Pages

Friday, June 26, 2009

PENYESALAN YG TERLEWAT...(part2)

“Qistina,tolong keluar sebentar.Saya ingin berbincang dengan ibu bapa awak…” ujar Cikgu Rozaidi.Aku bingkas bangkit dan melangkah keluar dari bilik kaunseling yang berdingin hawa itu.

“Macam nilah,cikgu,apa sebenarnya masalah anak saya ni?”soal ayahku.Aku sempat menangkap butir-butir perbincangan mereka walaupun agak kurang jelas.

“Yang sebenarnya Encik Iskandar,Puan Zalikha…Sejak kebelakangan ini, pihak sekolah mendapati yang anak encik seringkali menimbulkan masalah disiplin seperti datang lewat,ponteng kelas,memakai pewarna kuku dan bermacam-macam lagi. Menurut laporan guru-guru yang mengajarnya,dah banyak kali Qistina tidur di dalam kelas.Selain itu,dia suka melawan percakapan guru-gurunya.Kalau sekali dua tidak mengapalah,tapi jika dah sampai tahap yang amat membimbangkan,pihak sekolah terpaksa memanggil encik dan puan untuk berbincang tentang permasalahan Qistina.”

“Maafkan Qistina,cikgu.Kami sebagai ibu bapanya sudah puas menasihati Qistina.Kami sudah melakukan yang terbaik tetapi kelakuannya juga langsung tidak berubah.Kami kesal cikgu…Tiba-tiba Qistina yang kami kenal,berubah menjadi seorang gadis liar dalam sekelip mata.Tambahan pula,dengan keadaan isteri saya ni,…”Ayah berkata sayu.

“Saya faham dengan keadaan Encik Iskandar.Saya tahu yang Qistina adalah salah seorang pelajar yang bijak di sekolah ini dan dahulu sikap dan kelakuannya sangat baik.Tapi dalam sekelip mata,dia berubah menjadi pelajar yang bermasalah dan pelajarannya turut merosot.Mungkin kerana pengaruh rakan-rakan sebayanya…”Cikgu Rozaidi melahirkan perasaan simpatinya.

“Saya ini rasa salah kami suami isteri.Qistina berubah setelah dia mengetahui hakikat bahawa dia sekadar anak angkat kami berdua.Qistina tidak dapat menerima kenyataan itu,dan dari saat itu,Qistina benar-benar sudah bukan Qistina yang kami kenali lagi…”Ayah berkata dalam nada yang tersekat-sekat.

“Cubalah encik berbincang dengan Qistina selepas ini untuk mencari penyelesaian yang terbaik.Pada masa yang sama,pihak sekolah turut akan memantau Qistina dari semasa ke semasa…”ujar Cikgu Rozaidi mengakhiri sesi kaunselingnya.Semasa Ayah dan Mama keluar dari bilik itu,aku dapat melihat Mama mengesat air matanya.Mama menangis kerana aku…

* * *
Waktu rehat sudah tiba...Aku lebih senang menyendiri di dalam kelas.Tiba-tiba,Julia,yang dulu teman baikku datang duduk disebelahku.Aku berpura-pura tidak perasan akan kehadirannya di situ.Julia pantas menarik tanganku.

“Kish,kenapa begitu cepat sekali kau berubah?Apa,kau sudah lupakan persahabatan kita?Kau tak fikirkan ke,apa yang bakal terjadi kalau kau bercampur dengan Suzzana dan rakan-rakannya?Cuba kau tanya diri kau sendiri!Kau bukan Qistina yang aku kenal lagi…”luah Julia.

“Pedulikan aku,Julia!Aku punya hak untuk tentukan kehidupan aku…Aku happy begini…”balasku.

“Kau bohong Kish!Kau bohong!Kau sendiri tahu yang ini bukan diri kau yang sebenar…Kau berperangai macam ini untuk membohongi diri kau sendiri,kan?Kau tak puas hati sebab kau cuma hanyalah seorang anak angkat…Begitu?”sinis Julia menuturkan ayat itu.Aku sedar terselit kebenaran disebalik kata-kata Julia itu.

“Apa hak kau untuk masuk campur dalam urusan hidup aku hah,Julia?”marahku.

“Aku tak mahu masa depan kawan yang aku sayang hancur!Kau pelajar pintar Kish,lebih pintar dari aku…Jangan disebabkan sekelumit kesilapan yang kau lakukan,kau menyesal di kemudian hari nanti!SPM…is just coming soon.Sedarlah,Kish!”Julia cuba memujukku.

“Just leave me alone!”aku segara bangun dan meninggalkan Julia dengan seribu tanda tanya.

* * *

Hari ini,peperiksaan SPM bermula.Mungkin bagi sesetengah calon peperiksaan ini amat penting bagi menentukan masa depan mereka,tetapi tidak bagi aku.Aku hanya melakukan persiapan yang ala kadar dan selebihnya aku hanya bergantung kepada tuahku semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan ini.Aku mungkin terasa hati akan kebenaran kata-kata Julia beberapa bulan yang lalu…Oleh sebab itulah,terdetik juga di hatiku untuk menyelak buku-buka rujukan walaupun…,aku tidak setekun dahulu…Semasa rakan-rakanku yang lain sedang bermati-matian mengulangkaji pelajaran, aku pula asyik dibuai mimpi dan hanyut dalam dunia fantasi cipataanku sendiri…Hai Qistina…,kalau kau tak boleh jawab tu,just blame yourself!!! Hatiku berbisik.

Pagi itu,aku bercadang untuk keluar awal ke sekolah menunggang scoot kesayanganku.Aku berbuat begitu kerana aku malas bertentang mata dengan Mama dan Ayah.Semasa sedang bersiap,Mama masuk ke dalam kamarku menghulurkan secebis nota. Aku faham,Mama mahu berkata sesuatu kerana itulah cara aku berkomunikasi dengan Mama.

1 comment:

  1. yeahhh.part2 dh ada ea mak cik? :p teruskan2.. chaiyok lisa!!


    oh ea..mak dia bisu..blur skejap bla pasrt ending tu.ahaha :D

    ReplyDelete

 
Images by Freepik