Pages

Sunday, March 6, 2011

bagaimana saya mendapat kekuatan untuk berubah?

soalan ini seringkali diajukan kepada saya sejak belakangan ini. 
mungkin tatkala ini mata-mata mereka mula menyedari susuk ini melakukan perubahan.
saya bukan siapa-siapa di kolej.
bukan juga orang penting.
juga terkenal.oh tidak.
tiada kaitan langsung dengan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan saya boleh menjadi terkenal. 

ya mungkin secara tidak sedar mereka menjadi pemerhati.
ya sekurang-kurangnya mereka masih menggunakan keupayaan pancaindera mereka untuk melihat.
ya mungkin juga mereka peka dan tidak membuta tulikan kehidupan yang seringkali bertembung dengan manusia yang pelbagai ragam.

ok..cut the craps.
back to the question just now.

saya pasti, ramai sekali diantara kita mahu melakukan perubahan. namun tiada daya (force) yang menggerakkan mereka untuk berubah. kebanyakan kita ada kesedaran, namun tiada tindakan yang dilakukan. sayang. seribu kali sayang. 

persoalannya sekarang, dua benda sahaja yang saya mahu utarakan.

PERUBAHAN ITU PERLUKAN HIDAYAH DAN BELUM TIBA PADA MASANYA?
PERUBAHAN PERLUKAN KEKUATAN YANG SANGAT LUAR BIASA?

ada yang menganggap mereka tidak boleh berubah sedangkan mereka sudah ada kesedaran disebabkan oleh hidayah Allah belum sampai kepada mereka/ belum sampai seru/ belum tiba pada masanya lagi. tahukah anda saya juga pernah berfikiran seperti itu?

kekuatan yang sangat luar biasa..apa kaitannya? 


ya memang. saya tidak nafikan. perubahan sesungguhnya memerlukan momentum yang sangat tinggi. selepas itu kita akan cenderung berfikir dengan tindakan kita selepas membuat perubahan. paling ketara adalah persoalan ini...

MAMPUKAN SAYA MAINTAIN (ISTIQAMAH) DENGAN PERUBAHAN SAYA?

ya,saya juga pernah terfikir begini suatu ketika dahulu. 

selagi mana seseorang itu masih mempunyai iman di dalam hatinya, as one of the example to show that you still have your iman in yourself is ANDA TAKUT UNTUK MELAKUKAN DOSA dan ANDA SEDAR APA YANG ANDA BUAT ITU ADALAH SALAH... saya tetap yakin yang dia ada keinginan untuk berubah. namun apa kekuatan yang menyebabkan perubahan itu sebenarnya?

sedikit perkongsian pengalaman. saya dulu pernah teruk. lalai sebagai remaja yang nak mengenal erti hidup. saya pada ketika itu adalah manusia biasa yang mempunyai iman yang turun naik, biasalah tu. saya pun manusia. kadangkala terfikir bila nak berubah, sedangkan diri pada ketika itu terus-terusan melakukan kemungkaran. 

ok, bukan nak kata saya ni jahat sangat. 

namun mungkin dari segi pergaulan saya dengan lelaki, cara saya yang agak terbuka dan juga cara saya berpakaian. sempurna ataupun tidak. itu sahaja. dan bercouple. benda yang memang mostly remaja sekarang buat. saya pun begitu lah dulu. waktu tu, terfikir juga, bila nak berubah? soalan itu diulang dan diulang...namun kadang-kadang sahaja perasaan itu singgah dihati yang kadang-kadang sedar diri dah berdosa. namun kesilapan yang sama terus berulang.hinggalah diri menjejakkan diri ke KMS. ya. KMS lah turning pointnya. saya rasa kalau blogger yang membaca blog saya ni antara kalangan pelajar KMS juga, saya pasti anda tahu bagaimana biah (suasana) KMS ni bukan? apa yang buat saya berubah? segala perjalanan kehidupan berjalan  seperti biasa, sehinggalah pada suatu hari...

tertera nama sebagai seorang naqibah bukanlah sesuatu yang menggembirakan pada semester 1.cuba mengikhlaskan hati sebaik mungkin namun ada saja halangan dan godaan yang membuatkan diri ini berpaling dari jalan yang mahu membimbing diri ke arah yang lebih baik.solat pun kadang-kadang sengaja dilewat-lewatkan...teruk bukan? Quran dah jarang dibaca. pergi surau solat berjemaah pun kadang-kadang je,even roomate ajak, tak terasa pun nk pegi.kehadiran dalam usrah di ringan-ringankan tiap-tiap minggu.study huru hara..asyik dengan lagha dunia...couple lagi...benda yang saya rasa tak boleh nak resist saat tu.menghabiskan duit mak ayah kirim setiap bulan.ya allah....berdosanya saya.

masuk semester 2,dapat result semester 1 punya exam...teruk sesangat!saya dah mula tersentak.hidup saya dah hanyut sejak dari semester lepas. saya nak patah balik, tapi saya tahu, benda tu  tak mungkin akan terjadi kalau saya tak berubah. after that, i was dumped. clashed dengan boyfriend...that time, sumpah saya rasa sedih sangat, meraung mcm orang gila. tak boleh nak terima hakikat. dah la waktu tu baru lepas dapat result exam, huru hara gak la hidup sekejap. harapkan si dia ada untuk saya kongsi segala masalah study dan perasaan saya, dia malah tinggalkan saya tanpa alasan yang rasional.saya memang tak dapat nak terima!

hubungan dengan kawan-kawan pulak dah makin renggang, ada yg dah berubah.rasa tak tahu nak mengadu masalah kat siapa.dari situ, itu perkara kedua yang membuatkan saya tersentak lagi..bila saya nk berubah??? saya rasa kusut sangat-sangat....hari-hari menangis. depressed. saya nak berubah tapi masih rasa reluctant nak tinggalkan semua tu.

since the following week after that, saya cuba latih diri saya ke surau. macam mana sekalipun, saya nak disiplinkan diri saya supaya at least dalam sehari sekali saya kena solat berjemaah. alhamdulillah,dgn bantuan roomates yg sentiasa support waktu tu...i've manged to do that....Quran, saya kembali mencarimu. cari kekuatan dengan baca al-Quran. rasa ayat Quran tu adalah syifa yang terbaik untuk redakan segala kegundah-gulanaan hati ketika itu. back to the right track.saya rasa aman sangat bila dapat baca quran. tiap-tiap kali lepas solat jemaah, saya rasa tenang sangat-sangat...dalam  saya tak sedar, saya dah boleh overcome perasaan frust saya lepas clash time tu..hebat kan kuasa bila kita dekat dengan Allah dan kalamullah?Allah tu maha mengetahui untuk setiap yang terjadi pada hambaNya....masya-Allah....saya sendiri pada mulanya hairan kenapa saya masuk sini tiba-tiba berubah?kejutan budaya agaknya...ended up, saya dah mula rasa selesa dengan perubahan yang sedikit demi sedkit yang saya dah buat ni.at least saya ada kemahuan nak berubah,walaupun pada mulanya saya seolah-olah memaksa diri untuk buat semua tu...

dalam 2,3 hari lepas tu,time tengok nama saya dah ada dalam naqibah list.diorang cakap nama tu dah finalised. saya terkejut sekali lagi.saya dapat rasakan after all yang dah berlaku,ini hikmah yang Allah nak berikan. clash dengan boyfriend,kena tinggal macam tu je,results exam yang teruk sesangat dan hubungan yang tak berapa baik dengan kawan-kawan...study yang tak bersistematik and kelalaian  saya dan meyambil-lewakan perintah allah...Allah dah berikan saya satu ujian yang yang rasa, itulah titik tolak untuk saya kuat melakukan perubahan ini. untuk saya sedar kembali semua kesilapan yang telah saya buat...waktu attend TOT for nuqaba tahun lepas, ada ceramah ngn ustz. mohd khairi zainuddin. segala perkataan yang ustaz tu cakap,betul-betul buat saya rasa nak menangis.sebab seolah-olah,ustaz tu sedang tujukan apa yang dia cakap tu kat saya sorang jer~!saya bersyukur sangat-sangat...seolah-olah apa yang ustaz tu cakap...meleraikan kekusutan saya dan dilemma saya menjadi naqibah...insyaallah.

antara kata-kata ustaz tu yang paling terkesan kat hati saya,betul-betul menusuk perasaan saya bila dia kata...jadi naqibah/naqib ni saling sempurna-menyempurnai,which means perbaiki diri dan dalam masa yang sama menyeru orang lain melakukan kebaikan...kena ikhlas dalam beramal (lillahi taala) dan jgn takut untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang naqib/naqibah...pelaburan akhirat katanya.jawapan untuk kekusutan jiwa saya ketika itu terlerai apabila ustaz tersebut menyatakan,ALLAH MENGUJI KITA DALAM KADAR KEMAMPUAN KITA SENDIRI,DAN YANG DI UJI ITU ADALAH KELEBIHAN KITA SENDIRI.contohnya,nabi yusuf a.s diuji allah disebabkan ketampanan rupa parasnya..*mcm tu la lebih kurang*

lepas program tu, saya dah regain the new KHAIRUN NURLISA KAMAL in myself.rasa bersyukur,sangat-sangat.lepas apa yang dah terjadi...saya yakin Allah tunjukkan semua ni sebab Dia masih sayangkan saya. tak salah untuk kita berubah jadi lebih baik..cuma perkara yang saya takutkan, dalam kelancaran lidah saya menyampaikan nasihat/mentarbiahkan orang lain, saya tak mampu nak kawal diri saya daripada buat perkara-perkara yang tak elok....astaghfirullah...mudah-mudahan kita semua terhindar dari melakukan perkara sedemikian.sesungguhnya saya juga manusia yang tak terlepas melakukan dosa.namun bersegera bertaubat adalah jalan yang terbaik....
saya sedar jugak,betapa bertuahnya saya dalam jutaan hamba Allah...saya dipilih untuk menerima ujian..supaya saya tak terus sesat.thanks to akhi fahmi...dengan tazkirahnya,saya lebih yakin dan takkan berpatah balik dari apa yang saya dah buat sekarang.


jadi kenapa nak bertangguh lagi? oh ya lupa. ITU MEMANG SIKAP MANUSIA. SUKA BERTANGGUH. sebab itulah Allah dan kata "Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Itu Dalam Kerugian". Ini bukan saya yang cakap. ini Allah yang kata dalam Quran, bukan?

PAKSA DIRI. itu mungkin first stage saya untuk mulakan semua ini. benar, saya menangis hampir setiap hari ketika mahu berubah dahulu. namun sedikit demi sedikit, transformasi ini secara sepenuhnya berjaya cuma berjaya dilihat dalam tempoh 10 bulan. ya 10 bulan. 10 bulan tu sangat lama bagi mereka yang ingin berubah. mungkin juga lebih sekejap.. mungkin juga lebih lama daripada itu. itu bergantung kepada kekuatan hati yang Allah dah bekalkan padanya.

selepas hampir setahun melakukan transformasi, saya sedar ramai yang bertanya. ramai juga yang sedar akan perubahan saya ini. ditanya mengapa? saya tiada jawapan yang exact yang boleh saya berikan. kata mereka, saya berubah 180 darjah. wallahualam, kalau benar begitu maka alhamdulillah, tugas saya sekarang adalah belajar bagaimana nak mantapkan diri yang sudah sedia dibentuk dan mahu berubah ini, supaya istiqamah dan pengislahan diri ini mampu memotivasikan orang-orang disekeliling saya yang punyai hasrat yang sama untuk berubah. 

alhamdulillah, dari seorang gadis yang pernah suatu masa dahalu sangat anti dengan golongan bertudung labuh, saya kini salah seorang daripadanya. gadis yang jarang menyempurnakan auratnya dahulu kini sudah berubah ke arah gaya pemakaian muslimah yang sebenar. pergaulannya makin cuba dijaga, setelah dia faham dan belajar betapa tinggi benar nilai seorang muslimah itu di mata Allah sekiranya dia pandai menjaga dirinya.

pesan saya jangan berdalih. syaitan memang suka umat Muhammad yang suka memberi alasan ni. kalau 'tidak bersedia' ataupun ' belum sampai masanya itu' menjadi alasan pilihan, lihat semula diri anda. bila lagi mahu berubah? anda tahu bila sampai ajal anda? grab the opportunity selagi mana anda masih  bernafas. andai hidayah dan kekuatan yang anda dakwa anda tidak ada untuk berubah, ketahuilah bahawa kekuatan itu sebenarnya harus dicari, bukan ditunggu. 

bagaimana nak cari kekuatan itu?

dekatkan diri padanya. mulakan dengan solat berjemaah. cari rakan-rakan yang berilmu. pasti mereka sedia membantu, menghulurkan tangan seandainya mereka benar-benar memahami erti saudara yang sedang mencari kompas hidup. rasai setiap kecintaan Allah melalui ayat-ayatNya. bacalah Quran, lagi better quran terjemahan. sekurang-kurangnya anda faham dengan apa yang anda baca. dari dari situ, segala persoalan hidup anda akan terjawab. Allah juga dah kata, dengan mengingati Allah hati akan menjadi lebih tenang (Surah Ar-Ra'du ayat 28) jadi...mengapa harus disangkal lagi kebenaran yang sudah terhampar di depan mata?

methodologinya mungkin kedengaran sangat mudah : BACK TO QURAN AND HADITH. but i know its not that easy. langkah yang pertama tu memang sangat susah nak buat, namun lama-kelamaan, anda akan terbiasa dengannya. 

mohonlah kekuatan itu daripada Allah. kadangkala kita tak berani ambil tindakan untuk berubah sebab kita takut kita tak kuat/tak berjaya istiqamah dengan perubahan tu. jangan bertapi-tapi lagi. sebenarnya, Allah tu tahu kita boleh buat, cuma kita berani ke tak nak ambil risiko dan buat perkara yang dia dah takdirkan untuk kita. perancangan Allah tu tepat dan teliti. dan Dia uji tak lebih dari kadar kemampuan kita.


picture credit to Hatim Ahmad

maka, dalam sesetengah perkara tu, lakukan sahaja. walaupun tanpa kerelaan. kerana keikhlasan dan kerelaan hati tu tidak berkadaran pun,  siapa boleh measure tahap keikhlasan hati kita? kita sendiri pun tak tahu kadang-kadang sesetengah perkara yang kita lakukan itu sama ada kita benar-benar ikhlas lillahi taala ataupun tidak. hanya Allah je yang tahu. insyaAllah, Dia akan permudahkan jalan kita untuk mencari cintaNya. sebab hati kita pun, Dia yang pegang. jangan lupa tu. jadi... mohonlah padanya selalu, Allah suka mendengar rintihan suara hamba-hambaNya.

bila anda dah sedar, what is your purpose of life, cuba keluar dan tengok sisi dunia yang semakin menyedihkan ini.

benar, saya bukannya datang daripada golongan yang mendapat pendidikan aliran agama, saya pelajar aliran sains tulen, namun saya juga hamba Allah seperti mereka yang ada tanggungjawab sebagai khalifah yang masih belum selesai. dan kerana itu juga, SAYA BERANI UNTUK BERUBAH.

anda akan faham dan tahu mengapa saya ada kekuatan sedemikian rupa untuk berubah. percayalah. kalau saya boleh, mengapa tidak anda?

15 comments:

  1. great one lisa. *big applause* proud of you :')

    ReplyDelete
  2. haha ell. thanks.
    dah lama nak express benda ni. cuma tak terluah.
    this is the day.

    ReplyDelete
  3. masyaAllah!

    mabruk ya ukhti!

    semoga istiqomah!
    :)

    salam dari Jordan.

    ReplyDelete
  4. subhanallah. kisah kita hampir serupa! ;)
    adalah lain sket. heheh. ala kulli hal. bukan senang nak berubah dari berfoya2 kpd mencari yang Esa (T__T) Subhanallah. indahnya juga hidayah daripada-Nya. semoga kita sama2 istiqamah.:)

    ReplyDelete
  5. mujahadah, dan istiqamah..sama2 kita..=)
    ^_______________^

    ps: kata nak puasa semua bnda ni?hehe

    ReplyDelete
  6. najib >> lama xdengar berita anda. syukran ya. saya doakan kita sama2 terus tsabat! insyaallah... :)

    najihahelfaizah >> syukran kathira' ya ukhti kerana membaca perkongsian ana. :) . benar berubah itu payah, namun ia tidak mustahil. moga terus thabat ya ukhti! :)

    wahida >> takleh puasa ler. menulis itu suatu ketagihan yang gagal dibendung. cuma kurangkan sahja. limitkan post. :) FB je yang lari sekejap. :) oh ya moga anda dalam lindungan Alah selalu . :)

    ReplyDelete
  7. ahai,dgr kate mcm da tak post2 ape smpi bulan mei? hehe..memain je,ana fhm,bila smpi mse nak luah..anti akn coretkan kn? btw best!

    "..kisah yg motivate othrs ntok brubah gak,two thumbs up and deserve for standing ovation.."

    -hikayatsangputera

    ReplyDelete
  8. firdaus >> hoho...syhhh! :P .ni je kot. since its kind of something that i want to share. :)

    ReplyDelete
  9. lisa..:)
    anyway, sbg hamba kita WAJIB melakukan sgala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.. tp, mmg dah menjadi lumrah kita sebagai manusia, kita sering tersasar dari jalanNya yg lurus..sebabnya sbg manusia mmg telah diberi pilihan whether nak bergelar An-Nas or Al-Insaan..dengan kata lain, manusia ni nak masuk syurga or neraka, dia yg tentukan selama dia hidup dimuka bumi ni..
    bagi klong,mmg sbg manusia kita xterlepas dari kesilapan..tp..jadikan segala kesilapan yg pernah kita buat sbg sempadan supaya kita tidak tersasar dari jalanNya..dan paling utama, bertaubatlah sebelum terlambat..Allah Maha Penyayang..pintu taubat masih terbuka selagi kita masih hidup dimuka bumi ini..amin..

    ReplyDelete
  10. aku adalah wanita >> hehe,segan la lisa kak long baca blog lisa.. :P . thanks kak long. betul apa yg kak long cakap tu. insyaallah, lisa tgh usaha buat yang terbaik. doakan lisa terus kuat ye kak long .:)

    buat kak long juga, la tahzan. yakin ada hikmah yang Allah sembunyikan bila apa yg kak long inginkan Allah tak bg lg buat masa ni .:) duka itu tidak selamanya kekal, insyaallah bila sampai pada masanya akan ada jugak nanti. :)
    be strong!


    insan92 >> insyaallah ibrah buat semua yang melintas di blog. :)

    ReplyDelete
  11. hope jihan dpt istiqamah dgn hidayah yg Allah bagi..kdg2 bila kehilangan cinta manusia barulah kita bertatih2 mencari cinta Allah..;) tanx dgn post lisa nih..doakan jihan berjaya berubah sepenuhnya wpn skg jihan buat sket2..insyaAllah tapi kat sini sgt2 susah nk cari kwn yg bawak kita ke arah tu..huhu~

    ReplyDelete
  12. jihan, betul. bila dah sedar cinta manusia tu tak kekal. sampai satu tahap kita akan rasa penat cari cinta manusia. itu antara salah satu sebab lisa berubah. sebab bagi lisa, asyik couple then clash..ke mana akhirnya arah tujuan yang kita cari dalam perhubungan tu sebenarnya?

    manusia tu banyak kali allah bagi ujian ,tapi macam mana dia nak ambil pengajaran dan tindakan dari ujian tu sebenarnya. ujian tu tarbiyah. juga teguran daripada allah. mungkin kita dah buat silap, so andai couple tu kita anggap sebagai satu ujian... maka secara logiknya bila clash kita akan rasa benda tu teguran daripada allah yang kita sebenarnya buat salah bila couple tu..bukan?

    insyaallah, bila kita belajar cintakan Allah, dia akan datangkan pada kita hati manusia yang mencintaiNya juga. dan pastinya pilihan itu adalah pilihan yang terbaik, kerana cinta dia terhadap Ilahi melebihi cintanya pada kita. dan dia takkan kecewakan kita, kerana cinta tersebut yang akan buat kita lebih mencintai Tuhan. bila sama2 tahu erti cinta yang sebenarnya... sama2 nak kejar cinta Allah... kan sweet macam tu? :D

    lisa doakan kita sama2 terus tsabat untuk berubah. insyaallah perubahan itu tiada istilah terlambat. biar sedikit2 dari takde perubahan langsung. alhamdulillah, lisa bangga dengan tindakan jihan tu! moga dalam lindungan rahmat Allah selalu ye jihan. :)

    ReplyDelete
  13. fadilatunnisa_ibtisamMarch 8, 2011 at 1:02 PM

    assalamualaikum..
    entri yg sgt bgus n memotivasikan diri ni..
    sy pn da mslh yg lbh kurg sma..
    sdg mcri identiti islam dlm diri..
    mmg nak sgt2 melakukan perubahan..
    tp sgt sush tuk mengorak lgkah ptama melakukan prubhan tsebut..
    nk berubah dr pkai tudg biasa2 kpd yg lbh labuh..
    nk mjaga aurat dgn smpurna..
    dsmpg nk lbh mdktkn diri kpd Allah..
    boleh ke cik lisa tolong nasihatkn cket..?huu

    ReplyDelete
  14. once we realised yg hidup ni tak lama. dan 'takut mati' datang menjemput kita tanpa kita sempat membawa amalan yang mencukupi...suddenly anda akan dapat kekuatan itu sbenarnya. insyaallah.

    jangan cuba berdalih or memberi alasan. paksa diri mungkin perlu. tak perlu rasa hipokrit nak berubah. sebab orang hipokrit (munafik) ade ke dia nk berubah lillahi taala? takde kan? so slow2 lah .boleh punya. ;)

    peringkat permulaan lepas 'beranikan' diri nak berubah, memang akan ade punya certain2 benda yang berbalik kepada tabiat lama. tp mungkin dalam 10 benda yang anda brubah, kalau 1/4 daripadanya berbalik kepada tabiat lama, saya rasa itu agak boleh dibanggakan kerana 3/4 lagi anda dah berjaya buat n lama kelamaan...ia akan jadi 4/4 dan fully succceed! :) saya pun macam tu jugak lah dulu.

    kata2 orang? itu biasa. tapi pedulikan as long as clear about what we did. :)

    insyaallah may allah ease your way.. :)

    ReplyDelete

 
Images by Freepik