Pages

Friday, June 19, 2009

KISAH KAU DAN AKU...(part1)

untuk tatapan semua...saya ada koleksi cerpen yang saya compose sendiri dan sekian lama saya peram di dalam pc saya...hahah~ n sekarang..saya nk share hasil penulisan saya yg susunan bahasanya mungkin kelam-kabut,tidak gramatis sama sekali dan pekara2 yang sewaktu dengannya...hee
SAYA AKAN PUBLISH POST SAMBUNGANNYA JIKA MENDAPAT SAMBUTAN...
do leave a comment...dan saya amat mengalu-alukan segala kritikan yg membina daripada pelawat-pelawat yg pernah tersesat ke sini....
sokonglah saya dalam bidang penulisan kreatif ini...hehe
trima kasih.... :D



Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu… pernah menjadi medan peperangan ilmuku suatu masa dahulu… pelbagai kisah suka dan duka tercoret selama kakiku berjalan dan nafasku terhembus disitu…bersama homeroom yang begitu sehati dan sejiwa denganku, kami merupakan perintis pertama di dalam kelas yang agak terulung di situ… BENEVOLENT…aku bisa tersenyum apabila melewati semula masa zaman persekolahan menengahku di situ bersama rakan-rakanku yang punya sifat tersendiri yang bisa membuatkan aku sentiasa mengingati mereka… sesetengah daripada kami menggelarkan kami ini adalah ‘ Senior of Benevolent’… memori kisah cinta sesaatku sewaktu zaman persekolahan juga tidak terkecuali terpateri di kelas itu…alangkah indahnya jika masa bisa diputarkan kembali…sungguh berharga masa-masa yang telah aku tempuhi dan aku selami selama aku berada disitu…tidak terkutip rasanya jika mahu dipungut semula setiap saat yang ku abadikan disitu bersama si dia…

“ Hai,Opie!” ujar Syukri Nasyrin atau lebih dikenali sebagai Syuk seraya masuk ke kelas itu dan menarik tudungku. Aku tersentak. Kurang asam betul mamat Sunsilk nih!!! Kalau boleh pakai conditioner tu,macam nak habiskan sebotol….Mengalahkan perempuan! Geram betul aku….

“ Woi apa main tarik-tarik tudung aku ni?!!!! Pantang tok nenek aku kalau dok main tarik-tarik tudung aku ni…Huh!” marahku sambil merenungnya tajam. Syukri
tersenyum dan menjuihkan bibirnya. Mengada-ngada betullah mamat seekor ni!!!! Nasib baik aku tak bukak jurus silat aku….ei,tapi tak boleh!!tak boleh! Dia pun ada silat gak! Kang tak pasal-pasal aku masuk hospital nanti…

“ Tengok aku lama-lama tu mesti ngutuk aku dalam hati…kan? kau jangan Opie, aku berdoa nanti habislah engkau!doa orang-orang yang dizalimi senang termakbul tau,” Syukri berkata. Hehe…saja je aku bagi Opie ni marah…aku tak pernah tengok dia marah teruk-teruk…hai sayang,sayang…nama dah ‘ayu’ dah, Ainil Sofea….tapi perangai ganas macam lelaki… nak panggil dia Sofea,aku dah serik….nyaris dulu sebelah mata aku nak lebam dek buah tangan si Opie ni…Hisyy….

“ Sapa pulak yang dok penaya hang? Hang tu yang tarik tudung aku dulu…” dengusku kemudian.aku menjeling ke arahnya.

“ Yalah, yalah cek oi. Saja ja aku nak kacau hang…hehe aku mintak maaf naa…” Syukri cuba bercakap dalam loghat Kedah. Macam Siam pulak bunyinya!!Haha… buat lawak pulak dahh… maklumlah budak KL…pelik benar kalau dengar budak-budak KL ni bercakap loghat Kedah. Tapi rasanya Syukri ni family dia asal dari Perak sebab kadang-kadang dia selalu cerita yang nenek dia suka panggil dia Yeop…

“ Hang ni kalau tak reti nak speaking Kedah, toksah dok cakap. Melingkupkan bahasa…dah macam orang Siam bercakap pulak aku dengar…!” tempelakku lantas aku ketawa. Melihatkan aku ketawa, Syukri mengherotkan mulutnya.

“ Sebagai balasan,hang kena belanja aku kat kafe maktab.Boleh kan?” tuntutku sebagai bayaran menarik tudungku tadi.

“ Ok!set…tapi kau maafkan aku kan? Opie…” rengeknya macam budak kecil. Macam budak-budak tadika je nak minta maaf pun…desisku di dalam hati.

“ Yelah. Aku maafkan kau. Ei, cikgu dah nak masuk kelas… cepatlah pergi duduk kat tempat kau.”. hari itu kami bermula dengan subjek Biologi. Cikgu Zolkofli,guru pakar cemerlang Biologi maktab kami. Sumpah aku tak tipu,memang mengantuk gila kalau masuk kelas Biologi pagi-pagi camni…tapi ada sorang budak ni,mengantuk-mengantuk dia pun,boleh tangkap lagi apa yang cikgu ajar dan boleh tolong explain lagi kat kami yang agak-agak nak tertidur kat dalam kelas tu…tapi masalahnya dia ni pun senang PELUPA!!!! Hak…hak…dan itulah Syukri Nasyrin…

Aku dan Syukri memang berkawan baik. Kami se‘homeroom’. Bagiku, Syukri Nasyrin b. Azizan adalah seorang sahabat lelakiku yang paling akrab dengan ku. Aku akui,aku sangat selesa apabila berkawan dengannya. Kaunselorku,badutku dan pendengar yang terbaik disaat-saat aku amat memerlukannya…itulah yang menggambarkan sifat dan keperibadian Syukri Nasyrin. Pendek kata,andai suatu hari nanti Syukri Nasyrin hilang dari hidupku,dia bisa membuatkan ku menangis apabila mengenangkannya…
begitulah terkesannya kehadirannya dalam hidupku. Ramai orang yang mengatakan kami bercouple…tapi aku tak peduli tu semua. Bagi aku,kalau aku ikhlas berkawan,tiada salahnya jika kami rapat …

TO BE CONTINUED...

8 comments:

  1. OH2 !!! I know the ending !! haha :P

    ReplyDelete
  2. fuh
    blogger dia ni heroin
    cayala

    ReplyDelete
  3. haha...
    tiz one is adapted based on true,real story..
    triple v'lian..
    surely noe..
    hehe

    ReplyDelete
  4. que : ekceli tu yg ak pke ms baca story ni. heheh :p

    ReplyDelete
  5. @ eka :
    but the story wasn't based on me ok??

    ReplyDelete
  6. @intan:
    jgn nangis..~
    senyum...
    wawawawwaawa~~

    ReplyDelete

 
Images by Freepik