Pages

Thursday, June 11, 2009

BERCINTA SEBELUM KAHWIN ATAU BERCINTA SELEPAS KAHWIN??

(SAYA COPY N PASTE DR SEORANG RAKAN SY YG MENULIS PANDANGANNYA DAN SAYA RASA MERUPAKAN PENDEKATAN YG AMAT BAEK DLM USAHA BELIAU UNTUK BERDAKWAH DAN MENTARBIAHKAN DIRI KITA SESAMA SAUDARA SEISLAM...mudah2n semua yg membaca post ini mendapat manfaat kepada diri mereka)

enjoy reading it!!!

Pasti tajuk ini menjadi kontroversi kalau diberi peluang untuk diperbincangkan. Namun berdasarkan tulisan di atas pastinya dapat aku akan memilih bercinta selepas berkahwin. Walaupun nampak seperti agak janggal dan tak menyeronokkan tetapi banyak faedah dan hikmah disebaliknya.



Apa yang ku amati sepanjang pengalaman bersama kawan2 yg bercinta sebelum berkahwin ialah pasti mereka pasti akan 'clash' dengan awek(s), dua atau tiga kali dan last2 kawin dengan orang lain. Tak ke kesian awek(s) tu terpaksa menjadi 'bekas' boyfriend orang.... dah ber'sayang'2 ber'abang2' berpegang2 pastu kene tinggalkan camtu je.... Tak ke kejam namanya tu (kesian kat perempuan la, lelaki mantain je...).



Lagi satu, kalau orang yg bercintan ni sume nye indah sampai kentut 'ayang' pun dikatanya wangi, tapi bila dah kawin nanti baru la 'busuknye kentut ayang'..... Nak kata kalau bercinta ni hipokrit la tapi bila dah kawin baru terserlah perangai sebebnar seseorang. Kalau tak bercinta ni kita sedaya upaya akan cuba menerima kekurangan dan kelemahan tanpa mengharap sesuatu yg hipokrit.....



Dan akhir sekali dan yg paling penting...... agama..... Islam mmg melarang cinta sebelum berkahwin tapi amat menggalak untuk menyuburkan perasaan cinta selepas berkahwin, time lepas kawin la nak ber'abang2' dan ber'ayang2', kalau masa sblm kawin dah terbiasa dengan panggilan tu, nanti lepas kawin pasti rasa bosan atau tak rasa manisnya panggilan itu..... Lagipun Islam menegah percintaan sebelum perkahwinan kerana ia meupakan taktik2 syaitan untuk menghampirkan ssorg ke arah zina....

"We marry the person we LOVE or we LOVE the person we marry"......??




KAWIN KERANA APA??

Bila bertanya kepada pengantin

“kenapa kawin?”

“Ikut sunnah…..” Itulah jawapan yg sering didengari apabila soalan di atas diajukan. Tapi betul ke mengikut sunnah? Atau lebih kepada mengikut adat? Mudah-mudah sahaja ‘claim’ ikut sunnah. Tapi bila sampai waktu majlis, macam2 perkara ADAT YANG MELANGGAR SUNNAH diamalkan….



ALA2 ‘BERSANDING’

Memang sejak kebelakangan ni amalan ‘ala2 bersanding’ makin subur dikalangan msyrkt kita. Alasannya “Ala, nak tangkap gambar je, bukan ada tepung tawar pun” Hakikatnya memang amalan bersanding itu HARAM dari sudut Islam walau apapun alasan yg cuba utk diberikan. Memang ‘bersanding’ zaman sekarang ni sudah di ‘modify’ kan, tiada lagi tepung tawar, tiada lagi bersilat. Tapi yang diharamkan oleh Islam itu ialah ‘MEMPROMOSIKAN’ si isteri dengan keadaan BERTABARRUJ. Itu belum lagi ditambah fesyen "puteri gunung ledang:.Alangkah dayusnya si suami….

Satu lagi trend ialah menayangkan gambar2 ‘mesra’ selepas bernikah menggunakan projector. Semua orang yg hadir dapat tengok gambar ‘mesra2’, ‘peluk2’, ‘senyum2’ sang isteri dan suami. Alahai romantiknya…..

Cukuplah sekadar membuat tempat yang khas utk bergambar dalam bilik si pengantin; aman daripada fitnah pandangan orang ramai…..

Tidak lupa juga acara memotong kek sambil si suami menyuapkan si isteri, kalau dalam rumah tak apa la, tapi dilakukan di depan para tetamu yang meluat melihat aksi2 15SX tu… (tak lupa yg pengantin perempuan tu bertabarruj). Memotong kek hanyalah meniru cara sambutan perkahwinan adat barat dan bukanlah adat orang melayu.

Dan amalan yang paling tak menarik utk disebut bila mana pengantin lelaki memakai rantai sebagai memenuhi protokol pemakaian pengantin. “Ala, bukan emas pun” tapi tidakkah anda tahu bahawa memakai rantai itu menyerupai perempuan dan menyerupai perempuan adalah haram di sisi Islam.




PERCAMPURAN ANTARA LELAKI DAN WANITA

Majlis yang terdapat percampuran antara lelaki dan wanita adalah majlis yang rusak lagi maksiat. Islam tak pernah pun menggalakkan majlis seperti ini. Jangan memberi alasan tak mampu nak pisahkan lelaki dan perempuan, “ala, nanti susah la family nak makan sekali”. Syukur Alhamdulillah apabila majlis walimah itu berjalan dengan meriahnya walaupun berjaya mengasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan.



PEMBAZIRAN

Inilah yang amalan yang sukar sekali untuk didefinisikan tapi amat mudah untuk diamalkan. Tujuan walimah dibuat untuk memberikan makan kepada para tetamu namun ianya sering dipergunakan untuk menunjukkan yang majlis walimah dia lah yang paling ‘grand’, paling ‘meriah’ seolah2nya ‘Wedding of the year’ maka berpuluh ribu wang ringgit dibelanjakan semata untuk mendapat dosa pembaziran.

Berapa puluh persalinan dibuat bagi Nampak lebih GAH lagi. Maka jadilah majlis walimah ini tempat untuk bersaing siapa punya majlis paling ‘Gempak’ skali. Walhal pembaziran itu merupakan sekutu rapat syaitan dan dosa yang tersembunyi. Adakah menjadi sunnah utk menyambut sesuatu dengan pembaziran?




KESEDERHANAAN MENJADI PILIHAN

Pilihlah jalan kesederhanaan utk menyambut orang baru dalam keluarga sebagai tanda kesyukuran..Tiada pelamin yg gah ataupun majlis yang grand2. Tiada makan beradab dan tiada bersanding. Walapun dalam keadaan sederhana namun insya"Allah suasana cukup meriah dengan kehadiran para tetamu yang ramai dan berselera dengan juadah.



PENGASINGAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Ramai yang menjadikan alasan ‘susah’ nak di pisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan dalam walimah . Siap sediakanlah papan tanda ‘Rijal-lelaki-men’ dan ‘Nisa’-perempuan-women’ bagi memudahkan para tetamu memahami ‘protokol’ Islam dalam majlis tersebut. Tugaskan lah saudara mara untuk mengawal keadaan..



MENDOAKAN PENGANTIN & TETAMU SOLEH

Dalam mencari keberkatan dalam sesuatu majlis walimah, doa daripada tetamu kepada pengantin amatlah diharapkan. Dengan penampilan yg sederhana dan ‘rajin’ bertemu tetamu, maka ramailah yg mendoakan:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Dalam sesetangah majlis, pengantin yg sibuk duduk bersanding atau makan beradap terlepas untuk bermesra dengan tetamu yang hadir menyebabkan terlepasnya mereka akan keberkatan doa tetamu tersebut.

Kehadiran tetamu yang soleh juga menjadi faktor dalam keberkatan sesuatu majlis bukannya majlis yang GAH memperagakn baju2 yang mahal dsb. Bukan juga dengan kehadiran tetamu yang tidak berpakaian sopan dan tidak meutup aurat.

Semoga tulisan serba sedikit ini menjadi panduan dalam kita menjalani kehidupan berkeluarga InsyaAllah…. Bagi yang sudah menjalani majlis walimah, marilah sama2 kita beristighsar atas dosa yang disengajakan atau tidak….



Nukilan dari Sahabatku...

6 comments:

  1. ni sesaje je komen.cm best je isu ni..
    cm yg pompuan jd bekas....laki maintain je...

    xsemestinya maintain.teori ni xmutlak.
    kwn sy,fobia nk guna hp pas clash.smpai skrg,da msuk u,xguna2 g.fobia

    second.memang la bila kawen perangai laen.masa blum kawen laen.tp itu dr segi,sblum kawen baek,pas kawen truk

    cmana kalo knal org tu,trus kawen,sedar2 xska.then,nk cerai?pekara palg halal tp ALLAH xska ialah cerai.sbb tu la ramai org cerai skrg,sebb xkenal,tp da kawen.

    n memang kaple hukumnya haram.tp kena la kenal gak sket2.xkan nk kawen ngn stranger.n xsemestinya kalo da kawen,le trima kelemahan seadanya.teori tu xmutlak.xda jaminan.maybe sebaliknya.

    itu je :P .sory kalo ter-over

    ReplyDelete
  2. Huhu, x kira aku tetap cintakan Hamster aku!!

    ReplyDelete
  3. 50-50 setuju ngn meizan
    bg aku zaman skrng nk kawin kn knal dlu
    kalu tak knal payah gak
    mcm mane kalu tibe2 kau terkawin ngn perogol?
    haha
    nahas beb
    at least kenal,bkn membuta tuli je ajak kawin
    mgkin jugak pilihan mak bapak bagus tp mcm mana kalu sebaliknya
    jodoh ptemuan d tgn tuhan
    nak buat mcm mane kalau dah kawan tp takde jodoh
    kita tawakal
    tp dalam tawakal jgn ikut nafsu semata mata=]

    ReplyDelete
  4. sbb itu..aku dulu pnh berpendapat yg bercinta lepas kahwen xbgos..tp lps bc pos sahabat aku nie..satu jer kesimpulannya..
    setiap benda tetap ada pro and con!!kan??
    pandai2 aa nk cri advantage dyer sndiri...

    ReplyDelete
  5. nurul aini: nape 50-50 jr :(

    hehe.yup2.btl2stiap benda ada pro and cons.pandai2 pilih la.bgs untuk org laen,xsemestinya bgs ntk kita.
    one man's apple can be another man's poison
    kena la guna akal pikir masak2

    ReplyDelete
  6. http://muntalaq.wordpress.com/2011/06/03/lakonan-pengantin-baru-kita/

    ReplyDelete

 
Images by Freepik