Pages

Wednesday, March 13, 2013

post tribute.

salam readers semua.
semalam (11/3/13) kira-kira jam 845 pagi, saya dan rakan-rakan batch MBBS CUCMS Batch 7 dikejutkan dengan pemergian salah seorang dari sahabat kami, Mohd Hazril Haswat b Karsa, akibat kemalangan jalan raya semasa menunggang motosikal dalam perjalanan ke kelas. Allahyarham dipercayai dilanggar oleh lori pasir, dan kejadian tersebut dipercayai merupakan kes kemalangan langgar-lari. mangsa meninggal di tempat kejadian, dipercayai akibat kecederaan dalaman kepala yang teruk.

Haswat, indeed is a very good man. satu perkara yang membuat aku terkesan dengan pemergiannya, kerana arwah merupakan sahabat yang baik dan bertanggungjawab. berita pemergiannya, ternyata berjaya membuatkan air mataku menitis? mengapa? walaupun arwah bukanlah sahabat yang selalu bercakap dengan aku dalam kelas pun, sebab aku segan pada arwah. selama mengenali arwah, dan pernah last case study masa urinary block aku satu group dengan arwah, aku ingat lagi, aku duduk betul-betul opposite dengan arwah. ARWAH SENTIASA TUNDUKKAN PANDANGAN DIA APABILA BERCAKAP DENGAN RAKAN SEKELAS PEREMPUAN. mashaAllah, hebat sungguh, arwah sentiasa menjaga pandangannya.

since aku sama-sama join Wataniah dengan arwah, aku selalu seronok if arwah yang lead kawad/perhimpunan pagi dan bila aku dapat tahu yang dia ketua troop ke kem DRM di Bogor nanti, aku rasa arwah memang orang yang tepat. aku rasa arwah memang seorang ketua yang humble. Arwah selalu mention bab-bab nikah kahwin nih. in fact dia lah paling semangat nak kahwin, pergi kursus la, apa la... selalu dok bahan-bahan arwah dlu pasal kahwin-kahwin ni. Haswat, perancangan Allah tu lebih baik untuk hang. dia amik hang untuk bagi hang kawen dengan bidadari syurga...

semoga yang terbaik untukmu sahabat. meninggal dalam perjalanan ke kelas, sempat baca quran sebelum turun dari rumah untuk ke kelas, insyaAllah... dapat pahala syahid fisabillilah untuk menuntut ilmu. mudah cara hang pergi tinggalkan kami...semoga jumpa lagi kat syurga Firdaus nanti!


Al-Fatihah buat arwah Haswat.

4 comments:

  1. [KAK ANIS]
    as salam,
    terharunya baca post adik tentang arwah. btw, kak anis satu2nya kakak ipar arwah. kalau tak keberatan, boleh tak adik atau siapa2 bg info (anis.hasnizah@yahoo.com.my) apa sebenarnya tujuan kem DRM di Bogor nanti. sbb kami sekeluarga hanya tahu arwah dah siap sedia pasport n tak sabar sgt nak ke sana.
    apapun, al-Fatihah untuk arwah. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba2-Nya yang beriman. amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak anis. nanti saya reply dalam emel pd akak ye :)

      Delete

 
Images by Freepik