Pages

Tuesday, July 24, 2012

JPJ story leads to saving for more commitments.

insyaAllah, nak masuk hari ke-4 dah berpuasa. alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa pada kali ini. :)

a few days ago, which is last Wednesday, was my first JPJ test *sound so buruk je term ni*, yeahhh and i was so nervous tu tak payah cakap la kan. sebab masa latihan I did it quite badly jugak lah. okay je sebenarnya tapi , bayangkan la sampai ada sekali tu batang gear tercabut, punya kuat aku tolak nak masuk gear. *wakakakak, aku sendiri tergelak bila fikir*

Sampai cikgu yang ajar aku drive tu sound

"Hang ni, kasaq sungguh aihhh? boypren kalau ada nih mau lari dah apa?"

Heee boleh sengih jela aku punnn.
Sorry, makan bayam banyak sangat. Olive Popeye le katekan. <--- sila abaikan.takde kaitan.


then alkisahnya, petang sehari sebelum test JPJ, memang sangattt tak confident. so ajak Mak nak pergi practice kereta lah.untung ada Mak drifter kereta. then Mak cakap,

"Ajak Ayah."

okay, I have no choice. sedangkan memang dah tahu dah. memang sakit lah kalau bapak aku yang training ni. tsk3. sobs3. srottt sroottt. okay over.  so Ayah pun drive lah pergi kat area parking lott Mengkuang Dam tu. okay kawasan dia memang ada berbukit sket, mmg stail habislah kalau nak practice bukit. lapang, macam padang kawad pun ada. dalam hati, adoy, masaklah aku. confirm la kena jap lagi. tapi demi nak bagi lulus lesen,redah jelahhhh.

masa drive, as a noob punya style bawak.. Ayah duduk kt sebelah bagi instruction yang pada aku lebih kepada sesi nak bg tahi telinga aku cair.aku memang stress gila dengan bapak aku ni. ENJIN ASYIK MATI SEBAB AKU TAK PANDAI NAK MAIN CLUTCH AND MINYAK TU. pastu rasa diri bangang sangat-sangat bapak aku bila dah menjerit bagi arahan...sekali dua takpe lg. tapi bila dh lebih byk kali, aku rasa macam nak give p dah...suara ayah plak standard macam nak ajar kawad pusing satu padang kawad, padahal nak command aku sorang je sudah lahhh... =.=


"kaki tu orang kata jangan angkat from clutch! tak paham kaaa???" <---high-pitched tone

"mana ada kakak angkatttt!' <---- aku pun taknak kalah tinggi suara. habis stereng aku hentak dah!

"orang lain hang boleh laa bohong? ingat aku tak nampakk kaki hang tu terangkatt???!" <--- another singa tone

"arghhhh! stress. takmau dah laa bawak keretaaaa!!!!"

aku pun dengan dramanya, tarik handbrake, unbuckle the seatbelt, hempas pintu. berjalan duduk kat tepi pavement tempat orang lalu lalang dok jogging. ape lagi? menangis lah! HAHAHAHAHA!
that's sooo me, mengamuk emosi kalau under stress, under pressure. pastu mengalir air mata sensorang. tp nak tahan macho punya pasal, aku nangis tahan-tahan. hahaha. air mata je mengalir. xde lah sedu sedan bagai. memang dari kecik macam tu. agaknya lama dah kot tak kena jerkah teruk camtu. hahahahaah!

but don't get me wrong, menangis tu bukan sebab kena jerkah, entah lah. sebab stress dengan diri sendiri tak boleh nk buat. okay i do, lepas tu terus give up. ayah paksa suruh buat sekali lg. sekali lagi ni nampak gaya aku betoi anak ayah. keras kepala. aku tarik handbag aku, buat buat bodoh je sambil jalan pergi jalan besar. AKU DAH TAKNAK BUAT.nak taknak ayah terpaksa la drive balik terus lepas tu. HAHAHAHA!

tapi malam tu lepas cakap dengan sorang budak ni slow talk dengan aku baik punya. dia kata.. kak ko buat je.. takpayah nak beban-beban. lek lek sudah. ok.. dengar cakap dia, aku tibai je besok nak g JPJ test tu.

and dipendekkan cerita, aku fail JPJ Bahagian 2 je, dalam litar. hahaha! tp bukit and parking lepas, cuma  masa kat 3 penjuru tu aku salah bajet, g langgar border. last part la tu, overconfident sangat. padan muka! jalanraya which is Bahagian 3 alhamdulillah lepas. so this coming Wednesday, aku just repeat yang dalam litar je test JPJ. InsyaAllah, then I got my driving licence!

kenapa baru nak buat lesen kereta? sebab sebelum ni sebok dengan IB yang gila tu. then bila ada cuti je, sebok arrange appointment pasal gigi braces aku ni haa. now baru lah ada masa nak g buat lesen. tapi no worries, aku dah pakai lesen kompeten untuk kelas B2 okay? hahaha! yeah  dulu ade lesen motor je.dulu minah rempit, ape de hal? *rempit la sangat.. but still aku berani lah nak cilok2 naik moto secara berhemah. mueheheheh~

then sudahnya, lepas 2,3 hari test JPJ tu, ayah ada la wat discussion sket. thinking of buying a car. yelah, memikirkan lepas ni bila naik 3rd year, dah start posting. mana nak tahu kena posting clinical kat mana. yang dekat2 boleh gagah lagi. kena pergi Terendak? g Manjung? tak jenuh aku? kalau tak ada transport sendiri, macam susah juga nak bergerak. *makin panjang la langkah aku pasnih

"wanna buy a car?"
"haa awat? ayah baik hati kaa nak beli kat kakak?"
"sorry sikit, sejak bila?"

yes I do admit, Ayah always taught all of his children to work for themselves kalau nak beli apa-apa. bagi dia, dia just sediakan keperluan. duit belanja. benda makan. buku and yuran sekolah. he paid for it. itu basic. tapi kalau bab HP, bab laptop, gadget or kehendak sendiri macam aku yang gila handbag,kasut and baju ni. *standard perempuan , kalau nak usaha laa sendiri. even dari aku ada 1st HP nokia sampai lah sekarang dah pakai android, semua guna duit sendiri. nasib la. scholarship la aku tibai. sama gak nak beli laptop tu, tak cukup duit shcolar, tambah sikit duit yang aku kerja dulu nak beli laptop. buat lesen moto ke, kereta sama je. so same goes to thins issue pun. nak beli kereta?haa ni lain sikit. sebab a bigger thing kot.

monthly payment ayah cakap,  dia boleh tolong bayarkan. but still bila dia takde duit, i still have to use my money as a back-up. petrols and maintenance, is on me. roadtax and insurance. half-half dengan Ayah.sama jelah cerita dia, every month i have to prioritize a part of my allowances got from MARA. huuu. division nak saving kahwin dah terbahagi dua.  *okay jahat sikit disitu, bunyi cam salah guna. but hey i still do know how to manage my budget. heheh :P
 
cakap pasal budget kahwin, yes still memang laa jauhhhh lagi bila tahun laa entah aku nak kahwin pun. tapi belajar la jugak sikit-sikit nak menyimpan. paling tidakpun, bila terdesak nak pakai, aku tak payah nak susah payah pinjam sana sini dengan orang. segala mak nenek sumber yang boleh meluakkan duit aku, akan dikumpul di satu tempat dalam bank, and biar dia beranak dalam tu. HAHAHA. takdelah nak cakap aku banyak duit pun, tapi biarlah nanti one day aku nak kahwin grand-grand.. at least duit aku boleh tolong jugak cover budget walapun aku tahu tak banyak mana pun aku dapat tolong, but at least it help to lessen their burden one day. aku teringin nak kahwin macam apa yang aku selalu berangan, bukan tujuan nak bermegah-megah tp at least for my ownself satisfaction.

#Selagi braces kat gigi aku ni tak bukak, aku plan takkan kahwin lagi
#Selagi aku tak ada duit nak beli kasut and gaun impian untuk big day aku, aku plan takkan kahwin lagi
#Selagi belum dapat scroll MBBS, aku plan takkan kahwin lagi
#Selagi belum ada title Dr. tu aku takkan kahwin lagi sebab aku nak letak title tu dalam kad undangan kahwin aku one fine day *InsyaAllah <----- HAHAHA, over nau kau Lisa. sebab aku takkan biar nama dia je ada title dalam kad kahwin aku nanti. miaahahahah!

okay, wish last tu macam nak boasting sikit but, who cares? eversince dari zaman aku budak-budak lagi dah berangan nak macam tu. at least, i put that as my motivation nak grab until what I have up until today. ada orang lain tahu? tak paham? sudah. tak kisah. bunyi macam childish je kan, but that's for real. benda tu lah yang motivate aku nak kejar apa yang aku nak. :D

so for now, tak perlulah lagi nak sebut pasal kahwin, *walaupun aku selalu je nak sebut. HAHAHA* it's a normal thing to feel that kind of feeling bila tengok kawan-kawan sudah mula berwalimah sana-sini, but aku antara orang yang terakhir dalam batch MRSM aku yang akan tamat belajar paling lambat, *dah la paling lambat, lama pulak tu kos yang aku belajar ni, hangus otak*(InsyaAllah) , but i do believe its worth waiting for that kind of day. my turn will surely come too. aku nak kahwin lebih kurang dorang juga, so antara yang aku mampu nak saving is from my allowance dpt scholar tu lah, dah aku tak kerja macam dorang yang lain lain tu kan.

so really kena cut cost la aku yang kuat shopping kasut ni. i think all of my housemates are aware of this. kasut yang penuh kt rumah tu memang aku lah, takde orang lain. so for future sake, and I'm seriously planning towards it, kena stop beli benda yang tak perlu especially kasut *oh my babyboo, no more kasut tak perlu dah pasnihhh*. then bila aku sebut kat ayah yang aku nak kahwin, nak kahwin. macam lahh duit tu nak selambak seketoi jatuh dari langit kan, so bila dah cakap, kena lah usaha ke arah yang kita nak tu. *azam tinggi bertingkat-tingkat nih... jyeahh~*

pasal knowledge agama, aku pun prepare jugak. insyaAllah, prepare ke arah tu kena ada juga. kisahnya... sebab aku pun tentu nak bercinta dan berkasih sampai syurga. haruslah buat persediaan ke arah tu juga. :)
insyaAllah sedang dan masih ditahap pembaikan diri. sikit-sikit biarpun tak banyak, tapi ada jugak dari takde langsung. :D


banyaknya merapu. so that's the story. temanya more about commitments and future planning, cerita JPJ tu as mukadimmah je. hehehe. till then, happy reading. may Allah do bless all of us! :D

2 comments:

  1. good luck Lisa for the test, and thanks for the reminder on false hadith of kelebihan solat sunat tarawih tu. please do so again in future! *o*

    ReplyDelete
    Replies
    1. no prob cik faye! :D thanks for the wish! may my luck shine tomorrow! :D

      Delete

 
Images by Freepik