Dua minggu lagi,Ujian Selaras 1 akan bermula. Tahun ini,aku berazam untuk lebih serius untuk belajar. Aku dah serik. Pointer aku banyak sangat drop waktu semester lepas. Woi…Opie!belajar betul-betul!!!!aku berkata-kata sendirian untuk membakar semangatku. Hari itu hari Jumaat. Selepas habis gotong-royong pada pagi itu, aku bergegas mencapai buku di atas meja dan mengatur langkah ke kelas. Nak buat apa? Dah tentulah nak study….!!!!hehe…
Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Tidak ada sesiapapun di dalam kelas kecuali Iskandar dan Nabil yang sedang belajar bersama-sama. Mana Syukri? Aku berkata di dalam hati. Semalam,dia janji dengan aku nak study sama-sama kat kelas. Aku menunggunya lebih kurang setengah jam. Aku menoleh jam di tangan.Dah pukul 10.00 pagi. Mana pulak budak bertuah ni?
Aku meletakkan buku Fizik di atas meja dan bergegas keluar dari kelas. Aku melangkah menuju ke I-talk blok akedemik yang menjadi persimpangan asrama puteri dan surau. Langkahku terhenti sebaik sahaja aku terlihat susuk tubuh Syukri…dan ada seorang perempuan sedang berjalan beriringan dengannya…Zulaykha… hatiku tersentak. Namun,aku hanya melemparkan sebuah senyuman ke arah mereka.
“Awat hang lambat sangat? Kata nak study sama-sama?” tegurku kepada Syukri.
“Sorrylah Opie,ada hal sikit kat asrama. Erm, kalau Zulaykha join kita study boleh tak?” tanya Syukri.
“Err…kenapa pulak tak boleh? Mestilah. Aku tak kisah.” ujarku acuh tak acuh. Zulaykha hanya tersenyum.
“ Cepatlah. Aku nak balik awal pagi ni sebab aku tak basuh baju lagi ni…hehe…” aku menggesa mereka dengan memberikan alasan yang sengaja aku cipta. Kenapa dengan aku ni???! Syukri kelihatan seperti begitu mesra dengan Zulaykha. Ada apa-apa ka depa ni?
Sungguh,aku tidak tahu mengapa. Aku tidak dapat menumpukan sepenuhnya tentang apa yang kami bincangkan sewaktu kami study bersama-sama. Aku nak balik!!! Leibh kurang dalam pukul 11.30 pagi. Aku meminta diri untuk pulang…hatiku tak dapat lagi aku tahan-tahan. Jengkel melihatkan kemesraan Zulaykha dan Syukri. Aku tergesa-gesa mengemaskan buku dan pulang terus ke asrama.Entah mengapa,aku amat terasa sekali dengan sikap mereka.
Aku berlari-lari anak pulang ke asrama. Hatiku tiba-tiba menjadi tidak keruan. Tanpa ku sedari, butir jernih yang hangat mula turun dari mataku membasahi pipiku. Sesampainya aku di bilik,aku mencampakkan buku-buku di atas meja dan melontarkan tubuhku ke atas tilam. Aku menangis semahu-mahunya sendirian. Hanis yang merupakan rakan sebilikku datang lantas menenangkanku. Kenapa hang buat aku macam ni Syukri? Namun jeritan itu sekadar lahir di dalam hati…barulah kini aku sedar. Ternyata sekali perhitunganku silap selama ini. Perasaanku terhadap Syukri rupa-rupanya sudah berubah meskipun aku cuba menafikannya. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Ya Allah…
Semenjak dari hari aku mula menyedari yang aku menyukai Syukri,aku cuba mengubah cara perwatakan dan penampilanku untuk menjadi lebih feminin.Semua ini aku lakukan untuk menyaingi Zulaykha. Aku tidak mahu kehilangan Syukri. Meskipun ada antara rakan-rakanku yang agak terkejut melihat perubahan drastik yang aku lakukan, mereka tetap menyokongku. Tetapi kerana apa? Hanya aku sahaja yang tahu…
Syukri kini kian menjauhkan dirinya dariku dan mula merapati Zulaykha.
Maka,bertambah-tambahlah api cemburuku terhadap Zulaykha! Kenapa aku tidak setandingnya? Sedangkan Syukri mengenali aku lebih lama dari Zulaykha!!!! Geramnya aku…Di dalam hatiku tidak henti-henti menyumpah Zulaykha. Benarlah kata orang,
kerana cintakan seseorang,kita sanggup merubah dan menyanggupi segala-galanya. Meskipun aku merasakan aku sedang cuba menipu diriku sendiri dengan berpura-pura sudah berubah,tetapi…ah..biarlah….aku cuba memujuk diriku dengan berkata aku hanya mkelakukan perubahan terhadap diriku untuk berubah kepada lebih baik daripada dulu… dan itu sahaja….
* * *
“ Wei Opie! Apasal aku tengok kau dah lain ye sekarang? Sejak bila pulak kau dah pandai control ayu depan aku ni…? Alahai Opie,tak best lah kau sekarang…” kata Syukri kepadaku suatu hari ketika aku sedang makan berseorangan di kafe maktab. Dia datang menghampiriku dan duduk di datas kerusi di hadapanku. Aku hanya terdiam.
“Eh.tak adalah. Mana ada. Itulah kan, selalu sangat dengan Zue,dengan aku pun hang dah tak peduli…aku nak merajuk la dengan hang macam ni…” dengusku. Syukri sekadar tersengih apabila nama Zulaykha disebut.
“ Kenapa sekarang kau dah makin diam dalam kelas? Kalau tak,top 3 bising dalam kelas tu bukan kau ke yang conquer? Hehe…” Syukri cuba melawak denganku. Aku tidak mempamerkan sebarang reaksi.
“ Dah la Syuk.Aku nak pergi PSP ni. Exam lagi 2,3 hari lagi. Aku nak study.Good luck…” aku meneguk minuman lalu berkira-kira ingin beredar dari situ. Syukri lantas mencapai tanganku. Aku menepisnya.
“Kenapa dengan kau ni?!” Syukri meninggikan suaranya terhadapku. Aku terkejut.
“Hang ni kenapa nak marah-marah,tinggi-tinggi suara dengan aku? Apa yang hang tak puas hati dengan aku,hah?” kataku kemudian. Hasratku ingin ke PSP terbantut. Pantas sahaja kakiku bergerak menuju ke kelas. Syukri mengekoriku dari belakang. Kami masuk ke dalam kelas.
“ Opie…aku mintak maaf. Aku tak berniat pun nak tinggikan suara dengan kau tadi. Maafkan aku ye?” ujarnya perlahan. Aku hanya diam. Marahku masih belum surut.
“Ah..tak kisahlah. Kalau hang rasa bahagia tengking-tengking aku macam ni.,buat lah selalu…” perliku.
“ Aku minta maaf. Yang sebenarnya,aku tengah ada masalah ni. Aku nak cerita kat kau. Kau sorang je yang sanggup dengar cerita aku…Macam biasalah,aku approach engkau macam selau yang aku buat. Tapi kau sekarang bukan main emo lagi bila bercakap dengan aku,kenapa?” soal Syukri. Marahku sudah semakin kendur.
“Hang ada masalah apa? Cepatlah cerita kat aku. Kesiannya member aku yang sorang ni. Aku acting je tadi…hehe!” aku cuba berpura-pura ikhlas. Syukri mula tersenyum kembali.
“ Kau tahu,aku rasa aku dah mula sukakan seseorang. Itu aja yang aku nak beritahu kau,”Syukri memberitahuku. Hancur hatiku apabila mendengarkannya. Kukira tentu sekali orangnya adalah Zulaykha…
“ Siapa?” dugaku. Ku sangka dia akan menyebut nama Zulaykha.
“ Adalah…hehe!” sengih Syukri.
“ Syuk, aku nak tanya kau satu benda ni,boleh?” ujarku berhati-hati.
“ Tanyalah. Sejak bila pulak kau nak tanya aku kena minta izin-izin semua ni? Buat lawak betul…Kau ni nak masuk Raja Lawak Astro ke? Hehe…” terkekeh-kekeh Syukri ketawa.
“Katakanlah,kalau hang tau ada seorang girl suka kat hang,apa yang hang nak buat?hehe…” kataku berbaur lawak. Terasa bodoh pula aku mengajukan soalan sebegitu kepada Syukri.
“ Baik kau beritahu aku cerita sebenar. Siapa pulak yang suka kat aku? Aku taulah aku ni jejaka idaman maktab…hehe!tak adalah aku melawak je…hmm bagi aku, aku tak suka perempuan suka kat aku. Baik kau cerita kau aku siapa. Biar senang sikit…”
ayat Syukri terhenti di situ.
“ Senang apa?” aku bertanya kembali kepada Syukri
“ Senang sikit aku nak benci perempuan tu….haha!” Syukri berkata sambil ketawa lantas segera berlalu. Aku meneguk air liur. Benarkah apa yang aku dengar sebentar tadi?
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment