Pages

Saturday, March 10, 2012

hakikat dan kenyataan

selesai sudah 1 semester di CUCMS, bergelar seorang pelajar perubatan.
ada baki 9 semester lagi yang perlu dihabiskan, bunyinya seperti lama lagi masa yang perlu dihabiskan.
namun tak boleh merungut, ini pilihan yang saya sendiri buat.
tiada paksaan dari sesiapa sekalipun.

selesai sudah 1 semester, namun badi 'gagal.loser' kerana gagal memboloskan diri dalam senarai pelajar cemerlang yang harus terbang dan melanjutkan pelajaran ke luar negara itu gagal saya hakiskan dari minda sepenuhnya.
malu dan rasa segan masih bercampur tatkala berhadapan dengan rakan-rakan seangkatan, senior dan junior dari KMS.
namun...mana mungkin saya dapat lari dari berhadapan dengan mereka?

hampir setiap hari di FB.. mataku di jamah dengan gambar-gambar mereka.
melawat ke sana sini.
manusia yang normal seperti aku sungguh akan mengatakan. ya aku cemburu.
namun mereka selayaknya dan punya hak berbuat demikian.
siapa aku untuk melarang?
aku belajar mengawal emosi secara matang.
aku memaksa diriku menerima hakikat sebenarnya.

mereka yang tidak merasai, selamanya tidak akan mengerti.
sungguh hanya jutaan rasa dan kata semangat untuk memujuk rasa hati supaya yakin dengan ketentuan Ilahi..bahawa suatu hari nanti pasti akan tersingkap hikmah semua ini terjadi.
namun sakit untuk menunggu hari itu tiba.
kau tidak akan pernah sekali pun tahu.

benar...mungkin aku kehilangan separuh dari sifat 'pejuang' ku.
aku kini tidak betah lagi berkata-kata.
kerana seolah-olah ku rasakan lidahku ini tidak layak lagi memberi nasihat kepada adik-adik yang mahu mencontohiku, merujuk kepadaku untuk bertanya apa-apa permasalahan mengenai hidup, dan mengatur masa depan bagaimana hala tuju mereka.
kerana aku terasa benar-benar seorang yang bukan pada ahlinya lagi untuk berkata-kata sedemikian!

aku terasa tidak punyai apa-apa.
aku tetap tidak merasa bahawa aku dalam kalangan mereka lagi.
aku terasa mahu hilang dan ghaib sebentar dari dunia mereka.
aku bukan sebahagian dari mereka lagi.

kakiku terasa berat untuk melangkah ke KMS semula.
sungguh aku rindu, namun aku tak pasti.. kuatkah kakiku untuk melangkah ke sana semula?

entah bila badi 'loser' ini akan pergi dengan sendirinya.
ketika inilah aku lihat siapa kawan dan siapa juga sahabat.
sahabat yang benar-benar mengenali luar dalam, siapa Khairun Nurlisa Kamal ini sebenarnya.

aku tak perlukan kawan yang hanya bijak berkata-kata tentang ukhwah.. seandainya disaatku terjatuh kau tidak pernah ada disisiku.
aku tak perlukan kawan yang muncul tiba-tiba konon mengatakan kau mahu mengingatkan aku yang terlupa ini dan mendakwa dirimu adalah sahabatku, sedangkan kau gagal memahami dan menyelami isi hatiku mengapa dan kenapa aku terjadi sedemikian rupa.

kau tidak bersamaku disaat aku jatuh. jadi kau tidak selayaknya sewenang-wenangnya hadir dan mengatakan kau pendampingku yang setia.
jangan pernah muncul dan berkata begitu.
jangan pernah menghakimi tindakanku secara luaran seandainya kau tidak bertentang mata denganku sendiri.

aku sedar...
aku harus bersyukur...

beruntunglah walaupun tak dapat jadi pelajar pergigian, kerana tak semua orang punya peluang untuk jadi pelajar perubatan...
beruntunglah walaupun tak dapat belajar ke luar negara, namun masih punya penaja untuk menaja dan membiayai pengajian di dalam negara...
beruntunglah walaupun tidak punya kesempatan seperti rakan yang lain untuk melancong ke luar negara... namun masih dekat dengan keluarga dan orang tersayang ...
beruntunglah walaupun tak dapat belajar di uni yang berprestij dan dikenali ramai, namun suatu hari nanti bakal bergelar doktor juga. semua akan melalui HO 2 tahun yang sama. permulaan gaji yang sama. tiada beza.


aku sedar aku harus menjadi manusia yang tahu di untung.
aku juga manusia biasa, tak dapat lari dari berperasaan sebegitu.
namun cuma terkadang aku merasakan sedemikian rupa.
terkadang itu biasa kan.
bukan sepanjang masa.

aku punyai hidup untuk aku teruskan.

6 comments:

  1. "benar...mungkin aku kehilangan separuh dari sifat 'pejuang' ku.
    aku kini tidak betah lagi berkata-kata.
    kerana seolah-olah ku rasakan lidahku ini tidak layak lagi memberi nasihat kepada adik-adik yang mahu mencontohiku, merujuk kepadaku untuk bertanya apa-apa permasalahan mengenai hidup, "


    kak Lisa..ada kata2 awk yg pernah singgah di hati saya dan masih di situ..siapa kata awk dh tak layak??hah siapa kata?hihi
    cuma awk je yg tak tau, kalau mungkin ia tetap berbekas dlm hati mereka2..

    ReplyDelete
  2. keyakinan itu perlu dicari semula. level of confident saya jatuh mendadak selepas turning point tu. serius. terasa macam tak layak berkata-kata sebab terasa diri ni macam loser sangat.entah lah.

    ReplyDelete
  3. Haihai :)

    Perjuangan masih perlu diteruskan. anggaplah ada sebab semua ni tuhan takdirkan begitu. mesti ada pengajaran yang hendak ditunjukkan. mesti ada kelebihan yang ALLAh nak berikan. yakinlah rancangan Allah tu lebih sempurna. InsyaALLAh, walaupun perasaan sakit itu mungkin ada, sekurang-kurangnya hati kita akan lebih tenang. Munking saya tak sempurna. saya juga pernah mengalami rasa jatuh yg sangat menyakitkan. dan bila tgk kawan2 yg berjaya terpilih, dengan kisah-kisah mereka, masih terasa terkilan itu. pujuklah hati, semuanya pasti ada hikmahnya. insyaALLAH.. semoga awak terus gigih berusaha dan menjadi doktor yang mampu berjasa kepada manusia, negara, agama dan bangsa. Amin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai misz tuna. ;)

      insyaAllah.. terima kasih untuk doanya. :)

      Delete
  4. Aku suka ayat kau;

    kau tidak bersamaku disaat aku jatuh. jadi kau tidak selayaknya sewenang-wenangnya hadir dan mengatakan kau pendampingku yang setia.
    jangan pernah muncul dan berkata begitu.
    jangan pernah menghakimi tindakanku secara luaran seandainya kau tidak bertentang mata denganku sendiri;

    hahaha..
    sbb 2 la aku hilang, mmg ramai cakap, itu bukan caranya, tapi biarlah, aku lebih tau siapa aku, ape yg tjadi pada aku, dan kenapa aku buat macam ni, btw, slamat menggenggam ijazah 'mediccinae baccalaureus, baccalaureus surgicae' kau.. smoga kau sentiasa dalam naungan Allah,

    BTW, akronim untuk MBBS 2 aku carik utk interview manipal mase kat pusat sumber kolej kau dulu.. haha..
    aku ex classmate kau, n kite pernah bersoal jawab sblum interview waktu 2, kalau kau masih igt, salam

    ReplyDelete

 
Images by Freepik