Pages

Friday, February 4, 2011

mari bercakap bahasa kedah!

WARNING: SILA BACA POST INI DENGAN NADA CAKAP UTAGHA.

Hari ni mari bercakap bahasa Kedah. Ya kenapa dengan bahasa Kedah? Sebab saya rindu Kedah. Lama tak balik. (woh ang dok muhong pa wey, baru sebulan lebih tak balik). Ni semua gara-gara tengok video kat wall intan sofia, pasal IniAnwarHadi (IAH). Taktau sapa dia? Baik pi google sendiri sebelum saya marah! (weh lisa, ang dok  wat tegegey pa?) Saya tersangatlah inspired lepaih tengok kesemua video dia kt youtube. Satu pasai dia, buat saya rasa terpegun sat pasai cara dia speaking…memang superb la, bukan apa, maksud saya payah gila hoi nak tengok anak Kedah cakap bersembuq-sembuq macam tu bila speaking. Xdak keluar slang langsung! Cute dengaq dia cakap Kedah. cuba tengok video nih....




TAPI HAT DOK PI DISTORT SAMPAI MACAM TU PASAIPA?

Hahah saya suka time dia cakap phrase nih!

Saya bukan nak underestimate orang Kedah, especially guys la . bukan apa, jarang sangat nak dengaq anak Kedah boleh speaking fluent gila lagu tu.kalau dengaq pun, kadang2 sampai melugai (rasa nak termuntah) nak dengaq depa tu cakap. Over exaggerated!  Tapi Anwar Hadi ni speaking memang sempoi la, cool gila! Jarang nak jumpak anak Kedah macam dia. Speaking dia pun dasat, gayat terketaq-ketaq saya dengaq…Kalau hat yang pompuan nih saya tak kisah sangat, pasai girl Kedah memang senang sikit nak cakap luaq. Tak percaya, pi lah tengok tang mana pun…toksah pi jauh2 la..tengok budak pompuan yang ada kat KMS tu sudah laa…berapa kerat sangat yang cakap fully Kedah depan public. Saya sendiri pun tengok mood oh,kalau nak cakap Kedah ni kena matching dengan orang Kedah yang boleh balaih (balas) macam apa yang saya cakap, baru sedap sikit nak besembang rabung!hahah

Oh ya macam ada sorang MPP junior saya kt KMS tu…saya memang respek kat dia.either dia taktau nak cakap luaq ataupun memang dia nak kekalkan cakap Kedah…saya rasa memang dia comey  bila dia boleh bercakap bahasa Kedah kat mana2 pun dan tak kira masa! hehe... whenever saya dengaq dia bercakap, saya rasa sangat seronok! kawan saya yang jadi kakak naqibah dia pun suka dengaq dia speaking Kedah...hehe

 Kalau speaking pun ,lidah Kedah tu memang boleh tau la yang budak ni budak Kedah. Oh ya, saya memang suka cakap Kedah. Lagi prefer sebenaqnya. Tapi nak buat lagu mana, rasa tak nikmat sangat nak bercakap Kedah dengan orang luaq.haha! Adik usrah saya yang mana memang piau (pure) Kedah, memang otomatik saya akan cakap Kedah.

Tak semua pandai cakap Kedah. Tapi saya ni yang taktau malu nak pi mengaku kata diri ni anak Kedah, eventho pasai saya bukan lahir diKedah so tak boleh kata la yang saya ni anak jati Kedah. Tapi since saya membesaq di Kedah, kira cincai la tu saya nak cop diri sendiri nih orang Kedah (dengan bangganya). Tapi masuk bab speaking, haaa… hat ni kawan saya la yang kata, saya speaking terlebih Kedah dari orang Kedah cakap. Sebab kadang2 perkataan yang saya guna tu, depa tak penah guna pun tapi saya bantai ja dok buat sembang kemaih plak ngn depa! Hahah..dak aih, melawak ja.

Pasai apa bahasa kedah unik? Ya la, saya tak dak la nak kata bahasa lain xbest, Cuma bahasa Kedah tu memang sangat cute walaupun dengaq macam kasaq gila. Dia kena pandai orang hat yang cakap tu, baru dengaq lembut elok teretib (tertib) jaaa…amboi2 laaa~

Haa, lagi satu hal, saya memang cukup pantang tengok orang Kedah cakap luaq ngan saya. Lantak pi lah hang duk tang mana pun, dah jumpak sama-sama orang Kedah tu serupa jumpak orang kampong jugak laaa . so cakap ja cakap Kedah, pi la tang mana pun, saya akan rasa…wahhh I feels like home kalau dengaq orang bercakap Kedah diluar kawasan Kedah.

Dengan classmate saya pun kadang2 bantai cakap Kedah ja degan depa. Roommate pun kadang2 dah terikut. Haha…satu yang saya dok peghati orang luaq nak cakap Kedah, main bantai ja letak huruf Q kat blakang words….hoho..lingkup bahasa! Hahah


Bangga tempat saya dilahirkan (saya lahir kat over the....penang bridge,Penang..ngahahah!) dan dibesarkan masih dibawah pengaruh utagha. Cuma bila dah keluaq belajaq ke Seremban ni, bahasa Kedah saya dah jadik cacat sikit. Haha! Hopefully, one day if ditakdirkan kahwin dengan orang luaq sekalipun, saya akan pastikan anak-anak saya tau bercakap utagha. Baik punya piau! dah hentikan. (okey, lisa dalam mood meghla….)

Peace! ^_^

3 comments:

  1. ngarot pa la kak oih. ceq pun tak cakap lagu ni kat ghumah. adik2 apatah lagi. hat 'depa' dah jadi 'diorang'. 'kami' dah jadi 'kitorang'. ni pun pakat dok berjangkit pulak adik-beradik kat kedah nun teringin cakap kay-el. haha. good job, kak! ceq pernah gak la sekali dua tulih entri loghat utagha. memang piau masyuk punya! :D

    ReplyDelete
  2. hahahaha,lai lai speaking kedah ngn aku

    ReplyDelete
  3. izzati : tebalik ngn family pakcik akak yg kat serdang nuh. depa cakap kl tp bila ckp ngn adik beradik still bahasakan diri aku hang..haha...comey ohh!

    intan.sofia: lai lai....penah ka aku cakap luar ngn hang? tu mmg saja nak kena smash ar ngn aku.!haha

    ReplyDelete

 
Images by Freepik