Pages

Thursday, April 19, 2012

kenapa medic? bukan dentistry?

menarik tak tajuk entri kali ni? cakap menarik cepat! muehehehe!

well bismillahirrahmannirrahim...
terasa nak menulis entri meluahkan perasaan sikit. memandangkan people keep asking.
dan some of the blog viewers...blog readers..blog stalkers..(opss.. ade jugak ke??) pun bertanya...

KENAPA KAKAK PUNYA ENTRI DULU BANYAK CERITA PASAL DENTISTRY?
NOW KAKAK AMIK MEDIC?

phewww..tarik nafas dalam-dalam..panjang-panjang before nak mulakan cerita.
baiklah.

alkisahnya 3 tahun dahulu... sewaktu menghadirkan diri ke temuduga Program Ijazah Luar Negara (PILN 2009) di bawah tajaan MARA. ya.. 18 April 2009. itulah tarikh keramat saya ke Bangunan MARA di Jalan Raja Laut untuk menghadiri temuduga kursus Pergigian. pada asalnya saya memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pergigian. bukan nak kata really minat sangat..okay at that point mungkin lebih ke arah Dentistry berbanding Medicine.

dan Allhamdulillah.. dipendekkan cerita. saya berjaya dalam temuduga tersebut dan dihantar ke Kolej MARA Seremban selama dua tahun untuk program persediaan International Baccalaureate (IB) dan saya bakal dihantar ke Manipal University, India pada September 2011 mengikut perancangannya setelah selesai bergraduasi IB untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan Pembedahan (BDS- Bachelor of Dental Surgery) pada tahun 2016.



itu pada asalnya.

mengharungi fasa dan liku di Kolej MARA Seremban membuat program IB. ini antara tahun-tahun yang paling mencabar keimanan saya setakat ini. selama saya bernafas hampir 21 tahun di atas bumi ini. IB saya harungi.. TOK...CAS... EE saya siapkan dengan jerih payahnya.

ketika itu minda masih kekal dengan
D.E.N.T.I.S.T.R.Y.

1 Julai 2009- 25 Mei 2011.
saya berada di Kolej MARA Seremban menghabiskan pengajian saya.
sehingga tarikh 6 Julai 2011 mengubah hidup saya.
180 darjah.

pada tarikh tersebut. jam 2000. saya check result IB secara online.
saya pasti bahawa readers. terutama sekali mereka yang tahu tentang syarat untuk lepas terbang dengan tajaan MARA harus ada 35points untuk terbang ke luar negara.

apa result saya?
nah!


Allah dah tetapkan... hanya 32points rezeki saya bersama IB.
saya tidak ditakdirkan untuk fly bersama IB.
cuma satu point (33) saya dah boleh fly sebenarnya kerana pada tahun tersebut MARA merendahkan syarat dan memberi kelonggaran kepada pelajar IB jurusan Dentistry dan Medicine yang mempunyai 33points ke atas terbang ke luar negara manakala mereka yang mengikuti kursus Tindikan (Maths+Sc) di bawah program IB ini boleh terbang dengan 31points.
sedikit terkilan ketika itu.
namun saya redha.
rezeki saya cuma tiada bersama IB.
saya masih boleh mengejar cita-cita saya disini!


dan setelah itu..bermulalah episod mencari placement di dalam negeri.
MARA masih akan menaja saya, cuma saya harus mencari dan memohon sendiri placement. dan setelah confirm placement dengan universiti berkenaan, saya harus memberitahu kepada pihak MARA untuk melaksanakan perjanjian.
bermulalah siri menelefon yang tidak berkesudahan ke mana-mana sahaja universiti yang ada menerima kelayakan IB.
katakan ke mana sahaja saya tidak menelefon untuk memohon?
hampir ke semua tempat.

malangnya...placement Dentistry dalam Malaysia sangat terhad.
bukan saya tidak mahu apply di universiti awam..namun kontrak saya dengan MARA tidak membenarkan saya berbuat demikian. saya masih dibawah tajaannya.
saya cuma boleh memohon  ke uninversiti swasta.... namun terhad juga kerana tidak semua universiti swasta menerima kelayakan IB dan paling penting.... tidak semua univeristi diiktraf oleh MARA untuk menghantar pelajar tajaan mereka ke sana.
saya juga tidak dibenarkan untuk membuat permohonan untuk menyambung ijazah ke tempat lain di luar negara, Mesir misalnya.

cuma di dalam negara.
what options left with me?

saya benar-benar terdesak placement ketika itu.
akhirnya setelah istikharah.... dan keputusan ini juga digalakkan oleh pihak penaja...

SAYA MENUKAR KOS DARI JURUSAN PERGIGIAN KE JURUSAN PERUBATAN.

kenapa?
hanya kos itu sahaja yang ditawarkan dan masih mempunyai ruang di dalam negara.
saya tidak ditakdirkan untuk Dentistry.
itu kesimpulan mudah.

dipendekkan kisah lagi...maka saya berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). selamat dan sah menjadi salah seorang daripada warganya bermula dari 5 September 2011.

memang sukar, meskipun cabangnya tidak jauh daripada Dentistry.. keputusan untuk beralih kepada bidang perubatan ini ,hampir separuh dari jiwa saya bergejolak. pada hakikatnya... saya sehingga kini masih mencari atmosfera untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan yang bagi saya agak mendadak ini.

sudah hampir setahun berlalu..and now I'm surviving.
saya juga bakal tamat tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di CUCMS ini.
ada baki 4 tahun pengajian lagi yang perlu saya tempuhi dan habiskan.

komen saya setakat ini?
SAYA MASIH BOLEH COPE DENGAN SUASANA DI MEDICAL SCHOOL (yang dimomokkan sebagai susah kerana medik ini susah..bak kata orang)...HASIL DARI DERAAN MENTAL YANG SAYA PEROLEHI SEMASA SAYA BERSAMA IB.
saya masih merasakan IB itu yang dahsyat sebenarnya.
well..setakat ini je yang saya mampu komen..sebab saya belum melangkah ke tahun 2..3..4..dan seterusnya dalam MBBS.


inilah jalan saya.
bekas pengimpi ijazah BDS, yang telah bertukar menjadi bakal penggengam ijazah MBBS.
Insya-Allah.


buat adik-adik yang bakal ditemuduga atau bercita-cita mengambil IB...
nasihat ini khas saya tujukan buat kalian.

"be yourself. itu sahaja tips untuk ditemuduga. IB tu bukannya susah, ianya cuma mencabar kredibiliti dan mengajar anda tentang kehidupan. and seriously..it prepares you of your future world ahead. Don't be afraid of failing..or not flying off..takut sebab bila buat IB ni jadi sebab kenapa tak dapat fly.. flying isn't everything.. betulkan niat.kenapa anda nak berhijrah menuntut ilmu, bukannya dibuai keseronokan untuk mendapatkan tiket kapal terbang dan melanjutkan pelajaran disana yang perlu adik-adik ambil kira..tetapi...ijazah yang bakal kalian genggam dalam tangan kalian.

rezeki itu juga menjadi penentu dimana anda berpijak di bumi Allah ini. saya tidak akan pernah sesekali mengatakan..jangan jadi seperti saya... saya dulu malas belajar, sebab itu tak score, tak dapat terbang bersama kawan-kawan sekelas... tidak. saya masih bangga kerana saya masih berjaya menyelesaikan program Ib saya, menyelesaikan segala assigments IB yang saya perlu buat dan paling penting saya masih mendapat Diploma IB yang dikitiraf oleh IBO. cuma di saat saya terjatuh itu, Allah tarik sebentar nikmat yang menjadi idaman saya, yang menjadi impian saya.saya mahu terbang suatu ketika dahulu. namun kini tidak lagi... saya kira ini ujian rahmatNya ke atas saya. mungkin ada silapnya saya dahulu, yang membuatkan saya tidak ulanginya lagi setelah saya menginjak ke tahun pertama ijazah saya."

orang pandai tak semuanya berjaya..kalau dia tak pandai ambil peluang.
ingat tu.

sekian. bersambung dalam entri seterusnya.
:)

salam sayang buat kalian pembaca yang dicintai.

57 comments:

  1. Thank you for writing this. It's really motivating. You're such a strong person. Hope you succeed in your endeavor.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. may Allah bless all of us. :)
      best of luck to you too and thanks for dropping by! :D

      Delete
  2. Assalam, anak saya sekarang ini sedang exam Ib di KMS, saya tahu betapa sukarnya kursus ini. Bila saya jumpa dia di kolej nampak kerunsingan dimatanya, kadang - kadang terdengar keluhan kecil melepaskan perasaan dia yang amat berat .... saya berdoa Allah permudahkan untuknya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam alaik. ya saya tahu hari ini hari pertama mereka menduduki exam IB. math HL. :) sama sahaja seperti saya dahulu.insyaAllah, semoga Allah permudahkan urusannya dan kelak memberi yang terbaik untuk anak pakcik/makcik.

      kalau tak keberatan boleh saya tahu siapa anak pakcik/makcik? kalau batch 6, kebanyakan junior saya kenal juga. :)

      Delete
  3. kak lisa... IB sangat tough...
    sekarang batch 7 da start first draft EE ....
    IA math...
    doakan kami ye kak...
    semuga akk berjaya dalam bidang yg akk pilih... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, perkara tu mmg bukan senang nak buat, but Allah takkan bebankan kita dgn sesuatu yg kita tak mampu tanggung, bear that in mind. :) goodluck. kak lisa doakan semuanya berjalan lancar dan urusan dipermudahkan. :)

      Delete
    2. terus melangkah,,, ini semua akan menjadi kenangan dalm hidup kamu nanti

      Delete
  4. tq kak sbb info yang berguna.betul lah cakap org ib susah.tp alhmadulillah kak still mampu harungi.lepas ni bleh minta tips lah dri akak.hee
    tq

    ReplyDelete
  5. akak. . thanksss 4 sharing :)

    ReplyDelete
  6. Dear Lisa,

    Thanks for sharing such informative about IB/ Dentistry/ Medic..I have a daughter just completed her SPM (2011). She had made he mind to do Medic either locally or abroad. She did apply MARA for Medic. however, as a mother I did apply othe scholarship for back up plan in case she did not get any placement. She got Assasi Sains at UiTM as foundation to further in Medic. She was offered Scholarship by One of the establish Yayasan but for Biz Management 2yrs IB n 4 year at UK which she declined. She did not get MARA. She proceed enrollment to Asasi UiTM. I was so down with her decision. However I bless her for her decision and she has no regret at all rejected the scholarship. I am still nervous when thinking about d scholarship. But after reading yr post it made me realize that mungkin Ada hikmahnya what my daughter had decided n I feel better. Tks for sharing n good luck n we pray for your success.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. may Allah bless all of us as well. :)
      everything happen for a reason. and i strongly believe in it. :)

      Delete
  7. salam,beleh saya ty berapa jumlah bayaran yang plu dibayar pd hari pendaftaran di CUCMS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya akan buat post khas berkaitan entrance ke CUCMS. based on my exp ye. soon. insyaAllah. :)

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    I was wondering if you could share your experience with d payment. I will go for MBBS in CUCMS this upcoming August. I've been to the Mara and ask a couple of question. And I was taken aback to know that MARA is no longer support any MBBS studies in CUCMS. I was thinking maybe you could tell me bout your way of life in order to survive there. I think if I obtain the PTPTN, I could not rotate the money for 6 month. Please do tell me. This is my mail muhdthaqif@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'll try to ask around from any of my batchmate regarding this and I'll come back to you as soon as possible. insyaAllah. ;)

      Delete
  9. Assalamualaikum, kak..
    ana pun student in KMS gk skrg, batch 7..
    May '13 exam final...
    This post really gives me some hope..
    thank you sgt2..
    actually, i do really worried about the 'fly' things..
    takut malu dengan relatives and jiran2 yg dah tahu..
    but, i know, everything happens mesti ada sebab yg Allah dah tetapkan untuk kita..
    thanks lg sekali..
    n akak doakn untuk batch kami ea.. debar la pula rse :D
    Salam'alaik~

    ReplyDelete
  10. Kak, maybe I'm a stranger but your story really motivated me. I'm currently waiting for my SPM result (which is tomorrow! Tadi nervous sgt2, then bila baca your story dah hilang rasa nervous tu).

    Honestly, this few months sangat-sangat torturing, having to decide which course should I take and where should I pursue my studies. Kalau ikutkan, first choice memanglah dentistry (after deciding the pros and cons, lagipun mostly suruh ambil ni especially parents) tapi selagi ada masa, I still do the istikharah (tak ingat bape kali dah) utk tahu course apa yg terbaik walaupun up until today, masih tak 100% sure. Rasanya ini keputusan paling susah nak buat :(

    I still didn't know what's the best decision for me, regardless all the searching and the doa. But I will never stop praying because I know one day Allah will answer my prayer. Maybe ada silap kat mana-mana yg saya pun tak tahu. Abah pun pesan suruh minta petunjuk utk course dan kerjaya yg barakah, yg menyejukkan hati parents.

    Reading your story really made me think. Kadang-kadang Allah datangkan ujian yang sangat pahit untuk kita telan tapi itulah sebenarnya yang terbaik buat kita. Medic mmg yg terbaik utk akak sebenarnya, bukan dentistry. Sorry membebel banyak, haha. Sorry juga kalau tercakap apa-apa yang tak patut. Thanks for the post btw. Very inspiring I must say :)

    Semoga akak akan jadi doktor yang berjaya dan diredhai Allah satu hari nanti In Shaa Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear miss anonymous, :)

      thanks for reading my blog. alhamdulillah, i'm glad if somewhat,reading this post do gives you something. :) hidup setiap orang tak sama, in fact in my class full of medical student, semua punya cerita tersendiri bagaimana dan mengapa hari ini mereka berada disitu. ada yang dah masuk med school kt tempat lain, failing. they hav to masuk semula 1st year. ulang balik. ada juga yang tak lepas nak naik year. ada juga yang buat course lain, dh berapa tahun baru terasa nak quit dan restart all over again amik medicine. too many stories to be told. but i've seen worse. and hopefully so do you in future.

      choose what you think that suits you the best. if rasa nak amik dent, go with it. if rasa nak amik medic go with it. hatta course apa sekali pun. always believe in what your hearts says. jujur akak katakan, akak bukan seorang yg consisten dengan istikharah bila harus membuat keputusan, tp akak akan berfkir serasional mungkin dan ikut kata hati on what to do. cuz i believe somewhat Allah yang mengilhamkan hati akak untuk buat begitu. Allah dah tentukan, kita cuma follow the flow saja.

      like me, though i wasn't destined to be a dental student, somewhat at that moment masa nak berukar course tu, akak rasa akk kena amik medic sebab i dont have any option left. i dont know what else that i could do except than being a medical student. that's why after almost 2years ni (and insyaAllah bakal ke clinical years dalam masa beberapa bulan lg), Allah tarik 'rasa cenderung' ke arah dentistry tu macam tu aja. apa pun, bergantung kepada diri sendiri untuk explore the best in your field, then you'll find it interesting.


      apapun, goodluck in your future undertakings. thanks for the du'a as well. it really means a lot to me. seriously. sorry jugak kerana melalut panjang. idk whether if u ever come back to this comment and read what i've wrote for you. but i feel like sharing it with others too who happen to read this.

      wasalam.

      Kak Lisa. :)

      Delete
  11. salam akak. saya baru habis ja spm.. sya dpat 9a 1b. n b tu bio. n sya plak dpat tawaran ipts aucm dkat kpla batas penang. ptot tak sy ambil. dpat scholar kna maintain 3.5 n kena keja ngn depa 15 thun.. or ptot kah sya tggu ipta.. tq.. smoga akak bleh tlng. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. erm actually akk xberapa faham sebenarnya pasal tawaran ipts aucms tu. adakah itu biasiswa yang ditaja ataupun tawaran tu awak dpt melalui permohonan awak sendiri?

      -dah mohon biasiswa mara/jpa?
      -ataupun ada channel seperti mungkin ada tawaran untuk masuk foundation/asasi/matriks then kalau awak boleh maintain 4.0 result boleh lah kot apply for medicine after that. then bila dh masuk ipta awam je utk degree medic, mmg jpa akan tawarkan terus biasiswa.


      Delete
  12. As salam kak lisa,
    i've just received the offer from MARA to pursue my studies at KMS. Ironinya,i didn't even applied the scholar to study medical abroad and yet i still have to do the IB. Takdir Allah :)
    Most people said that IB is a real killer course,and yes through my observation pun mmg la sgt susah. Tapi, i have to say that this post is an oye-opening. Thanks to you. Gentar sebenarnya nak menjejakkan kaki ke situ,tapi terselit juga sedikit keterujaan.
    Thanks for writing this entry akak.
    Moga Akak terus survive walau datang ujian dalam apa jua bentuk sekalipun.
    Inna ma'al usri yusra
    Dalam kesulitan pasti aa kemudahan

    May Allah Bless :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for the doa! IB ni fun sebenarnya. goodluck! do keep in touch. kalau ada nak tanya apa2. i'm gladly to help. :)

      do email me
      lisakamal91@yahoo.com

      Delete
  13. assalamualaikum kakak , sy apply MARA dan ditawarkan kursus perunatan NUMED di KMS. apa pandangan kakak tentang kursus tersebut? adakah ianya sukar? sampai sekarang sy masih tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin menerima tawaran tersebut. :( bagaimana kehidupan d sana? adakah ianya susah? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. do email me
      lisakamal91@yahoo.com

      i'll answer your query. tp sekarang ni akak tengah sibuk sikit sebab nak prepare final exam .akalu free nanti akak balas emel awak.

      Delete
  14. salam akak..sy dpt tawaran MARA jugak..but dlm cos animasi..sy xla la cekap sgt dlm kos ni tp still berminat..but at the same time sy dapat tawaran UIA..sy lebih prefer yg mara ni tapi masih teragak-agak sbb xsure berbaloi or tidak...yela takot nnti menyesal pula tolak tawaran UIA ni then x dpt fly n rugi 2 tahun belajar..and nak tnya juga susah x mara ni?bnyk praktikal x?

    ReplyDelete
  15. salam akak..sy dapat tawaran mara dlm kos animasi n at the same time sy dpt tawaran UIA..sy lbih prefer mara sbb sy lbih berminat dgn kos ni tp masih teragak2 sbb takut x berbaloi klau nnti tolak tawaran uia then ttiba dh hbis 2 tahun blajar xboleh fly..n nak tnya juga..susah x study mara ni?bnyk praktikal x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak dapat buat kursus animasi? err IB? akak tak faham. apa maksud awak bila awak cakap study mara ni susah tak.. erm awak dpt prog apa?

      Delete
    2. sorry ter post dua kali..internet problem..hehe..yup IB..program ijazah luar negara..i mean klau mcm klau pointer xcukop mmg xley fly ea?then kena sambung swasta..fuh..sy takot yg 2

      Delete
    3. mara still akan taja. cuma awak tak dapat fly je. dia akan hantar awak ke uni dalam malaysia ni. tp uni private la. tp uni private pun jgn risau, mara akan hantar where budak JPA ada. so means bukan uni private yg simply takde accreditation. or else awak sendiri decide nk keluar dari mara, then u need to apply back UPU. tp apply UPU pun bukan awak apply untuk asasi balik, tp mmg apply untuk buat degree terus. sebab awak boleh guna result IB tu as qualification. but beware, tak semua uni IPTA dalam malaysia ni accept IB. kalau xsilap akak ada a few je macam UIA, USM, UM.

      but worse come to worse, 'taklepas IB' tu bukan bermakna awak fail IB, awak cuma tak lepas fly. sebab kalau ikut syarat IB World Organization (IBO) to get a IB Diploma you need to score 24 points and above. IB ni worldwide yg buat. tp since budak2 kat Malaysia ni budak2 scholar and selected student, dorang mmg selalunya dapat lepas lah IBO punya requirement yg 24 points tu. cuma penaja kat Malaysia ni je yang dah tetapkan kena dapat 35 points in order for you to fly. but if you dapat below 35 but more than 24 points, you still got your IB diploma. you still boleh sambung belajar degree, with the point that you get. cuma awak tak dapat fly. itu je.

      moga menjawab pertanyaan.

      Delete
  16. oww gitu..thanks sgt2..jawapan yg teramat lah membantu..^___^

    ReplyDelete
  17. salam kak lisa, sy dapat dentistry under mara,tp program tuk local kat segi university. at same time sy dapat uia foundation in bio sc. patutkah sy terima mara nyer offer or the other one? let say if i dont get 35poits for IB in dentistry, sy boleh continue terus to degree or macam mana? btw, saya doakan kak lisa berjaya dunia dan akhirat. aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, IB buat di segi uni ke macam mana? akak tak berapa faham part soalan awak pasal 'if saya tak dapat 35 points for IB in dentistry' ..ermm.. mara hantar awak ke segi for foundation in science di segi ke camne?

      oh mara ada buat tajaan dah ke segi dalam bidang dentistry? i see.sebab masa akak apply dua tahun lepas, mara still belum hantar student ke situ. ok akak jawab in sequence lg senang awak nk faham.


      -berapa pointer kne dpt tuk smbung degree?
      berapa tu akak tak pasti. biasanya kena maintain sekitar 3.0-3.5. standard uni swasta begitu lah. biasanya requirement untuk the particular courses offered at the university mesti ada dalam website. maybe awak boleh check segi website for details.

      -kena tendang tak kalau pointer rendah?
      its either dia still akan sambung di segi uni juga (bergantung kepada pointer), ataupun mara akan sent untuk sambung degree ke tempat lain (if the pointer doesnt meet the segi uni requirement for enrollment to dentistry course) *refer balik kepada jawapan soalan diatas.

      -mara akan menarik balik tajaan?
      okay,mara akan taja sampai habis degree. conceptnya, mara takkan biarkan budak tajaan dia terkontang kanting if xdapat placement (sekiranya dia tak dpat sambung di segi kerana tak cukup uni requirement misalnya), mara akan carikan tempat. ataupun worse come to worse, menukar course (macam akak: shifting from dent to medicine) soal kena tendang ke tidak, benda tu takkan berlaku waktu foundation. insyaAllah.soal tendang tak tendang tu tengok pada performance dia mampu maintain pointer waktu degree nanti.

      -ipts segi vs. asasi biosains uiam?

      kalau ipts, still full tajaan mara pun okay je. janji ada yg menaja pengajian. asasi uia setahu akak, tempoh masanya dua tahun. kena ambil bahasa arab. dan pilihan untuk menukar course bergantung kepada performance ketika asasi. kalau pointer dia tinggi, boleh apply course yg awak still nak (this case dentistry) tp kalau pointer tak perform mungkin awak kena ambil kos lain yg sesuai dengan kelayakan awak yg ada asasi biosains. mungkin kos yg berkaitan dengan sains juga. sebab asasi biosc di uia blh jadi sains hayat, or sains kesihatan. pilihan lebih banyak.

      jadi pendapat akak, akak lebih memilih untuk ke segi kot. sebab worse come to worse kalau saya tak perform waktu foundation, mara still ada untuk taja dan mungkin tukar kos pun kos yg ditaja adalah kos yang tertentu sahaja seperti bioteknologi, perubatan, farmasi.


      kalau masih belum jelas, refer my latest post. takpun boleh emel akak. lisakamal91@yahoo.com or add me kt FB : Nurlisa Kamal.

      Delete
  18. Masa mula2 daftar kat CUCMS, adakah bayaran dibayar oleh mara atau kita bayar dulu pastu claim kat mara, tanya bagi pihak adik , dia dpat IB 33- kos medic

    ReplyDelete
    Replies
    1. mara akan tanggung tuition fee sahaja. so that one tak payah bayar. and if bayar pun, later on boleh claim pada mara. yang perlu dibayar sendiri adalah duit accommodation, annual fee dan nak beli labs equipment such as tendon hammer, stets and lab coats. and it cost you around RM3k. this one mmg mara tak cover, duit sendiri. but the rest dalam agreement dgn mara, mara akan bg duit buku, alat tulis, and fee khas.

      kalau pergi daftar later on. cakap kat admin dia pelajar mara. then tanya admin yang mana wajib settlekan terlebih dahulu.

      thats all.
      welcome to cucms :)

      Delete
  19. salam. sy nk tanya psl cucms. dia ada interview jgk ke kalau nk masuk situ?

    ReplyDelete
  20. salam kak lisa.....sy still belum spm tapi bakal MENDUDUKI SPM lg 2 bulan...sy mmemg yakin sy akn dpt 9A...sy budak SBP....sy taw kalau kite yakin gn Allah Allah pasti tunaikan tp dgn syart tem kiite bdoa kite kena yakin xley ckp "ye ke aq bole dpt,,kan aq ni xpndai..bole ke ea aq dpt 9A..itu nmksud kite xyakin Allah maha berkuasa......doakan sy success ye kak...i wan to be pakar nutrisi...
    Allah ialah Ape YANG KITE SANGKA........BELIEVE ALLAH...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. "aku adalah apa mengikut sangkaan hambaku" :)

      akak harap dan berdoa, semoga Allah berikan yang terbaik buat awak. be it anything... andai 9A tu terbaik buat awak... maka semoga beroleh kebaikan itu. jika sebaliknya, yakin Allah dah aturkan jalan lain yg kita tak pernah sangka, tp lebih baik dr apa yg kita jangka. percaylah.

      buat yg terbaik for your SPM. perjalanan awak mahupun akak, masih jauh.
      semoga sama-sama dapat kekuatan untuk go thru ya!

      :)

      Delete
  21. Askum. Sy pelajar spm 2012, dpt 10A 1B, b tu arab. Sy dpt kursus kejuruteraan di uia tp sy minat perubatan. Semesta pertama dh berlalu dn sy skor 3.69. Blh ke sy mohon kursus perubatan tpt akak belajar dn apa peluang utk sy belajar di sana. Bila blh mohon dn bgmana. Tlg bantu sy agar sy dpt capai cita2 sy. Tk byk.

    ReplyDelete
  22. Salam. Sy mohon pjelasan akak. Sy pelajar spm 2012 dpt 10A 1B. skrg belajar asasi kejuruteraan di uiam. Sy tak minat kursus ni tp cita2 nk jd doktor. Keputusan result semesta pertama br ni dy dpt 3.69. Soalan sy blh ke sy mohon beljar tpt akak kursus perubatan. Bagaimana dn bila blh mohon. Ada peluang dpt tajaan biasiswa ke. Tk. Tlg respon kak. Sy susah hati skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah, maaf lambat respon. boleh emel akak kt knk121191@gmail.com utk details. ataupun boleh PM akak diFB Nurlisa Kamal. nanti akak cuba reply. sekarang ni sibuk sikit dah jarang update blog. tp kalau PM inshaAllah akak akan cuba reply ye. :)

      Delete
  23. Salam. Kak, kalau IB kurang diterima di Malaysia, how about A Level? And MARA hantar dentistry di overseas kat mana? Jzkk(:

    ReplyDelete
    Replies
    1. A level pun sama je lebih kurang kisahnya. :)
      MARA send Dentistry to Jordan and India. if im not mistaken. boleh check website for details. sorry for the late reply. rarely updated my blog. u can reach me at my fb: Nurlisa Kamal.
      jzkk. :)

      Delete
  24. Akak boleh tanya sikit tak kalo IB nak lulus psikologi wajib 3,5 ke..x boleh beri sedikit kelonggaran

    ReplyDelete
  25. Macam takut je x lepas nanti psikologi 3.5 tapi tak dapat teruskan kat mane2

    ReplyDelete
  26. Hello, do you mind sharing a lil about he interview you went for before being accepted as a student in CUCMS? Eg: The questions they ask, what was the hardest question, what was your answer. Sorry for the trouble, thank you! Great post by the way!

    ReplyDelete
  27. Hai sis.. need ur email address.. plez.. i wanna ur opinion bout study medic

    ReplyDelete
  28. here is my email, knk121191@gmail.com

    ReplyDelete
  29. salam kak, saya pelajar lepasan SPM. still taktau my result hihi. cuma nak tnya,dentistry dgn medic, really huge difference ke? tq kak :)

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum..saya telah mendapat keputusan Ib baru2 ni..point saya dapat ialah 31.Mara hanya menaja saya di ipts dalam negara sahaja.saya ingin bertanya apakah senarai ipts yg boleh dipohon oleh saya?kalau boleh yg mempunyai jurusan engineering..I hope u can help in this kind of situation..thank youu

    ReplyDelete
  31. here is my email for the comment just now. shahrizatcentrino95@gmail.com

    ReplyDelete
  32. here is my email for the comment just now. shahrizatcentrino95@gmail.com

    ReplyDelete

 
Images by Freepik