Pages

Wednesday, June 24, 2009

PENYESALAN YG TERLEWAT...(part1)

ini adalah cerpen yg kedua dari koleksi cerpen saya yang tidak seberapa nie...hehe selamat membaca dan menyengalkan diri anda... :D

PENYESALAN YANG TERLEWAT

Usai solat,aku berteleku di atas sejadah.Mulutku terkumat-kamit membaca surah Al-fatihah untuk ku sedekahkan pada Mama…Kemudian satu-persatu jari-jemariku bergerak menyelak lembaran kitab usang yang terbentang dihadapanku.Lafaz bismillah perlahan-lahan ku mulai dan kemudian mulutku melontarkan suara mengalunkan ayat-ayat surah Yasin itu untuk kuhadiahkan buat Mama.Hatiku tiba-tiba terasa sebak.Tanpa sedar, mataku mulai berkaca, bertakung air jernih lalu jatuh merembes di pipi.Beberapa titik air mataku ini membasahi helaian Al-quran itu.

“Ya Allah!Ampunkan aku…”aku menangis dalan kesenduan.Aku menarik Al
quran itu ke dalam pelukanku.Kukucup mashaf itu berkali-kali.

“Mama…!Ampunkan Kish….”rintihku perlahan.

* * *

“Qistina!Kenapa dengan awak ni?Masuk hari ni,dah tiga hari awak tidur dalam kelas saya.Awak berjaga malam ke?”Cikgu Hairi menampar mejaku dengan pembaris besi,teman setianya itu.Aku terjaga separuh terkejut.Aku bingkas bangun dan memperbetulkan tudungku.Jegilan mata Cikgu Hairi kubalas dengan senyuman sinis yang meleret dibibirku.Keadaan kelas hening seketika.Hisyy…orang tua ni!suka hatilah aku nak membuta ke, nak membisu ke,tak kacau jiwa dan raga dia pun!

“Saya mengantuklah cikgu.Lagipun,apa yang saya boleh buat kalau saya dah nak tertidur dalam kelas cikgu ni!Tau tak,yang kelas cikgu ni boriiiing yang amat!Bukan setakat saya je yang fikir macam tu,kalau cikgu survey satu sekolah ni pun,mesti diorang setuju dengan pendapat saya ni…”dengusku.Aku kemudian memandang ke sekeliling kelas dan sedikitpun tidak menghiraukan renungan tajamnya.Cikgu Hairi hanya mengetapkan bibirnya tanda geram.

“Jumpa saya di bilik guru selepas habis sekolah!”ucapnya ringkas.Dia keluar daripada kelasku sambil membimbit bukunya.Cikgu Hairi keluar daripada kelasku sambil mengatur langkah yang pantas dengan matanya yang merah menyala.

Huh…!tengoklah kalau aku rajin…desisku sendirian di dalam hati.

Tiba-tiba,suasana kelas berubah hingar-bingar seperti pasar ikan.Sesetengah penghuni kelas itu kecoh akan perbuatan biadap aku kepada Cikgu Hairi sebentar tadi.Ekor mataku sempat menjeling dua,tiga orang rakan sekelasku berbisik-bisik sesuatu lalu menjuih-juihkan bibir mereka ke arahku.Aku sekadar buat bodoh dan kembali merenung buku teks Sejarahku yang hampir lusuh tidak berbalut.

“Hoi Kish!Tak guna kau nak tengok buku tu sekarang,Cikgu pun dah blah! Apa hal kau tadi?Sekurang-kurang ajar aku pun,takde lah nak sound cikgu macam tu…kau pergi mana semalam?Kau keluar dengan Faizal ye?”kawan baikku,Suzzana,menghampiriku dari belakang.

“Eh kau ni,boleh blah la!Bukan nak defend kawan,kutuk lagi adalah!” dengusku.

“Ok,ok sorry…”Suzzana tersengih-sengih.Macam kerang busuk pula!

“Hmm…aku keluar dengan Faizal la semalam.Kitorang pusing-pusing town sampai pukul 3,4 pagi…Aku malas nak balik rumah,dah lewat sangat…Macam la kau tak tahu perangai ayah aku tu macam mana!So,aku tumpanglah tidur kat rumah dia.Pagi tadi pun dia yang hantar aku ke sekolah…Puas hati?”jawabku.

“Huh gila kau!Berani betul kau tidur kat rumah orang bujang macam tu! Mat rempit lagi…tak takut ke?Zack tu dah berapa kali ajak aku balik rumah dia, eii…tak berani aku!”Suzzana seakan-akan tidak percaya.

“Eleh,nak takut apa!Rilekslah…,aku cuma tumpang tidur je lah.Berani dia nak buat benda-benda tak senonoh kat aku…Huh!”tambahku.Suzzana hanya mencebikkan bibirnya.

“Aku just nak enjoy je…Macam kau jugak!Hai macam mana,malam ni jadi ke nak keluar lepak-lepak macam biasa?Hehe…”aku bertanya.Suzzana kembali tersenyum.

“Yup!Jadi…tunggu tempat biasa malam ni,ok?Set!”balas Suzzana ceria.

* * *

Aku sudah mulai jelak dengan guru-guru di sekolah itu.Dalam seminggu, sudah 2,3 kali aku dipanggil kaunselor.Mama dan Ayah pun sudah dipanggil berbincang.

Mereka sudah puas menasihatiku namun tidak pernah sedikitpun kuambil peduli.Bukan kerana apa,aku sangat membenci mereka.Benci!Benci…yang teramat sangat!Selama hampir 18 tahun,aku dibesarkan dengan kasih sayang yang melimpah-ruah tetapi segalanya hancur apabila aku mengetahui yang selama itulah aku sekadar hidup dalam pembohongan.Aku cumalah anak angkat…Semenjak itulah,hidupku berubah…

“Qistina,saya dah berkali-kali beri kaunseling pada awak sampaikan saya berani mengandaikan yang awak pun dah bosan menghadap muka saya saban hari, betul tak?”Encik Rozaidi memulakan mukadimahnya.

Aku sekadar tunduk memandang lantai yang berjubin itu tanpa memberikan sebarang reaksi.Hisyy…Dah tahu tanya pulak!getusku.Di kiri dan di kananku,Mama dan Ayah terdiam.Aku mendongak seketika ke arah wajah Ayah. Riak-riak wajahnya jelas terpancar kekecewaan yang teramat sangat.Mama pula hanya mendiamkan diri.Itulah Mama…Mama memang tidak mampu berkata apa-apa kerana Mama bisu.Mama kehilangan pancainderanya itu sejak 3 tahun yang lepas akibat terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan peti suara Mama cedera teruk.Akhirnya,Mama tidak dapat bercakap.Dan aku pula,sering mengambil kesempatan itu untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat jika Mama cuba menasihatiku atau memarahinya jika kehendakku tidak dituruti.

2 comments:

  1. koleksi cerpen? wahwah.. bpa byk yg lisa ad?? :p mmg minat ea dgn benda2 sastera cenggini?

    all in all..best! kesian nya kat mak dia. bisu..dengar je apa yg anak bebelkan.wuhuu..~

    tunggu part 2 :D

    ReplyDelete
  2. kih3...
    xde laa byk sgt...
    ta sampai 10 pon..
    sbb cerpen ni di compose time form3-form4
    dh setahun lebey x compose cerpen...
    pape pon..
    nantikan part yg ke2..
    hehe~

    ReplyDelete

 
Images by Freepik