Heart…hati…apa kaitannya? Bagi orang yang sedang dilamun cinta,dua perkara itu mungkin sekali tiada bezanya…tetapi bagi saya,yang sentiasa melihat sesuatu daripada sudut yang agak tidak masuk akal…saya mengatakan ‘hati’ dan ‘heart’ itu adalah dua benda yang berbeza…
Kenapa agaknya saya berkata demikian? Hmm… disebabkan saya adalah seorang pelajar aliran sains dan mempelajari Biologi, bagi saya maksud perkataan ‘hati’ kalau di dalam istilah Biologinya akan saya sebut ‘liver’…bukannnya ‘heart’ seperti mana sangkaan ramai orang….perkataan ‘heart’ itu akan saya ucapkan apabila aku ingin maksudkan perkataan ‘jantung’ ….sebenarnya saya agak tergelak apabila sebuah filem daripada Indonesia yang pernah ku tonton beberapa tahun dahulu menggunakan tajuk ‘My Heart’ tetapi jalan ceritanya mengisahkan cinta tiga segi antara dua sahabat baik dan seorang gadis yang mempunyai masalah hati…di akhir cerita, salah seorang dari sahabat baik itu mendermakan hatinya untuk gadis tersebut kerana sahabat baiknya sebentar tadi amat mencintai gadis tersebut…mungkin baginya,sekalipun jasadnya tidak dicintai lelaki tadi yang merupakan sahabat baiknya sendiri,namun sekurang-kurangnya hatinya masih mampu untuk dicintai oleh sahabat lelakinya itu apabila berada di dalam tubuh gadis yang sahabatnya cintai itu…fuh agak complicated kan? Hehe…
Tapi…kalau dah dermakan hati tu…kenapa tak di gunakan aje tajuk ‘My Liver’ ? musykil jugak saya memikirkannya… haha…! kata orang,itu bahasa cinta… perkataan ‘heart’ itu sebenarnya merujuk kepada hati…namun saya tak puas hati,kalaulah ‘heart’ yang mereka maksudkan itu adalah ‘hati’, kenapa bentuknya seperti jantung? Bagi sesiapa yang belajar Biologi mesti tahu… struktur jantung adalah terdiri daripada dua bahagian,ventrikel dan aurikel dan dipisahkan dengan septum ditengah-tengahnya… haaa…kalau itulah, yang mereka maksudkan dengan perkataan ‘heart’ saya setuju sangat! Tapi bukannya dengan perkataan ‘hati’…okay… sebab ‘hati’ bentuknya tak seperti itu, bentuk hati ni macam bentuk…ntahlah! Nak tau bukak la buku Biologi sendiri…susah untuk diceritakan…
Mungkin bagi pasangan bercinta, kalau tiada ‘heart’ itu, jiwa boleh mati… betullah tu…kalau nak diikutkan pun,jantung dengan hati memang sama penting tapi kalau nak dibuat perbandingan kalau tak ada yang mana satu, yang mana lagi cepat mati? Tentulah jawapannya jantung kan? Haa…sebab itulah saya rasa kena betulkan minded orang-orang bercinta sekarang ni yang dimaksudkan dengan perkataan ‘heart’ tu sebenarnya jantung, bukannya hati seperti sangkaan diorang!
hehe.... :D
Ooo.. heart tu jantung rupanya.. Mati-mati aku selama ni igtkan heart tu buah pinggang!
ReplyDeletebio ko dpt brape ayesha oi??
ReplyDeletehaha~