Pages

Saturday, July 23, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira.

“Abang kena duty weekend ni. Sorry sayang. Kita postpone dulu trip pergi pantai tu boleh?”

Aku segera melonggarkan rangkulan Ammar. Bersedia mengarahkan impuls seterusnya untuk menggerakkan otot-otot dimukaku membentuk satu jalinan halus didahi, mempamerkan reaksi protes terhadap kata-kata si dia sebentar tadi. Dia buat hal lagi… satu keluhan terpacul keluar dari bibirku.

“Leen boleh faham kan?” nada suara Ammar mencerun, ada riak bersalah tatkala melihat tampangku langsung tidak berubah sedari tadi.

“ Ya… Leen faham. Biasalah ni...”

Bernikah dengan seorang pegawai tentera, memang menjadi mimpi indah sejak aku pertama kali melihat seorang pengantin yang cukup cantik mengenakan gaun rona putih disamping leftenan hatinya, berpapasan beriringan sambil dilembayungi susunan pedang yang membentuk gerbang untuk mereka. Kira-kira hampir 16 tahun dulu. Waktu aku cuma berusia 10 tahun. Gila. Sejak dari hari itu, aku melakar angan-angan mahu menjadikan diriku pemegang status isteri seorang perajurit suatu hari nanti.  Menyarung gaun putih sambil erat memaut lengan cinta hatiku. Smart apa! Ya, mimpi indah yang berjaya buat aku terbayang-bayang tatkala aku menempuh zaman remaja dan alam percintaanku sehinggalah aku berjumpa dengan Ammar Rafiqin.

Ku anggap wanita sepertiku sudah cukup tabah, bahkan mungkin ada yang beranggapan tindakanku seolah-olah agak ‘kamikaze’ apabila berkeputusan untuk menerima lamaran Ammar Rafiqin.

“Kau biar betul Leen? Tabah gak laa kau ni, boleh tahan kena tinggal. Kalau dia keluar rumah ada misi apa-apa ke, berlayar ke, tak ada kat rumah selalu? Pergh ,tahan sental la weh! Kalau aku mau menangis tak berlagu dah!”

“Leen, lepas ni bukan laki kau je aku nak salute, ngan kau sekali aku tabik spring baik punya!”

“ Fuyohhhh, abang tentera tuu! Lepas ni kalau gaduh jangan main tembak-tembak guna M-16 pulak!”

Kata mereka, aku jenis wanita ‘berani mati’. Cuba beritahu aku, wanita mana dalam dunia ini rela diperlakukan sedemikian rupa? Maksud aku, tidak banyak masa dapat diluangkan bersama gara-gara kekangan kerja. Al maklumlah, tugas seorang tentera sudah cukup dibayangi dengan pelbagai tugasan untuk keselamatan negara, hingga keluarga dan isteri diletakkan dalam senarai prioriti entah tangga ke berapa. Berpuluh? Beratus agaknya.

Ditinggalkan demi tugas yang menanti. Ya, ini juga sudah aku maklumi. Contoh terdekatku, Mak. Mak juga bersuamikan seorang tentera. Suasana keluargaku yang menjadi seorang tentera dan berkahwin dengan tentera, seolah-olah menjadi tradisi dalam keluarga. Aku hanya menjadi penyambung legasi. Ah, perasan. Mungkin itu juga faktor pemangkin mengapa aku mahu memilih seorang tentera sebagai calon teman hidupku. Ayah juga menjadi penyokong tegar.

Kisah aku dan Ammar?

Ya, barangkali tidak seperti pasangan normal lain yang bercinta. Penuh dengan SMS, call, date dan sebagainya. Bukan nak kata hubungan kami ni abnormal, namun dengan keadaan superbusy, aku dan dia kadangkala tidak punya ruang untuk bermanja-manja bagai nak gila.

Kadang-kadang dah plan weekend untuk luangkan masa bersama baik punya, kena cancel. Gara-gara tugasnya kembali menguasai carta prioriti. Aku tersembam kalah.

Kata temanku, hubungan aku dan Ammar kelihatan hambar. Tidak punya banyak variasi dalam merancakkan perhubungan. Namun, aku selesa begini. Statement yang litar pintas dari Cik Adleen Nadzurah. Kekuatan aku untuk terikat dengan Ammar mudah sahaja. Kupercaya dia mampu melindungi dan membimbing aku. Saat bersamanya buat aku rasa selamat. Tidak pernah sesekali dia menyentuh aku, baik secara sengaja mahupun tidak, dia cukup menghormati sifat keperawanan yang aku miliki. Ammar juga bukan jenis lelaki yang banyak songeh, karakter ‘give and take’nya sangat supermantap! Dia bijak mengambil hatiku, dan berusaha untuk memberikan sepenuh komitmen terhadap perhubungan kami meski terpaksa berperang dengan hakikat tugas yang dengki akan perhatian yang diberikannya kepadaku.

Itulah kunci yang buat aku masih bertahan dengan Ammar Rafiqin. Meskipun sudang berulang-ulang kali diberi amaran olehnya,

“ Adleen sayang, jadi girlfriend tentera ni tak mudah tau. Banyak benda gila boleh jadi last minute, mental selalu teruji. Awak kena kuat sokong saya!”

Aku mengangguk tanda faham untuk kesekian kalinya. Entah, dah macam kena suntikan pelalian dah. Tahap imunisasi aku dengan gaya kerja Ammar dah kira hampir kebal dah.

“Sebab tu saya sayang awak. Tak ramai perempuan kat luar sana yang boleh faham, tugas seorang tentera macam mana. Walaupun diorang tahu dan faham, tapi belum tentu diorang boleh pilih dan sanggup untuk go through semua ni. Macam awak.” Itu jawapan keramat dari mulut Ammar. Cukup untuk dapat perfect score kenapa aku juga sayang dia. Pengorbanan. Suatu yang aku pelajari sepanjang menguliti detik-detik mengenali lelaki bernama Ammar Rafiqin. Bukan suatu yang mudah.

“Kenapa pilih saya?” soalku kembali.

“Saya mencari teman hidup. Bukan sekadar teman wanita yang sekadar boleh kongsi gelak ketawa saya. But in every ups and downs. Grow old with me. Enlighten my life not only as a girlfriend, but as a loyal wife and a beautiful incredibly strong mother to my children. That’s perfectly match to describe you in a glance.”
Aku dah tak larat reshape hati aku everytime Ammar keluarkan ayat yang boleh buat hati aku cair meleleh-leleh. Ammar bukan jenis lelaki yang sentiasa mengekspresi rasa melalui kata-kata, namun bila sekali keluarkan ayat macam ni, cukup buat aku terharu dan sebak. Ah, cengeng betul. He’s a man with action, not charming me by words. Biasalah tu, expectation dari seorang pegawai tentera. Gagah, macho dan kemas. Memang selera aku. Tampan? Sedap pada mata aku memandang sudahlah. Janji anak-anak aku tak ada yang hodoh gara-gara gen tak hensem terlepas kat anak-anak. Haa…. Apakah??? Merepek sudah.

Ah, nasiblah tapi. Siapa suruh awak buat saya crush kat awak? Heheh…

Takkan pernah aku lupakan saat itu, Ammar baru sahaja setahun ditauliahkan sebagai Leftenan. Sedang aku, masih di tahun terakhir pengajianku. Dinner kali ke-30 setelah menjalin perhubungan hampir 4tahun. Kali ke-30? Kalau kira blood count versi dating Adleen dan Ammar, ni memang dah tahap kritikal hampir nazak. Tapi nak buat macam mana, dah jarang jumpa punya pasal.

“Dr. Adleen Nadzurah, saya nak lamar awak jadi isteri saya. Lalu bawah pedang dengan Lt. Ammar Rafiqin jom?” Ammar merenung wajahku tanpa riak canda. Tersungging senyuman dibibirnya.

Terasa nak melompat dan meloncat. Sudu dan garfu ditanganku terhenti pergerakkannya bergeser dengan pinggan nasi goreng yang tersedia didepan mata. Aku mengangkat wajahku menala Ammar Rafiqin. Pipiku berona macam serbuk blusher tumpah satu bekas. Saat itu, terasa mimpi indah zaman hingusan kembali menerjah. Dah besar rupanya aku…dah sampai turn aku pulak nak lalu bawah pedang, dan ini bukan main-main! Mataku tak semena-mena membentuk butiran jernih hangat, menakung di tabir mata. Terharu. Sungguh tak percaya!

Hari yang diimpikan tiba. Ammar segak menyarung sut putih tanpa celanya, sedang aku disampingnya memilih gaun pengantin dari warna yang sama supaya nampak sepadan. Kulingkarkan jemariku memaut lengan kepunyaan Ammar Rafiqin, lelaki yang telah selamat menjadi suamiku yang halal dengan sekali lafaz sewaktu akad nikah tidak lama dahulu. Bising pancaragam bergema di luar dewan majlis resepsi. Gemuruh lagi dahsyat fluctuate daripada time nak akad hari tu. Bukan setakat rama-rama dalam perut dah ni, rasa macam iras-iras anak gajah menari dalam perut pun ada.

“Chill sayang, it’s show time.”  Ammar menggenggam tanganku.

Dengan lafaz bismillahirrahmannirahim, kaki kananku dan Ammar sama-sama menghayun di atas permaidani merah, pedang-pedang menjulang ke atas memayungi langkahku dan Ammar. Bahagia begini. Sempurna sudah impian zaman hingusan.

Tidak akan pernah aku lupa juga saat itu.

Itu cerita setahun dahulu. Aku dan Ammar masih bahagia sehingga kini. Sayangnya masih menghangatkan jiwaku. Tidak pernah dia gagal dalam memberikan kecintaannya kepadaku. Cuma satu yang tiada beza dari awal perkenalan sehinggalah sudah melangkah ke gerbang perkahwinan, jadual kerjanya masih sahaja sama. Last minute dan gila. Seperti sekarang. Ditambah pula dengan jadual on call ku yang juga tak kurang gilanya, tsunami jugalah yang membadai dijiwa.

“Kenapa ni sayang, moody sangat ni… abang minta maaf okay? Duty mengejut ni. Bukan tinggalkan sayang nak pergi berperang pun…hehe” Ammar memujuk sambil memeluk bahuku. Aku memang sudah sedia tarik muka tujuh belas sambil menyilangkan siku menghadap jendela. Tangan Ammar tak semena-mena bergerak ke perutku. Dielusnya perlahan. Tubuhku dipeluk dari belakang. Dagunya mendarat dibahuku. Aku bersandar di dadanya.

Tidak aku nafikan, memang aku moody dan stress belakangan ini. Bukan sebab pressure kerja je, morning sickness completing the package. Baru tujuh minggu, dah ada gaya sentimental tak pasal-pasal. Pembawakan budak agaknya. Ammar nak pergi kerja pagi-pagi pun time aku salam tangan and dia cium dahi aku dah menangis, habis hilang muka legend. Padahal bukan tak biasa kena tinggal. Ni kes nak batalkan trip pergi pantai pun aku dah nak emo. Leen… Leen…

“ Leen ok je ni. Macam tak biasa pulak. It’s okay. Hormon tak betul kot. “ sengihku kemudian sambil berpusing menghadapnya. Aku menarik tangan Ammar menuju ke dapur.

“Nak pergi mana?” soal Ammar.

“Makan aiskrim. Hazelnut chocolate sauce. Denda kena habiskan satu tube aiskrim dengan Leen, since tak jadi trip pergi pantai!” tingkahku. Ammar menepuk dahi. Hah, padan muka!

Dalam hatiku seringkali menyebut dan mengingatkan, tugas suami yang harus menjadi keutamaan. Jalan ini yang telah kupilih, inilah harga pengorbanan yang harus dibayar untuk mencintai seorang pegawai tentera, tugasnya bukan mudah. Banyak pahit yang harus ditelan, bukan sekadar hanya indah istiadat dipayungi pedang menjadi perencah rasa hati sebagai tanda cinta buat Lt. Ammar Rafiqin, namun motto kerjanya juga sebati menjadi sebahagian dari hidupku. Juga hidup para isteri tentera diluar sana. Atapun mana-mana wanita yang bergelar isteri.

SEDIA BERKORBAN.


11 comments:

  1. mak ai. macam kau pulak nak jadi tentera.
    "SEDIA BERKORBAN".
    aku sengih2 baca ni. anyway, good job and semoga kisah ni jadi kenyataan untuk kau, with u being strong like this woman, as the package, amin. insyaAllah. ^^,
    tapi, jangan lupa tanggungjawab utama sekarang. insyaAllah, jodoh akan sampai jugak bila waktunya. (:

    ReplyDelete
  2. @insyirahhakimi: asal sengih weh???hehehe~ insyaAllah, angan-angan dan cita2 harus diseimbangkan dengan usaha dan perancangan untuk mencapainya bukan? insyaAllah, moga jodohku sama sperti Dr. Adleen Nadzurah. :)

    ReplyDelete
  3. rase kalo join bm mmg suma kan jadi isteri perwira. hujung minggu suami takde kat umah keluar berjuang. dalam weekdays sdiri pun kadang2 balik kol 2 3 pagi sbb keluar berjuang membina IM (refer maratib amal utk terms ni)

    kata mereka, rumah tangga bahagia bukan pada banyaknya masa yang diluang bersama, tapi pada cara befikir yg sama dan kualiti masa semasa bersama..

    *duk satu bumbung, tapi dok sibuk berinteraksi dgn peti muka empat segi..

    ReplyDelete
  4. @abe am : agree. boleh digunapakai juga. :)

    ReplyDelete
  5. senyum2 je baca sbb impian zmn hingusan Leen ni sama je... hehe. nicely written, lisa!

    ReplyDelete
  6. @mimi fatin : hehe...kan?kan? biasalah tu, kalau dah nama anak navy, mmg ada punya impian zaman hingusan tuuu~ thanks for reading! :)

    ReplyDelete
  7. haha..nicely written. kalau nak compare cerita2 sy kat blog a level, sume thp buang dalam longkang..merapu habis. bukan senang sy nak bace blog orang tau..slalu duk dalam dunia sendiri...haha.. :)

    ReplyDelete
  8. @atoi :haha...ade plak cmtu..mana ada lah atoi.tu cerita for fun, sekurang2nya cerita merapu pun, awak mengingatkan sy pada kekuatan berukhwah tu. hanya mereka yang faham dan rasa akan tahu menghargainya. :)

    thanks for reading,atoi. :D

    ReplyDelete
  9. Nice entry babe.....mmg setuju sgt.... ;) perempuan yg btul2 kuat jer lh bsama dgn military officer ....

    ReplyDelete
  10. salam akk..
    wahh best entry ni sbb teregat zaman kecik2 cikgu tanya dlm kelas impian setiap murid n sy pon jwb... SAYA NAK KAWEN T LALU BAWAH PEDANG. 1 kelas gelakkan sy.. hehe lastly now bakal asben sy ni airforce.. mmg skrg pon da dok jauh..
    spnjg ktrg bersma ni da 2 kli dea bpindh tmpt kje.. ayt dea pon sma msa bru kenal.. dea kta jd gf tentera x mudah.. tp sy ttp terima now mmg bnyak kna mengalah gan dea.. nak date last mnte cancel.. sdagkan dpt jmpe sbln skli pon pyah. dlu2 mnges la jgk skrg da redha.. tpi yg sedehnya bakal asben ni llp.. so x dpt la kawen bwh pdag t..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. byk adjustment dalam hidup kita kena buat kalau kita pilih utk jadi pasangan seorang tentera. jgn risau, kalau itu dh jd pilihan kita, just beri yg terbaik, asalkan hubungan kekal berpanjangan. we have our own way to cheerish our relationship in our own way. biarpun siapa pasangan kita.

      takpe, hheh. jadi isteri askar pun dh cukup mulia tau. sengsara sama je. :)

      salam kenal ye emma :D

      Delete

 
Images by Freepik