Pages

Tuesday, June 2, 2009

SUPERSENIORS OF BENEVOLENT



Hmmm….tak tahu nak guna perkataan apa yang sesuai untuk menggambarkan aku dan penghuni-penghuni kelas 5 Benevolent atau kelas 502 ini. Bila dikenang balik, macam-macam kerenah bebudak dalam kelas ni…tapi itulah yang menjadikan kelasku itu begitu istimewa dalam maktab ni. Semua sekali lepas tambah,tolak ,darab and bahagi, total budak kelas 502 ni ada 28 orang,13 orang homeroom Cikgu Rahimy and 15 orang lagi homeroom Cikgu Yusmizal. Biasalah… siapa yang tidak suka kelasnya di katakan hebat dan gempak kan? Ada banyak reason kenapa aku kata kelas ni unik… Pertama, kelas nila 1st year yang ada the only amoi dalam maktab nie… siapa lagi kalau bukan Lim… Kedua, budak LDP ramai dalam kelas ni… Ketiga, orang berjawatan tinggi pun banyak dalam kelas ni… Keempat, budak UPPM pun ramai dalam kelas ni…apa tu UPPM? Nanti aku story okay… Kelima, budak 3.5 above pun ramai dalam kelas ni….(Hypothesis is accepted, too much genius in this class…haha!!!) Keenam… kelas ni la yang cipta rekod masa exam !st semester tahun lepas ada student yang dapat 4 flat…wohoo…dasatnyerr!!!!Hmm aku nak story sket pasal bebudak dalam kelas ni yang memang banyak ragamnya… tapi tak tahu nak mula dari mana… “ too much too say” orang kata…hehe! Tapi kalau nak explore speciality bebudak kelas ni, kenalah baca blog ni sampai habis….



Alang-alang nak cerita kene lah mula dari kepala kelas dulu kan? Agak complicated jugak sebenarnya pasal kelas ni ada ‘sistem pemerintahan’ kitorang sendiri… siap buat pilihanraya lagi,ada parti politik dalam kelas ni…tapi…jangan salah sangka, kitorang tetap bersatu teguh tau! Tak de puak-puak walaupun banyak parti yang bertanding nak memegang jawatan Ahli Parlimen Benevolent…hehe! Opsss…melalut-lalut le plak! Hmm… presiden kelas kitorang merangkap macam Yang di-Pertuan Agong Benevolent ni nama dia Hielfiqri Syairulhisham…a.k.a. Hiel…(Kancil pun bleh,Ikki pun bleh gak…hihi!). nama dia agak cam plik and berbelit lidah nak nyebut kn?kehkeh…actually,orangnye tak de la tinggi sangat pun tapi otak Biologi dia….fuhh….tinggi sangat…tak tahu berapa tingkat! tapi yang pastinya….gayat! kepalanya yang besar tu kata Shak, just untuk load otak dia je…tu pasal la dia nie pandai!tapi itulah orang cakap, don’t jugde his ability by his height….saaaangat bertanggungjawab n tak lokek ilmu… pandai pun pandai…slalu dapat pointer 3.8 above…baguslah…

Kitorang punye vice president…haa budak pompuan nie satu sekolah dengan aku sebelum aku masuk maktab ni dulu…hehe…cik kak vice president ni siapa yang tak kenal dengan dia dalam maktab ni… dia ni LDP…saangat berkaliber bila wat kerja… suara dia plak mengalahkan halilintar… nasib baik dalam kelas ni tak ada sapa yang sakit jantung,kalau tak bleh membawa maut…hehe! Itulah Mazila…tapi, kuat gossip gak dia ni… gossip hangat dalam kelas ni kalau bukan dia yang bawak, itu mesti kerja Shak! Shak? Nanti la aku cite pasal dia…. Ceti bertauliah dalam kelas ni budak satu homeroom aku…pendebat maktab…orangnyer kecik molek je…cik kak ni LDP gak….setiap bulan kalau tak dengar suara dia dengan ayat-ayat pedas tak bayar hutang tu memang tak sah… especially Hanif arr selalu kena… cik kak ceti tu nama dia Izzaty…or dia ni pun ada gak nama timang-timangan ala-ala manja gitu…gedik-gedik…hehe!

Dalam kelas ni ada sorang abang hensem nie…(hensem kerr…), namanya fuhhh… gah sangat menjadi sebutan ramai…. The only BWP dalam kelas 502 ni tak lain dan tak bukan ialah Iskandar Zulkarnain…. Orangnya pun pandai….mulutnya memang tak de insurans….tak tahulah kenapa, mungkin tak sempat nak pergi renew kot?hehe… Anyway, Iskandar is the best person ever yang boleh wat kerja untuk men ‘sound’ orang sebab mulut dia tulah! Antara gelaran yang feymes untuk si Iskandar The Great ni adalah Itik…(pasal mulut dialah…hehe!!!)tapi dia ni memang hantu gula-gula dalam kelas…. Satu je perangai terpuji Iskandar ni, dia memang rajin sapu kelas… bagus…. Dalam diam dia minat kat seseorang tapi biasalah ego lelaki... mana nak mengaku kan!hmmm tak apalah Iskandar… as long as you happy… rasanya dialah yang paling gila kuasa dalam kelas ni…kenapa? Naib Presiden BWP, Presiden LDP , Setiausaha JPA, JPI lagi and tak tahulah apa lagi jawatan yang tak terkira banyaknya… semua Iskandar punya! Pandai gak macam Hiel, tapi dia ni lebey master subjek cam Kimia and Fizik…kata bebudak homeroom dia,Iskandar ni terer masak…betul ke?!Hehe another one thing….dia ni berani buat apa saja,kecuali jangan ada sesiapapun yang cabar dia suruh sebut perkataan keramat ni… FERERRO ROCHER…hehe! U know tha reason why kn? Lu pikir la sendiri…

Ahli parlimen Benevolent ni smart orangnya… Ahmad Zhafir a.k.a Pak Long. Pandai aje menabur janji, setakat ni janji yang dah dikotakan belum nampak lagi kelibatnyerr…( untuk maklumat lanjut mengenai manifesto pilihanraya Parti Pak Long… sila rujuk Kitab Memoirs of Benevolent…okay?) … pak long ni, selain berbakat dalam menjadi ahli parlimen yang disegani ramai, dia juga adalah striker bola sepak maktab yang handal… berpengalaman besar juga dalam bermain ragbi (ok la tu jadi wakil maktab…) dan seorang yang sangat sporting! Dengar percakapan pak long yang selamber badak air tu pun dah boleh watkan sesapa jugak dalam maktab ni tergelak tekan-tekan perut…hehe! Tak kira dalam situasi serius or osmo situation (osmo situation tu maksudnya time masuk air!) tapi Pak Long ni tak lah sekusut Amir Asyraf a.k.a Kusut! Turut memegang jawatan sebagai Mursyidul Am parti Peace of Benevolent, Amir Acap ini juga boleh menjadi seorang imam yang sangat disegani ramai (yelah tu…hehe!)… tempat rujukan agama pun boleh gak selain daripada Iskandar,maklum ajelah, bekas budak sekolah agama… Amir kalah selepas bertanding dengan Pak Long untuk merebut jawatan ahli Parlimen Benevolent tempohari…satu fakta mengenai Amir… dia suka main counter strike…

Cukuplah cite pasal Amir, now kte beralih pulak kat pesilat maktab yang masuk tempur masa pencak silat mrsm aritu… siapa lagi kalau bukan Hanif! Hero Jitra… baek punyerrr!!! Hehe…Hanif ni leh la gak dikatakan macho…itu yang buat dia dok perasan sakan dalam kelas tu…hehe! Tapi time dia bersilat,memang tak dinafikan… smart woo!!!! Cukup liat nak bayar hutang kat ceti bertauliah of Benevolent… satu rahsia pasal si Hanif ni….bila tido, buruk sungguh perangai! Tido tak tutup mata rapat-rapat…nampak mata putih tu!takut bila tengok si Hanif ni tido… tapi orang tua-tua pernah cakap, selalunya sapa tido mata cam dia ni tandanya dia ni nak berjalan jauh,maksudnya nak meluaskan pandangan dan tambah pengetahuan…manalah nak tau satu hari hang boleh jejak oversea tu Hanif oii…Abang macho romeo kat dalam kelas, kecik-kecik je orangnye… dia ni dulu satu sekolah dengan Hanif,ex-student Bandar Darul Aman and MRSM Transkrian….itulah si Amar Zhariff…(sedap nama…)… orangnyer pun cakap lembut je…baik hati,cukup gentlemen dengan pompuan…tapi awas,da ada yang punya! Amar ni pun main bola gak untuk maktab. Yang herannya si Amar ni, pergi mana-mana pun suka heret dengan beg dia skali…macam ada harta karun je dalam tu… bila angkat je beg dia…huiih …berat gila!hmm…mesti ada apa-apa ney kan Amar? Hehe….

Akak ni aku cukup respect ngan dia…blaja ntah camner…tapi result power habis! Dia ni master cam subjek…err…apa ek? Semua subjek la senang citer!!!hehe…Ex-student SGGS… nama lembut,ayu tapi don’t judge the person by her name! cik kak nie blaja silat tau, janganlah cari pasal ngan dia ne!haha…skali dia bukak silat maunya tersadai kat hospital dekat 2,3 hari..hehe! that is Intan Sofia… dia masuk gak pencak silat mrsm aritu,macam Hanif gak tapi Hanif masuk tempur putera, tapi si Intan ni masuk silat olahraga… Intan ni time perangai dia gila-gila bleh kawan ngan sorang ni…budak silat olahraga jugak (silat lagi…haa sebab budak kelas ni ramai masuk silat…), tapi perangai kejap-kejap cam bleh jadi bapak orang,kejap-kejap boleh jadi abang mithali or kejap-kejap leh jadi macam budak-budak?! Azizi…itulah orang yang aku maksudkan… slalu berkelahi dengan Intan ni macam budak-budak tadika… about Azizi, dia nie cepat tangkap apa yang cikgu ajarkan tapi satu benda lagi pasal dia ni,pelupa ya amaaat! Masya-Allah…Tuhan aje yang tau…barang merata-rata ceruk kat dalam kelas tu. .. tapi percaya tak? Dalam ke‘kusut’an si Azizi ni, he’s a good listener and adivisor actually…hehe! Kalau mintak tolong,sure ditolong punyerr…cayalah! By the way, Azizi ni pun LDP gak, siap pangkat Penguasa Kanan lagi… tapi cam2 la, time prep petang lambat gak turunnyer…hehe!

2 orang budak Art dalam kelas….sorang amoi SP,sorang lagi romeo Victoria punyerr… amoi SP ni name dia Lim Chiew Ting… rasanya masa Form 4 dulu, orang kedua tersibuk selepas Iskandar sebab banyak jawatan adalah dia…hehe! (jangan marah ye…Lim..;p)….Lim ni dulu,cukup obses pasal Syarikat Techno Union dia tu…maklumlah orang PUM le katekan… Lim ni dasat gak, amik 11 subjek untuk SPM dia…Lim ni kalau orang melawak dengan dia cukup tencen…susah n lambat nak faham orang melawak dengan dia!haha… lagi sorang budak Art yang dimaksudkan ialah Danial…a.k.a Dany…Dany ni budak pencoretan,FanARTik…diorang ne wat printing T-shirt masa minggu aktiviti aritue… citer sal Dany ni plak, die ni hot tempered orang nyer…kalau time marah cubalah dekat dengan dia…sure kena maki punyer…!haha… tapi pape pun, Dany ni kuat melawak and kuat makan… cuba pelawa makan, huh sure tak tolak… Dany memang kuat seni, pandai compose baanyakkk puisi n suara pun bleh tahan gak sedap…ala-ala group V.E tuu…(tringat lak time dia nyanyi masa hari guru last year…hehe…;0)…cuba suruh Dany ni buat puisi nak bagi kat awek, perghh…sure meleleh punyerr!! Dany ni pun ader gak nama gelaran yang diberi oleh Pak Hassan, memang special edition pnyer gelaran die…Mr. Perrilyss… hehe…;p

Lain pulak cite ngan si Anis Arina ni… budak ni cukup power Addmath ngan Math dia… leh kawan ngan Azmil…coz Azmil ni bapak segala Math kat dalam kelas kitorang tuu…hehe! Azizi panggil dia Eryn…Dany lak panggil dia Hidung?! (…;0)…aku pun tak tau kenapa Dany panggil dia macam tu, tapi hmm…tak kisahlah apa pun,janji ada nama kan Anis?hehe…time prep malam jangan harap la nak nampak muka dia dalam kelas…suka merayap pergi study kat PSP ngan Mazila and Izzaty…Anis ni kalau siapa tak kenal dia memang nampak senyap tapi bila sekali cari pasal ngan dia,wohoo…macam gunung berapi daa…! Dasat woo…Errmm…orang paling havoc kat dalam kelas ni tak cite lagi kan? Hehe…that is Norshakina a.k.a Shak da ultimate UPPM ever!!!haha…;p…Kalau nak citer pasal Shak ni rasanya satu page pun tak cukup,cause she is very hyperactive kat dalam kelas tu,or even kat dalam maktab tu…siapa yang tak kenal dengan Shak? Budak mental Form 1 yang baru masuk pun kenal dengan dia…haha! Speaking about Shak, she is also a LDP like me and a very talkative person… Shak ni is the happening person dalam kelas kitorang tu everrr!!! Boleh kata dan tak keterlaluan nak kata yang Shak ni la penyeri kelas kitorang….if u wanna describe her in three words, I think this is de best… COOL,CUTE (maybe bcoz of her petite size…hehe…;p) n CLUMSY…hehe!

Cukup-cukup cte pasal Shak, budak paling tinggi dalam kelas ni rasenye…sape lagik kalau bukan Syukri… pak cik Syuk yang sekor ni kalau depan orang pemalu sangat-sangat nak mati…tapi mulutnye Masya-Allah, tak tau lah nak cakap…lebey kurang cam Iskandar gak le rasanya….one thing about Syuk, dengar ayat dia pun dah boleh buatkan kita tergelak,coz dia memang selamba gler time bercakap….bila Syuk + Amir Acap yang sedia kusut + Azmil = GILA!!! Hahak…. Syuk ni tengok je badan kurus camtu, tapi he’s one of the college runner…masuk merentas desa aritue jadi wakil maktab…. Iskandar pun g skalik kalau tak silap…Syuk ni jenis yang tak senang amik hti ngan orang, coz mulut dia pun sakan jugak nak membalas ble orang perli-perli dia…hehe…kn Syuk?....Kuat makan, tapi tak naik-naik gak badan….pengasas istilah ‘ Bahasa Kafir’ dalam kelas tu….hmmm apa lagik ye? Tak habis-habis ske bercerita pasal pak cik dia yang ada kat seluruh dunia tuu…,kat mana pak cik orang ada,kat situlah pak cik dia pun ada gak!!!Boleh kata la dia antara orang yang rajin wat hw dalam kelas…bebudak lelaki kat maktab ni panggil dia sejarawan negara…bleh kata,agak gempak la result sejarah dia exam nak dekat-dekat trial nie…sia jadik tutor subjek sejarah lagi taim study grup kat aspura… (hehe…pecah la rahsia kau Syuk…!!)Haa…next person is Azmil! Hehe….macam dah mention tadi, dia ni memang bapak segala Math kat dlam kelas tue…otak dia dah diimplan kalkulator santifik sejak dari kecik lagi….perangai Azmil ni ok je…sangat senang ble nak mintak tolong ajarkan Math ngan lawak semulajadinya tu…cuba dengar si Azmil ni ketawa…. huh,buruk sungguh! Evil glerr….dia la orang yang bertanggungjwab perkenalkan asal-usul nama Probability…. Aku ingat lagi antara ayat-ayat dia masa tu, “fuhyoo…pro gle babi ni main lidi…tapi ble probabilidi tu tak sedap,jadi ditukarkan kepada probability…hehe…begitulah kisahnye” kreatif jugak si Azmil ni buat cerita…haha!!! Rajin wat omework math dalam kelas…

Bleh kawan ngan si Azmil n Syuk ni Fahmi orangnyerrr…the only boy yang kerap bersongkok dalam kelas n ape ek?hmmm….fahmi ni dulu aku ingat diia ni pendiam rupa-rupanya mulut dia pun bleh tahan gak… ble skalik fire Iskandar, terkulat-kulat si Iskandar ni nak membalasnyerr….satu sifat terpuji Fahmi,tulisan dia kemas siot! Ngalahkan pompuan punyerr tulisan…Klon si Fahmi ni budak homeroom aku…Azrief. Perangai pun macam Fahmi gak…satu benda yang Shak suka sembang ngan Azrief sebab dia ni duduk satu bilik ngan Botak…hehe…opssss dah terpecah rahsia le Shak!!!! Tak adelah….merepek je…Azrief ni mcam mane ek dalam kelas? Biase je kot…tapi sekali-sekala time boring-boring bleh gak ajak bersembang….hehe!Bleh dikatakan semua perangai budak lelaki dalam kelas aku ni agak tipikal laa…

Dua orang lagii budak lelaki nak cerita….Fareez n Syamil….Fareez ni presiden homeroom aku…semakin hari result dia semakin tebabom dan membuatkan ramai yang kecut perut…termasuklah aku…huhu! Bayangkan masa Ujian Selaras 3 aritu dia dapat anugerah lompatan saujana utk subjek Add Math coz dari gred C dia main cilok-cilok sampai dapat A!!!! Fareez…Fareez…aku memang suspect abis ar kat ko…!!! Apa lagik ek pasal Fareez ni? Hmm…jap aku pikir…kadang-kadang si Fareez ni suka study sorang-sorang….ntah la…bila difikir-fikirkan balik dia memang semakin dasat le dari hari ke hari… tabik spring sket!!!!hehe…. si Syamil ni plak….the one and only jackie Chan kat dalam maktab nie…hehe…tu la aku cakap yang kelas kitorang ni unik gila,macam-macam nama gelaran ada…haha!!!


other seniors of benevolent akan sy ceritakan nanti...(sakit tangan nk menulis..waaa!!)

11 comments:

  1. sakan aih puji klas sndiri..
    smua klas sama hebatnya je..
    klas 504 pun hebat..
    2org strght a time trial..
    kn??kn??kn??
    klas lain pun ada yg hebat2..

    ReplyDelete
  2. ye tawu...
    tp xder yg sehebat klas kitorng...
    haha
    trial nk watpe??
    tgk spm dah aa class tu bpe orng straight a's...
    keh3...
    da only straight a1's gal spm 2008 class kitorng seyhh...
    hahah...
    gle riak!!

    ReplyDelete
  3. xbaik2 riak2 ni..
    nty ditarik balik nkmat 2 kang..

    ReplyDelete
  4. haha segalanya gurauan semata2...
    xberniat untuk menyinggung mana2 pihak2...

    ReplyDelete
  5. haha gelabah btol...
    okeh2 sory2...

    ReplyDelete
  6. Hm, hebat2.. Kelas korang semua hebat2 n gempak.. Bagus, semangat 'kekelasan' yang mendalam.

    ReplyDelete
  7. hhohohoh,tringat zaman skolah...

    ReplyDelete
  8. menangis aku rindu kelas :D
    haha aku rasa kan, nama aku plg byk skali mention ;p seronok2. hahahahahah

    kau sure tekejut tgk aku dkt uia. opposite gila mcm dkt kelas. pendiam wooo

    ReplyDelete
  9. shak...pendiam...weh..aku rase kan..aku dah makin tinggi ah!!!

    ReplyDelete

 
Images by Freepik