan dakwah dan tarbiyyah menemukan kami kembali.

baiklah, apa isu yang saya ingin tuliskan ialah berkaitan Baitul Muslim (BM). saya pasti isu ini agak popular dibincangkan antara Ikhwan mahupun Akhawat. tidak kiralah dalam mana-mana jemaah sekalipun.
saya tersenyum kecil. isu ini agak panas untuk diperkatakan. tetapi menarik juga.

di awal slot lagi kami telah diterjah, apa pemahaman kami tentang BM pada persepsi awal sebelum kupasan bermula.

banyak antara peserta mampu menghurai dengan baik definisi BM pada pandangan mereka secara kasar. saya juga sependapat dengan mereka ketika itu.

BM adalah salah satu tingkatan dalam Murratib Amal (MA) demi mencapai Ustiazatul Alam (UA). tanggungjawab untuk membina BM sama sahaja seperti membina Individu Muslim (IM). dalam MA, IM datang terlebih dahulu sebelum BM.

persepsi awal saya.BM hanya akan dicapai apabila mana sebuah keluarga yang didasarkan pada dakwah dan tarbiyah dibina antara seorang Ikhwan dan Akhawat. itulah pandangan saya secara amnya. gara-gara saya tahu akan firman Allah dalam surah an-Nur (24:26). fair and square. perempuan baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.

muncul pula soalan dari Ustaz yang memberi ceramah." apakah BM hanya akan dicapai apabila mana sebuah keluarga yang didasarkan pada dakwah dan tarbiyah, lillahi Taala dibina antara seorang Ikhwan dan Akhawat?"

saya menggaru kepala. minda mula dijentik untuk bekerja. mula menaksir semula maksud setiap lontaran kata-kata Ustaz yang merupakan satu bentuk provokasi.


kata Imam Hassan Al Banna, BM adalah merupakan satu bentuk takwin (pembinaan). ia adalah suatu proses. maksudnya BM perlu dibina, dengan menghayati 10 ciri Muwassafat Taribyah (MT). dan pastinya apabila ia melibatkan proses, ia memakan masa.

apa yang saya faham, paling asas yang Imam Hassan cuba sampaikan, Baitul Muslim itu tidak sekadar hanya dinikmati oleh para Ikhwan dan Akhawat yang mendrikan rumahtangga sesama mereka, ia boleh di nikmati oleh semua orang yang berkeluarga kerana syarat pembentukan BM ini,paling tidak pun harus ada pasangan yang menghormati fikrah.

maksudnya, tidak semestinya pasangan yang mendirikan BM itu haruslah kedua-duanya seorang daie. ya, kalau kedua-duanya adalah seorang daie maka sama-samalah memikul beban dakwah. itu yang paling baik. namun jika salah seorang daripadanya bukan dari kalangan dua't, seharusnya mereka ini tidak menjadi penghalang ,apatah lagi penentang kepada perjuangan dakwah yang dilakukan oleh pasangan mereka yang berjuang untuk mendapatkan sebenar-benar BM. mereka harus menyokong ke arah itu. ini yang paling asas.

kedua, dalam pembinaan BM juga harus menerapkan penjagaan adab Islam dalam kehidupan seharian berumah tangga, terhadap anak-anak khususnya. sebagai contoh, menyemai budaya Islam yang sebenarnya di dalam rumah tangga, seperti contoh adab pergaulan tetamu antara lelaki dan perempuan haruslah diasingkan. rumah haruslah kemas dan menjaga kebersihan. budaya kebersihan ini menjadi sebahagian daripada 10 ciri MT yang harus mantap dalam diri setiap IM. IM inilah yang akan membina BM kelak. maksud saya, kemantapan untuk mempertingkatkan kualiti MT itu yang harus dilakukan oleh pasangan yang ingin mendirikan BM yang mantap. tidak kiralah dia dari kalangan dua't mahupun tidak.

saya tercengang. tidak pernah menyangka bahawa konteks BM itu terlalu luas malah melangkau sempadan persepsi saya ketika itu.

ketiga, Imam Hassan Al Banna berkata : HUSNU IKHTIARI AZZAUJAH. memilih isteri yang baik itu terletak pada tangan suami. bermakna, kriteria dalam memilih pasangan yang soleh/solehah. penekanan lebih diberikan kepada Ikhwan, kerana mereka yang hendak mencari bakal zaujah mereka. buat para Akhwat, tidak salah juga untuk memilih, kerana anda juga berhak untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Imam buat anda kelak. persoalannya, apa kriteria soleh/solehah itu?

buat para Ikhwan, asalkan mereka dapat melaksanakan hak-hak isteri dan membimbing supaya isteri boleh menjalankan tanggungjawab mereka, itu sudah memadai. itu sahaja. sekali imbas, saya boleh tafsirkan, untuk mencapai target itu tidak semestinya sang isteri harus datang dari kalangan Akhawat dan dua't, bukan?

muncul pula dibenak saya ketika itu, bagaimana pula situasi sekarang di mana jumlah Akhwat lebih ramai daripada Ikhwan dan adakah kemungkinan poligami itu adalah solusi terbaik dalam pembentukan BM?
saya juga terfikir, adakah Akhwat yang bertemu jodoh dengan pasangan yang bukan dari kalangan dua't, akan ada kemungkinan untuk tidak dapat aktif dalam dakwah dan tarbiyyah selepas mendirikan rumah tangga?

jawapan yang dapat saya simpulkan daripada Ustaz apabila soalan ini diutarakan : TIDAK SEMESTINYA SEORANG AKHWAT YANG BERKAHWIN DENGAN SEORANG LELAKI YANG BUKAN DARI KALANGAN DUAT TIDAK BOLEH MENCAPAI BAITUL MUSLIM DALAM RUMAH TANGGANYA.

keempat, bab berkaitan dengan pendidikan awal awal anak-anak. keberkesanan tarbiyyah itu kepada khadam (pembantu rumah). al maklumlah, sekarang dah ramai Akhwat yang bekerjaya dan berjawatan. sang suami harus memastikan  nilai 10 ciri MT turut dihayati bersama oleh pembantu rumah, yang akan mencorakkan dan mewarnai seluruh suasana rumah yang ingin mencapai BM. boleh juga ajak pembantu rumah solat berjemaah, berusrah bersama. dan memastikan perkara tersebut diterapkan kepada anak-anak meskipun saat itu kedua suami isteri tidak berada di rumah. namun suasana BM itu tetap ada kerana sudah diimplimentasi sejak dari awal.

kelima, BM itu medan dakwah yang HAKIKI. untuk saya mudahkan pemahaman pembaca, seorang Ikhwan yang ingin mencapai BM dalam rumah tanggganya harus sedar antara keadilan dalam menguruskan masa dengan keluarga serta tuntutan untuk keluar berprogram. keluarga itu adalah mad'u yang paling terdekat. andaikata sahaja para Ikhwan gagal untuk mempertahankan budaya usrah dalam keluarga sendiri, apa lagi mahu untuk terus mantap berprogram dan menguruskan mad'u yang lebih besar? bak kata Ustaz, mutarobbi yang kita usrah waktu berprogram itu yang kita makan satu talam, satu kumpulan kita takkan boleh mantap andaikata mutarobbi yang lebih dekat, yang tidur sebilik dengan kita itu diabaikan langsung.

tidak semua manusia boleh ditakwinkan, kerana fikrahnya berbeza pada hakikatnya. namun satu yang harus dilakukan, tidak kira sama ada kedua-dua suami isteri adalah dari kalangan dua't mahupun tidak, haruslah dipastikan supaya keluarga tersebut paling tidak, tetap berada dalam jalan tarbiyah dan dakwah.

keenam, rumah tangga itu menjadi nukleus/ pusat dakwah untuk orang sekeliling contohi.

ketujuh, melatih keluarga untuk terus mampu ada survival dalam apa-apa jua keadaan yang mendesak.



KENAPA PEMBINAAN BAITUL MUSLIM INI PENTING?

- untuk ada penyokong untuk saling memberi sokongan terhadap usaha dakwah. sokongan itu dalam bentuk yang pelbagai. mungkin kepada pasangan dai'e, saling bertukar pandangan dalam membincangkan masalah ataupun isu yang berlaku dalam tuntutan kerja dakwah masing-masing boleh dilakukan. untuk pasangan yang bukan daripada kalangan dua't itu juga boleh saling menjadi pendengar masalah. sekadar pendengar, itu rasanya sudah cukup untuk membuktikan bahawa ada lahirnya sifat untuk menyenangkan hati pasangan meskipun tidak terjun ke dalam medan dakwah secara total.

- memastikan kelangsungan dakwah dengan melahirkan lebih banyak generasi Islam yang benar-benar mantap dan teguh pengisiannya demi mencapai Masyarakt Muslim (MM).



BAGAIMANA MAHU MEMENUHI TUNTUTAN BAITUL MUSLIM?

- merancang masa depan anak-anak. baik dari segi pendidikan rohaninya ataupun jasmani itulah teras utama yang harus diberi penekanan.

- menentukan persekitaran yang terbaik dalam proses kanak-kanak membesar. persekitaran yang baik juga memberi impak kepada cara pergaulan serta sifat anak-anak itu tersebut nanti.

-LIQO' BERSAMA ISTERI ( i love this part)

- paling penting : MERAIKAN FITRAH SUAMI/ISTERI.

suami juga tetap lelaki tidak kiralah betapa hebatnya dia dalam kalangan Ikhwan, sama juga seperti si isteri, tidak kiralah bagaimana mantap sekalipun dia dalam berprogram, dia tetap seorang wanita. mereka ini yang mahu diberi layanan dan hak sama seperti wanita dan lelaki normal yang lain.

akhirul kalam, saya minta supaya anda tahu apa yang anda cari dalam perjuangan anda dalam membina BM. BM itu luas konteksnya, seperti yang saya katakan tadi, tidak terkekang hanya kepada kumpulan Ikhwan dan Akhwat sahaja yang mampu melaksanakan tuntutan BM itu. malah, BM mampu dibina antara seorang dai'e dan sesiapa pun mereka yang bukan daripada kalangan dua't. niat harus diperbetulkan, objektif harus diperjelaskan. kelangsungan dakwah dan tarbiyyah itulah motif utamanya. methodnya mungkin pelbagai, variasikanlah dan sesuaikan dengan fitrah andai dan pasangan. andaikata semua IM mampu sedar, membina BM ini bukanlah sekadar terhad dan ekslusif buat golongan para dua't Ikhwan dan Akhwat, tentu sahaja mudah untuk kita menuju ke tangga MA yang seterusnya. InsyaAllah! Takbir!


GLOSARI:

1. muayyid = salah satu cabang dalam Manhaj Tarbiyah. Manhaj Tarbiyah adalah alat tarbawi dan takwini untuk mendekatkan anggota-anggota dengan fikrah dan jama'ah, serta membentuk mereka bagi mencapai matlamat tertentu. 

2. Ikhwan = ahli jemaah lelaki.

3. Akhwat = ahli jemaah perempuan.

4. Murratib Amal = memperjelaskan kepada kita akan keutamaan di dalam melaksanakan amal.

5. Ustiazatul Alam = tingkat tertinggi dalam Murratib Amal. mencakupi pengamalan syariat islam itu tersebar luas ke seluruh dunia, lebih luas daripada empayar.

6. Baitul Muslim = tingkat kedua dalam Murratib Amal

7. Individu Muslim = tingkat pertama dalam Murratib Amal.

8. Muwasaffat Tarbiyyah = membincangkan tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang muslim.Ia dipopularkan oleh Hassan Al-Banna sendiri, pengasas ikhwanul muslimin,satu pertubuhan yang menjadi rujukan utama jemaah-jemaah  lain di seluruh dunia.Methodologi atau kaedah tarbiyah yang digunakan oleh ikhwanul muslimin boleh dikatakan lengkap, mencakupi semua aspek kehidupan, agama,akidah,akhlak,fikrah,politik dan sebagainya.

9. Liqo' = perjumpaan.

10. Dua't = orang yang boleh menguasai orang lain. lebih merujuk kepada konteks seorang dai'e iaitu pendakwah.

11. takwin = proses/ pembinaan.

12. murobbi = individu yang mendidik; atau membimbing, pendidik; pembimbing.

13. mutarobbi = individu yang dididik oleh murobbi.

Tuesday, June 21, 2011

let the picture speaks.


USRAH ITU TAUTAN HATI.

Aziem Nadhirah Abdullah
Sharifah Nafisa Syed Alwi
Mizani Akmar Mohd Abidin
Nur Hidayah hanafi
Nabila Razali
Amilia Atiqah Amil
Siti Nur Syafiqah Supar

mood : demam KMS.

leteran pendek.

nak mingle while you're single, tak salah. but behave lah.ikhtilat tetap kena jaga, orang ketiga memang kena ada so that dia pantau takde yang go against/go beyond the 'border'. jadi diri sendiri tak bermaksud you boleh buat sesuka hati yang you nak. tahu dan faham asas. benda-benda yang remeh yang orang selalu pertikaikan takpayah la nak berdebat sangat-sangat, nak2 pulak bab2 berfesyen itu ini, boleh ke tidak, halal n haram boleh ke tidak.sampai bila pun tak habis. tahu apa yang awak buat tu betul n salah, takkan lah common sense takde langsung kan...kalau taktau, rujuk dengan orang alim yang muktabar. bukan main redah je.

yang membezakan persahabatan dan cinta antara lelaki dan perempuan , cuma ada satu garisan border yang sangat halus. kalau agak xberani, jangan main2 dekat border tu. kalau nak main juga, mainlah, tapi kalau dah sedar sampai satu peringkat dah terlangkau border, undur jelah balik. jangan buat2 tak reti pulak. kalau dah sedar tapi still buat tak reti, lu pikirlah sendiri...

sekian.

dah penat nak bertekak. 
dan tak larat nak menjawab isu remeh temeh yang nak dipertikaikan sangat-sangat.

Saturday, June 18, 2011

teringat.



IPI KMS.
NUQABA TEAM.
DAKWAH PRAKTIKAL.
5 NOVEMBER 2010

Friday, June 17, 2011

ibrah buat kita.

Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan meninggalkan dunia ini esok.

Sepotong ayat yang sangat mengesankan saya tatkala mendapat berita tentang kematian yang menimpa salah seorang kenalan di kolej. Meskipun tidaklah begitu mengenali Allahyarham, namun arwah dapat saya sifatkan seorang yang disenangi oleh orang disekelilingnya. Arwah masih muda, usianya baru mencecah 20 tahun dan dipanggil menghadap Rabbnya dalam usia yang cukup muda akibat kegagalan fungsi buah pinggang dan pendarahan otak. Arwah adalah seorang pelajar yang pintar dan baru sahaja menyelesaikan program persediaan A-Level awal bulan lalu. Siapa sangka, arwah pergi ke rahmatullah tanpa sempat mengetahui keputusan peperiksaan yang baru sahaja selesai didudukinya. Siapa juga sangka sebelum ini, arwah yang kelihatan sihat walafiat boleh didiagnos mengalami kerosakan buah pinggang lalu pergi meninggalkan kita dalam sekelip mata.

Berbalik semula kepada ayat tadi, bukankah ayat tersebut sudah berkali-kali didengari, difahami namun sayangnya tidak betul-betul dihayati dan diambil ibrah (pengajaran) daripadanya.

Benar dunia ini cuma pinjaman. Dunia ini hanya sementara. Dunia ini hanya persinggahan dalam perjalanan yang sangat panjang. Dek kerana perjalanan yang sangat panjang, serta perhentian demi perhentian yang ditempuh terlalu banyak dan lama hingga kadangkala membuatkan kita terlupa ke mana destinasi kita yang sebenarnya…

Ada orang terlalu mengejar kebendaan, terlalu gila akan kemewahan hingga terlupa meniatkan segala usaha, segala apa yang dilakukan itu dilakukan kerana Allah Taala. Terlalu sibuk bekerja hingga lupa langsung kewajipan dalam beragama. Solat hingga kadang terabai. Tidak takutkah mereka andaikata dalam tiba-tiba mereka jatuh tersungkur lalu menghembus nafas terakhir ketika itu juga?

Siapa tahu usaha yang kita lakukan sekarang tidak sempat pun kita jamah hasilnya? Andai maut yang kekal menjadi rahsia Allah itu datang menjemput. Kita tidak akan pernah sesekali tahu bila maut akan datang menghampiri, hatta kadangkala orang yang sihat walafiat itu boleh terlebih dahulu pergi meninggalkan dunia berbanding dengan orang yang sudah bertahun-tahun sakit.

Niatkanlah segala urusan itu dengan niat beribadah kepadaNya, dengan niat mencari keredhaanNya. Itu sahaja amalan yang mampu dibawa andaikata maut datang menjemput kita dengan tiba-tiba. pergunakanlah masa dengan sebaiknya. Usah culas dan mempersiakan masa muda, dan mnganggap kematian itu hanya akan datang apabila usia telah menginjak senja. Harus diingat, kematian itu tidak mengenal masa. Tidak pernah mengira berapa tanggal usia kita.

Al fatihah buat Allahyarham Ahmad Afiq Aiman Zaaba dan juga Allahyarhamah Liya Nordin. Moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh kalian. Amin ya rabbal alamin.

Ahmad Afiq Aiman Zaaba.
(23 Mac 1991-17 Jun 2011)


Liya Nordin.
(6 Ogos 1991 - 5 Ogos 2010)

Wednesday, June 15, 2011

saya bahagia begini.

kata orang
hidup ini biarlah lebih banyak memberi.
beri apa yang termampu.
tidak kiralah sama ada pertolongan dalam bentuk nasihat
atau panduan
atau tidak kiralah menjadi penjawab soalan seperti pelayan web (web server)
atau penyambut tetamu kaunter pertanyaan sekalipun
asalkan sekecil-kecil perkara
seremeh-remeh benda
lakukan dengan ikhlas dan bukan untuk mendapatkan balasan

mungkin tindakan saya membantu junior-junior yang bakal melangkah ke KMS itu
tidak ada nilainya pun di mata Allah.
kecil sangat usaha saha nak mengharapkan pahalaNya.
mungkin di mata orang lain juga sekadar memandang yang usaha kecil saya itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun kepada saya sendiri ataupun kepada mereka
tetapi kepada junior-junior yang mengharap itu saya tidak sampai hati.
saya tetap memberi kerana saya bahagia begitu.

memang masa dihabiskan begitu.
tetapi bukan begitu sahaja.
saya hayati betul-betul maksud dalam salah satu ciri muwasaffat tarbiyyah
NAFI'UN LI GHAIRIHI.
bermanfaat kepada orang lain.
saya cuba memberi manfaat kepada orang lain,
namun saya bukanlah sesuatu untuk dimanfaatkan orang lain.
sila faham ya.

ucapan terima kasih itu sudah cukup untuk buat saya tersenyum.
titipan doa dan selamat digubah dan dikalung kepada diri
bukan itu sudah lebih dari cukup untuk dirasai?
sedangkan pengorbanan kecil itu memberi kelegaan kepada orang lain.
saya bahagia begini.
saya bukan harapkan pujian tinggi melambung
juga tidak mengharapkan orang menghargai usaha saya.
cuma saya mahu mereka lega dan sekurang kurangnya saya rasakan semangat mereka itu.

buat adik-adik yang bakal ke KMS nanti,
kak lisa doakan yang terbaik.
betulkan niat anda.
apa yang ditentukan itu semunya terbaik dari Allah.
aturannya itu dah cukup cantik.
berjaya terbang atau tidak itu bukan matlamat, itu cuma alat kepada matlamat.
jelas tentang matlamat anda.
gapai lah ia walau apa jua cara yang ada.
guna akal yang rasional dalam menimbang tara.
ingat Tuhan walaupun dimana jua berada.

Monday, June 13, 2011

i do.

i do miss the biah.
seriously.
KMS~

bila saya...

bila dengan A saya menjadi gila2 cakap kedah aku hang tak ingat dunia
bila dengan B saya kena cakap sopan sikit guna bahasa awak saya
bila dengan C saya guna ganti nama ana, anti sebab dh terbiasa
bila dengan D saya bantai ja guna aku kau sebab saya selesa
bila dengan E saya guna i, you sebab itu cara dia
bila dengan F saya guna nama sebab suka hati la.


tak kiralah macam mana pun, dengan siapapun.
semua diatas itu adalah saya.
bukan menjadi hipokrit.
bukan berpegang kepada resmi lalang
tapi menyesuaikan diri dengan persekitaran.
kalau tak, tak adalah orang tua-tua kata,
masuk kandang lembu menguak, bila masuk kandang kambing mengembek.
cuba masuk dalam apa-apa jua ruang yang ada.

:)

Sunday, June 12, 2011

ironi

teringat.
pernah menangis nak siapkan lab report pertama. 
Biology.
osmosis.potato strips. apple strips.
dengar macam mudah. hehe. tapi bila dah tengok processing data yang berlambak-lambak tu. 


haa memang berpinau gak lah biji mata.
masa tu betul2 blur taktau nak buat macam mana.

hampir dua tahun kemudian...

saat menghantar lab report terakhir.
dengan gemilang dan jayanya buat DCP for Chemistry tu dengan laju.
finding the concentration of vitamin C in tablets.
dah kira mahir dah la.



terima kasih IB.

Saturday, June 11, 2011

baik tak payah.

tak payah beli al-Quran sampai bersusun rapi,
tapi tak guna buat panduan diri.

tak payah nak bangga-bangga diri tu Islam
tapi sekadar kat IC je benda tu sah, hakikatnya xberamal dengannya pun.

tak payah nak maki-maki bila ada orang hina Nabi
tapi sunnah Baginda kau tolak ke tepi.

tak payah sibuk nak berhentam tentang perkara furu'
tapi benda yang lagi besar pasal umat kau butatulikan.

tak payah nak canang sana sini sibuk nak bangunkan islam yang sebenar
tapi setakat kuat melaung, respon dan tindakan sebenar ke arah itu tak ada.

tak payah nak sibuk tunjal jari dedah aib orang
tapi salah yang terpalit kat diri sendiri buat-buat tak reti.


tak payah nak gelabah marah-marah bila ada orang gugat hak bangsa dan agama
tapi  propaganda nak menghancurkan bangsa sendiri dah terang dan nyata bila saling bertikam lidah tak henti-henti.

tak payah perleceh orang, mengkritik itu ini
tapi tak sedar tanggungjawab diri, patutnya bagi solusi.


BAIK TAK PAYAH.

Friday, June 10, 2011

21/6

gigi saya sakit.
ya beliau tidak sihat sangat.
bukan berlubang.
bukan gusi bengkak nak tumbuh gigi bongsu.
bukan.
saya dah alami semua tu.

ni hah.


MESIAL IMPACTION.

nampak tuuu?
haa...between dua gigi tu kalau ada sisa makanan terlekat. memang heavenn~
thanks sebab saya dah tak makan daging sekarang. bimbang terlekat.
berus gigi terpaksa diganti hampir setiap bulan.

21/6 surgery. insyaallah.
doakan ya!

Thursday, June 9, 2011

NE.


baru start nak follow cerita ni. well almaklumlah..baru habis exam kannn~
(alasan je tu..padahal time exam tu baru je start cerita ni)

sana sini orang bercakap pasal nora elena. drama slot akasia yang diadaptasi longgar dari novel.
yes nama dia cantik. no doubt. satu saya puji novel ni, nama dia xmelampau2 sangat..macam lately novel selalu buat. nama nak gempak2 je..kadang2 sampai tak de mood nak baca novel sebab nama tu kadang2 melampau sgt.pelik2 pun ada. sampai takde maksud. haih~ tak suka. <---- okay abaikan. dah menyimpang ni.

motif post ni? takde... cerita ni mcm dah jadi 'bebanan' pada golongan lelaki terhadap golongan wanita sebab golongan wanita tend to dream for a guy like Seth Tan. oh come on, pada saya, watak Seth Tan = too good to be true. only the good side of Seth Tan je yang diperlihatkan dalam cerita ni. so bagi saya, ia agak bias dalam membuatkan wanita menghakimi personaliti idaman mereka. wahh2 ayat...kemain lagi.

as for Nora Elena. watak dia strong, to prove that perempuan ni tak boleh sesuka2 hati ditindas macam tu je. character dia dalam novel lebih berkesan compare to dalam cerita.

for girls out there : stop dreaming for a guy like Seth Tan if you can't have the quality like Seth Tan in yourself first.
(24:26 right?) :D

tak semua orang ada nasib yang sama. and typical cerita melayu. watak perempuan je yang mesti nampak teraniaya. bila watak lelaki nak jadi mcm tu?
kalau ada pun tak banyak.
stop being that cliche.
:P

i think tu je kot.

Tuesday, June 7, 2011

vision.

okay. ini target 4-6 tahun dari sekarang.


mimpi?
tak salah bermimpi janji tahu dimana mahu dilembayungi mimpi itu.
sama ada saya ataupun si dia nanti yang bakal menyarung uniform.
saya tak pasti.
(macam bukan kau je lisa sebab buat push up 20 kali pun bengkak muscle kau!)
xfit langsung!
:P

err...itu punya kes ka? boleh diusahakan.
yang penting optimis untuk capai target! yeah!

selepas dua tahun.

bergelar seorang pelajar,apa lagi pemegang amanah rakyat, bukanlah semudah yang saya fikirkan. dalam tempoh dua tahun, niat itu boleh berubah. paradigma seseorang itu boleh terinjak. ya, saya akui saya seorang yang berfikiran yang agak kompleks, namun saya tidak sesekali culas untuk bersuara andai wujud suatu kepelikan yang sedang membuak dalam diri.

dulu masa apply mara, lepas dapat good result things in mind : dapat scholarship, belajar dan terbang. semudah itu. typically sama macam budak2 yang xtau lagi apa erti sebenar hidup bila dah melangkah ke satu fasa hidup yang lebih rumit. tidak pernah terfikir dimana erti PILIHAN. kerana minda terlalu disogokkan : "kita akan dapat apa yang kita nak kalau kita berusaha".

waktu itu, melangkah ke KMS. cuma satu : belajar, lepas punya nak jadi dentist ni!

sedangkan...ketika itulah, ada sisi lain yang saya 'terlepas pandang'.

kemudian bila tekanan datang menghimpit,
keputusan peperiksaan yang teruk xdisangka sangka,
kemudian datang dugaan demi dugaan buatkan saya rasa saya sudah jadi manusia yang sudah hampir sempurna untuk memegang title 'hamba Allah' (read hamba Allah : akan diuji bila sampai waktu dan dengan pilihan dan kehendakNya)

breakdown.
siapa pernah bersedia untuk itu?
saya  tak pernah terfikir masa mula2 masuk KMS.
silap disitu. so saya belajar bangun balik.
saya belajar overcome. kuncinya : face it no matter how bad it is.

hidup yang dah terlalu selesa sebelum ini, tiba2 buat diri terkial-kial kerana 'hentakan minda' yang sangat dahsyat.
fluctuation saya nak bawa diri di tempat orang masih sangat tinggi.
mujur KMS, biah solehahnya memberi driving force yang tinggi untuk mengurangkan kesan fluctuation.

datang pula angin risau xboleh fly, tengok result dan performance yang tak berapa meyakinkan.
jadi disitu datang pula ujian dari sudut : SEJAUH MANA KEBERGANTUNGAN SAYA TERHADAP KUASA-NYA?
lihat, bertubi-tubi minda ini diasak.

jadi setelah agak lama meladeni fasa sebegitu, muncul pula satu lagi pengajaran:

2:216... 2:286...

tak pernah saya sangka hidup saya boleh saya belajar untuk amalkan QURAN AS THE WAY OF LIFE secara real!


satu lagi benda yang terbelajar dalam tempoh dua tahun ni:


benda yg tak boleh control macam placement tu buat apa nak risaukan sgt. benda yg sure2 kta boleh mould dr skrg no matter what happen is our study right?

tanggungjawab sebagai pelajar n pemegang amanah tu lg luas konteksnya.its just not only about getting placement ataupun tak kt overseas tu, but your responsibility and the role that you can play at this moment.

belajar and getting good grades. kalau risau pasal placement but you tak perform first tetap tak ada gunanya juga kan? :)

if dh usaha, dpt good grades but still rezeki you lets say la tak ada untuk ke luar negara. kena yakin .allah know the best for you. :)



yeah!


dua tahun cukup mengajar saya jadi manusia yang lebih dewasa.
jadi ,saya dh boleh kahwin sebab dh matang.
opppsie, ayat last tu abaikan ya?




done.

travelog sadis.

nak cerita day by day ke hape ni ye?
oh ya, terlalu banyak nak cerita. takut tangan jadi penat nak menari.
tergeliat pinggang katanya. ah hentikan.
ok mektok nak buka cerita ni.

19 may.
ok hari dah habis exam. meronggeng sakan la cik lisa. xde la ala2 rokiah ronggeng ke hape. kuar seremban je sedangkan ramai la yang turun KL hari tu. habis je paper Biology paper 3 pagi tu.  saya dengan Tshe kuar g Terminal 1 je, g tgk Nur Kasih The Movie dgn semangatnya... hehe.. (taknangis..taknangis... :P). then pulang dgn gumbira ke kolej. serius. malam tu bengong jap taktau nak buat apa. pack barang? oh malas. saya tidur awal malam tu. :P

20-21may
gerak ke daurah intensif di senawang.sehari semalam je. petang dh pulang ke KMS semula sebab nak g dinner. malam g dinner. okay malas nak citer sal dinner. haha! penat. 

22may.
pakai heels 3 inci punya pasal time malam dinner, penangannya =sakit pinggang. nak tunduk time rukuk tu..ahha memang nikmat yang teramat sangat. masa tu baru nak sedar nikmat Allah bagi. ahha..biasalah tu, manusia cliche. saya pun macam anda jugak. tengahari dah gerak naik tren. tinggalkan KMS untuk kali terakhir. ke mana? denstinasi adalah pulau pinang. tema = KEMBARA LIHAT BUMI TUHAN SAMBIL BER'TAARUF SEMULA' DENGAN IRPMATES.

23may.
di jawi. sakit pinggang masih belum lega bahkan bertambah teruk. kurang asam punya heels. huu~
tp gerak juga ke bukit merah laketown resort. bebudak ni nak pegi mandi.haaa mandi lah korang, saya lari g ke ecopark, tempat buat CAS dulu dengan fikri. g melawat memerang yang pernah saya g bg makan dulu, binturung, stony yang pemalas...dapat la bulu burung kakak tua n duri landak tanda kenang-kenangan. :). bukan saya yang drive balik, qilah and bai. 2 kereta. haha! atiqa...jadi tukang tukar gear. yang lelain2 duduk dalam keta tu kena paksa jadi side mirror since si bai tak pernah bawak auto car. :P

24may.
trip yang ditunggu2. ke penang! sasaran awal pada mulanya nak ke bukit bendera, padang kota, tropical farm and pasar chow rasta. kitorang xdrive kali ni, tp mak qilah dah sewakan van sekali dengan driver. so merasa lah jugak jd ala2 pelancong dengan ada tourist giude. g naik jambatan penang, balik baru naik feri. hehe~ okay tempat first ktorang pegi is tropical farm. haha..saya mmg silap besar la datang sini...sebab apa?hehe~ hanya orang2 terapat saya saja yang tau..nak tau? okay bunyi kedengaran agak mengada tapi saya memang tak makan local fruit. :P. MAAF2..HOHO~ 

bella dah siap mabuk jalan kat dalam van, sebab jalan memang bersimpang siur.haha!then ktorang gerak ke penang nantional park. subhanallah.cantik sgt scenery kat sana. cadang tu nak naik boat cruise. tp xjd sebab time tu cuaca xberapa nak elok. huhu~ then dah hujan time ktorang sampai batu feringghi...sedih...xdpt turun pantai miami. huhu~ disebabkan hujan.bukit bendera pun tak dapat naik. padang kota lagi lah harapan nak pergi. masa kuar turun g pasar chow rasta nak g beli jeruk tu pun hujan dh lebat.sian kat she n bai....tak dapat nak naik bukit bendera. then ended up tgk cte pirates of carribean kat gurney plaza..huhu

pinggang? okay even worser on the 3rd day.

25may.
okay pagi2 lagi dh gerak ke rumah syima. makan tengahari kt rumah dia then gerak ke kulim rumah saya. malam tu naik bas ke kelantan from kulim. dalam bas tu, boleh pulak si driver bas tersesat jalan. about 5 pagi dh sampai kt kelantan.

26may.
siang lepak rumah bai. mmg tido tak hingat dunia semua orang. tp pagi lepas subuh tu sempat tolong mak bai bakar ayam nak makan ngn nasik kerabu. fuhh budu mmg best! after makan masuk bilik je terus tertidur. haa bagus punya anak dara. makin berguni la stok lemak lepas ni. okay malam tu ke wakaf che yeh...yeahhhh shopping time! saya borong habis-habisan. well, beg beranak la gak. dari 3 beg saya usung ke kelantan, dh jadi 4 beg.

27may.
siang tu siap2 nak g pengkalan kubor pulak. duty free zone. mmg dh betul2 sempadan thailand. ah sebat je. memborong lagi. petang g pantai. berkelah la gak. well jadi tukang bakar ayam sekali lg.hehe~
malam tu dh ada kat umah she. saya ngn syima je ikut g umh she. sgt suka duduk rumah she.ada telaga. haha jadi peghak boih la sat. lama xmandi telaga. hehe~

alhamdulillah, sakit pinggang dh beransur lega.

28may.
siang still kat umah she. malam je dah nak bertolak balik ke seremban nak attend BTN. ada 8 orang semua sekali .pukul 11 malam bertolak dari kelantan and sampai seremban dalam pukul 6 pagi. stay umah piqa kat TTJ. 

29may.
still lepak kat rumah piqa. xde benda nak buat. habiskan masa untuk khatamkan contengan jalanan-hlovate.

30may.
yeah hari yang ditunggu2. nak pergi BTN! naik KTM dr sg gadut. sampai nilai tenghari tu, kak yah pick up. haha....berusush macam tin sardin dh 6 orang dalam satu kereta. haha. selamat gk smpai kt Kem Kuarters KLIA, Nilai untuk menjalani BTN selama 5 hari.

30may-3jun
BTN. nanti saya cerita dalam part lain.

4jun.
berada di Banting. sempat gk la menjenguk ke laman jiran IB, Kolej Mara Banting. tp dah takdak sapa. semua dah pakat balik cuti.haha. terus gerak ke Rawang pula, rumah pakcik. untuk ambil semula semua barang2 yang ditransitkan sebentar kat rumah dia masa nak check out from KMS that day.

5jun.
berada di Sabak Bernam untuk attend majlis kahwin sepupu. penat2. penat. nak balik rumah dah rasa. dah la baru habis BTN. pinggang? mula nak sakit balik. hati mula rasa nak mengamuk sebab ayah nak overnight di situ and nak join rombongan pengantin ke Kota Tinggi Johor pulak esoknya. setelah beberapa siri psiko telah dilakukan, akhirnya ayah menyerah kalah. petang tu jugak proceed balik ke Kulim.

tapi dekat2 nak maghrib, ayah singgah jap kat Lumut, rumah makcik nk singgah solat2 nak settle2 dinner baru gerak ke Kulim. okay, singgah Lumut kira okay la.lama juga xdatang sini. sampai rumah around 2400hrs.

6jun
selepas subuh tidur yang tak ingat dunia. petang g jumpa intan, budak US yang dh makin gemoooooooookkkk! haha! letih2 pun tolak tepi, nak jumpak intan punya pasal. lunch toghether then ingat nak tengok Karak sekali. alih2 tgk cerita apa ntah. Remember Me. cehhhh macam apa tah cerita dia. 

habis movie. g bookstore jap. borong novel. then balik.





yaahhhhh~ 
habis juga travelog gila ni.
woh, berjalan betul. lembik badan. 
apa pun skrg masih tengah bengong2 taktau nak buat apa cuti sampai raya nanti nih....
sekian.


 
Images by Freepik