Pages

Monday, June 29, 2009

PENYESALAN YG TERLEWAT...(part3)

“KISH,BUAT EXAM ELOK-ELOK!MAMA HARAP SANGAT-SANGAT…,MAMA DAPAT TUNGGU KEJAYAAN ANAK MAMA NANTI…”Bagitulah ayat yang tertera di kertas itu setelah kubaca.Mama memeluk dan mengucup dahiku.Aku agak terharu tetapi aku berpura-pura lemas dan melepaskan pelukannya.

“Hmm…Mama,Kish pergi dulu.”ringkas aku meminta diri.Mama tersenyum lantas mengangguk-angguk sambil terbatuk-batuk.Sakitkah Mama?!Hajat dihati ingin sekali aku mencium tangannya untuk mendapatkan restu…tetapi,ah…biarlah!Qistina,Qistina… ego lebih menguasai dirimu lebih dari segala-galanya…

* * *

Peperiksaan SPM sudah ku lewati 3 minggu lalu.Perangai burukku semakin menjadi-jadi kebelakangan ini…Aku kini mula cuba-cuba merokok.Aku mulai lalai mengerjakan kewajipanku kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.Aku juga tidak segan silu lagi berpeleseran bersama Faizal dan teman-temannya.Malah,aku sekarang semakin berani keluar hampir setiap malam dan tidak pulang ke rumah sehinggakan 2,3 hari lamanya.Entah kenapa,aku tidak betah lagi duduk di rumah itu.Aku sudah lali akan teguran dan nasihat yang ayahku berikan.Bagiku,rumah itu bukan duniaku…Aku mahu bebas menentukan hala tuju hidupku sendiri.Paling penting,aku gembira tanpa menyusahkan hidup sesiapa.

Pada suatu malam,aku pulang ke rumah setelah puas meronda-ronda di sekitar bandar.Faizal yang menghantarku hingga di depan pintu pagar rumahku.Kutoleh jam jam ditangan.Hmm…dah pukul 2.00 pagi…Mama dan Ayah tentu dah tidur…bisikku perlahan.Aku masuk menggunakan kunci pendua.Terjengket-jengket aku meniti anak tangga banglo 2 tingkat itu namun belum sempat aku masuk ke bilik,tiba-tiba lampu terpasang.Aku kaget apabila terlihatkan Ayah dan Mama berdiri beberapa meter dariku.

“Kish kenapa balik lewat sangat?Apa Kish ingat,rumah ni hotel?Suka-suka hati bila nak balik,suka-suka hati bila tak nak balik.Kenapa Kish jadi melampau sampai macam ni sekali?”jerkah Ayah.Aku sedikit tersentak.

“Kish punya sukalah Kish nak balik ke,tak nak balik ke!Buat apa Kish nak balik ke rumah ni kalau setakat rumah ni boleh membangkitkan kebencian Kish pada Ayah dan Mama!”kasar sahaja nada suaraku menjawab.

“Anak kurang ajar!Tak mengenang budi orang tua langsung…!”Ayah menghayunkan penamparnya ke pipiku.Tubuhku terdorong ke sofa empuk berdekatan dengan tempat aku berdiri.Aku meraba-raba pipiku.Perit sungguh…Tanpa di tahan-tahan,air mataku mengalir.Aku seakan-akan tidak percaya Ayah baru sahaja menamparku tadi.Selama ini,tidak pernah sesekali tangan itu menjentik tubuhku…Apalagi diangkat untuk memukulku.

Mama menangis memandang Ayah.Mama kelihatan agak pucat dan tidak bermaya.Mataku dapat menafsir yang mungkin Mama cuba menghalang Ayahku daripada memukulku lagi. Mama menerpa ke arahku dan ingin memelukku,tetapi sempat kutepis tangan Mama.

“Mama jangan nak pegang-pegang Kish!Kish tak suka!Kish benci dengan Ayah dan Mama…Ayah dan Mama dah tipu Kish selama ni.Biarlah,apa nak jadi dengan Kish pun,Kish dah tak mahu ambil peduli…”dalam esakan aku berlari menuruni tangga dan menghidupkan starter skuterku.Panggilan Ayah sudah tidak kuhiraukan lagi.Aku memecut skuterku sekuat-sekuat hatiku sambil menangis.Malam itu juga,kugagahkan diriku menelefon Julia.Meskipun aku bersikap dingin terhadapnya,namun dia masih sudi menghulurkan bantuan.Kepada Julia,telah aku ceritakan apa yang telah berlaku dan mujurlah dia mengerti…Aku telah menunggunya di pondok bas yang berdekatan kawasan perumahanku dan sejak malam itu,aku tidak pulang-pulang lagi ke rumah.

* * *

Sejak peristiwa kira-kira 2 bulan yang lalu itu,aku tinggal bersama Julia.Dia tinggal di kawasan kampung bersama ibunya dan neneknya yang sudah tua.Julia datang daripada keluarga yang berpecah-belah akibat perceraian ibu bapanya.Akibatnya,dia sedikit terabai…tetapi,mujurlah neneknya menjadi peneman dikala kesunyian dan tempat dia berteduh kasih.Aku juga telah bekerja di sebuah salun secara sambilan untuk mengisi masa senggangku sementara menunggu keputusan SPM dan juga membantu keluarga Julia serba-sedikit kerana aku juga sedar bahawa aku menumpang dirumah mereka.Aku minta Julia merahsiakan kehadiran aku di sini daripada pengetahuan Ayah dan Mama.

Suatu petang,aku berbual-bual kosong bersama Julia.Kebetulan,hari itu aku dan Julia cuti.Kami duduk mengambil angin petang di pangkin dibawah pohon yang rendang berhampiran rumah Julia.

“Kish,kau tak terfikir ke nak balik semula kerumah ibu bapa angkat kau?”tanya Julia.Aku hanya tersenyum kelat.

“Entahlah…Hei,kenapa ni?Macam halau je bunyinya…”gurauku.Aku dan Julia ketawa.

“Tak adalah,tapi alhamdulillah…kau dah banyak berubah sekarang.Dah tak jadi budak yang tentu hala macam dulu lagi dah…so,aku nak tanya ni kau jangan nak melenting pulak!Kau still marahkan parents kau?”soalnya berhati-hati.

“Aku tahu dulu aku silap…Tengoklah nanti,keputusan SPM aku pun tentu hancur disebabkan perangai aku yang terlalu ikutkan perasaan.Kau bertuah,Julia…sebab kau still ada ibu kandung sedangkan aku…Aku sendiri pun tak tahu siapa ibu kandung aku!Yang sebenarnya,aku dah tak marahkan Ayah dan Mama aku…Cuma aku belum lagi tergerak hati nak balik ke rumah”jawabku perlahan sedikit emosi.

No comments:

Post a Comment

 
Images by Freepik