Pages

Friday, November 28, 2014

dilemma seorang medical student

We are trying to treat you as our own. Though we are still in training, but we need that as a part of our training. 


To treat you for real in future. I respect your privacy sometimes that you don't want to be disturbed and politely refusing us to be there. 
But I believe, would you ever think a sec if the one who come in the training is your own family? 
Would you have the same trust on them to treat you, if they are not exposed to what they've should be doing?


(Read: not all patient are like this, just a few of them) 


Maaf dipinta. 
Kami bukan saja-saja mahu menggangu. 
Tapi begitulah kitaran dan cara kami belajar. 
Izinkan kami belajar dari anda, sebelum kami dapat membantu anda di kemudian hari. 
Sumpah Hippocrates: not to harm menjadi pegangan. 
Pesakit itulah 'buku' kami. Disebalik kejayaan seorang doktor itu, ada terselit doa-doa, dan kebenaran untuk 'menganggu secara terhormat' yang datang dari pesakit yang pernah membantu semasa proses pembelajaran kami dihospital. 
Ada jasa staf dan jururawat yang tidak lokek memberi tunjuk ajar. 
Niat kami hanya untuk belajar. 





Dan semoga dengan itu Allah melimpahkan pahala dengan banyaknya ke atas anda.



kenapa eh nak jadi doktor eh?

makin lama pegang status pelajar perubatan, soalan paling mudah saya utarakan kepada diri sendiri;
--kenapa pilih nak sangat jadi doktor?
makin sukar nak dijawab.
tak semudah sewaktu di bangku sekolah, alasan nak tolong orang susah. kesian tengok ramai orang sakit. 
(sebahagian alasan seperti nak dapat title Dr./nak kaya/nak orang respect/confirm dapat kerja pasti ada dalam sanubari juga. saya juga manusia. tak pandai nak menipu bila melibatkan perkara duniawi).

alasan lapuk semata.
dan tidak semudah itu saya nak rungkaikan sekarang.
seolah itu soalan yang tidak ada jawapan apabila ditanya.
saya keliru dengan jawapan saya sendiri.

yang pasti--
saya suka melihat gelagat manusia.
dan saya gembira jika saya mampu buat sesuatu untuk orang lain.

makin lama, makin jumpa pelbagai gelagat pesakit di wad, di klinik, fill doktor juga berbeza ikut posting. dan melihat bagaimana capahan pemikiran mereka, makin membuatkan saya terfikir perkara kedua;
--doktor jenis apa yang saya mahu jadi suatu hari nanti?
yang garang dengan pesakit yang degil? 
yang makin lelah dengan perangai pesakit yang makin canggih pengetahuannya lalu saya berubah menjadi pendebat/pemindato menangkis segala hipotesis fakta yang beliau petik dari Google, bukan dari praktis seorang pengamal perubatan?
yang mampu mentarbiyah dan merawat luaran dan dalaman-- penyakit hati/mental dah makin banyak sekarang?

itu cabaran yang saya nampak sekarang.
tak mustahil satu hari nanti saya bercita-cita nak jadi ahli parlimen pula mungkin?
almaklumlah, nak jadi ustaz ustazah tak boleh.
nanti kena 'balun'.



atau jadi superwoman jela. got my uniform already. :P

Thursday, July 10, 2014

rahmat ujian. (buat manusia yang selalu gagal)

mungkin benar apa orang kata, once you pass through the worst, andai datang ujian yang maha dahsyat macam mana sekalipun. kau akan mampu untuk harungi.
aku yakin itu betul.
macam mana aku meletakkan keyakinan dengan menarik aura positif datang berdamping denganku.

akaun FB ku banyak dijengah oleh adik-adik pasca IB yang memerlukan moral support.
rata-rata, cuba redha dan mencari jalan untuk move on teruskan hidup.
*mana engkorang jumpa fb aku aaaaaa*

macam mana ye akak nak cakap dik?
akak pernah rasa macam tu juga dulu.
rasa tak semangat nak hidup.
punya dahsyat penangan dan impak IB dalam hidup akak ni dulu.

"kak, kalau saya dah tak dapat fly dengan IB ni, macam mana saya nak survive degree life? surely more challenging."


adik, akak tak ada finite answer untuk soalan awak ni.
tapi percaya atau tidak, setelah kuliah 3 tahun di sekolah perubatan. akak masih merasakan IB itulah yang terpaling susah selama akak hidup jadi hamba Tuhan.
beyond compare lah ceritanya kalau nak cerita azab perit zaman IB ni dulu.
*eh kang ade pulak yang kecut perut nak ambik IB lepas bace neh..hahahah*

so no worries.
nak habiskan duka lara gara-gara IB ni memang makan masa adik-adik.
it takes all of your strength, mentally,spiritually and your pace to keep moving.
jangan pernah berhenti untuk bersangka baik dengan Tuhan.
dan jangan pernah berhenti untuk nikmati hidup anda selepas gagal dengan IB.

bersedih dan berkabung dengan result yang awak dah dapat tu boleh,
akak tak suruh. akak tak larang. tapi berpada-pada.
always refresh your objective.
alaways aask yourself : apa aku nak buat lepas ni?
jangan tenggelam punca.
rasional tetap harus ada dan otak jangan pernah berhenti berfikir untuk teruskan perjuangan anda!

dan hikmah terbesar akak dapat selepas IB,
.
.
.



1) akak dah jadi kering hati sikit bila berdepan dengan kegagalan.

- Alhamdulillah, takat fail sikit-sikit, marks rendah almost failing, akak dah tak kisah. dah kikis sikit perasaan jadi perfectionist. sebab perfectionist ni cuma harap yang terbaik dalam hidup, tapi tak semua yang jadi perfectionist ini pandai control perasaan when they face with failure. awak akan rasa penat at a point, bila asyik nak compete dengan semua orang, sampai takde langsung rasa nak mengalah. this will build up your ego, and rasa unbeatable.

- And alhamdulillah juga, failing paper kt medical school so far tak pernah lagi dalam overall assesment. akak belajar untuk berpuas hati dengan apa yang akak dapat, dan takkan sekali-kali rasa down sebab tengok orang lain lagi bagus. akak average student je kat medical school ni. tapi tak rasa demoralized or tercabar yang melampau sampai stress-stress tengok orang lain yang lebih pandai. sebab cuma kita yang kenal diri kita. dan cuma kita yang tahu kemampuan diri kita sampai tahap mana. contoh : frankly said, it makes no difference whether awak dapat 50 or 80 in exam, sebab in final exam both still layak passing year. its just yang 80 tu dapat la award distinction. but yeah, does it really matter?




2) buang semua tabiat buruk (saya dulu mengalami ketagihan online yang teruk) dan sentiasa set prioriti supaya tak ulang kesilapan yang sama.

- sebab tu ler sekarang ni jarang bebenor nak update blog... HAHAHAHAHAHA!

- sebenarnya lebih banyak membebel di status FB yng saya publickan pada reader.




3) KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN YANG DITANGGUHKAN.

- sila install ini dalam-dalam di lubuk sanubari dan minda anda. manusia yang tidak pernah gagal dalam hidupnya adalah sangat hambar dan membosankan kerana hidupnya sangatlah monotonous. percaya atau tidak, manusia yang pernah berulang kali gagal/pernah berada dibawah akan lebih menghargai kejayaan/apabila sesekali berada diatas. dan mereka ini biasanya dan lebih humble kerana mereka mengerti bagaimana perasaan mereka yang berada dibawah, cuz they've been there too. key word : empati.  dan biasanya manusia yang berkali-kali gagal ini akan menjadi manusia yang hebat, as i said... kegagalan mereka itu adalah kejayaan yang maha hebat yang Tuhan tangguhkan! as a matter of fact, mendiang Karpal Singh sebelum menjadi peguam yang hebat macam tu, he failed the law school a few times.




cukuplah kot setakat ni Dokter Lisa membebel. ye dok?
jumpa lagi di entri seterusnya
(if im happen to write and rambles again..lol)


bye peeps!








Wednesday, July 9, 2014

coretan pengalaman seorang IB survivor.



Julai. Bulan yang penuh memoir.
Saat ini adik-adik yang sedang menuntut dalam program IB dalam debar menerima hasil kerja keras mereka selama dua tahun.

Saya juga pernah merasainya. Pernah jatuh. Pernah rasa malu kerana terasa berada dibawah dan rasa tak mampu nak bangun semula.

International Baccalaureate. IB.
Benar-benar mengubah hidup saya, namun selepas 3tahun saya yakin aturan Tuhan itu cukup cantik.

Tiga tahun lepas --
Saya gagal terbang.
Saya gagal melunaskan impian sejak kecil mahu bergelar mahasiswa ijazah sarjana muda keluaran luar negara.

Masa depan terubah saat penaja memutuskan menukar kos tajaan dari Pergigian ke Perubatan.
Setiap hari ketika itu, zikir saya adalah : Tuhan tahu apa yang terbaik untukmu.
Saya cuba mencari aura positif, mengajar hati untuk bersangka baik dengan aturan Tuhan dan teruja apa kejutanNya yang menanti buat saya di bumi Malaysia.
Dia mentakdirkan bumi India bukan untuk saya.

Benar. Saya pernah rasa teruk.
Merasakan apapun jua kata-kata moral dari sahabat tidak berharga, andai mereka tidak merasai apa yang saya rasa.
Saya dalam fasa itu buat beberapa ketika.

Namun syukur, support system saya masih kuat hingga saya menjejakkan kaki ke CUCMS.
Dan itulah dunia baru saya.

Selepas 3 tahun, Alhamdulillah.
Saya senyum dengan perancanganNya.
Saya tak rasa kurang sedikitpun dengan apa yang saya tiada, namun tidak pula saya merasa lebih dengan apa yang saya ada.
Tidak timbul langsung sedetik dihati untuk membanding beza dengan rakan yang lainnya.

Kerana akhirnya saya dapati
Manusia itu maju kehadapan, menapak dengan kelajuannya sendiri.
Bukan dengan siapa-siapa.
Kerana akhirnya, destinasi kita tetap sama.

Masa depan saya juga tidak berakhir hanya kerana saya gagal terbang.
IB cuma satu titik pengubah, yang menjadikan saya apa adanya sekarang.
Dengan IB jugalah saya belajar untuk tidak mengulangi kelalaian yang sama ketika kuliah di sekolah perubatan sekarang.

Yang terutama --
Saat saya merasakan dunia saya terpunah ketika dulu,
Saya tidak berhenti hidup hanya kerana saya gagal terbang bersama IB.

Saya bangga menjadi seorang IB survivor!

Thursday, May 15, 2014

taknak emo. jangan share. itu kekdahnya.

rule of telling stories/sharing: simple.

kena jadi kayu tak pedulikan apa orang nak kata.
sama ada buruk atau baiknya isinya.
biasalah benda apa pun akan ada positive dan negative side.
kalau kau boleh terima yang positive
kenapa yang negatif kau nak over berapi?

macam contoh--
kau meluat dengan manusia yang buatkan kau menyampah tiapkali kau online fesbuk ada je post dia nak membuatkan mood ceria di hari yang indah punah ranah serta merta..
dah tu at the first place, kenapa kau terima friend request dia?

salah siapa?
tunjal jari telunjuk kt diri sendiri. please?

bila kau expose pasal hidup kau, orang komen. kau takleh terima.
kau meroyan kata orang tak faham kau.
adatlah dia menjadi manusia.
ada mulut memanglah akan berkata-kata.

dah tu tak perlu lah cerita publicly at the first place.
sebab tak semuanya faham kau. itu kata kau.
open diary. laman so-sial. berjuta umat manusia boleh tengok dan menilai.
go and kepoh-kepoh kisah hidup kau pada yang memahami.
manusia yang boleh jaga aib, simpan rahsia, tahu sebenarnya perasaan kau apa adanya.

atau dalam erti kata lain--
tak perlu share di fesbuk kegunaan umat manusia.

mudah kan prinsipnya?

Wednesday, February 19, 2014

bacalah kemeroyanan dokter (to-be) ini tanpa sentap.

salam to all readers.
maaflah jarang update blog dah sekarang.
busy lah.ke lebih kepada malas meraban sebenarnya?
kengkonon dulu bajet tiap kali habis satu posting nak update blog cerita pasal posting.
bajet nak buat referral to adik-adik yang bakal melangkah ke alam klinikal.
tapi tak kesampaian hasrat tu.
huwa huwa huwa.
blogwalking blog orang lain pun dah jarang-jarang.
blog gossip sempat pulak blogwalking kan astaghfirullah

i bet everyone does that?
takpayah nak suci sangat okay.
korang mesti ada darkside jugak. hewhewhew

welp, lately memang jarang membebel kat blog. tapi more to status di Facebook.
mentang mentang dah boleh tulis status panjang berjela lalu DokterLisa ini mengambil kesempatan lah kan.
apa lagi?
tak terkecuali pada post-post yang memprovok sikit.
tapi kepada yang terasalah kot. takde niat nak menuju kepada sesiapa.

biasanya status yang aku share tu, mungkin pada aku bawa manfaat pada orang ramai.
niat aku. cuma berkongsi.
pada aku. nikmati persamaan, raikan perbezaan.

doesn't mean dia tak sebulu dengan engkau dia salah. unless dia betul-betul salah lah.
tak payah nak butthurt sangat lah kot kan.

kalau nak menilai aku ni siapa sebelum bercakap, dan melabel aku itu ini.
rasa tercabar walhal aku ni student medik je belajar tak pandai selalu dapat nombor corot-corot tak top student pun yang tak sepatutnya bercakap macam ni sedangkan anda dah HO, MO dan lebih senior dari saya.. mintak maaf lah.
saya hormat stand anda.

saya cuma share apa yang saya tahu.
belajar dan sebarkan.
buat apa belajar setinggi gunung pun tapi secubit pun kau takleh nak share.
apa lagi ilmu tu sahih dan bermanfaat.
rugi weh.
taknak buat pahala mengalir ke?
bukannya kau share benda-benda takde faedah.
kot nak kata benda yang hendak dikongsi tu tahap kesahihannya aku ragu-ragu
kalau tak pasti aku rujuk pada yang pakar.
bukan nak kata aku nih hebat sangat.

faham je, sesetengah tu belajar oversea.
lagi lebat dari aku
result exam lagi gempak dari aku.
rezeki memasing lah wey. ada je benda kau dapat kat sana kau tak dpat kat sini.
same goes to benda-benda yang aku dapat kat sini yang aku takdapat kat sana macam apa yang kau dapat.
macam tak puas hati.
well, haters gonna hate.
asalkan aku boleh justify balik apa stand aku.
there shouldn't be any problem then.

kau tak suka?
hide jelah aku punya post kat newsfeed tu.

pada aku sekarang ni cabaran nak jadi doktor manusia is no longer to treat the diseases alone, but to educate people.
biasalah, nak kena bersaing dengan pesakit-pesakit yang kebanyakkannya lagi pandai dari doktor dorang.
aku tak kata apa doktor cakap tu mandatory.
doktor pun manusia jugak. tapi at least apa dia cakap tu ada source and bukti dari apa dia belajar.
kau ingat belajar kat medical school tu senang?
tak salah kau nak cari optional source. tapi cari yang established la.
ni ntah sapa-sapa punya opinion kau nak refer buat rujukan.
mana doktor rasa tak menyirap?

kalau nak tunggu jadi orang hebat dulu baru boleh menyumbang kat umat manusia.
baik takyah hidup lah wey.
define sikit kat aku apa tu hebat?
it defeat your purpose pun why you should have born at the first place.
you don't need any medium to set an example.
just be yourself.
ask what can you give to the mankind despite the race and the creed?

aku tahu aku tak pandai.
banyak lagi orang lagi pandai.
tapi aku tak malu nak berkongsi apa yang aku tahu.
tu je masalah aku.
asalkan orang lain boleh dapat tahu dengan ilmu yang aku kongsi tu.
bersyarat bahawa benda tu sahih la.
memang aku suka penuhkan wall aku dengan benda-benda perkongsian yang definite.


aku tak pandai nak bahas soal agama.
bukan bidang aku. aku kena belajar lagi.
tapi buat masa ni aku cuma kongsi apa yang aku tahu.
tak suka.. takpayah baca or scroll je laju-laju.


apa-apa aku akan publickan post kalau benda tu bermanfaat. percayalah.


Best regards,
FB Nurlisa Kamal







hahahaha!
sempat lagik.

:P







Wednesday, January 8, 2014

keras hati.tahan sental. selamat tahun baru 2014.

aku akan jadi stern when it comes to give advice regarding relationship. speaking from experience la. cuz I had one kot. nak menggedik bermanja? ok fineee. up to a certain degree la kot. kalau gaduh ke apa, down ke apa. more to guna reverse psychology. bukan memujuk. sebab pujuk-pujuk ni xjalan kot bagi orang jenis macam aku.

its like kalau orang tengah down cakap dia bodoh dan tak guna.
aku akan iyakan je.
ha memang kau bodoh. memang kau tak guna.
senyap terus kau lepas tu.
tahu pun kau marah.
tau pun marah sebab kata kau bodoh.
dah tu at the first place kenapa kau sendiri cakap diri kau bodoh?

zzz.

sorry lah gua memang jenis keras hati sikit.
susah nak win perempuan ego tinggi cam aku.
siapa ada bran mau try tahan sabar tabik spring la gua cakap.

terima kasih kepada satu manusia mengajar aku jadi keras hati bila bercinta.
aku ambil positif, ini cara aku matangkan perhubungan. boleh grow relationship.
boleh kasi kau jadi kuat daya tahan sental.
semua benda kau nak tibai sensitif. semua nak merajuk. expect pujuk-pujuk. semua nak down.

sampai bila?



oh ya blog,
Happy New Year.


p/s: dua tahun lagi oiii kalau nak kawen paling awal pun zzz....

Monday, December 9, 2013

amaran. ini adalah post vent out.

the moment you realize the so-called drama you created yourself just to satisfy your need, you just feel so bad. kadangkala bukan apa pun, its just a girl thing sometimes. mengada nak seek attention from your loved ones. whilst you already know yang dia manusia biasa yang also ada limitation though he had done his best to make you happy. why demand more?

berkali-kali cuba install dalam kepala otak ni yang mulanya aku dah pilih dia, meaning aku kena ready untuk terima hidup dia yang tak available macam orang awam yang lain. he sacrifice his teenage life to join the military. bound to all the rules. bound to all the nation need before me. im not in his list of priority . tapi kadang-kadang i'm blaming myself sebab terasa aku ni sungguhlah demand and kesian dia nak melayan sifat keperempuanan aku yang ntah apa-apa tiba-tiba emerge sometimes when aku tengok orang lain mengada-ngada menggedik dengan partner dorang. aku dah try suppress that feeling kot. tapi kengkadang timbul jugak. i bet that's normal kot?

yer memang, almost habis satu sem in clinical... it such a big fluctuation terhadap rutin aku dengan dia. no more time nak main-main. more towards planning our lives. aku sibuk travel, posting sana-sini. buat apa-apa pun, uruskan hidup sorang-sorang. banyak jugak program untuk aku release tension macam ikut program BLS ke, pergi join medical check up team ke, banyak dah kena korbankan sebab masa tak mengizinkan aku stay disatu-satu tempat dalam satu masa. pergi tengok movie pun dah jarang. sebab tekanan belanjawan hidup aku berabah dari membeli baju kasut dan handbag berubah kepada belanjawan mengurus petrol dan tol. hahahahah! stress wehh. elaun dok banyak tu jugak. tapi syukur la still dapat elaun. huhu... dan disebabkan bizi sangat sebab tu sampai blog tak terupdate. ahaha alasan escapism. but. dua minggu lepas sebab dah gian sangat tak join any program so aku pun pergilah menyibukkan diri pergi sunat orang kat Program Sunathon MRSM Batu Pahat 2.0. at least happy la sikit kot.   

aku jenis manusia yang perlukan strong support system untuk aku buat apa-apa pun. aku takut jugak macam ni. sebab kalau takde booster dose, kerja aku susah sikit nak jadi produktif and proaktif. dah jarang balik rumah sebab sibuk. weh bizi homesick bai. lepastu aku akan makin kerap tacing dengan pakcik, emo sebab selalu rasa foreveralone (hahahah) whilst dia pun stress ngadap kerja kat kapal.. sangatlah inconsiderable aku nih kan? LOL 

aku jenis tak leh perform kalau orang-orang yang aku sayang takde depan mata aku. aku realize kalau aku makin kerap telefon mak ayah, telefon adik beradik aku. meaning im starting to develop perangai nak meroyan 2-3 days later. hahaha. i miss them very badly. pakcik takpayah cakap la. lagi lama tak jumpa (okay we're speaking about months here). even sometimes takut jugak sampai terlupa muka pakcik cemana huhu.. tak semengggah betul perangai.  takmau lah compare macam orang lain yang berjauhan tu. kalau oversea memang satu hal lah tu kan. tapi dugaan aku, masing-masing sibuk sebab komitmen kerja. 

pastu stress lagi, sebab lately ramai rakan seangkatan kahwin tunang nikah bagai. even bearing baby pun ada dah. and seeing their little junior just make me soo jealous! hahahah aku nak baby jugakkkk! i know i'm no longer young anymore when seeing these happening around me. hahaha. weyy, having a family is a dream kot. but yeah, Allah plans aku punya future lagi best kot. Dia nak suruh aku sabar agaknya. tak apalah, aku doakan kawan-kawan aku bahagia sampai syurga dengan pasangan diorang. makin stress sebab orang asyik tanya aku dengan pakcik bila nak kahwin. ewahhh. ingat macam main pondok-pondok? as i were saying just now, aku bukan prioriti pakcik la. err i meant prioriti yang wajib la. habis je prioriti wajib, insyaAllah, baru lah feeling sikit nak plan pasal kahwin ke apa.

apasal aku asyik cakap pasal stress?
oh lupa ni post venting out.
LOL

bye lahhh.
nak study for final sem. posting  Internal Medicine and Surgery. 
then cuti puas-puas. puas la sangat. seminggu je punnn. hahaha. tapi kisah apa aku.

apa plan cuti nanti yer? nanti aku cerita.
bye korang! 
:D






Sunday, September 15, 2013

melancholy.

hi bloggers. hi followers. hi readers. it's been a while aku tak update blog. 

yeah. so many things happen. until up to a point tak tahu dari mana nak mula. mungkin terlalu banyak benda nak dibuat dan hasrat nak bercerita dalam blog tu keep lagging up until now. terasa nak menulis, aku just hamburkan dekat status facebook. memang kawan-kawan dalam FB aku pun dah sedia maklum status aku confirm panjang berjela-jela, though pada hakikatnya concise dan padat.hewhewhew. dasar penulis tegar. cuma tak terluah kat blog. itu aja. cuma aku makin sakan posting kat Instagram. tu jelah cara aku express rutin hidup aku yang bosan tapi bajet exciting ni. hohoho. sapa-sapa nak follow, just follow me on @drlisakamal okay? ;)


life?

treating me fairly. alhamdulillah, since lepas raya haritu dah register as a 3rd year medical student. rasa sekejap je berlalu. pakcik pun dah start sailing naik kapal. LI. aku ditinggalkan seperti biasa. *insert sadist tone here.* aku follow rutin hidup aku tapi berbeza sikit sebab dah jadi junior clinical year. everything is totally different, and i'm still trying to adapt myself to the new environment in the hospital. being in the clinical years, this means you're entitled as student doctor and junior HO. banyak travel jugak this time, ke Manjung. ke Terendak, ke Putrajaya, Banting and Kajang. for this 3rd year. pheww. badan aku terkejut jugak sejak masuk clinical years ni. dapat pulak amanah *bala* this semester, jadi group leader for batch. huhu.. quite stress up menguruskan manusia, bahagikan subgrouping to hospitals, and lots of thing to settle sebenarnya, ditambah dengan persiapan mental dan fizikal bakal ditinggalkan oleh pakcik tanpa khabar berita for a few months, cukup membuatkan jiwa aku terasa hiba. huhu. aku jadi tak lalu makan, makan pun sikit-sikit je, time tidur pun boleh termimpi-mimpi pasal kerja yang belum settle, sampai aku diserang gastrik. wuuu. sangat lah menderita kena penyakit tu okay. tak pepasal gua kurus. alhamdulillah, dah beberapa minggu going on this phase, Allah tarik baik ujian sakit tu, dengan izinNya. dan things get better as day passing by in this posting. 

so apa nak cerita?


dalam kesibukan, *cewah claim busy ja hang ni Lisa* sambil settle laundry, random terfikir how would my life is going to be in the next 5-10 years. cabaran nak jadi HO leading to MO... nak kejar buat specialist, settle down. ambil masa juga nak fikir, mana nak dapat kekuatan harungi semua tu, tambah dengan life kalau berjodohkan seorang tentera yang sedia maklum jarang ada di rumah. 


Allah, I only have you to make it easy. aku cuma harap, Allah terus bagi kekuatan untuk aku bertahan dengan pakcik. niat aku cuma satu je, nak jadi yang halal for him. it's all back to trust, sincerity and understanding about each other. in fact, we've once discuss about this matter. pakcik cakap dia sanggup, so what not I give it a try as well? 

I should. and I must.



Dear ocean, jagakan pakcik untuk aku. 


goodnight. 



p/s: this is a very melancholic post. monotonous but deeply vented out.

Monday, June 24, 2013

karya dari dapur version 1.0

salam peeps.
as promised, today is sharing session for recipe.
yes, all are homemade. mudah je nak buat. or kalau tak mudah sekalipun, sebab keterujaan nak masak tu mengatasi segala-galanya. jadi kugagahkan jua.
 HEHEHEHE

okay hari ni aku nak share satu resipi dulu. 
1st time aku try since kalau time lunch kat Cyberjaya, aku memang hantu makan nasi dengan lauk ayam butter sauce. so tanya la dekat classmate macam mana nak buat. so here it goes. 
1st attempt alhamdulillah jadi!


FRIED CHICKEN WITH BUTTER SAUCE

what you need:
ayam 
tepung gandum
garam,gula
1/2 kiub buttercup (approx. around 125gm) --> kalau takde buttercup boleh guna mentega/margarine
1/2 tin susu sejat *siapa nak kuah lebih, boleh letak lebih susu tapi jangan banyak sangat takut muak
potongan cili api * kuantiti terpulang ok. kalau nak pedas letak la lebih. tp kalau setakat 4-5 biji cili tu standard la kot bagi sesiapa yang taknak pedas sangatt.
daun kari
tepung jagung *if necessary

how to do:
1. ayam digaul dengan tepung gandum dan sedikit garam.panaskan kuali. goreng dalam minyak penuh.
2. ketepikan ayam. panaskan kuali. masukkan butter.
3. setelah butter cair, masukkan potongan cili api dan daun kari.
4. tumis hingga naik bau. masukkan susu sejat. 
5. adjust dengan garam dan gula. kalau nak pekat lagi boleh masukkan tepung jagung, but I'm preferably didn't put any.

dan....

.
.
.
.

TA-DA!!



selamat mencuba!
resipi ni sangat mudah nak disediakan. kalau dah ada malas tu tkleh nak cakap ala la

p/s: stay tuned for next recipe okay!



Saturday, June 22, 2013

June update.

salam peeps. finally updating my blog.
yeah, June. 
mula-mula nak start June wasn't that good lah. sebab cuak nk sit for 1st professional Exam. 
straight 3rd June- 6th June
7th June - result. 
mau tak kecut perut gua.






then after segala kecuakan melanda, alhamdulillah...
I've passed!


syukur sangat. sebab lepas. some of my comrades didn't make it. 
yes 1st pro exam memang susah. 
aku sendiri start prepare since awal tahun. tu pun tak dapat distinction.
nak lulus pun menggelupur.
entering medical school memang susah. but to ensure yourself nak mantain results, takde sangkut paper, tak kena repeat year, is also a tough challenge.


but they're going to re-sit the exam.
and I pray everything is okay for them.

these are my groupmates. all of us make it alhamdulillah. I'm surely gonna miss working with them. yelah, facing all the dramas in preparing notes, im as the leader to make sure all of us cooperate and committing to the group so that our preparation for 1st pro exam going on smoothly. mujur semua dengar kata aku yang garang nih. :P  

and... welcoming Year 3!!!!
*insert drum roll pleaseee~ *



this is my 1st course after entering 3rd year. yes, all of us need to do an elective project. 
i choose to do something that is indoor and my mom as the external supervisor. 
bukan apa. malas nk keluar rumah.
 aku kan anak dara pemalu.
hahahaha. 
okay, abaikan ayat last tu menipu.
BAHAHAHAHAAH






journey to 3rd year is cool. since I'm going to clinical. baru lah merasa sikit nak jadi the real doctor. practice ambil history taking and build rapport with the patients. is not an easy thing to do as it seems. May Allah ease. for my 3rd year posting, I'll be learning 5 subjects which are Internal Medicine, Paediatrics, Obstetric and Gynaecology, Community Medicine and Surgery. Hospitals that I'll be going are HAT 94 Terendak, Hospital Manjung, Hospital Putrajaya and Hospital Banting. 

orang cakap seronoklah posting Manjung. dekat Lumut. dekat dengan base TLDM Lumut. takde maknanya. Pakcik tu sibuk LI dah kot. memang Pakcik kena naik kapal kat Lumut, tapi tau ajalah, mesti susah punya nak jumpa time dia LI ni. maka mental aku bakal dicabar lagi. takpelah. dulu dah biasa kena tinggal sekali waktu Pakcik gi KDSI training Midshipmen, so maka kali ini, kena lah redha juga. 

Me: bila boleh jumpa lagi ni?
Him: tahun depan
Me: okayyy~


and bersempena dengan kejayaa naik clinical years ni... Ayah memang niat nak belikan kereta. sebab well, rational nya sebab bila dah naik clinical year susah nk bergerak sana-sini posting kalau tak ada transport sendiri. bukan niat nk bermegah ke apa. cuma really feel thankful. lepas exam, dapat kereta. Alhamdulillah for all the blessing and joy.



kereta ni, aku kasi nama Black Widow. 
yeah. so sexy and i know it. 
BAHAHAHAH. 
yes, highlight besar-besar. memang ni kereta 2nd hand. 
ada reason aku sendiri kenapa aku minta ayah beli 2nd hand car. but not too old lah, this car umur dia Dec 2008. I'm the 2nd owner.

sebab apa?
1) sebab kalau boleh, nak belajar kereta yang ada bonnet belakang, so that boleh biasakan diri bawa kereta ada bonnet, kalau one day ada kereta sendiri nanti. tak jadi masalah.
2) yes, within budget. monthly just paid less than 300 MYR. and hell yes, taknak beban kan ayah since he's the one yang paid for it. 
3) plus kalau angkat kereta baru, all the insurance, NCV.. for the next car mak aihh. confirm berganda-ganda. at least kalau guna kereta 2nd hand dulu, i can save dekat 55% from the NCV value. so katakanlah for Proton Saga BLM ni insurance dia dekat 1000+ MYR, kalau save 55% percent...  kiralah sendiri. 

and macam biasa...


cop mohor wajib kereta. Kereta Ayah ada satu. so does my car. :)
Go NAVY!


currently, apa yang aku buat sekarang adalah melepak dan meleset kat rumah sambil buat exploration on cooking. haa kalau rajin nanti aku share benda yg aku dah masak selama cuti kat rumah ni share dengan korang. okayy. buhbyeee. 





Friday, May 24, 2013

perihal cuti.

kadang-kadang bila terfikir balik. aku macam jarang dapat lepak dengan kawan-kawan lama. erm, mungkin sebab aku ni banyak sangat aktif berprogram, pergi sana sini. bila dah slow down dekat-dekat nak exam ni baru realise, oh lama nya tak jumpa orang itu, lamanya tak jumpa orang ini. rasanya kalau orang nak ajak gathering, orang malas dah nak ajak aku sebab aku mesti tak dapat pergi. dah la cuti tak sama dengan orang kadang-kadang tu. HAHAHA.  

haih, susahnya menjadi aku. 

cuti pun bukan cuti kosong-kosong pergi melepak melepet dan sebagainya. tak biasa lah macam itu.  err pergi bercuti bershopping mungkin, tapi imma type of homey person. baik aku duduk rumah masak dan makan kasi badan gemuk. 

Triple V aku. haih, rindu hangpa weh. since Intan dah balik from US. haruslah kita kena meronggeng secara berjemaah sat. tunggu lah aku wey. aku nak balik dah ni.


adios peeps. besok nak jumpa future MIL. bakal biras terkamceng sedunia nak kahwin besok. so pakcik ajak follow. segan tu satu hal. jumpa other  future SIL and BIL. family pakcik macam besaq juga. dok kamceng dengan kak long dia ja. kekeke. dengan yang lain-lain tak berapa sebab jarang jumpa.

ketaq lutuit wehhhh. 

hari ni kena study sampai lebam dulu nak cover besok and lusa takde. 

MARI MENGHADAP ENCIK MUSCULOSKELETAL. HAIYAKKKKKK!

  

Wednesday, May 22, 2013

soalan kedua terpaling famous pasal IB. selain dari tanya susah ke tidak IB ni? nah ini jawapannya.


Q: salam kak, kalau saya tak lepas IB ni... saya kena tendang dari tajaan Mara ke? dah la susah, macam buang masa pula ambil IB dua tahun kalau taklepas, tak dapat fly.

A: Takde lah kena tendang, Mara still akan taja.dia akan hantar awak ke uni private dalam Malaysia ni. tp uni private pun jgn risau, Mara akan hantar where budak JPA ada. so means bukan uni private yang simply tak ada accreditation. 'taklepas IB' tu bukan bermakna awak fail IB, awak cuma tak lepas fly. sebab kalau ikut syarat IB World Organization (IBO) to get an IB Diploma you need to score 24 points and above. since budak-budak kat Malaysia yang ambil IB ni budak2 scholar and selected student, mereka memang selalunya dapat lepas lah IBO punya requirement yang 24 points tu. cuma penaja kat Malaysia ni je yang dah tetapkan kena dapat 35 points in order for you to fly. but if you dapat below 35 but more than 24 points, you still got your IB diploma. you still boleh sambung belajar degree, with the point that you get. cuma awak tak dapat fly. itu je.

"rugi lah saya ketinggalan kalau tak dapat fly, buang masa dua tahun je buat IB."

ketinggalan tak apa, asal maju ke hadapan. lebih baik dari statik. :)

semua orang memang teringin nak fly. tapi kalau tak dapat fly, itu bukan pengakhiran. bukti? 

SAYA MASIH HIDUP. :)

janji ada rezeki Tuhan berikan saya bernafas, ada yang menanggung biaya pengajian kerana keluarga bukan orang senang, boleh belajar hidup aman dengan tenang.

apa lagi yang saya nak claim?
Dia dah beri. 
syukur saja.
tak banyak bunyi.
tak banyak songeh.
tadah tangan ke langit.
sujud 5 waktu tanpa gagal tanda balas budi.

:)




selesai.

Tuesday, May 21, 2013

attention to future IB-ians!

as-salam readers.

okay seperti biasa bila selesai sahaja keputusan panggilan temuduga MARA/JPA diumumkan, traffic blog akan meningkat secara mendadak, dan tak kurang yang akan personally PM saya di FB untuk bertanya tentang program IB. tidak kiralah sama ada carian tersebut berkaitan IB KMB ataupun IB KMS.

for those yang googled up and happen to find my blog through word search engine, saya nak mohon maaf sangat-sangat, pertanyaan anda mengenai IB xdapat nak dibalas melalui tulisan ataupun post dalam blog sebab blog buat masa ni mungkin akan remain dormant for a moment buat masa terdekat ni kerana dalam masa kurang dari 11 hari saya akan menduduki final exam. tapi insyaAllah, sesetengah little query/ soalan pendek yang boleh dijawab boleh diajukan secara personally melalui FB/ emel.

FB: Nurlisa Kamal
emel : lisakamal91@yahoo.com 

ataupun boleh review this blog untuk basic knowledge regarding IB : blog Shahkang Aizat.

untuk pengetahuan anda, Shahkang adalah bekas pelajar KMB yang menjadi rujukan saya semasa baru 'berkenalan' dengan program IB ni. jadi kalau ada mana-mana pertanyaan yang kurang jelas, still nak tanya apa-apa. boleh revert balik kepada medium di atas.

sekian. till then. ciao.

p/s: doakan saya nak final exam ye! :/

Saturday, May 18, 2013

weirdo

it is weird when your dearest is in the military and he always have time to see you  like almost everyday, never ending messages and frequent calls and skype.


again I repeat. It is weird like a totally WEIRDO.

Friday, May 10, 2013

random.

saying you have a guy bestie while you already have boyfie, wonder how its like if your boyfie happen to have a girl bestie? sakit hati kan? kadang-kadang kita dh cukup jaga diri kita entitle as awek orang, tp kdg2 benda2 macam ni yg sesetengah awek friendly terlepas pandang. guys taksuke awek yg friendly sgt ngn lelaki lain, as we girl do not like guys yang friendly gile ngn pompuan lain. 


duhh. equal la kan.

Monday, May 6, 2013

superego.

kadang-kadang bila tengok mak dengan ayah argue and fight pasal pendapat yang tak sependapat and eventually in the end supremely like exactly sebagai seorang bapak dan lelaki yang punyai kuasa veto, ayah yang menang. though aku sometimes on side mak... yang aku rasa. mak aku ni betul. mak tetap give in. lebih doploh tahun hidup macam tu kot. memang mak aku mempunyai tahap kesabaran tingkat kuasa supersaiya tak hengat punya. sebab boleh sabar dengan ayah.

and i wonder how she got such a patience nak deal dengan ego lelaki yang taknak kalah?
dia punya jawapan senang je,
give and take lah. there are times where women's power get in.
but tak selalu lah. kalau selalu tunjuk nanti tak power. kena sekali-sekala je.
tu rahsia nak aman bahagia. bila sorang dah mengamuk. nak tunjuk besar kepala. let him/her be.
next time turn kau pulak.

habis dah tu cemana kalau jenis sebelah pihak je asyik stand out apa benda yang dia tak suka?
asyik one side je yang stand out prinsip dia itu ini dan all the bla..bla..bla..
obviously kau xde masalah kalau orang tu ada prinsip. lantak dia lah kan.
tp sumpah kau akan terkujat bila prinsip orang tu memang contradict dengan kau.
lagi pulak orang yang paling dekat dengan kau.
ha cemana?

habis aku ni memang jenis keras kepala ego tinggi you just name it lah. cemana tu?
dah membesar dengan karakter anak sulung yang bukan lembik walaupun aku perempuan,
aku boleh pengaruhi orang dan selalu jadi pembuat keputusan apa kau expect aku nak membabi buta je follow orang?
the rigid answer is NO.
a big NO.
i need a rationality though i can compromise.

jenuh lah macam ini aku makin kurus makan hati.
sebabnya apa yang ada dalam lubuk hati kau nak cakap kat the other person tu
tak kiralah dia lelaki ke perempuan...
tak tercapai dek akalmu.
tak terluah dek perkataan.
tak terucap dengan ayat yang sesuai.
tak termohon salah diinterpretasikan.

cuma satu jelah solusi. wordnya. b.e.r.a.l.a.h.
beralah tu kalah ke?
no.
sebabnya kau taknak nampak kebodohan bercakap dengan manusia yang tak boleh faham bahasa kau.
tu je.
masing-masing nak buat kepala sendiri.
dari kau nak sakit hati kisahkan semua benda,
buat aje tak kisah macam takde benda jadi. dia tak suka, kau takyah buat dah.
kau buat benda lain as long as sama impak macam mana benda tu bagi kau hepi kalau kau buat benda yang kau takleh buat tadi.
faham ke?
ah nasib lah kau faham ke tak.

weh susah doh hidup berdua berkahwin dan berkeluarga nih.
kau tak boleh pikir kepala kau je.
kau kena pikir kepala orang lain jugak yang jadi teman sebantal, setilam segebar sebelah katil kau baring.
serius dekat gila.


tapi kalau kau foreveralone pun lagi sadis. ye dok?

bye.

Sunday, May 5, 2013

ini kalilahhh update blog bersawang!

as salam

eceh tajuk nak gempak je kan. amik tempias sikit sebab hari ni hari mengundi seluruh Malaysia. tapi tak pergi mengudi sebab status diragui. bahaha. ayatt.

status mengundi saya untuk PRU 13: taklayak untuk membuang undi walaupun berstatus pengundi berdaftar.

nak mengundi umur baru cukup-cukup aje. citt. sebenarnya since tuan punya blog ni beranak hujung tahun so dalam semangatnye baru officially nak pergi mendaftar sebagai pengundi, sekali diberitahu yang kalau nak melayakkan someone tu jadi pengundi pada PRU 13 ni, kena mendaftar sebagai pengundi sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum hari PRU. so dihitung-hitung aku tak cukup 6 bulan tu. sedih lahh berstatus nyaris-nyaris layak ni. so kesimpulannya aku xlayak lah untuk membuang undi walaupun berstatus pengundi berdaftar. err faham ke? but harapan saya pada kali ini, supaya kerajaan baru yang dibentuk selepas pilihan raya ni oleh parti yang menang dapat menunaikan janji seperti yang terdapat dalam manifesto parti dan berbakti kepada rakyat yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada anda.

ok back to business.

wachaa! sebulan lebih tak hapdate blog. ya rabb. apa aku buat eh? entah lah. sorry lah kot-kot ada yang menunggu next post. currently a bit busy nak prepare for 1st professional exam. okay. punyalah lama. to start with, last April is treating me really well. ahah, last subject/block to be finished before one month break preparing for my 1st professional exam.

April ialah bulan dimana aku menghadapi subjek Disaster and Relief Medicine. aha apa benda tu? ok, basically, DRM (Disaster and Relief Medicine) ni adalah salah satu subjek di bawah silibus kami pelajar tahun 2 MBBS CUCMS, di mana kami akan belajar tentang survival hidup, dan management pesakit serta teach us on what to do if we as a medical doctors berdepan dengan situasi bencana ke, ditugaskan ke tempat-tempat perang ke dan dsb. jadi kem DRM ni macam simulated camp, yang dah dipaternkan akan jadi suasana seperti dalam ala-ala bencana dalam hutan, ada pesakit injured, ada terrorist dan melatih kami untuk stick kepada arahan ketua. dan ketua tersebut mesti cekap, dan pantas berfikir dalam situasi genting.. erm macam ala-ala perang lah juga ceritanya. 

okay, camp tahun ni buat secara julung kalinya International Disaster Exercise diadakan collaboration between CUCMS- Universitas Islam Bandung (UNISBA) bertempat di Desa Cariu, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. 1st time buat collaboration with Indonesian medical student so that boleh share experience and all laa.

camp tu almost seminggu la. meaning, almost seminggu la kitorang semua duduk dalam hutan. dari KLIA-Jakarta naik flight lebih kurang dalam 1 jam 40 minit macam tu.so ktorang board off jam 330 petang then sampai sana around 530 petang waktu Indonesia (kat sana lewat sejam dari Malaysia) then turun kat International Airport Soekarno-Hatta, Tangerang, Jakarta, Indonesia.  from airport to campsite, Jakarta- Cariu,Bogor (ok its actually not that hutan la but its campsite tp campsite pun sumpah hutan gila lah aku rasa) it takes about 3 hours je sebenarnya. and yes, naik trak 3 tan tentera tuuu. katanya 3 jam. tapi disebabkan jalan macet (read: jammed), perjalanan 3 jam jadi 6 jam! and faham tak dalam trak tu segala position aku dh buat. baring atas beg. duduk yang sambil temengantuk-ngantuk tu. jalan yang terhinjut-hinjut. dengan gelap lagi. makan pakai headlamp wehh. hahahah. sumpah sakit badan.



ok bila dah sampai tu pulak. masa tu dah almost 12tengah malam. mujur khemah yang 1st group yang flight pukul 130ptg sampai awal and dah siap diri kan khemah dulu untuk kitorang yang perempuan ni. alhamdulillah. ok tidur lah sebab masing-masing dah capek (read: penat)



next day merupakan exercise Aquatic Life Support. okay hari ni belajar macam mana basic steps on how to swim. belajar teknik menyelamat di dalam air either menyelamatkan orang yang lemas ataupun cara handle cervical injury dalam air.


itu cerita pagi. petang. sempat buat exercise and presentation on how to deal in Emergency Evacuation. then malam tu sepatutnya cultural night kitorang dengan student UNISBA, but malam tu hujan lebat sangat. dan dipostpone ke malam berikutnya. malam tu just bersantai di gazebo. santai bendenyer, berhimpit lah jugak kat gazebo tu. and yes, kena tidur kat gazebo since khemah bocor sebab salah pasang, diruntuhkan dan didirikan semula, namun masih sahaja khemah kebasahan akibat kehujanan. tidur di gazebo ibarat pelarian. jalan becak sebab hujang and tiap-tiap hari laluan pendakian yang licin dan becak harus gagah didaki demi kelangsungan mandi dan merapikan diri. 

Bogor yang juga dikenali sebagai Kota Hujan (Rain City), sememangnya menyambut kehadiran kami selama di sana dengan hujan yang turun mencurah-curah tiada henti selama berada di Desa Cariu,Jawa Barat. 




the next day. ok malam tu ada Emergency Evacuation exercise. Emergency Evacuation exercise dalam simulasi penculikan pengganas sekitar jam 3 pagi macam tu melibatkan aplikasi komunikasi radio yang kitorang belajar dalam kelas sebelum ke Bogor ni. hahaha kengkonon ada orang kene culik pengganas, and pengganas tu speak arabic, (yes Mr Said alGhora is one of the CUCMS lecturer from Palestine and follow this exercise as one of the instructor, and dia kena berlakon jadi pengganas) kena la pulak cari orang yang pandai cakap Arab nak buat dealing dengan pengganas. 


then bila dah siang ada aktiviti merekabentuk base camp ketika dalam bencana, nak tentukan setting hospital,logistics, dan segala macam mak nenek lagilah benda for the next day punya disaster mockdrill exercise regarding tanah gelongsor. malam tu we had our cultural night with the UNISBA students. sangat lah bestt. hahaha. moment bersama-sama pelajar dari Universitas Islam Bandung was one the best moment ever in my life.


sedih, nak marah, mental kepala otak, rasa nak give up, namun setiap hari telinga disajikan dengan tazkirah tentang bencana dan ujian yang dicedok dari al-Quran secara langsung mengingatkan tujuan dan memperbetulkan niat selama berada di sana. memang ini ujian buat kami semua selama berada disana. real disaster. sesuailah dengan nama camping pun. tp mujur alhamdulillah semua orang kuat semangat, and I was counting the days very hard tak sabar nak balik Malaysia. 


okay, hari kemuncak adalah pada hari ke-4 kitorang, which is the day of disaster mock drill exercise. ada satu simulated situation  dimana ada diaster tanah runtuh berlaku. and each of us had to play our role as the casualties, police to control the crowds (villagers and media) and hospital setting and (doctors and nurses) as well as team triage, paramedic and transporter.  


ok secara mudahnya, flow dia macam ni. bila berlaku disaster (Mass Casualty Incident - MCI), Incident Command System (ICS) will be activated. usually ketua polis (bergantung kepada disaster yang berlaku at district/state/national level) yang akan jadi Commander Officer. dia akan hantar team polis as pasukan peninjau untuk ke lokasi kejadian dan assess the situation and mark kawasan disaster as kawasan yang tak sewenang-wenangnya orang awam dan media buat liputan yang tak berkenaan daripada masuk. then polis akan call team triage and paramedic untuk ke lokasi kejadian.  apa tu triage? triage adalah satu team yang akan classify severity of the injury based on tagging red (severe), yellow (immediate) green (less injury) and black/white (dead). based on tagging from the triage team, paramedic akan utamakan bagi bantuan kecemasan kepada yang kes yang kritikal dulu. then team transporter akan masuk untuk transport the victims to the hospital sementara yang di buat berdekatan dengan area disaster. yang bertag hitam transporter or paramedic takkan bother sebab tu kerja polis untuk angkut mayat keluar dari kawasan kejadian. aha? nampak macam simple? tp ada juga orang yg ditugaskan sebgai orang awam dan media yang cuba menceroboh masuk ke dalam kawasan kejadian dan cuba menyukarkan kerja-kerja pihak berkuasa untuk menyelamatkan mangsa dalam keadaan yang huru-hara tu.


hahaha my role? I became one of the casualties. what did I have? I got a skull fracture with massive loss of blood, leading to hypovolaemia and with low pulse and normal respiratory rate but barely able to breathe. mental status; confused. so what tag do I get? hahahaha! obviously IT IS RED TAG!


hahaha korang yg takpaham ape setengah term tu mohon faham-faham jelah. 

okay korang boleh tengok video liputan simulasi kejadian tu kt sini.




news coverage from Cariu Camp, DRM CUCMS-UNISBA 2013




hahahaha. epic. 


seterusnya hari terakhir kami keesokan harinya dihabiskan dengan berbelanja ke Tanah Abang dan memutar sekitar Taman Mini Indonesia Indah. kali ini pertama kali duduk dihadapan bersebelahan driver trak 3 tan. hahahah. teruja! sempat belajar bagaimana mahu menari Tarian Saman, Manuk Dadali, serta sedikit word dari bahasa Jawa dan Sunda pada hari terakhir sebelum berpisah dengan pelajar dari UNISBA. yang terakhir sekali, berbalas pantun,


Buah Mangga, Buah Kedondong

Minta nomor teleponnya dong?
hahahahaha. epic.
I had a great time there. terima kasih Bogor. :)


me with Fuji, cap exchanging with UNISBA student. 

.
.
.
.
.
.


this is us!!!!



best memang best. rindu kawan-kawan UNISBA. tapi disasternya muka aku tuhan je tahu. dah hitam woii. hahahaha. balik dari Malaysiaaaa ada final exam for DRM block the following week.


at the same timee....


back to preparation Pro Exam yang makin dekat tinggal berapa hari je lagi buat countdown kasi cuak kecut perut. (gastric atony.. bahahaha!). sebenarnya, preparation ni dah lama dah buat... achewahh nak claim kata bakal distinction lah tu. hahaha. bukan-bukan. memang aku dah tubuhkan satu study group untuk buat revision sama-sama menjelang 1st Professional Exam ni. exam bulan Jun, tapi preparation aku dah start buat since bulan Februari. agak terlambat lah jugak. (well group aku dikira agak terlambat lah berbanding sesetengah orang yang dah start forming group end of December tahun lepas or awal tahun 2013 hari tu) untuk review all the system and topics yang dah belajar selama 2 tahun ni. buat yang tak tahu, Professional Exam adalah antara exam utama bagi student-student perubatan sepanjang 5 tahun kursus medik ni.  depends kepada medical school nak buat pro exam ni tahun bila. yang pasti akan ada 2 atau 3 pro exam secara keseluruhan. macam CUCMS ni ,dia ada 2 professional exam. 1st PE masa 2nd year. 2nd PE masa 5th year. tapi yang bikin cuaknyaa....


kalau taklepas pro exam ni kau jangan harap lah nak naik 3rd year then pergi clinical masuk hospital apa semua. kau repeat lah balik 2nd year tu amik next pro exam tahun depan pulak.. aiyokkk scary. 









sekarang pakcik tengah mogok taknak text sebab nak suruh makcik study katenyer. kekekekeke. *dia suruh study aku pergi blogging kan.. pandai..pandaiii -_- *

ok la back to study mood. mohon korang doakan yer nak exam ni. ciao!


 
Images by Freepik