Pages

Wednesday, June 15, 2011

saya bahagia begini.

kata orang
hidup ini biarlah lebih banyak memberi.
beri apa yang termampu.
tidak kiralah sama ada pertolongan dalam bentuk nasihat
atau panduan
atau tidak kiralah menjadi penjawab soalan seperti pelayan web (web server)
atau penyambut tetamu kaunter pertanyaan sekalipun
asalkan sekecil-kecil perkara
seremeh-remeh benda
lakukan dengan ikhlas dan bukan untuk mendapatkan balasan

mungkin tindakan saya membantu junior-junior yang bakal melangkah ke KMS itu
tidak ada nilainya pun di mata Allah.
kecil sangat usaha saha nak mengharapkan pahalaNya.
mungkin di mata orang lain juga sekadar memandang yang usaha kecil saya itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun kepada saya sendiri ataupun kepada mereka
tetapi kepada junior-junior yang mengharap itu saya tidak sampai hati.
saya tetap memberi kerana saya bahagia begitu.

memang masa dihabiskan begitu.
tetapi bukan begitu sahaja.
saya hayati betul-betul maksud dalam salah satu ciri muwasaffat tarbiyyah
NAFI'UN LI GHAIRIHI.
bermanfaat kepada orang lain.
saya cuba memberi manfaat kepada orang lain,
namun saya bukanlah sesuatu untuk dimanfaatkan orang lain.
sila faham ya.

ucapan terima kasih itu sudah cukup untuk buat saya tersenyum.
titipan doa dan selamat digubah dan dikalung kepada diri
bukan itu sudah lebih dari cukup untuk dirasai?
sedangkan pengorbanan kecil itu memberi kelegaan kepada orang lain.
saya bahagia begini.
saya bukan harapkan pujian tinggi melambung
juga tidak mengharapkan orang menghargai usaha saya.
cuma saya mahu mereka lega dan sekurang kurangnya saya rasakan semangat mereka itu.

buat adik-adik yang bakal ke KMS nanti,
kak lisa doakan yang terbaik.
betulkan niat anda.
apa yang ditentukan itu semunya terbaik dari Allah.
aturannya itu dah cukup cantik.
berjaya terbang atau tidak itu bukan matlamat, itu cuma alat kepada matlamat.
jelas tentang matlamat anda.
gapai lah ia walau apa jua cara yang ada.
guna akal yang rasional dalam menimbang tara.
ingat Tuhan walaupun dimana jua berada.

3 comments:

  1. i really appreacite ape yg kak lisa buat.
    i hope i'll be like you soon .
    yup, we really need help frm seniors as we're the beginner in IB world. ape yg akak buat sgt sgt lah besar di mata saya. i never frget insyaAllah. may Allah always bless you and your family :))

    ReplyDelete
  2. soon enough nad. be tough. :)

    thanks for the du'a!

    ReplyDelete
  3. bantu jela apa yg termampu..selagi hati ikhlas,walaupun bantuan tu sekecil zarah sekalipun,insyaAllah besar nilainya bagi Allah..

    and maintain your momentum to help people..bkn sekadar sebab ada masa lapang camni,tapi bila dah pegi India ke,dah jadi doktor ke,marila kita sesama menyemai sifat saling membantu antara satu sama lain..

    ReplyDelete

 
Images by Freepik