Pages

Saturday, June 11, 2011

baik tak payah.

tak payah beli al-Quran sampai bersusun rapi,
tapi tak guna buat panduan diri.

tak payah nak bangga-bangga diri tu Islam
tapi sekadar kat IC je benda tu sah, hakikatnya xberamal dengannya pun.

tak payah nak maki-maki bila ada orang hina Nabi
tapi sunnah Baginda kau tolak ke tepi.

tak payah sibuk nak berhentam tentang perkara furu'
tapi benda yang lagi besar pasal umat kau butatulikan.

tak payah nak canang sana sini sibuk nak bangunkan islam yang sebenar
tapi setakat kuat melaung, respon dan tindakan sebenar ke arah itu tak ada.

tak payah nak sibuk tunjal jari dedah aib orang
tapi salah yang terpalit kat diri sendiri buat-buat tak reti.


tak payah nak gelabah marah-marah bila ada orang gugat hak bangsa dan agama
tapi  propaganda nak menghancurkan bangsa sendiri dah terang dan nyata bila saling bertikam lidah tak henti-henti.

tak payah perleceh orang, mengkritik itu ini
tapi tak sedar tanggungjawab diri, patutnya bagi solusi.


BAIK TAK PAYAH.

2 comments:

 
Images by Freepik