Pages

Tuesday, March 8, 2011

hipokrit ke paksa diri berubah?

ini juga salah satu soalan yang agak popular ditujah bila seseorang itu mahu berubah.

"hek eleh, kau ni cakap je nak berubah. tudung tu dah makin labuh tapi perangai xelok macam tu jugak"

"ape guna kau sibuk2 nak berubah... ended up buat balik perangai lama"

"kalau berubah tu biarlah semua sekali berubah, pergi belajar agama. konon dah jadi lagi alim. jangan berubah separuh-separuh and sekerat-sekerat je. perangai tak tally dengan perubahan. NANTI APA PULA KATA ORANG "

ok. paused it right there.

NANTI APA PULA KATA ORANG????

ayat keramat ni especially dalam kalangan masyarakat Melayu kita  yang digelar Islam ini cukup popular. 
jadi timbul pula persoalan kedua:

BERUBAH SEBAB MANUSIA KE SEBAB ALLAH? 


tahukah anda apabila berubah itu sangat payah?
namun untuk istiqamah dengan perubahan itu lebih payah sebenarnya?
(tu pasai la jarang orang nak berubah..bila fikir keadaan ni mungkin terjadi)
dan dengan mengeluarkan statement begitu juga adalah salah satu faktor terbesar mengapa manusia susah mahu berubah?
sebab apa?
sebab takut orang mengata~
BIMBANG DIGELAR HIPOKRIT

berubah vs. buat balik perangai lama?

adakah anda ingin mengklasifikasikan bahawa manusia yang berubah itu namun apabila terbit sekali sekala perangai buruknya sebelum dia berubah, itu sudah cukup untuk anda melabelkannya sebagai HIPOKRIT??

contohnya begini:

"kau tau minah tu, dulu sosial gila nak m**i , but now once berubah pakai tudung labuh, dah berstokin,. bajet alim lah kan...bab ikhtilat dengan lelaki still fail jugak. berubah mende camtuh? hipokrit gilaaaa~"

*wah2..ayat bukan main lagi kan?*

bagi saya,
one big applause saya ucapkan kepada sister tersebut kerana dia berani ambil 2 risiko. pertama, berani sebab mahu berubah. sudah menutup aurat dengan lebih sempurna. kedua, sebab risiko berubah adalah dengan ditempelak dengan ayat sedemikian.

well....kepada manusia yang melemparkan ayat sedemikian.

anda tahu tak bahawa orang yang ditempelak itu juga manusia biasa seperti anda?
tak lebih tak kurang,pemegang title hamba Allah di atas bumi ni.
kenapa nak kata dia hipokrit?
sedangkan jika anda claim bahawa dia hipokrit (read: hipokrit = munafik),
anda rasa dia ada kemahuan ke nak berubah sampai macam tu sekali?
orang yang nak berubah tu, of course at the first place dia tak hirau pun cakap-cakap orang if dia nak berubah.
which shows that, dia buat lillahi taala. bukan sebab manusia.
kalau sebab manusia pun, sebab manusia yang support dia.
support untuk jadi lebih baik, salahkah?
dan adakah anda rasa orang yang betul-betul hipokrit/ munafik tu nak berubah lillahi taala?
TIDAK SAMA SEKALI~
bukan senang tau nak berubah.totally 180 degree.
ANDA ADA KEBERANIAN YANG SAMA NAK BUAT MACAM APA YANG DIA DAH BUAT?


KALAU DIA BERUBAH SEBAB MANUSIA?

tak puas hati lagi?
ok fine, lets say memang dia berubah sebab manusia.
then perubahan dia tak kekal lama.
itu point yang anda nak cakapkan ye?

kadangkala untuk sesetengah perkara untuk berubah, intiation daripada manusia itu hanya sebagai wasilah (perantara) daripada ALLAH.
cara hidayah Allah nak sampai kepada seseorang manusia itu luas bukan?
manusia pun salah satu caranya.
mungkin mula-mula dia berubah sebab manusia, namun as time goes by perubahan ini perlu diseimbangkan dengan penambahbaikan ilmu di dalam dirinya. suapay perubahan itu menjadi lebih mantap. 
anda dia ada ilmu....pasti niat itu akan shift setelah dia sedar, kepentingan untuk sentiasa memperbaharui niat lilahi taala. 
andai dia berubah kerana manusia, setelah manusia itu pergi dia akan meninggalkan perubahan tersebut.
namun bagi mereka yang berubah kerana  manusia kemudian DIPERBAHARUI  niat tersebut kerana Allah, pastinya sekiranya tiada lagi insan berkenaan disisnya, dia masih mampu memacu perubahannya sendiri! malah lebih kuat!

apa yang saya mahu highlight : TINDAKAN UNTUK BERUBAH MESKIPUN DARIPADA MANUSIA PADA AWALNYA, NIAT ITU BOLEH BERTUKAR KERANA ALLAH.


HABIS KALAU DIA BETUL NAK BERUBAH, PESAL BATAS PERGAULAN DIA TAK JAGA?

analogi untuk kali ini.
anda pernah lihat baby tak?
tak kira lah baby cute ke. xcute ke...
daripada dia start meniarap, menyusur. testing angkat-angkat punggung nak start merangkak, then dia merangkak, try berpaut-paut nak berdiri, lepas tu dia nak mula bertatih sampai lah dia nak berjalan...
lama kan?

macam tu lah manusia yang nak berubah pun.
apa yang saya cuba nak sampaikan?
PERUBAHAN YANG BENAR-BENAR SEMPURNA PERLU MENGAMBIL MASA.

anda ingat mudah ke dari seorang perokok tegar tiba-tiba nak tinggalkan tabiat merokok?
paling kuat dia nak berubah pun, mesti dia stop slow2.
maksud slow2 = kurangkan jumlah batang rokok dari sehari ke sehari.
jarang la ada perokok yang boleh stop terus daripada hisap rokok.
hari ni cakap nak stop merokok, esoknya terus berhenti,
jaranglah kan nak jumpa orang macam tu?


so same goes here.
ingat senang ke perempuan yang anda claim tak jaga ikhtilat tu nak control perbuatannya?
mungkin dia dah cuba kurangkan, tetapi anda sebagai MANUSIA yang melihat....yang terang-terang pancaindera anda itu terbatas...
adakah anda tahu yang dia sudah cuba kurangkan perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan?
anda memang tak nampak....
tapi pastinya Allah yang Maha Melihat itu tahu segalanya.
ternyata, itu urusannya antara dia dan Khaliqnya.
jadi, di mana anda?
anda bukan siapa-siapa pun yang layak menilai.
anda tidak melihat?
tidak mengapa, bukan urusan anda untuk melihat dan menghitung segala usaha tindakannya mahu berubah.
INGAT, PERUBAHAN YANG DAPAT DIZAHIRKAN ITU CUMA SUATU BONUS.

okay mungkin contoh-contoh perbuatan ikhtilat is bersembang perkara sia-sia dengan lelaki, duduk dekat-dekat dengan lelaki bukan muhrim, keluar dengan kawan lelaki tanpa urusan penting meskipun pergi dalam berkumpulan (campur lelaki dan perempuan), or berkomen benda-benda tak sepatutnya di FB...
*wah2..FB pun sangkut bab2 ikhtilat ni...*
mungkin dalam 4 benda yang say senaraikan ni, 2 benda dia still buat, tapi 2 benda lagi dia dah tinggalkan. or masih buat sikit-sikit. nanti lama-lama bila dia dah terbiasa dan selesa, dan makin sedar benda tu salah, fully benda tu akan completely change.
SYARATNYA : ANDA KENA BERI MASA DAN PELUANG. 


tak mustahil juga bila sesekali perkara yang buruk itu terulang apabila berjaya transformasi secara sepenuhnya. biasalah manusia. tak ada yang sempurna. sebab tu kena minta keampunan Allah selalu. Nabi pun solat taubat sampai bengkak-bengkak kaki... 
kita?


BETUL KE DIA BUAT PERUBAHAN TU LILLAHI TAALA?

ENTAH-ENTAH DIA BUAT TU SEBAB NAK DAPAT PUJIAN DARI ORANG. MEMANG LAH MULA2 DIA TAK KISAH APA ORANG NAK KUTUK DIA. LAMA-LAMA ORANG JADI KAGUM AND PUJI-PUJI DIA. KAN DAH TAK IKHLAS BERUBAH NAMANYA TU?


*hebat pulak ye kau nak bercakap soal ikhlas ke tak eh? tadi banned bukan main lagi*

oh ye, bercakap soal ikhlas nak berubah tau tidak. siapa kita nak menilai?
anda? saya? ataupun Allah?
soal dia ikhlas ke tak tu urusan dia dengan Allah.
and...

don't mention about 'entah2', 'kalau2'...
tu hasutan dah berbaur syaitan namanya.
cuba belajar husnuzhon (sangka baik) sikit.
siapa tahu dalam tak sedar, perubahan dia tu boleh initiate orang lain juga nak berubah. 
meramaikan umat nak balik cari cinta Allah dan Rasul.
ikut syariat yang sebetulnya.
tak happy ke bagi pihak dia?
sekurang-kurangnya paling tidak pun dia dapat pahala.
anda?

:)
muhasabah sejenak. renung diri ke dalam kolam kebejatan masa lalu. 
saya dan anda.
kolam siapa yang lebih keruh airnya? 
keruh kerana diri terlalu banyak lumpur dosa yang bersisa?


salam alaik.

9 comments:

  1. wow! that's all i can say. it's a wow. (:

    ReplyDelete
  2. perubahan kepada kebaekan adalah kembalinya kta pd fitrah kita...


    Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia menciptakan manusia menurut (fitrah) itu
    {ar-Rum, 30:30}

    kita diciptakan berfitrah ign pd islam dan kebaekan...

    org yg x ikut islam sbnrnya yg hipokritas...

    n 1 lg,
    dinamakan RIAK
    jika, kita x nk buat somthing yg baek dsebabkan org(takut org kata)

    mujahadah ala nasf...

    adilah kmb

    ReplyDelete
  3. nur : atifah, teruskan! teruskan! baby pun jatuh gak dalam process dia nak kuat berjalan dan boleh berlari selepasnya! tapi baby bangun balik. dia kuat. kita pun pernah jadi baby! jadi kuat macam tu! insyaallah moga allah beri kekuatan!

    adilah : thanks adilah! :) menarik juga apa yang anda katakan tu.setuju2! :)

    ReplyDelete
  4. agree :) insyaAllah.

    tapi terkadang dalam nak lakukan perubahan ke arah kebaikan tentunya, jangan sampai TERLALU kita bersum'ah (cerita kebaikan yang telah dilakukan) dan bercerita tentang keburukan yang telah dilakukan. sekadar inzar bersama-sama.

    p/s: kongsi satu hadis:

    كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

    Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    dan permulaan sememangnya tak penting. yang penting adalah akhirnya kita bagaimana. ala kulli hal. semoga kita sama2 kuat lakukan perubahan. minazzulmat ila nur. semoga Allah redha, ameen.


    Allahu'alam.

    Sharing is Caring.

    LOVE. UKM.

    ReplyDelete
  5. najihah : jazakillah atas perkongsian.menarik. :)

    benar kata enti, permulaan sememangnya tidak penting ,namun bagaimana pengakhirannya itu adalah lebih bermakna. (ad-dhuha ayat 4)

    insyaallah. :)

    ReplyDelete
  6. p/s: cadangan. hehe. saya selalu bukak ikim atau radio apa2 je. tapi saya nak baca blog awak. then blog awak ada lagu T___T
    ada cara apa2 tak nak tutup kejap lagu kat blog awak nie haa..heheh.

    sama2 lah kita b'indzar ye:)
    saling nasihat dan ingat mengingati.
    kita tak terlepas dari bersifat kelupaan. dan kelekaan..:)

    ReplyDelete
  7. hehe...ala, awak boleh paused kan kt tepi sebelah kanan kat player list lagu tu. klik pause. dan player tu akan senyap nanti.hehe

    ReplyDelete
  8. syukur, lepas habis membaca blog ukhti tapi satu kekuatan.. Alhamdulillah

    semoga kita tetap dlm satu kebaikkan dan di jauhkan drpd segala kejahatan.. fi hifzillah.

    InsyaAllah, Aamiinn

    ReplyDelete

 
Images by Freepik