Pages

Thursday, August 18, 2011

ceritera cinta... isteri seorang perwira. part 3

“Leen, have you ever regretted being together with me?”

Ammar Rafiqin? Putus fius kah? Aku tengah sedap, baik punya menghirup cendol desert selepas dinner nyaris nak tersedak. Dinner first year anniversary aku dan Ammar bergelar suami isteri. Aku mengangkat wajah memandang Ammar. Tepat pada anak matanya yang hitam pekat itu. Dia yang sedang memangku Auzai’e yang berusia baru 4 bulan ketika itu hanya tersenyum. Redup pandangannya terhadapku.

“Kenapa abang tanya macam tu?”

Aku merungkai soalan itu dengan persoalan juga.

Aku terfikir balik…Dulu sebelum Auzai’e keluar dari perut Leen, sebelum abang ajak Leen lalu bawah pedang dengan abang, masa Leen tengah gila-gila menonggeng tension study anat and Leen nak menangis mengadu kat abang betapa Leen sangat tension, masa Leen sulking macam budak frust tak dapat lollipop bila abang kena training, tak boleh text and call abang kerap-kerap. Kenapa abang tak terfikir nak tanya masa tu? Kening aku dah terangkat-angkat dah berfikir.

“Leen, abang tanya ni. Boleh pulak angkat-angkat kening camtu? Hehe…” Ammar cuba mengusik.

“Abang ni suka tanya soalan merapu… haih. No definite answer for that.” Aku menjawab malas.

Soalan ni dah berjuta kali dah sebenarnya orang tanya aku. Bukan takat Ammar je tanya. Kenapa pilih tentera? Tak menyesal kahwin dengan tentera? Sedangkan aku punya lebih banyak pilihan sesuai dengan diriku sebagai seorang doktor. Itu kata mereka. Pelik bin hairan aku, mesti ke doktor kahwin dengan doktor jugak? Takde ke doktor kahwin dengan pegawai tentera? Kalau takde, biar aku je yang cipta rekod. Tipu sangat la takde. Nampak sangat. Engineer? Tak minat lah weh, typo aku bukan abang pakai tie and specky. Typo aku abang tentera pegang Steyr! Hehe…

“Leen cantik. Abang ni, dah gelap dah banyak main panas kat kapal. Doktor lagi, bertuah badan abang dapat doktor jadi wife abang. Abang busy bagai nak gila, Leen selalu kena tinggal. Nak spend time dengan anak and isteri susah. Tahap boleh jadi wonder woman dah wife abang ni. Sampai abang rasa Leen dah banyak berkorban untuk abang. Terlalu banyak…macam-mana orang fikir pasal tentera ni. Mostly about the bad things lah…kenapa mula-mula dulu Leen boleh terima abang?”

“Abang ni buat Leen takutlah bila abang tanya macam ni…terlajak dos ubat ke apa? Tanya soalan merepek tahap gaban la. Mencuakkan.”

“Leen dah lupa ke apa Leen janji dengan abang waktu mula-mula Leen terima abang dalam hidup Leen? I’m just trying to keep my promise…”

“Huh?”

“Nak main aci mengelat lah tu…1st anniversary. Remember. Apa Leen janji dengan abang?”

Aku tepuk dahi kejap. Oh my…ya. Janji. Kenapa dan macam mana aku boleh terima Ammar dalam hidupku? Sorry bang, Leen bukan terlupa, nak selak chapter time baru-baru kahwin tu memang kadang-kadang kena guna Google search juga dalam kepala ni.  Teringat saat aku baru bernikah, Ammar mengajukan soalan itu kepadaku, janjiku hanya pada hari ulang tahun pertama perkahwinan kami baru jawapannya bisa terungkai.  

Kenapa tentera? Specifically macam mana boleh terberkenan kat Lt. Ammar Rafiqin? Ok first, tolak tepi dulu soal angan-angan gila aku nak kahwin lalu bawah pedang tu.

Jom naik mesin masa patah balik zaman bunga-bunga cinta 5 tahun lepas.

Waktu tu ingat aku tak skeptik ke fikir pasal tentera ni? Sungguhpun aku gila nak bersuamikan tentera, lifestyle diorang aku tak berapa berkenan sangat. Playboy la, tak jaga solat la, tak jaga aurat la. Kalau kena masuk hutan ke apa, aku tak boleh janji yang diorang ni boleh jaga solat. If kena training teruk-teruk sikit ke nak-nak lagi bulan puasa, aku tak sure diorang boleh tahan ke tak. Ha jenuh. Aku bukan la nak cari yang perfect sangat jadi suami aku, at least benda basic macam tu kalau dia tak boleh jaga… macam mana in the future dia nak jaga and bimbing aku? Asal benda buruk je, mulalah aku nak cop tentera ni. Tapi aku tahulah juga, tak semua tentera macam tu.

Till I meet Ammar Rafiqin. It changes my world, upside down.

It goes until one day, aku pergi wedding lecturer aku. Yang now dah jadi kakak ipar aku, Kak Ammani. Kat sini la first time aku jumpa Ammar. Ammar actually adik kepada lecturer Maths aku kat kolej, before aku masuk medical school. To make it short, aku memang baik dengan lecturer aku, time tu panggil Miss Ammani lagi la kannn… mana nak tau lagi time tu tersangkut secara tak langsung dengan adik dia! Aku pulak bila dah nama pun pergi wedding lecturer, memang secara berjemaah la pergi dengan college mate aku. First time nampak Ammar, dia segak pakai baju melayu rona hitam. Smart la! Tapi buat dek jelah kan, bukannya aku kenal pun dia siapa. Tapi dalam hati…berkuntum-kuntum je berbunga dah hati ni tengok.

“Weh Leen, mamat yang pakai baju melayu hitam tu usha kau. Smart seyh. Diorang kata tu adik Miss.” Ziqa mencuit bahuku.

“Kalau dia boleh jadi jaminan aku boleh sword barrel time aku kahwin nanti, then aku usha dia balik. Haha!” aku punya sengal membalas bila si Ziqa cakap macam tu. Terdoa secara tak sengaja kot time tu. Hehe…

Dipendekkan cerita, Ammar dapatkan nombor aku dari kakak dia. Masa Miss Ammani bagitau yang adik dia berkenan kat aku, dengan bajet legendnya aku melawak secara spontan lagi dengan dia.

“Kalau adik Miss tu tentera, baru saya on! Mudah sikit siri pencarian calon sword barrel..heheh” kesengalan terbukti. Miss Ammani memang sudah sedia maklum, aku ni obsess sikit bab-bab tentera ni. Miss Ammani ketawa berdekah-dekah. Tak padan title lecturer, main bedal je dia depan student sengal cam aku ni, ah nasiblah…

“ Leen, adik aku tu tentera la kalau kau nak tau. Student UPNM la. Precisely, he is a future navy lieutenant. Aku pun taktau camne dia boleh terperasankan kau masa korang semua datang wedding reception aku that day. Terus dia tanyakan aku pasal kau la Leen. Sengal punya Ammar, kot ye pun student aku gak yang dia nak bedal buat awek…” Miss Ammani menambah.

Dan sejak dari hari itu, Ammar memulakan usaha murninya mahu menawan kota A Famosa dalam hatiku. Aku dah buat kubu baik punya, nasib lah kau. Kalau nak, haa mengayat lah aku sampai dapat…

One more thing pasal tentera, aku memang sedia maklum yang diorang memang kasar. Cerita pasal kasar, teringat aku macam nak termenangis jugak la masa first time dapat call dari Ammar. Time tu Ammar baru try nak mengayat aku. Baru kenal lah katakan. Sumpah time ni, aku still prejudis kat dia. Kata orang tak kenal maka tak cinta. So bila dah kenal…bertambah-tambah pula cinta tu! Ah melalut…
“Hello!”

Erk terkejut anak omak! Kau boleh tune down suara kau sikit tak abang navy oi? Kau ni tengah cakap dengan awek ke, dengan kawan satu batalion kau? Tapi dalam hati jelah pun cakap camni. Tak terluah nak cakap kat dia.

“Awak, kot ye pun bagi le salam. Kalau rasa speaker handphone awak tu slow sampai tak dengar suara saya, tak payah la nak jerit-jerit sampai rasa nak bagi cair tahi telinga saya. Haih…”

“Err awak. Maaf. Saya jarang la nak cakap dengan perempuan. Tone suara tak sengaja…hehe!” hek eleh, jarang cakap dengan perempuan konon. Ceh! Sembang lebih! Tanda-tanda nak jual modal kat aku le tuu… first assumption : dasar buaya darat versi muara sungai.

Tak beragak betul time tu aku sound si Ammar. Mujur dia okay. Dalam hati, nak termenangis jugak rasa. Huhu…mau tanya, macam gaya kena sergah je. Nasib baik dalam telefon, boleh le cover terkejut tu. Bajet cool…

Itu pertama kali aku bersua kata dengan Ammar Rafiqin. Memang at first aku saja buat kasar dengan dia, tapi tahan sental tahap dewa dewi gak si Ammar ni. Sabar gila dengan perangai tak betul aku ni. Aku kadang-kadang sampai mati akal macam mana nak buat dia annoying dengan aku. Last-last diri sendiri yang tension. Tension bukan sebab apa, tapi nak mencari jalan nak mendera mental Ammar Rafiqin. Hentakan minda, deraan mental yang tidak berpenghujung… you name it, semua aku gasak dengan Ammar for the first 6 month aku berkawan dengan dia. Hoho… Paling aku suka, time hari dia ada fatigue… wah lagi sakan aku membahan dia.

First trial. Okay lulus. Dia memang sangat penyabar. Okay. Baru 10 markah! Nanti dulu, jangan suka hati sangat.

More to come after this Ammar Rafiqin!



To be continued…

5 comments:

  1. ini macam based on true story ja..hehe..
    btw.. cool laa weh cta nehh

    ReplyDelete
  2. @..ayuni.shukor.. : aku korek cerita orang, baca blog orang juga. sweet la apa. aku baca. berangan sikit2, then makes up a story. tu je. hehe~
    aku taktau sampai part berapa aku nak merapu cerita ni. hehe~

    ReplyDelete
  3. waa... ada lg, ingat smpai part 2 tu je... nice story :)

    ReplyDelete
  4. @syamimi fatin : hehe ada le...tgh buat part 4 skrg. hehe~

    ReplyDelete

 
Images by Freepik