Pages

Sunday, December 13, 2009

nota dari DNA part 2

Damia Naquisha. Damai dan tenang sekali aku mendengar namanya. Pertama kali namanya menampar gegendang telingaku, seolah-olah semacam aku sudah mendengar namanya sebelum ini. Ya…aku pernah bertemunya barangkali. Wajah gadis penuntut jurusan perubatan itu ternyata sukar muncul diruang maya benakku sehinggakan aku gagal mengingati walau secebis rupa parasnya. Kata Faqar teman sebilikku, Damia merupakan seorang pelajar yang low profile. Dia tidak suka menonjolkan dirinya dihadapan teman sekampusnya dan juga jarang melibatkan diri dalam kebanyakan program yang dianjurkan oleh pihak kolej melainkan apabila ada keperluan bagi dirinya untuk turut serta. Patutlah aku tidak mengenalinya…kataku di dalam hati. Ditambah pula dengan status dirinya sebagai pelajar yang mengikuti program persediaan yang agak kritikal berbanding dengan diriku,membuatkan dia jarang bersosial seperti pelajar-pelajar yang mengambil jurusan lain.

Aku faham. Pelajar yang mengikuti program International Baccalaureate (IB) memang sentiasa sibuk dengan dunia mereka. Seperti Adif yang mengambil kursus tindikan. Mahu jadi guru biologi dan kimia katanya. Posisinya sebagai pengerusi kelab Pemimbing Rakan Sebaya dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej memerlukan masanya banyak dihabiskan di luar bilik. Kadangkala, selagi maghrib belum menjelma, jarang sekali aku melihat Adif tersadai kepenatan di atas katilnya melainkan hari minggu. Kasihan juga aku melihat Adif. Namun,hanya simpati yang mampu kuluahkan dan dalam masa yang sama bersyukur kerana tidak sesekali terjerumus ke dalam program yang aku boleh katakan agak menyeksa jiwa itu.

Suatu petang,aku berjalan bersama-sama Faqar menuju ke gelanggang bola keranjang yang terletak berhampiran dengan dewan kuliah di blok akademik. Sewaktu aku berjalan dan berbual-bual kosong sambil melantun-lantunkan bola ke atas jalan,kelibat dua orang pelajar perempuan yang melewati pintu pagar blok akademik dari jauh sudah kelihatan. Sah..budak IB ni! Getusku perlahan. Dah lewat petang camni la baru nak balik bilik. Sibuk print lab reports yang tak ada penghujungnya tu, tah apa kebenda pasal CAS program la, study group laa..segala macam mak nenek kena buat! Ngomelku sendirian.

“ Plup!” pendrive milik salah seorang gadis yang berjalan beriringan dari arah yang bertentangan itu terjatuh. Disebabkan oleh keadaan permukaan jalan yang agak landai,maka pendrive tersebut menggelongsor lalu terkena kakiku. Ku lihat gadis itu bergegas menuju ke arahku dan seraya menunduk untuk mengambil pendrive kepunyaannya. Namun, tanganku lebih pantas bergerak. Aku tunduk lalu menyambar pendrive di atas jalan itu sebelum sempat dia mengambil pendrive tersebut.

Gadis itu terpana seketika melihatkan pendrive miliknya berada di tanganku. Aku lantas menghulurkan semula alat penyimpan data itu kepadanya. Gadis itu tidak mendongak sedikitpun. Dia menadah telapak tangannya yang putih melepak dan lengan kurungnya yang dilapisi oleh stoking tangan berwarna hitam menandakan dia mahu haknya dikembalikan semula kepadanya. Digenggam kemas telapak tangannya apabila pendrive tersebut sudah bertukar tangan. Erat. Takut jatuh lagi agaknya. Aku tersenyum.

“ Err..thanks. “ segera gadis itu berlalu pergi. Aku tercengang seketika. Mak aih…bapak sombong minah IB ni! Kerek gila… Aku memerhatikannya dengan pandangan yang sinis dan tajam sehinggalah kelibatnya tidak lagi kelihatan setelah dia dan rakannya itu memasuki pekarangan blok Aisyah.Faqar yang berada disampingku sedari tadi terus menepuk bahuku.

“ Woi, kau apa hal? Takkan sangkut ngan minah tu kot? “ senda Faqar.

“ Takde la bro, aku bengang gak la ngan minah tuh. Bapak kerek kot. Kau dengar tak cara dy ckp terima kasih kat aku tadi pun? Dah la tak tengok muka aku langsung…Thanks… “ kataku sambil mencemikkan bibirku dan mengajuk cara gadis berbaju kurung rona biru itu mengucapkan terima kasih kepadaku tadi.

“ Weh sengal, tu la Damia. Damia Naquisha yang kau kecoh sangat tanya kat kitorang dulu tu…” balas Faqar kemudian dengan riak muka yang selamba. Aku membuntangkan mataku ke arah Faqar.

“ Apasal la kau tak cakap ngan aku siang-siang?? Aku punya laa nak tau minah tu yang mana satu. Dah la aku jarang jumpa budak-budak IB. Macam kau lain la,boleh hari-hari jumpa. Budak IB jugak.Kau ni, memangla…” terselit nada kekesalan di hatiku. Kalaulah aku tahu dia tu tadi Damia, alahai….

“ Siang lagi la ni. Bukan malam. Maghrib pun belum. Apa la kau ni. Weh mangkuk, Damia tuh budak most wanted kat IB list tau. Confirm semua budak IB kenal dia. Kau bajet ,budak-budak IB jumpa each other ke tiap-tiap hari? Aku budak biotek ok?? Si Damia tu budak medic!“ balas Faqar dengan nada yang separuh sakit hati.

“ Kau tunggu dan lihat apa yang akan jadi ngan Damia tu lepas ni. Seronok mengusik budak control ayu macam dia tu.Hehe…” usikku nakal.

“ Woi dah, tak payah nak bikin onar. Basket…basket beb!!!” Faqar menarik lengan bajuku menghala ke arah gelanggang.

Suatu hari kau akan kenal siapa aku. Ni Alfian la! Heh….

2 comments:

  1. aik,cm knal je adif tu..hahaha..
    hiperbola gile statement psl bdk IB..ye2 je la..

    ReplyDelete
  2. haha..bab2 hiperbola aku mmg terer..amacam...??
    watak adif tuh..catchy kn??ahaks.;p

    ReplyDelete

 
Images by Freepik