Pages

Tuesday, September 29, 2009

ERTI CINTA??

BRU-BARU NIE...ADA SEORANG SENIOR KMS MENGATAKAN CARA PENULISAN BLOG SAYA SEPERTI REZA...SUKA MENULIS PASAL CINTA...AHAHAHA!!!KAMI BUAT COLABORATION OK???BTW,POST NIE SAYA GRAB DARI MRSMSTUDENTS WEBSITES N SAYA RASA MENARIK NK DIKONGSI BERSAMA...

HEPI READING...=)

Cinta adalah gejolak jiwa dan emosi yang terpancar daripada batin manusia yang menampilkan rasa bahagia dan damai dalam dirinya. Perasaan ini mengeratkan seseorang dengan kekasihnya dalam perasaan suka, serasi dan sesuai. Cinta adalah ikatan roh dan hubungan kejiwaan serta intuisi yang berkobar dalam diri dalam berbagai-bagai bentuk ekspresi; seperti memuji, mencium, menghormati, menjabat tangan, memberi nasihat, mendakap, menghindari bahaya, memberi hadiah, menemani, menziarahi, menyimpan gambar ingatan, saling menghantar memo kasih hinggalah ke tahap hidup bersama...

Cinta itu terbahagi kepada tiga..
Yang tertinggi ialah cinta kepada Allah, Rasul, Agama dan Jihad fi Sabilillah...
Ini dipanggil Al-hub ul A'la...

Yang berada di tahap kedua...
Cinta ini dipanggil Al-Hub al-Ausat...
Cinta pertengahan ini berkaitan dengan individu, keluarga, masyarakat dan sebagainya...
Gerak hati dan perasaan manusia yang merasakan dirinya terpikat kepada orang lain dengan talian nasab kekeluargaan, persahabatan dan sebagainya. Cinta ini akan mewujudkan suasana rukun damai dan harmoni.

Tahap cinta yang ketiga adalah cinta yang bertaraf paling rendah, negatif dan memusnahkan manusia...
Cinta ini disebut sebagai Al-Hub al-Adna...
Contohnya cinta dan kasih kepada seorang yang zalim, diktator atau orang yang menganggap dirinya sebagai Tuhan..
Begitu juga kasih sayang, berahi yang menyebabkan seseorang bergelumang dalam maksiat dan kedurjanaan. Mencintai sesama insan melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan jihad termasuk dalam cinta bertaraf rendah ini...

Cinta amat mahal takrifnya... itulah yang difitrahkan oleh Allah kepada hambanya... Cinta hanya tertulis pada perkataan tetapi gagal dilihat pada zahirnya...Kerana cinta itu tanggungjawab dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya dan ingatlah pada yang satu, jujur pada yang setia, kasih pada yang rindu, rinduilah pada yang menyayangimu... Cinta tak akan datang kalau tak dicari, cinta juga tak akan dapat kalu tiada siapa yang memberi.. tp mencari biarlah pada yang sudi dan bukan pada yang simpati...

2 comments:

  1. salam...
    hahaha,gak2 sape la senior tu yek???

    ReplyDelete
  2. dah cendana,gaharu pulak,
    dh dia sendiri yg kata,kepala mau digaru2 pulak..
    lg mau tny ka??
    *pantun versi baru*...;p

    ReplyDelete

 
Images by Freepik