Pages

Wednesday, July 9, 2014

coretan pengalaman seorang IB survivor.



Julai. Bulan yang penuh memoir.
Saat ini adik-adik yang sedang menuntut dalam program IB dalam debar menerima hasil kerja keras mereka selama dua tahun.

Saya juga pernah merasainya. Pernah jatuh. Pernah rasa malu kerana terasa berada dibawah dan rasa tak mampu nak bangun semula.

International Baccalaureate. IB.
Benar-benar mengubah hidup saya, namun selepas 3tahun saya yakin aturan Tuhan itu cukup cantik.

Tiga tahun lepas --
Saya gagal terbang.
Saya gagal melunaskan impian sejak kecil mahu bergelar mahasiswa ijazah sarjana muda keluaran luar negara.

Masa depan terubah saat penaja memutuskan menukar kos tajaan dari Pergigian ke Perubatan.
Setiap hari ketika itu, zikir saya adalah : Tuhan tahu apa yang terbaik untukmu.
Saya cuba mencari aura positif, mengajar hati untuk bersangka baik dengan aturan Tuhan dan teruja apa kejutanNya yang menanti buat saya di bumi Malaysia.
Dia mentakdirkan bumi India bukan untuk saya.

Benar. Saya pernah rasa teruk.
Merasakan apapun jua kata-kata moral dari sahabat tidak berharga, andai mereka tidak merasai apa yang saya rasa.
Saya dalam fasa itu buat beberapa ketika.

Namun syukur, support system saya masih kuat hingga saya menjejakkan kaki ke CUCMS.
Dan itulah dunia baru saya.

Selepas 3 tahun, Alhamdulillah.
Saya senyum dengan perancanganNya.
Saya tak rasa kurang sedikitpun dengan apa yang saya tiada, namun tidak pula saya merasa lebih dengan apa yang saya ada.
Tidak timbul langsung sedetik dihati untuk membanding beza dengan rakan yang lainnya.

Kerana akhirnya saya dapati
Manusia itu maju kehadapan, menapak dengan kelajuannya sendiri.
Bukan dengan siapa-siapa.
Kerana akhirnya, destinasi kita tetap sama.

Masa depan saya juga tidak berakhir hanya kerana saya gagal terbang.
IB cuma satu titik pengubah, yang menjadikan saya apa adanya sekarang.
Dengan IB jugalah saya belajar untuk tidak mengulangi kelalaian yang sama ketika kuliah di sekolah perubatan sekarang.

Yang terutama --
Saat saya merasakan dunia saya terpunah ketika dulu,
Saya tidak berhenti hidup hanya kerana saya gagal terbang bersama IB.

Saya bangga menjadi seorang IB survivor!

2 comments:

  1. good luck cik lisa !

    hoho. tak sangka dah 5 tahun kita kenal. tapi tak pernah ketemu. cewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Itulah. Kalau kt status fb pun.. Sy main like2 je. Eceh. Walimah nanti jangan lupa panggil. Ade rezeki boleh ler ketemu. Cewah #eh

      Delete

 
Images by Freepik