Pages

Friday, November 19, 2010

surat buat sang bidadari.

Khas untuk : bakal isteriku (Khalifah Khairunnisa)


Assalamualaikum Wr. Wb.


Apa khabar calon isteriku? Mudah-mudahan kamu sihat. Semoga Allah selalu bersama kita. 


Ukhtiku, masihkah menunggu aku? Hmm... menunggu, menanti, atau apa sahajalah yang sejenis dengan itu. Kata orang membosankan. Benarkah?


Menunggu...


Hanya segelintir orang sahaja yang anggap ia sebagai sesuatu yang 'istimewa'. Tetapi bagiku, menunggu adalah sesuatu yang istimewa. Banyak hal yang berguna dapat dikerjakan semasa menunggu, misalnya membaca, menulis, berbincang dan sebagainya. 


Menunggu dapat juga dimanfaatkan untuk mengagungkan-Nya, melihat fenomena kehidupan di sekitar tempat  menunggu, atau sekadar merenung kembali hal yang sudah berlalu. Bukan bererti melamun atau berkhayal. Hal itu berbahaya dan dapat mengundang makhluk dari 'dunia lain' masuk ke dalam jiwa. Banyak hal lain yang dapat kita lakukan ketika menunggu. Percayalah, tidak selamanya diri ini perih. Ketika menunggu, kita sebenarnya boleh menjadi lebih produktif. Tambahan pula masa kita masih banyak yang terluang, belum tersita dengan kehidupan rumah tangga. Jadi kita ada banyak masa untuk menyedarkan umat. Masalah umat ketika ini semakin banyak dan beragam.


Wahai bidadariku...
Fahamilah mengapa sampai kini aku belum datang. Bukan aku tidak sudi, bukan aku tidak mahu, bukan aku menunda. Tetapi masalah yang mendera bangsa kita kian banyak dan rumit. Bahkan penyakit sendiri terpaksa diabaikan sebab aku tidak manhu membuat orang disekelilingku, orang yang sayang padaku, tahu tentangnya lalu mereka bersedih.


Ukhtiku...
Begitu banyak anak yang tidak berdosa yang terpaksa menderita kerana lapar, kurang makanan, lumpuh dan kebuluran. Ditambah lagi bencana demi bencana yang melanda negara ini. Meskipun ketika ini hidup sendiri terasa agak sulit, tetapi seperti kata seorang ustaz, berjuang untuk orang lain adalah suatu kemuliaan. Memberi ketika kita dalam kesusahan adalah pemberian yang terbaik. Bahawa kita belum hidup jika asyik berfikir untuk diri sendiri.


Ukhtiku...
Di mana pun kamu berada, janganlah gundah, janganlah gelisah. Aku sudah lihat wajahmu dan aku mengerti betapa kamu merindui aku dalam hari-harimu. Percayalah aku juga rindu akan kehadiranmu. Aku akan datang, tapi bukan sekarang. Jalan ini masih panjang. Banyak hal yang menghalang dan melagu dalam nada angan-angan. Seolah-olah sedetik tiada tersisa.Resah hati tidak mampu dihindari sekelebat bayang, terhadap sepenggal masa hadapan. Karang asaku tidak akan terkikis dari jalan perjuangan hanya kerana sebuah kegelisahan. Lebih baik mempersiapkan diri sebelum membuat keputusan. Keputusan untuk datang kepadamu.


Ukhtiku...
Jangan bersedih, hapuskanlah keraguan dalam hatimu. Percayalah kepada-Nya, Yang Maha Pemberi Cinta, ini hanya liku hidup yang pasti berakhir. Yakinlah masanya akan tiba. usah kamu risau kecantikanmu yang semakin pudar. Kerana kecantikan hati dan iman itulah yang dicari-cari. Usah kamu resah kerana hilangnya aura keindahanmu. Kerana aura keimananlah yang lebih penting. Itulah auramu yang memancarkan cahaya syurga, merasuk dan menembusi relung jiwa.


Wahai perhiasan nan indah...
Hidupmu jangan dipertaruhkan hanya kerana kamu letih menunggu, apalagi hanya untuk sebuah perkahwinan. Perkahwinan bukan dibangun dalam sesaat tetapi boleh hancur dalam sedetik. Seperti kota Iraq yang dibangunkan berpuluh tahun, tetapi hancur dalam beberapa hari. Jangan sesekali berasa hidup ini tidak adil. Kita tidak akan mendapat semua yang kita mahukan dalam hidup ini. Salurkan kemahuanmu sedalam kalbu pada tahajud malam.Bariskan harapanmu sepenuh rindu pada istikharah solat malam. Pulanglah kepada-Nya, kedalam pelukan-Nya. Andai kata kamu tidak bertemu daku, ini adalah kerana kamu begitu mulia,begitu suci. Kamu terpilih menjadi 'Ainul Mardhiyah di Jannah-Nya.


Ukhtiku...
Rancangan Allah adalah rancangan yang terbaik. Itulah yang Allah rancang untuk kita. Dia mempersiapkan kita agar lebih matang, merenda hari esok seperti yang kita harapkan, untuk membangun kembali peradaban yang ideal seperti yang dicita-cita.


Ukhtiku...
Aku tahu kamu merindui aku. Bersabarlah. Saat yang indah akan menjelang. Kita akan disatukan dalam ikatan yang suci. Apa khabar kamu di sana? Letihkah kamu menunggu aku berkelana? Sanggupkah kamu bertahan di sana? Bertahanlah... Aku akan segera datang, sambutlah dengan senyuman manismu. Masih banyak yang harus aku cari untuk membahagiakan hidup nanti...


Ukhtiku...
Malam ini terasa panjang dengan air mata yang mengalir. Hatiku terasa kelu dengan derita yang mendera. Aku tahan derita malam ini dengan menghitung bintang. Cinta membuat hati terasa terpotong-potong. Jika disana ada bintang yang menghilang, mataku berpendar mencari bintang yang datang. Kalau memang kamu pilih aku, tunggu sehingga aku datang...


Aku mulakan hari dengan tasbih, tahmid dan selawat. Berdoa agar kamu selalu sihat, bahagia dan mendapat yang terbaik daripada-Nya. Aku tidak mengharap kamu akan merindui aku sebagaimana aku merindui kamu. Hanya dengan rasa rinduku kepadamu, aku menjalani hidup ini. Hanya dengan mengikuti jejak hatimu, hidup ini menjadi bererti. Mungkin kamu tidak sedar betapa mudahnya untuk dikagumi. Akulah orang yang akan mengagumi, mengawasi, menjaga dan mencintaimu.


Ukhtiku...
Ketika ini aku hanya dapat mengagumi dan merinduimu. Teruslah mengharap. Mengharap aku segera datang. Jangan berhenti mengharap, kerana harapanlah yang membuat kita hidup. Bila kamu jadi isteriku nanti, jangan berhenti memiliki aku, dan mencintai aku hingga hujung waktu. Buktikanlah kepada aku yang kamu akan sentiasa mencintai aku. Hanya kamu yang aku harapkan. Sudah lama aku mengharapkan kehadiranmu. Meskipun sulit, akan aku dapatkan juga. Jika aku tidak dapat di dunia... Akan aku kejar 'Ainul Mardhiyah di syurga. Aku kian mengerti apa yang akan aku hadapi dan apa yang harus aku cari dalam hidup. Aku rangkai sebuah tulisan sederhana ini untukmu yang bijaksana. Aku goreskan syair sederhana ini untukmu yang mempersonakan, yang memahami dan mencintai aku dengan adanya. Semoga Allah kekalkan nikmat ini bagi kita. Semoga... 


Wassalamualaikum
Dengan sepenuh kasih sayang dan buat selama-lamanya, Fillah.


surat ini ditulis oleh seorang bakal zauj buat bakal zaujahnya. petikan dari novel Tahajud Cinta Nisa. im suggesting this book. pergilah cari. serius best. Allah, sebak dada dan airmata tertumpah jatuh tatkala usai membacanya. sesiapapun wanita dalam dunia ini ,akan merasa bertuah menjadi Khalifah Khairunnisa itu.



ana tak menyesal beli novel ni. walaupun in rushing. mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu bila dicampakkan rasa didalam hati untuk membeli novel ini. Ya Allah, sangat tersentuh. bahasanya direct dan mudah sampai kepada hati. andai kalian membaca dengan hati... pasti, tersentap juga rasanya....

im wishing i'll get a letter like this one day...*wah..berangan* <---- abaikan. bertuah la nak dapat lagu ni kalau diri sendiri tak boleh nak jadi elok lagi...Khairunnisa Afifah...jenuh juga nak sampai tahap tu*

Nisa wanita tabah. 
Nisa pernah hilang arah. Jauh dari Allah. Namun kasih sayang-Nya membawa Nisa kembali ke pangkal jalan. Pada saat Nisa menyedari hidayah Allah adalah anugerah yang terindah, Nisa berbisik kepada diri sendiri, "Maka nikmat-Nya yang manakah hendak aku dustakan?"


Berpegang teguh kepasa janji Allah dalam surah Al Baqarah, "Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar, " Nisa hadapi musibah dan ujian dengan penuh takwa dan reda. Dalam sujud dan dosa mengiringi tahajudnya, Nisa memohon kepada Yang Maha Cinta untuk terus akur dengan ketetapan-Nya.

Dimanakah penghujung ujian kesabaran itu?


Akulah Khalifah Khairunnisa S.Kep, M.Kep Ns. Sp. Mat. Aku tersenyum puas. Selalu bersyukur dan bersabar merupakan kunci untuk berjaya dalam hidup. Hidup adalah satu perjuangan. Terima kasih Allah, kerana bersamaku!






semangat!! =)

5 comments:

  1. Assalamualaikum lisa... :)

    Lama sudah tak berkomen-komen kt blog lisa nih. Even k.gee selalu je baca blog lisa. silent reader la katakan ye dak? kehkehkeh..

    Sgt suka post nih. Semacam terkena kat diri sendiri.. :) Ada seorang lelaki ni suruh k.gee menunggu dia. bersabarlah katanya... tapi bila baca post lisa ni, buat k.gee memahami mengapa dia suruh k.gee menunggu dia dan terus mengharap.. rupa2 nya penantian itu bukanlah utk berangan2 mahupun berkhayal, tp penantian yg sebenarnya utk kita memperbaiki diri ini sblm melangkah ke arah yg lebih serius.

    Tq lisa. akan k.gee beli novel yg lisa suggest tu. :)

    teruskan perubahan yg lisa buat ni. K.gee pun dalam usaha utk mencari cinta Allah dulu. Doakan k.gee berjaya. Kita sama-sama berjaya.. Gudlak in ur exam. :D

    ReplyDelete
  2. wkslm kak gee...moga selalu dibawah perlindungan-Nya! :)

    hoho...silent reader..samo la kte pong bile g bace blog dye..hehe...

    hehe...tu la. tujuan lisa share a part of this novel pun sebab ni la. betul ckp kak gee, penantian tu pastikan bukan sia-sia. mantapkan dan siapkan diri dengan modal-modal yg kukuh untuk membangunkan sebuah baitul muslim yg benar-benar berkualiti. kalau nk ikutkn kawin bab nafsu aje, maka itulah yg kita akn dpt.

    bila menanti, setiap rasa sakit yg kita rasa tu dikira sebagai satu mujahadah kita dalam sederap melangkah dan menuju cinta Ilahi... *hehe..ayat xla power cm kak gee kan...xbuat ee malay, org wat ee bio.. :P*

    susah mmg susah. tp redah je. betul la mcm lelaki tu buat. berusaha untuk jadi solehah ya kak gee kalau nk dpt yg soleh kan? :)

    thanks for the wish kak gee..lisa pun doakan kak gee supaya terus kuat ya!

    ReplyDelete
  3. like.moga yg aku tunggu pon bebaloi jgak.Amin

    ReplyDelete
  4. salam dear lisa,
    aseef lame x ziarah adik akak nih..
    miz u all alot..
    kirim salamkat kwn2..
    teruskan menulis!!!!

    luv u fillah.

    ~kak mum

    ReplyDelete
  5. intan >>amin.

    kak mum >> insyaallah kak mum! :)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik