Pages

Monday, August 2, 2010

mengapa perlu bercouple?

sekadar perkongsian pendapat.

ana bukanlah seorang yang bersih dari rekod tidak pernah bercouple.

ana pernah bercouple.pernah meninggalkan dan juga ditinggalkan.

ana juga pernah punya perasaan memiliki,menyayangi seorang lelaki yang asing bagi ana.

ana juga pernah mengecewakan..juga pernah dikecewakan.

walaupun umur ana mungkin boleh diklasifikasikan sebagai setahun jagung.namun bagi ana,

apa yang penting ialah bagaimana kematangan seseorang itu dilihat dari cara dia mengendalikan konflik dan segala perkara yang mendatangi hidupnya dengan rasional.

begitu jugalah pengalaman ana mengenai perkara bercouple ini.

dulu...

ana pernah terfikir?

memanglah setiap manusia yang normal itu..fitrahnya akan tertarik terhadap kaum yg berlainan dengan jantinanya.

bila dah tertarik,kita akan mula rasa sayang.mahu menjadikan si dia milik kita.

namun kita silap dan mudah lupa,sebenarnya... ada lagi yang lebih berhak ke atas si dia berbanding kita.

ana pernah bercouple.seawal tingkatan 4.

namun pengalaman itu tidak bertahan lama.hanya lebih kurang seminggu.

ana couple dengan salah seorang senior ana.

baik.caring.selalu memberi perhatian.

namun ana ambil keputusan untuk clash setelah ana dapati ana tidak bersedia mahu menjalin hubungan yang serius dengan dia.

lagipun ana dan dia terpisah jauh.dan ana tidak yakin dengan diri ana yang mempu bertahan dengan perhubungan jarak jauh. maksud ana, ana tidak boleh tidak lihat si dia hari2,berjumpa dengannya hari-hari.ana rasa ana tak mampu lakukan.

bagi ana dulu, couple bukanlah untuk suka-suka.

ana dah terfikir sampai nak mempunyai keluarga dengan si dia.masya-Allah.

namun tidak lama selepas itu

ana bercouple sekali lagi.

kali ni dengan seorang pemuda yang seusia dengan ana.satu tempat belajar dengan ana.

alhamdulillah, ana dah semakin matang.

selama ana menjalin hubungan dengannya, ana rasa sangat dihargai.

dilambung dengan pujian, kata2 semangat yang menghargai ana.

masa itu ana punya persepsi. COUPLE ITU TIDAK SALAH.

ana xberpegangan tangan denan si dia.

ana tidak bersentuhan dengan si dia.

ana tidak pernah berdua-duaan dengannya di tempat sunyi.

ana tidak pernah berjumpa dengannya tanpa ditemani rakan ana,begitu juga dengan si dia.

akhirnya,ramai tahu mengenai hubungan kami..termasuk para guru.

malah beberapa orang junior turut mengambil kami sebagai contoh senior yang bercouple namun masih boleh menstabilkan urusan belajar dan hati...astaghfirullah!

mungkin masih di zaman persekolahan...jadi mahu buat perkara yang bukan2 pun tidak berani.

kami tidak khayal dan ralit dibuai perasaan semata2.

soal dan pelajaran masih menjadi keutamaan,

bagi kami...keitka itu ana dan dia seolah-olah sudah benar2 mampu membahagikan antara perasaan cinta dan sayang itu..dengan komitmen sebagai seorang pelajar.

bagi kami..tiada salahnya asalkan kedua-duanya masih mampu untuk mencapai apa yang kami mahukan.

menjadi seorang doktor.

pada ana ketika itu,hubungan kami sudah cantik dibatasi dengan dengan syarak.

ana sudah terfikir untuk serius dengannya.

ana semakin kenal dengan si dia..mahupun keluarganya.

setahun empat bulan.tidak pernah ana jangkakan kami mampu bertahan selama itu.

alhamdulillah kami sama2 berjaya dalam SPM. mendapat tawaran yang bagus2.

selangkah mengejar cita2 dan impian kami bergelar seorang doktor.

dan kami terpisah sekali lagi.

ketika itu...semakin lama ana rasakan yang ana semakin jauh dengan dia.

dan ana mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan tersebut.

buat kali kedua.ana telah menghancurkan perasaan si dia yang begelar kaum Adam.

ana sedih juga.mungkin kerana tempoh kami bersama agak lama.

ana memutuskan hubungan atas alasan : JEMU.

namun kesedihan itu tidak lama.

datang lagi seorang si Adam datang mengetuk pintu hati ana.

dipendekkan cerita,ana telah bercouple buat kali ketiga.

namun setelah 3 bulan ana ditinggalkan.

jan 2010.

namun kali ini,ana menyesal yang teramat sangat.

astaghfirullah.

ana hanyut dan gagal melawan hasutan iblis laknatullah kali ini.

ana tewas.

ana menyalahkan diri ana.

mengapa ana semasa di zaman persekolahan, ana boleh mengawal diri ana?

tetapi apabila masuk kolej..sudah sedikit bebas membuatkan ana lupa kepada apa yang menjadi pegangan ana selama ini.

ana menangis siang dan malam.

mula merafak mencari-Nya semula.

pada ketika itu..ana sudah nampak titik2 kesan hitam apabila bercouple.

to cut it short...pendapat ana...

memang fitrah setiap perempuan yang mahu dibelai..diberi perhatian istimewa,dikasihi dan dilayan dengan baik.hingga menyentuh hati.

apabila datang seorang lelaki yang boleh memberikan semua itu.maka wanita akan mudah tertarik dan jatuh hati.

tidak perlu kepada memandang material mahupun paras rupa...itu hanyalah bonus.

dan itulah yang terjadi kepada pengalaman pertama ana bercouple.

pengalaman kedua.mengajar ana apabila sesebuah hubungan serius itu apabila tidak disegerakan...perasaan itu akan semakin pudar dan lama kelamaan ianya bertukar menjadi perasaan jemu.

namun ana silap perhitungan,serius pada waktu zaman belajar...di mana memungkinkan sebuah ikatan sah= perkahwinan itu adalah sangat mustahil pada ketika itu.zaman sekarang ni ramai sangat dah remaja bercouple zaman belajar...pasang cita-cita nak hidup bersama.

alasan bercouple awal2? mahu mengenal hati budi masing supaya memudahkan proses hubungan yang lebih serius pada masa akan datang.

kalau semua benda nak di treasure sebelum berkahwin? apa lagi yang tinggal untuk ditresure setelah bernikah nanti?fikirkan...mungkin perkahwinan tersebut alan menjadi bosan?

sedangkan sewaktu bercouple pun boleh ditinggalkan sebab sudah jemu..kalau sudah berkahwin nanti..takkan mahu bercerai pula? nauzubillah.

lagi satu benda dari pengalaman kedua yang ana belajar, kalau semua dah kecoh2 tahu yang kita bercouple...kalau bila dah clash...orang still akan bercakap2...

EH,TU EX AKU DULU...

xbest bukan?lagi tak best bila dulu bercinta bagai nak rak, konon macam dah confirm nk kahwin..tiba2 tiba masing2 membawa haluan sendiri....siapa yang nak tanggung malu? memanglah kita boleh memekakkan telinga..persetankan segala kata2 cacian orang.tapi sampai bila? ya, sampai orang muak nk bercakap,sampai benda tersebut basi?tapi bila kita buat begitu berulang-ulang kali...soleah-olah bertukar2 pasangan couple itu perkara biasa...apa lagi yang istimewa yang ada tinggal pada diri kita ini?

kalau kita sudah memberikan segala2nya kepada couple kita untuk dilihat,dipegang dan disentuh...apa lagi yang tinggal untuk orang yang benar2 halal dan sah dan sepatutnya ada hak yang sepenuhnya ke atas semua itu?fikirkan.

walaubagaimanapun, pengalaman ketiga ana mengajar ana mengerti tentang fitrah manusia itu boleh dikawal

ana mendapat pelajaran itu setelah melihat dari sudut yang lain.

kita masih berhak punya perasaan tersebut terhadap kaum yang berlainan jantina.tanpa perlu bercouple pun. masih kita dapat perkara yang sama.cuma syariat mesti ada untuk membataskan.MANUSIA HANYA INGINKAN PERHATIAN.INGIN DISAYANGI.

Wallahualam.

11 comments:

  1. takpe...berkongsi di sini pula..hehe

    ReplyDelete
  2. nice written.

    ni pengakuan jujur diri sendir eh?

    nak share dekat orang lain boleh tak?

    serius terbaik!

    ReplyDelete
  3. najib>> ya silakan. mmg dah expect pun anta yg akan comment!haha

    afiq>> ada hamba allah yg punya.heheh

    ReplyDelete
  4. nadera >> haha..some ramblings..and experience to share with.

    ReplyDelete
  5. kak lisa, alhamdulillah, Allah dah ketuk pintu hati akak. Semoga akak buka pintu itu dan berusaha ke arah Allah. InsyaAllah. All the best.

    ReplyDelete
  6. Huhu~ setuju dgn pendapat anda, especially the MANUSIA HANYA INGINKAN PERHATIAN.INGIN DISAYANGI part~

    ReplyDelete
  7. aida>> insyaallah.jihad menuju jalannya bukanlah mudah.

    nurin>> kamu sayang saya kan?

    kamikaze>> erissa!

    ReplyDelete

 
Images by Freepik