Pages

Wednesday, July 11, 2012

a seaman love story.

malam ni terasa nak troll mak and ayah punya love story. sebab tadi mak dengan ayah mengada-ngada kengkonon nak sweet-sweet gituw. bagi I jeles. hahaha. 

Ayah : ready baju melayu aku sat. nak pi surau.
Mak : Isy.. yang dok ada tu lah... yang mana lagi. cari lah sendiri.

*ayah terus berlalu masuk bilik air and mandi. buat dek jeee. muka poyo habis*

Mak saya?

-----> sambil mengomel-ngomel mulut dia tu masuk jugak bilik tolong ready baju ayah nak pergi surau. 


sweet kan?
MUEHEHEEHH~


they've been married for almost 22years. 1 year and 2 months before I was born. (of course laa kan, apa kau nak expect takkan mak nak beranakkan aku before dia kawen dengan ayah kan??)

ayah memang dari dulu a very strict man. even masa dia masuk Navy pun, masa tengah bertunang dengan Mak, ayah dah simpan misai. hahaha. masa kahwin je dia cantas jap.  lepas tu dia memang sentiasa maintain dengan misai dia. jambang je dia tak pernah simpan lagi. ayah cerita, kalau dalam navy nak simpan jambang and misai ni boleh je tp ,kena mintak permission dulu. sebab dulu those yang ada misai and jambang ni ada elaun. elaun PANAS dorang panggil. but sekrang dh xde elaun tu. but rules stays a rule. still kena minta permission nak simpan jambang or misai. (tatau lah kan ni ayah cerita, betul ke tak kena tanya pada mereka yang masih dalam perkhidmatan okay?)

okay melalut lari storyline kejap. back to the real story.

ayah... eversince dia lepas rekrut memang ramai awek. bukti? up until now dia still simpan semua gambar-gambar koleksi girlfriend dia. hahaha KANTOI disitu. bukan really simpan la kan, but bila simpan photo album tu, ada terselit satu album. nah kau. maunya saya sebagai anak yang sangt tinggi sifat inkuirinya menggeledah segala gambar-gambar dan menelek segala gambar-gambar disitu. semua lawa lawa. tapi takleh lawan kecomelan Mak saya lah kan. (naseb baik dorang jadi Mak orang lain, tak jadi Mak saya. kalau tak maunya saya nak jadi comel seperti hari ini?) WAHAHAHA.

ayah cakap, a few times juga dia bawa balik kawan perempuan dia, tapi semua arwah Ayah dia (which is my Tokwan) tak berkenan. entah macam mana lah one day, seorang gadis dari Penang ni ikut kawan sekerja dia yang bernama Cik Pah balik ke kampung di Perak, konon nak berjalan la kan.alaa macam pergi visit biasa-biasa ke rumah kengkawan tu. and time tu Mak ayah saya (Nenek saya lah kan) nampak. aih..nampak baik benor budaknyer. so Nenek pun balik lah cakap kat Ayah saya,

"Mal, Mak berkenan kat kawan Pah tu. cuba lah hang tanya-tanya"

untuk pengetahuan, Cik Pah tu merupakan anak sedara Ayah saya. tapi dia sebaya Mak saya. aha. macam mana tu? sebab Cik Pah tu anak abang ayah saya yang sulung. adik beradik ayah saya ni ramai okay? :D
so it happen, ayah saya just 2-3 tahun lagi muda dari anak sedara dia. :)

so dipendekkan cerita, risik punya risik... Cik Pah kenalkan ayah saya dengan kawan dia from Penang tu. which is my Mom la! so dorang pun berkenalan lah, tapi jarang jumpa pun, sebab masa tu kapal ayah sailing kat Johor. and bila dapat weekend aje ayah balik kampung. tak lama lepas tu, ayah saya suarakan hasrat nak bertunang dengan Mak. I think tak lama pun lepas dorang kenal. agaknya dia dah jumpa calon yang sesuai and kali ni tak ada bantahan dari Tokwan. tu pun tahu sebab apa?

sebab ada this two girl, from Johor and Kedah sorang (amboih ayah aku punya koleksi awek lagi), yang sorang tu dah bagitau bapak dia and ajak ayah saya kahwin. padahal ayah saya time tu takde modal lagi nak kahwin. budak Johor tu siap offer: "takpe bang guna duit saya dulu takpe buat beli cincin." amboi punya nak jugak-jugak kat ayah aku ni haaa. yang sorang lagi budak Kedah tu, dia cakap bapak dia nak jumpa ayah saya secepat mungkin, suruh masuk meminang.

ayah saya dah tepuk dahi. ended up dia cakap kat both budak pompuan tu, dia dah nak bertunang dengan wanita pilihan keluarga. padahal time tu ayah dengan mak baru je berkawan. takde steady ape-ape lagi, kiranya senarai calon isteri tu takde lagi! hahaha. punya lah ayah nak cari jawapan escape! dorang tak nak percaya.  lepas tu terus Ayah ajak mak tunang lepas Tokwan approved. lepas tu ayah tunjuk bukti kata dah bertunang kat kedua-dua orang tu. ayah bawak Mak jumpa dengan dorang (of course la secara berasingan) apa lagi ,frust menonggeng lah kedua-duanya. yang sorang tu sampai masuk hospital, derita putus cinta. KAHKAHKAH. punya lah dramaaaa~

moral: jangan menggedik nak ada girlfriend ramai-ramai. hahaha. 

saya punya point of view macam tu lah. 
tapi standard jawapan ayah bagi:

"eleh dah depa syok kat ayah nak buat cemana? ayah berkawan biasa ja dengan depa." <---ceh ayah bagi ayat drama ala-ala klise gituuuu~

masa bertunang tu, umur ayah 23 tahun. and Mak 21 tahun. mak dengan ayah bertunang 2 tahun. lama. sebab masing-masing nak kerja kumpul duit nak kahwin. plus, ayah still nak kena hantar duit ke kampung, masa tu gaji navy berapa lah sangat, bukan banyak pun. thats why agak memakan masa. kiranya dalam tempoh bertunang tu lah dorang kenal each other jugak. tapi jarang jugak dapat jumpa, kecuali kalau kapal ayah masuk Penang. baru lah keluar nak jumpa tunang pun. sungguh mengharukan.

apa lagi? surat dan kad lah menjadi medium penghubung utama. eikekekekeke~ 
sekali lagi, surat dan kad-kad zaman dorang bertunang tu pernah menjadi tatapan saya. hehehe
see... dari dulu lagi mak ayah saya dah main drama 'Dear John' tu taw. wakakakaakakakk!

saya pernah tanya Mak, masa bertunang semua tu..anniversary sambut tak?
"sambut, ayah kirim kad kat Mak." <----- (ceh bapak sweet ayah I. :P)

moral learn : so bila tak dapat kerap jumpa ni kira lumrah for those yang bergelar seaman's lover ni kan.

mak tak rindu kt tunang ke?
-rindu juga, tapi boleh buat apa. nk buat camna, dah kerja. redha jela.

mak tak meroyan ke?
- dah immune dah lama-lama. <--- (perghhh kebal rupanya mak aku! hahaha)

mak rilek je?
- rilek suda. tunggu dia balik. lepas tu have fun la spend time together. <--- (cool)


so after dua tahun bercinta yang boleh diconsider sebagai jarak jauh, after dah cukup duit nak kahwin. makan bernikahlah mak dan ayah pada tahun 1990. masa tu umur mak 23 tahun, and ayah plak 25 tahun. setahun lepastu dorang dapat saya! yeayy! <---anak paling comel dalam family. percayalahh. kuang3~

tapi time saya lahir, ayah takde dengan saya. sebab sailing kat Johor.
same goes during my 2nd bro nak lahir, 1st day bulan puasa. and ayah was away to Indonesia at that time.

tapi dugaan lepas berkahwin lain pulak ceritanya, lepas umur saya setahun lebih baru mak dan ayah boleh stay together husband and wife, sementara tunggu ayah posting ke Lumut and ayah confirm dapat kuarters dalam base. how strong my Mom kan? boleh detach lama-lama from my dad.

kesetiaan Mak saya sekali lagi teruji bila ayah ke Itali setahun. sailing lagi. masa tu lah Mak saya di Malaysia ni kena uruskan semua benda berkaitan anak-anak. saya dan adik saya tidak berayah for almost a year. :)
masa tu umur saya around 5tahun, and adik saya dalam 2 tahun macam tu.
hebat kan Mak saya?

lepas balik dari Itali, sekali lagi kepayahan mak duji masa adik saya yang ketiga nak lahir, ayah was going to Australia, sailing jugak.  nasib baik tak jadi, sebab kapal tetibe ada problem. muehehe~

after 16years of service in Royal Malaysian Navy, ayah decide to stop. xsempat pergi pencen pun. only him know the reason why. but the tradition still runs in the family. my uncle is still a navy in Lumut up until now, serve the country sampai pencen. :)

and all my siblings name got Khairun/Khairul kat pangkal nama masing-masing sebab sejarahnya bermula masa zaman ayah saya bercinta. kengkonon dulu dia bgtau nama dia "Khairul" kat semua gegadis yang dia ngorat dulu tu. hahahah! but came to my Mom, xdapat lerr nak menipu, sebab anak sedara sendiri kenalkan, memang bagitau real name lah kannn? LOL

so nama tu terus-terusan melekat kt semua adik-beradik saya seramai tiga orang. :)

its not easy i guess for my mom to love someone in the navy. 
sungguhpun saya dan si dia pun belum punya apa-apa ikatan. 
but as someone close to me at the moment, i do feel the impact how. 

aha, takpelah. only me, him and Allah je tahu.


smooches people!

13 comments:

  1. itulah cabarannya,seaman/airforceman/army ni banyak jumpa orang, byk temptation...but pada akhirnya jodoh ketentuan Allah juga yang tetapkan. sweet love story.i doakan u will get through with happy ending, same as me!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, walking through it. thanks cik faye! :D

      Delete
  2. kalau pasal love story ni memg xbosan2 nk benti. hehe. ur dad sebaya ngn my mum i think.;) tp ayah awk kawin awal la jgk tu. ayah akak, dh 27 baru kawin. pk plak la bape juta ex gf die ade time tu??heheh..best kan klu dgr cerita cinta org? insya allah one day nnt anak kite akan teruja dgr crita cinta kte plak! hehe

    *heeyy..lagu afgan awk ni membuatkan akak terngiang2kan video kawin emy n rafeq tau! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, mekaseh kak singgah blog lisa! :D

      erm alahai, cari vid kawen kak emy and tn rafeq xde dah kt youtube. sedihh takk? hahahah

      Delete
  3. oh..kt youtube xde? kt vimeo ade lg. akak simpan. nah link nyer http://vimeo.com/37510743

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak erin! hehehe
      akk...lisa nk mintak maaf awal2 nih, wedding akk tu lisa xdpt g la sebab time tu ade kt kedah lg, nak balik awal pun takleh sebab ade dent appointment. sobs3. kalau tak nk gather2 dahhh~ :/

      Delete
    2. Oh yekee. Kt kedah smpi bile? Majlis akk kt kedah seminggu lepas tu. Kt anak bukit. Betol2 dpn istana je, sng. Bole?

      Delete
    3. lisa ade kt kedah smpai 26/8 je. pastu dh balik cyber sebab ada exam. :/
      majlis kt kedah tu berapa haribulan?

      Delete
    4. oh..mmg xdela tu...majlis sane 1 sept. huhu. alahai bukan rezeki..:(

      Delete
  4. sweetnye your parents story..
    sportingnye diorang bercerita kat anak2..
    saye, tak pernah dengar love story parents saye..
    nak taw nenek yang cite..
    kehkehkeh

    si dia ada jugak cakap kat saye yang diorang tak boleh simpan misai jambang tu jugak lah..
    still applicable lagi kot kat lam navy skang ni..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh still applicable lah maknanya. heheh!

      aah, parents jenis bercerita. tu pun susah jgk nk korek, dorang duduk2 together, lepak2 dgn family.. borak2.. haa masa tu boleh la tanya2. so dorang pn cerita je. hehehe

      nanti kisah cinta ked ngn si baju biru pun boleh ler cerita kat anak2 plak kann? HEHEH

      Delete
    2. aminn..
      kalau ada jodoh ngan dia, boleh la cerita..
      hehe
      :D

      Delete
  5. owhlahai.. sweetnya parents kak lisa :3 huehuehue ...
    saya jumpa jugak gambar bekas awek ayah saya..terus album tu dia simpan dalam almari berkunci..tak dapat nak tengok lagi dah :3 hehehe

    ReplyDelete

 
Images by Freepik